Memaparkan catatan dengan label Layan Blues [Nostalgia Reput]. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Layan Blues [Nostalgia Reput]. Papar semua catatan

Ahad, September 29, 2013

Cerita

gua kira memang dah lumrah kalau kita rasa syahdu bila berselisih dengan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita,walaupun sekadar 'berselisih' di alam maya.ia bukan rindu,bukan mahu,cuma perasaan nostalgik dan macam pancaran kamera,kenangan lama melintas di ingatan satu persatu.it's a bitter sweet feelings.dan rasa syahdu tu jadi lebih dalam bila seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita dah melangkah jauh dan kini bahagia bersama cinta hati.yang pasti,ia bukan kita.

kadang-kadang gua rasa macam ajaib cepat betul masa berlalu.cerita tentang blog ni saja,wow,sedar tak sedar kian menghampiri sepuluh tahun.bila gua mula menulis di sini,usia gua 23.rasa macam dah tua bila fikir-fikir.tapi mungkin sebab hidup gua tak banyak berubah,gua rasa macam sama.seolah-olah umur tak pernah bertambah walaupun hakikatnya dah makin tua.

manusia-manusia dalam hidup gua rata-rata dah berubah.berubah dalam erti kata,orang-orang yang mendampingi gua dah berganti.orang yang gua anggap istimewa,tinggal sebagai orang yang pernah menjadi istimewa.gua tak berhubung lagi dengan mereka,atau mereka tak lagi berhubung dengan gua.tapi yang mana satupun,pokok-pangkalnya kami dah tak berhubung.apa yang gua perhati,hampir kesemua yang pernah mendampingi gua bertemu cinta hidup masing-masing dan sampai seru selepas mereka 'tamat' dengan gua.sepertinya gua adalah satu fasa yang mereka lalui dalam kehidupan untuk memahami apa yang benar-benar mereka perlukan.ya,seperti sebuah transit,titik peralihan yang menghubungkan mereka dengan tempat tiba sebenar.itulah peranan yang gua mainkan.bukan untuk menjadi yang dimiliki dan memiliki,tapi sekadar satu pengalaman yang mempersiapkan mereka untuk masa depan.apa yang lebih lucu,hampir kesemua insan yang pernah mendampingi gua menjadi orang yang berjaya,berkerjaya,hidup selesa.

heh.gua sedar semua tu cuma kebetulan.tapi,kebetulan yang menarik,dan juga tak menarik boleh gua cakap bila mengenangkan bagaimana gua mungkin secara tak langsung telah mendewasakan mereka namun kedewasaan itu adalah untuk membahagiakan orang lain,bukannya gua.kalau ada pilihan,dah tentunya gua mahu mereka bahagiakan gua.bercakap pasal hubungan cinta yang jelas,kali terakhir gua benar-benar bercinta dengan seseorang,punyalah susah-payah gua mencuba dan bertahan sampai akhirnya gua kalah,elok-elok saja hati dia terbuka untuk berumah-tangga lepas kami putus."saya dah bertunang,dengan pilihan keluarga."kata-kata yang kemas terpaku dalam otak gua.kalau ikutkan bisikan hati,terasa macam ianya sangat tak adil.kenapa bila dengan gua,macam-macam cara gua diuji dan diduga sedangkan mulut tak putus sebut cinta tapi bila dengan entah siapa-siapa,semudah itu saja dia diberi penghargaan dan dimuliakan untuk diikat sebagai isteri.apa guna cinta?apa makna cinta?dan sebenar-benarnya,benar ke itu cinta?entahlah.makin tua,terasa macam makin tak faham tentang cinta.tapi,apa-apapun,gua masih percaya kepada qadak dan qadar tuhan untuk gua jinakkan rasa hati.itulah apa yang dikatakan jodoh dan takdir.tak ada manusia yang boleh melawan.kalau gua marah,gua marah pada siapa?sedangkan yang menetapkan jodoh dan takdir itu bukan dia,bukan gua,bukan sesiapa.telah tersurat dari azali,ditulis oleh pemilik alam.siapalah manusia untuk menolak.

but hey,i think i've grew up a little bit.kalau dulu,gua selalu rasa cemburu dan sakit hati bila melihat orang yang pernah sebut sayang pada gua jadi milik orang lain.sekarang ni,rasa-rasa macam tu tak lagi menghantui.berbalik kepada kata-kata gua dalam perenggan pertama tadi,ada syahdu,ada sayu,tapi ianya hanya rasa nostalgik yang tak lebih dari itu dan sebenarnya untuk gua berkata macam ni,ia adalah satu perkara yang besar.so yes,i guess i  did grew up a little.gua tak pernah menjadi orang yang mahir dalam melepaskan sesuatu,secara dalaman maksud gua bukan luaran,tapi sekarang,gua fikir gua dah ada banyak kemajuan.ia tak sesukar sebagaimana suatu masa dahulu.

