janji untuk dimungkiri,betul?mereka cakap..gua selalu mungkir janji,janji pada diri sendiri.hampir tak ada makna bila merancang kerana gua akan lakukan mengikut apa yang hati gua mahu juga akhirnya.haih..masa berjalan,masa berlalu..manusia datang,manusia pergi,manusia menghilang..apa yang ada di sebalik semua tu?perasaannya sama.dari dulu sampai sekarang,gua tetap manusia ini.masih tetap diri gua menjadi hanya diri gua..dan,tak ada apa-apa pun sebenarnya.apa yang berlaku dan berlalu selama waktu ini hanya perencah yang memberi rasa kepada inti cerita hidup gua.kosong dan lapang menyedari segalanya hanya selingan..
malam ini,detik ini,saat gua genggam tangan gua yang ada tak lain cuma udara.sekali-sekala gua asyik dalam gelak-ketawa dan warna-warni lalu ketika itu gua lupa pada hitam dan kegelapan.gua terlupa pada sahabat paling akrab gua iaitu,diri gua sendiri.entah untuk apa.kita sengaja membingitkan telinga dengan bermacam-macam bunyi kerana takut pada kebisuan.mungkin bila bisu,kita sedar kita sebenarnya tak perlukan segala bunyi-bunyian yang memesongkan perhatian.kadang-kadang kita takut pada kehilangan hanya kerana kita tak mahu tahu sebenarnya kita takkan terasa kehilangan itu..penafian dalam penafian..entah la..apa yang gua ada?buka genggaman dan hakikatnya cuma tangan gua sendiri..illusi manusia tentang gembira,tentang bahagia,tentang 'normal'..saat gua duduk kat sini ketika ini,yang ada sebenarnya hanya gua dan diri gua sendiri.
berlari ke langit,kejar awan kabus..sasar gua dalam silau matahari yang hanya membutakan pandangan.diam cukup,mungkin.sebab hanya gua yang tahu,yang mengerti.kadang-kadang mereka begitu kenal gua tapi jauh di sebaliknya tak pernah betul-betul mengerti siapa gua.apa yang gua ada?segala-galanya yang boleh juga menjadi bukan apa-apa.hakikat yang hakiki..mimpi gua adalah realiti sebenar sedangkan realiti pula hanya mimpi.yang tahu,yang faham,yang benar sejati,adalah diri gua juga semata-mata..
entah la..layankan saja..tak perlu bagi nyawa pada rasa yang mati.sebab gua sendiri tak pernah dapat faham untuk apa mulakan apa-apa kalau kemudiannya ia hanya buat diri rasa berat.dua tetap dua,satu tetap satu.rasa macam tak pernah nyata.memang cuma illusi.macam pelangi yang sebenarnya takde jasad dan tak boleh disentuh.gua tak perlu nak menyelit nak mencelah di tengah-tengah kesesakan.lebih baik akur dan balik pada apa yang gua lebih tahu dan kenal..diri gua sendiri..masih,kat sini tempat terbaik untuk gua dan ini tetap teman bicara yang paling asli gua miliki dalam dunia ini..dan,kalau ada sesiapa yang tak sepatutnya membaca apa yang ada kat sini membaca,lu patut tahu gua tak relakan lu.dengan segala hormatnya,sila berhenti.sekarang,gua nak tidur..

1 ulasan:
janji...
hmm, janji lu happy...
sweet dreams!!
Catat Ulasan