Selasa, Jun 16, 2009

Rumahku, Rumahku

gua mahu senyap,sunyi..gua mahu jauh dan sendiri.gua mahu masa cepat-cepat berlalu dan semuanya balik macam sediakala..gua rindu diri gua,dunia gua,hidup gua..kebelakangan ni gua ingat balik tentang betapa cantiknya malam dan gua tersedar sekali lagi tenggelam dalam jiwa itu sebenarnya sesuatu yang buat gua rasa hidup..entah la..merajuk,putus asa atau apa..tapi gua rasa ia hanya satu penerimaan,akur pada tuntutan dan berhenti membelenggu diri..

apa yang kita cari dan kejar dalam hidup ni?it is so true.kalau kita sedar kita pasti akan mati dan memang tak ada apa yang kekal dalam dunia ni walau sekuat mana kita pegang,kita takkan terlalu mendesak diri.kita tahu bila masa dah sampai untuk berhenti berlawan dengan ketentuan.

kalau kita drive kereta sekadar untuk bersantai ambik angin tengok pemandangan,tak ada sebab nak tergesa-gesa sampai langgar lampu merah..permulaan,sudahnya adalah penamat..di tengah-tengahnya mungkin ada persinggahan,berhenti rehat.once dah sampai destinasi,perjalanan pun tamat.kalau kita bermula lagi ke destinasi yang lain,itu adalah satu lagi perjalanan baru..sepenuhnya perjalanan yang baru..pilihannya samaada nak jadikan perjalanan tu menarik atau cuma tak ada apa-apa.kadang-kadang kita tak sedar yang perjalanan tu bukan la terlalu panjang untuk diabaikan.tahu-tahu dah sampai hujung.habis tanpa dinikmati,dihargai.mungkin,mungkin ada lain kali bila-bila kita boleh lalu jalan yang sama tapi setiap perjalanan yang kita ambik takkan sama setiapnya.dan kadang-kadang di tengah jalan kita hilang sebab untuk teruskan lagi perjalanan.mahu ke mana?untuk apa?apa yang ada?apa yang dicari?berhenti saja..patah balik,ke rumah..hakikatnya bukan sepanjang masa kita perlu bergerak menuju ke mana-mana.kadang-kadang kita hanya perlu berehat di rumah..rumah kita..

dan gua hanya mahu balik ke rumah gua untuk berehat..sekarang masa untuk gua tidur..selamat malam..

2 ulasan:

deaf-angel berkata...

rumah sekangkang kera pun, cam sangkar burung pun, tapi tetap home sweet home.

dan kalo rumah sendiri, tak boleh sebarangan untuk orang nak halau kita dah.

eddie dewanaga berkata...

setuju dgn deaf...

rumahku syurgaku, selesa yg paling numero uno!!