mungkin benar,punca utama kenapa selama ni gua tak mampu betul-betul melangkah ke depan ialah kenangan cinta pertama.gua pegang terlalu kuat,walaupun selepas gua kehilangan.hakikat yang berlaku sebenarnya ialah dia menikahi perempuan lain.cinta pertama gua,insan yang gua anggap segala-galanya dan gua fikir akan jadi satu-satunya cinta dalam hidup gua,gua mahu jadi satu-satunya cinta dalam hidup gua,bernikah dengan perempuan lain yang walaupun kemudiannya gua dapat tahu ia bukanlah atas kerelaan sendiri sebaliknya 'terjerat',namun tetap tak merubah hakikat yang dia telah menikahi orang lain.tapi waktu itu gua tak nampak macam tu.mungkin kerana terlalu cinta,gua sanggup telan.walau sekecil-kecil harapanpun dah cukup untuk buat gua gagahkan diri menunggu.di mata dunia,gua nampak sebagai orang ketiga yang mahu rampas suami orang,tapi di hati gua,gua hanya mahu dapatkan semula kekasih gua yang telah dirampas dari gua dengan cara yang jahat.sungguh,tingginya harga akad nikah sehingga ia memberi kedudukan mulia walaupun untuk insan yang mendapatkannya dengan tipu-helah dan menafikan segala pengorbanan dari seseorang yang telah setia sekian lama,dari seawal belasan tahun.i was 13,and he was 15.

kenapa akhirnya gua pilih untuk lepaskan,ya?lepas susah-payah lalui macam-macam selama 17 tahun.ya,17 tahun,bukan 17 hari,bukan 17 bulan.apa yang gua tunggu-tunggu sangat,memang dah berlaku.dia bercerai dan balik pada gua.tapi kenapa selepas gua dapat apa yang gua impikan,gua pilih untuk pergi?sesuatu yang payah nak diungkap.mungkin ia berkisar tentang kebenaran bahawa sesuatu yang pernah pecah walau dicantum semula sebaik manapun,tetap takkan kembali kepada asal.gua terlupa mungkin,terlupa tentang waktu yang berlalu.terlupa dengan dunia yang telah berubah.cinta buat gua terlupa hakikat yang gua bukan lagi budak-budak belasan tahun dan dia bukan lagi seseorang yang hanya pernah memiliki gua.macam mana mahu gambarkan benda tu?kerana terlalu sayang,gua rela sakit,rela terseksa,hidup mengharap menunggu,berpaut pada benda rapuh dan bukan sekali-dua gua rasa seolah-olah tak boleh bernafas,seolah-olah roh gua telah direntap keluar dari tubuh,tapi,disebabkan perkara itu jugalah,akhirnya membuatkan hati gua jadi mati.

waktu 17 tahun membuktikan bahawa cinta yang benar-benar mendalam memang sukar nak dibunuh,tapi,kalau kita terus-terusan cuba membunuhnya,guess what,lama-kelamaan ia boleh mati juga.dan gua tak anggap ianya satu kejayaan,tapi peristiwa yang sangat tragis.matinya sebuah cinta yang agung.ya gua tahu tak ada apapun yang agung dengan cinta gua di mata dunia tapi di jiwa gua ia cinta teragung.mampukah orang faham....macam mana bila sesuatu yang paling berharga pada gua yang gua letak lebih tinggi dari apa-apapun hatta nyawa gua sendiri telah musnah,dan orang yang memusnahkannya tak lain tak bukan ialah orang yang paling gua sayang.cerita soal terjerat,soal terikat dengan tipu-helah dan apa saja sebenarnya tak merubah hakikat yang sewaktu gua menangis sendirian tersedu-sedan menunggu dan berharap,dia berada dalam pelukan perempuan lain dan 'tanda' yang melambangkan semua itu juga telah bernyawa,bernama anak.menerima seseorang yang pernah berkahwin dan ada anak ialah perkara yang berbeza dengan menerima kekasih kita sendiri yang kita sayang macam nak gila sejak dari zaman budak-budak boleh berkahwin dengan orang lain dan ada anak untuk sentiasa mengingatkan kita tentang peristiwa yang paling melukakan hati kita.

meleret-leret bercakap pasal tu.pendek-kata,akhirnya gua putuskan untuk lepas semua tu.belajar dengan cara paling pahit bahawa kita tak boleh kembalikan masa yang terlepas walaupun itu yang paling kita mahukan.apa yang gua nak sebenarnya ialah masa silam.sesuatu yang tak ada sesiapa boleh pulangkan semula termasuk rizal sendiri.ironi tentang sesuatu yang masih sama tapi dalam masa yang sama begitu berbeza.entahlah.akhirnya hati gua jadi betul-betul kosong,hilang rasa,habis.sehingga gua mampu lakukan sesuatu yang tak pernah termimpi akan mampu gua lakukan iaitu melepaskan rizal,luar dan dalam.kemudian gua pilih untuk bercinta dengan insan baru,yang gua sangkakan akan bawa perubahan dan membahagiakan hidup gua,dan dipendekkan cerita,gua kecewa lagi.so much for letting go of the past dan "bina hidup baru".it was painful,you bet,but somehow,well,it's not like i have any other choice but to suck it up and get myself up.tak perlu nak tunggu sampai berbelas-belas tahun lagi sekali.percuma buang-buang macam tu saja masa seolah-olah masa ada untuk selama-lamanya.

apapun,yang lepas tetap dah lepas.life is good now,and just hopefully,it gets better

.

Khamis, Februari 14, 2013

Drama Cinta Semusim

mahu bersedih,gua tak ada kudrat.mahu rasakan kehilangan,apa sebenarnya yang hilang kalau memang dari awalpun ia tak pernah ada dan tak pernah dimiliki.pertama kali sejak satu tempoh yang terasa bagaikan berkurun-kurun,gua fikir gua kembali jumpa sesuatu yang nyata,sesuatu yang mungkin,tapi malangnya apa yang gua fikirkan itu salah.ia tak lebih daripada satu lagi khayalan,satu lagi maya,illusi optik,fatamorgana,dan apa-apa sajalah perkataan atau istilah yang sewaktu dengannya yang menggambarkan sesuatu yang bukan kenyataan.gua cuma bermimpi.bermimpi,tahu?hanyut dalam sesuatu yang gua sangkakan hakikat tapi sebenarnya hanyalah mimpi semata-mata.apa yang gua pegang,gua kejar,gua sasarkan,tak lebih dari sekadar mainan tidur.gua yang beriya-iya.cuba genggam sedaya-upaya tapi kalau namanya pun  mimpi,genggamlah sekuat mana tetap takkan ada dalam tangan.

letih,ya.sifirnya mudah.bila kita pertaruhkan hati dan perasaan berharap pada sesuatu,kita akan kecewa bila ia tak kesampaian.cuma,mahu huraikan rasa itu ia bukan lagi dalam batas jangkauan perkataan.kalau gua mahu sifatkan yang sebenar-benar,sebenarnya apa lagi yang benar?sepanjang hidup,gua habiskan kebanyakan daripadanya bernyawa dalam cerita yang entah berlaku entah tidak.gua pikul dan seret harapan sebesar dunia yang bebannya lebih daripada kemampuan gua sendiri dan di setiap hentiannya gua fikirkan adalah titik bahagia untuk akhirnya gua miliki apa yang gua nanti dan gua doakan tapi setiap kali terbukti ia hanya satu lagi juram yang memerosokkan gua lebih dalam dan lebih dalam ke dalam penyeksaan yang tak ada kesudahannnya.sampai segala-galanya dah hilang wajah dan punca,dan tinggal menjadi kebingungan semata-mata.gua hilang,hilang dalam rasa yang akhirnya tidak lagi mendatangkan sebarang rasa.dan gua terpaksa gadaikan seluruh realiti yang gua semai sekian lama di segenap darah-daging untuk keluar daripada lingkaran yang membelenggu langkah gua,dan gua fikir dialah tangan penyelamat yang akan membawa peluang kedua sesudah bersemadinya jasad semalam.sumpah gua nampak harapan untuk hidup bahagia,di alam nyata,bahagia yang sebenar-benarnya,bahagia yang diikat dengan tali bernama pernikahan,bukan lagi angan-angan kosong,cerita-cerita mitos yang dikhabar bertahun-tahun tanpa ada bukti dan kepastian.sumpah,gua fikir dialah orangnya..takdir dan jodoh gua,setelah terlalu lama gua didodoi dengan memori cinta pertama yang gua bawa dari awal usia.lalu gua sambut dengan setulus hati,dengan niat ikhlas dan penuh pengharapan..untuk apa?hanya untuk dihumban kembali ke dalam juram gelap yang membunuh jiwa gua selama ini.

jadi,apa sebenarnya yang patut gua rasa?bolehkah perasaan itu disebut sebagai kecewa?perkataan kecewa itu sendiri bunyi kelakar bila digandingkan dengan apa yang berlaku.gua terpaksa mati untuk melepaskan memori demi menyambut masa depan,semata-mata untuk mengetahui bahawa 'masa depan' itu tak lain dan tak bukan hanyalah sebuah lagi kenyataan palsu yang datang untuk memperdaya gua,mempermain-mainkan perasaan gua dan memusnahkan sisa-sisa harapan yang masih berbaki dalam diri gua.sungguh-sungguh,apa sebenarnya yang patut gua rasa?gua jadi beku,jadi kosong.hati yang dah hancur,dihancurkan lagi,mahu bertukar jadi apa lagi?dah sampai ke tahap paling akhir,dah tiada lagi sesudah itu.lalu yang tinggal begitulah.hanya kosong,rasa yang tiada lagi punya rasa.

di akhir ceritanya,gua sekadar pasrah.tiada marah,tiada kecewa,tiada apa-apa.senyum sendiri mengingatkan mimpi yang gua tersilap anggap sebagai kebenaran.silapnya pada diri gua sendiri.gua yang anggap tidur gua yang panjang dah berakhir.gua yang tersalah baca cahaya di hujung langit sebagai fajar pagi yang akan membuka cerita baru.hakikatnya,mana ada cerita baru.sama saja dari dulu sampai sekarang.gua yang ulit diri gua dengan harapan tak munasabah.indah memanglah indah.untuk manusia kurang normal macam gua yang hanyut dengan masa silam dan sesat dalam kehidupan nyata,bila kembali berhubungan dengan jiwa hidup seperti manusia normal,rasa macam dilahirkan semula.setiap pertemuan,janji-janji,perancangan..siapkan baju sedondon untuk hari raya.indah dan manis.memanglah.semua tu mimpi.mimpi memanglah indah dan manis.

apa lagi yang boleh gua cakap.bukan takdir dan bukan jodoh.bukan kisah sebenar.gua tersalah baca dan tersalah harap.sekadar satu lagi rentetan kisah cinta selingan yang seperti sebelum-sebelumnya.tak ada yang lebih daripada itu.semua janji,semua perancangan,hanyalah cakap-cakap kosong melayan angan yang tak bawa sebarang makna.kesudahannya,macam tu juga.janji hanya tinggal janji.perancangan yang semata-mata untuk memacu harapan tanpa ada jalan ke arah kenyataan.tak ke mana.tak ke mana-mana langsung.apa yang gua usahakan,gua cuba,gua ikhtiar,percuma saja dirosakkan.sia-sia.mencuba dan bertahan hanya untuk bazirkan segala-galanya begitu saja.yang tergadai adalah keikhlasan dan kesungguhan gua.terbuang tanpa harga.sayang seribu kali sayang.

sesuatu yang sememangnya bukan milik gua,rela atau tidak,tetap terlepas dari genggaman.gua akur dan gua terima.gua telan hakikat walaupun pahit.ini rencananya yang sebenar.pilihan yang bukan gua sengajakan tapi telah tertulis dengan terang dan nyata.dia bukan untuk gua,sepertimana gua bukan untuk dia.malangnya,bukan gua orangnya.insan untuk dia diam dan jadikan suri sebenar sepanjang hayat.sayang seribu kali sayang........
               

Ahad, Jun 19, 2011

'Tornado In Soul'

beberapa hari ni,ada beberapa manusia yang pada takrifan gua adalah manusia daripada masa lepas telah muncul dan salah-seorang daripadanya adalah tornado,nama gelaran yang gua berikan pada seorang teman yang hadir dalam hidup gua pada waktu gua betul-betul serius dan nekad mahu mulakan hidup baru.waktu tu adalah waktu bila gua bersungguh-sungguh tanam pada diri gua yang gua mesti kuat untuk lepaskan memori silam,untuk kuburkan segala impian naif dalam sentimen cinta pertama dan bukakan hati sepenuhnya kepada insan baru.gua nekad untuk serius,serius dalam ertikata gua sanggup untuk menjadi isteri.cuma silapnya mungkin kat situ,gua tanpa sedar telah menampakkan diri gua seperti mendesak,menggesa.

apa yang gua fikir dengan mengambil-kira faktor usia seorang lelaki yang sembilan tahun lebih tua dari gua,tak terlintas bahawa persoalan tentang komitmen masih menjadi satu isu yang boleh menimbulkan tekanan.entahlah.apa yang buat gua kecewa ialah bila gua dipujuk,diyakinkan,didodoi dan dibelai untuk menerima sebuah perhubungan tapi kemudiannya segala-gala tentang gua dijadikan isu untuk menyelar gua balik.

apa yang gua mintak bukannya layanan vip seolah-olah gua ni tuan puteri dari negeri kayangan,tapi keikhlasan.kenapa nak bersusah-payah melayan gua sepanjang masa,nak kelam-kabut waktu kerja membalas sms gua,nak telefon gua berbual-bual sampai lewat malam pada hari bekerja,hanya untuk kemudiannya menuduh gua self-centered dan tak menitik-beratkan keadaan orang?semua tu,gua tak mintak.kenapa tak jujur saja dari awal kalau sedang sibuk,kalau tak boleh melayan,kalau ada komitmen lain?kenapa mesti memaksa diri buat apa yang membebankan diri sendiri kemudian letakkan kesalahannya ke atas bahu gua?kata-kata seperti bila-bila masa kalau gua sedih gua boleh datang pada dia,kata-kata yang gua ni tak pernah langsung mengganggu urusan dia..mungkin salah gua yang bodoh tak faham itu cumalah ayat basa-basi biasa,bukannnya betul-betul bermaksud macam tu tapi still,it hurts.

teman yang pada awalnya mesra tiba-tiba berubah dingin dan akhirnya memberitahu yang kita ni terlalu kerap mengganggu,tak memahami rutin hidup,malah sehingga kepada sifat manja dan keanakan juga dibangkit sebagai satu kelemahan,dikatakan suka meminta-minta,memandang kebendaan..haih..kenapa mahu hadiahkan gua apa-apa hanya untuk cakap gua ni materialistik sedangkan bukan gua yang memaksa meminta hadiah yang mahal-mahal.seteruk itukah gua dalam pandangan mata dia?bertitik-tolak dari situ,gua memilih untuk lepaskan saja.apa maknanya menjalinkan hubungan dengan orang yang berfikiran buruk tentang kita?gua dikatakan telah menjejaskan kehidupan peribadi,mengambil masa yang sepatutnya dia guna untuk diri sendiri,hadir terlalu mendadak sehingga dia jadi sesak,dan dia rindukan kehidupan biasa sebelum wujudnya gua di sisi dia.kalau macam tu,apa perlunya lagi gua terus tebalkan muka menyibuk dalam hidup dia.

gua tulis ini bukan untuk memburuk-burukkan sesiapa.gua hanya tulis daripada sudut gua,sedangkan dia mungkin ada justifikasi dia sendiri jadi gua tak harap sesiapa yang membaca terus bertanggapan buruk terhadap dia.bila gua fikirkan balik,gua melihat semula apa yang berlaku daripada pandangan dia.gua ada silap gua sendiri sebab pada awal bila dia bertanyakan status hubungan kami,gua yang menafikan kami ada apa-apa hubungan serius.gua tak mampu berikan kepastian bila diminta,tapi kemudian beriya-iya mahu tunjukkan kesungguhan.juga gua terima,baik dia,mahupun sesiapa saja bila dah lama hidup single sedikit-sebanyak akan struggle untuk beralih ke kehidupan sebagai seorang yang ada pasangan.dalam tempoh itu kita akan mula ragu-ragu,mula fikir dua kali,mula mempersoal betul ke kita dah benar-benar bersedia.

perhubungan selepas kita melepasi usia 25 tahun dah tak sama macam perhubungan masa kita belasan tahun atau awal dua puluhan sebab dah tak ada ruang untuk cuba-cuba,tengok-tengok sebaliknya kena betul-betul serius dan itu,yang menimbulkan tekanan.ditambah dengan pengalaman lepas,pernah kecewa,pernah putus tunang,it's a damn big thing untuk betul-betul menerima semula suatu perhubungan baru.mungkin dia pada waktu itu,tak berniat mahu mengusir dan mengecewakan,seperti juga gua tak berniat mahu menggesa dan menekan tapi cuma keadaan yang menampakkan gambaran yang sebegitu.gua di dalam tekanan terlalu mahu 'move on' dan dia pula di dalam tekanan sudah terlalu selesa untuk move on.

atas dasar pengertian itu,gua tetap layan dengan baik bila dia tiba-tiba hubungi gua semula kebelakangan ini.walaupun jujurnya gua masih ingat macam mana kata-kata dia pernah menyakitkan hati gua dulu,tapi hanya sepatah yang gua tanyakan,kenapa agaknya hubungan kita yang sepatutnya boleh jadi bahagia berkesudahan macam ni dan dia hanya menjawab,tak tahu,betul-betul tak tahu.jawapan yang tak menghuraikan apa-apa tapi pada gua sudah memadai untuk gua simpulkan yang dia sendiri sebenarnya tak tahu macam mana keadaan tiba-tiba boleh berubah jadi keruh dan berakhir mendadak macam tu saja.gua kira dia juga macam gua,tak menyangka sesuatu yang bermula dengan baik tiba-tiba boleh berada di luar kawalan dan tewas untuk dikemudi.kesimpulannya jatuh ke situ dan gua mampu mengerti yang dia tak pernah berniat mahu menyakitkan hati gua atau apa-apa.dia sendiri mahukan kebahagiaan tapi untuk menjayakan sebuah hubungan kadang-kadang tak semudah yang kita harapkan.jadi pada gua,dapat berbicara semula dengan cara baik dalam keadaan sama-sama tenang sudah memadai untuk melerai mana-mana rasa pahit kelat yang ada dalam hati.ia adalah satu pembebasan.

kita,tak pernah mahu kesudahan yang buruk,tapi kadang-kadang kita tak mampu menangani keadaan dan sudahnya,kita kalah.bila segalanya berakhir bukan dengan kebahagiaan seperti yang diharapkan,cukuplah kalau sesudah itu boleh bercakap secara matang,rumuskan di mana letak silap dan salah baik pada dia atau pada diri kita sendiri,baru lerai segala ketidakpuasan hati dan tanda-tanya.hanya itu.

gua seboleh-bolehnya mahukan untuk setiap kisah,berakhir dengan penutup yang baik.kita kenal dengan cara baik,dengan perkenalan yang elok,maka biarlah berpisah juga dengan cara baik,dengan pemergian yang elok.bukannya mendadak,macam adegan silap mata.hanya dengan tiba-tiba,keluarkan kata-kata magik 'selamat tinggal' dan puuff,hilang.ok,ok,itu dah masuk bab orang lain tapi my point is,biarlah setiap kisah itu tamat dengan jelas dan baik,tanpa meninggalkan ketidakpuasan hati dan tanda-tanya.mungkin seperti sebuah karangan.bermula dengan pendahuluan,kemudian diakhiri dengan sebuah rumusan dan kesimpulan.ya,macam itulah.baru sempurna untuk menutup buku.

apapun,seikhlas hati,gua doakan yang terbaik untuk dia.wish you all the best,abang.semoga bertemu kebahagiaan seperti yang diharap-harapkan..dan gua ucap dengan senyuman..
    

Ahad, Mei 29, 2011

Cerita Bukumuka

sebelum ini,gua pernah ada akaun facebook.itu setelah didesak oleh manusia-manusia sebenar di dunia realiti dengan alasan lebih senang berhubung dan waktu tu setelah gua fikir-fikir,kenapa tidak?sekali-sekala mencuba kelainan untuk buat sesuatu yang luar kebiasaan yang kita takkan buat dalam keadaan normal.selalu pakai serba hitam,sekali-sekala pakai pink pulak,ya tak?jadi gua buka akaun peribadi yang buat pertama kalinya dalam sejarah di mana-mana ruang sosial maya,menggunakan identiti sebenar.dengan nama sebenar yang penuh,lengkap dengan binti dan dedahkan diri tanpa memakai sebarang topeng.my,my..lepas dah lebih sepuluh tahun daripada tamat sekolah gua tak berhubung dengan sesiapa kecuali kawan rapat gua,yang mana cuma seorang dan selebihnya berhubung jarang-jarang dengan dua orang lagi menjumlahkan mereka kepada hanya tiga,akhirnya dalam angin ingin buat apa yang luar dari kebiasaan gua 'berkawan' balik dengan kenalan-kenalan sekolah yang gua dah tinggalkan lama dulu.

lepas gua dah selamat membuka akaun facebook tersebut,salah-seorang kenalan sekolah yang paling awal gua 'kawani' adalah budak lelaki yang sekelas dengan gua masa tingkatan empat dan lima.dia dah berkahwin dan ada anak.gua rasa macam kelakar pun ada sebab hampir semua kenalan sekolah lelaki yang sebaya dengan gua dah kahwin malah kahwin usia muda,berlawanan dengan yang perempuan masih ramai bujang macam gua malah single tak berpunya.mereka-mereka yang bujang ni juga,kebanyakannya berkerjaya best dan rupa juga boleh tahan comel.bila tengok-tengok balik,patutlah orang selalu cakap aweks pantai timur ni ramai yang comel-comel.heh.tapi jujurnya,gua pandang tinggi dekat mereka-mereka yang masih maintain dengan imej asal,masih ayu dengan baju kurung dan tudung,masih sebati dengan jati diri anak terengganu sejati walaupun hidup berjaya di ibukota,masih sederhana dan sempoi,tanpa penampilan over the top tudung lilit-lilit berbelit kepala alien entah hape kebenda tapi tetap sedap mata memandang.wah.tiba-tiba gua rasa bunyi macam lelaki pulak cakap macam tu.

melalut gua ni.mabuk ke apa?gua rasa memang gua tengah mabuk.apa yang gua nak beritahu tadi,bekas rakan sekelas gua yang jadi kawan terawal di facebook tu mula berbual dengan gua.memang bagi gua betul-betul di luar tabii kerana sebenarnya,gua tak pernah langsung berbual dengan sesiapa di sekolah melainkan dengan teman rapat.dia cakap,seperti komen biasa yang gua selalu dengar orang cakap pada gua,dulu dia takut untuk tegur gua.gua nampak terlalu senyap,terlalu distant,dingin tak pedulikan orang as if membawa signboard amaran 'jangan dekat' ke mana-mana gua pergi.my,my.sebenarnya gua tak sedar gua telah mewujudkan imej itu pada pandangan orang.tak sedar dalam erti-kata bukan saja-saja sengaja dibuat tapi terbentuk sendiri sebab agaknya,memang itu cara gua bawa diri gua selama ini.

berbual punya berbual,akhirnya dia buka cerita yang dia sebenarnya pernah meminati gua masa zaman sekolah dulu.kadang-kadang gua ni kuat perasan juga,dok terasa orang memerhati tapi gua ketawakan saja.gua ketawakan diri sendiri yang tak malu nak perasan kerana boleh terasa macam dia tu memerhati gua lain macam.gua boleh perasan tu pun sebab gua  juga kadang-kadang suka perhatikan dia.tak adalah minat ke apa,cuma gua suka mata dia.mata yang redup dan dalam,nampak berkaca.mata sedih.gua memang suka lelaki yang bermata sedih ni.entah,menarik.gua ni dalam diam-diam gua dalam tak ambil pusing keadaan sekeliling,gua sebenarnya seorang pemerhati.mata yang sentiasa mengamati,telinga yang sentiasa mendengar.

bila dia cakap dia minat gua masa sekolah dulu,baru gua ingat balik.mungkin perasaan perasan gua dulu tu ada benarnya.dia ulang-ulang ayat "awak tu merak kayangan,saya ni cuma gagak je,manalah layak nak mengorat awak.manalah orang macam awak nak pandang orang macam saya ni.".mengada-ngada betul ayat spisis itu.gua kalau dengar akan fikir,ini ayat perli ke apa?walaupun gua selalu konon-konon kuat perasan,tapi secara jujurnya gua tak pernah percaya diri gua ni berkemampuan untuk buat orang jatuh hati dan memberi impak jadi dengan sendirinya bila dengar orang buat luahan gua akan terasa macam orang tu saja nak bergurau-senda.gua tak anggap serius.bukan nak kata gua tak percaya dalam konteks gua curiga dan berprasangka,tapi tak percaya sebab rasa tak logik.takkanlah kot?jadi gua anggap dia bergurau sama macam dia mungkin bergurau macam tu jugak dengan bekas-bekas budak sekolah yang lain.

masa awal-awal mula berbual,biasalah.baru-baru semua pun boleh jadi teruja,kan?lagi pulak bila dah lama dah tinggalkan zaman menjadi 'gadis idaman malaya',seronok jugak sekali-sekala dibawa kembali ke dalam nostalgia itu.tambah bila dia beritahu kawan-kawan dia yang lain pun ada yang sama macam dia pernah minat kat gua masa sekolah dulu.salah-seorang daripadanya adalah budak lelaki yang sekampung dengan gua yang selalu mengata gua,memburuk-burukkan gua.bab itu gua pelik pasal lelaki ni.kadang-kadang lain macam betul cara dia 'menyukai' seorang perempuan.gua ingat ada sekali tu gua berjalan sendiri melintasi kelas budak tu dan macam biasa,jalan terus tak pandang kiri-kanan kemudian ada salah-seorang tegur gua kuat-kuat dari dalam kelas,"sorang je ke??" dan budak tu menyampuk tolong jawab,"taklah.lapan orang!"kemudian mereka ketawa ramai-ramai berdekah-dekah dan gua dengar mereka berborak mengumpat panggil gua 'awek thrash' sambil gelak-gelak sesama mereka.memang gua benci betul.tapi gua tak cakap apa-apa.gua menoleh pun tidak.sungguh-sungguh,memang rasa tak selesa dan macam bodoh bila kita berjalan orang pandang-pandang kemudian bercakap pasal kita sambil ketawa berdekah-dekah.maka ajaib gila,bila bekas rakan sekelas gua beritahu budak tu sukakan gua masa zaman sekolah.mungkin,rakan sekelas gua tu salah orang atau salah tafsir.senang nak sebut,nama bekas rakan sekelas gua tu yusri.ya,yusri.

lepas dah lama-lama,si yusri ni akhirnya mula bersikap lebih yakin,lebih cool bila dia berbual dengan gua.selalu bercerita tentang pencapaian dia dalam hidup,pengalaman dia memajukan diri,dan yang sewaktu dengannya yang menunjukkan bahawa dia hari ni dah jauh matang dan berjaya berbanding zaman hingusan dulu.baik,tak apalah.gua layankan saja.gua faham.ya lah,orang yang dah banyak pengalaman pernah menetap di banyak tempat tambah pulak dah berumah-tangga,dah ada anak tiga,mestilah berpengetahuan luas tak sama dengan orang yang 'belum tahu apa-apa' belum berumah-tangga macam gua ni.tapi bila lama-lama,gua mula rimas.gua pun rasa bersalah sebab kerap buat lelaki tertipu fikir gua ni lemah-lembut berhalus segala bagai dengan rupa dan perawakan yang nampak ayu habis,tapi memang gua lemah-lembut pun,kecuali bila gua 'memberi pendapat ikhlas'.

bila gua fikir balik,mungkin sedikit melampau tapi gua tak tahan dia asyik dok brag sampai akhirnya gua bidas dia balik dan bila dah bidas balik tu,jawabnya memang berjela tajam menikamlah.lemah betul gua bila lelaki nak tunjuk pandai nak tunjuk matang nak tunjuk hebat depan gua.lu dah salah orang.lagipun macamlah dah jadi billioner ke apa nak menunjuk sangat dan kalau dah jadi billioner pun,ingat gua hairan sangat ke?tapi sebenarnya,gua ni pun tak patut.rasa macam kejam jugak.dia sekadar nak impress gua je pun.apa salahnya kalau gua bagi muka sikit.tapi gua cakap direct kat dia yang gua rimas dengan dia,gua bosan dengar percakapan dia dan gua rasa tak berminat nak berbual dengan dia.paling-paling pun tapislah sikit ayat jangan terlalu jujur macam tu tapi dah terlepas cakap,nak buat macam mana.

dari tadi gua dok menaip tak sudah-sudah dah rasa penat dan malas jadi terus tutup ceritalah.akaun facebook tu gua dah tutup 3,4 bulan lepas sebab setelah beberapa ketika menjadi tak underground,gua mula tak selesa.memang tak kena dengan jiwa.kekal macam ni,duduk dalam ruang hitam dengan berkelubung,adalah lebih 'gua'.sekian.

Isnin, Mac 21, 2011

We Forgive and Forget..(and it's all coming back....)

satu hari,dia cakap pada gua,gua sebenarnya langsung tak ada apa-apa keistimewaan dan dia tak tahu apa yang pernah dia nampak pada diri gua sedangkan hakikatnya,gua ni bukanlah apa-apapun.

lalu gua balas,dia boleh cakap apa saja yang dia mahu tapi hakikat akan kekal hakikat,dia tak pernah berjaya memiliki gua dulu,tak pernah berjaya memiliki gua sekarang,dan tak akan pernah berjaya memiliki gua sampai bila-bila pun.never yours and never will be.

dan itulah cara kita menyayangi-dengan saling menyakiti.

cerita yang berlanjutan belasan tahun hingga ia ditamatkan dengan gua menjadi gumpalan sampah masa silam yang dikeronyok dan dibuang demi menggenggam masa depan.dia kesatkan air mata gua,lembut,setelah bersahaja memberitahu akan bina hidup dengan pilihan hati dan berkata,"apa yang kita mahu,tak semestinya apa yang kita perlu,dan apa yang paling kita harapkan selalunya adalah apa yang tak seharusnya kita miliki,"dengan sinar mata yang untuk sesaat memancarkan getaran yang sama,seperti apa yang gua lihat di dalam mata seorang budak lelaki enam belas tahun yang pernah memuja gua separuh gila,sebelum ia dibunuh dan digantikan dengan pandangan mata seorang lelaki yang keras hatinya dan takkan tergoyah,walau gua titiskan airmata darah,atau mati sekalipun di situ.

dan segalanya berakhir..,cerita yang berlanjutan belasan tahun dengan penamat yang sejak itu,sebenar-benar penamat.

but i thank you,sincerely,for the closure....pemuja yang paling manis....selamat pergi dan terus pergi dan jangan sekali-kali bertemu kembali,hidup dan mati.


Ahad, Mac 20, 2011

Everbleed

menyelongkar timbunan sampah di bawah katil,gua terjumpa satu surat lama,kiriman seorang kenalan rapat satu masa dulu.tahun 2002.a guy from australia yang pernah mengaku jatuh cinta pada gua.heh.everbleed,atau matthew stephens nama betulnya.such a beautiful letter,contains of nearly 20 pages(or more?).surat paling panjang,dan juga antara yang paling bermakna yang pernah ditulis pada gua dan mungkin yang pernah ditulis oleh sesiapa kepada sesiapa sahaja.haha..memori,memori..wonder di mana dia sekarang.mungkin dah berkahwin,ada anak.gua 20 dan dia 26 waktu tu.he wrote me a poem,something which no one ever did to me.tak pernah ada lelaki yang menulis puisi khas untuk gua malah tak pernah ada lelaki yang buat apa-apa pun khas untuk gua.gua selalu terjebak dengan 'lelaki-lelaki kayu' yang mana mengekspresikan rasa bukanlah kepakaran mereka.well,anyway,memori adalah satu-satunya harta milik kita yang paling peribadi yang tak boleh dirampas oleh sesiapapun melainkan Dia.mahu tulis lebih panjang untuk sekadar mengabadikan sedikit kisah tentang insan-insan yang pernah hadir dalam hidup gua,tapi,sebab gua tengah malas jadi mungkin lain kali.layankan lirik ever bleed daripada a canorous quintet.nak letak lagu,tapi tak jumpa lagunya.jadi gua pastekan lagu retaliation ni saja daripada band yang sama.

Ever Bleed
(A Canorous Quintet)

Born to bleed with desert dream
With no illusions and no need
Made of steel but not for real
To feel is to sin
Turn blank pages in an empty book
There's nothing left to win
Born to bleed in a desert world



hmm..gua letakkan juga lirik retaliation kat sini sebab  somehow ia mengingatkan gua pada seseorang yang menjadi perhatian gua sekarang ni.perkataan retaliate itu sangat sinonim dengan dia and yes dear,i'm talking about you.

 

Retaliation
(A Canorous Quintet)
 

Hate has bleeding within me
I am turned inside out
Wish you felt the pain i feel
A thorn tearing from inside

I bleed the invisible blood
The blood of my soul
I wish i had the strength to turn my back
Turn my rage against you

Make you bleed the way i do
Bury you within my darkness
Stifle in my close embrace
Until there's nothing left to hate
Only the purity of a newborn life

[*] condemned because there is no cause
Seas of sorrow drowing me
I'll live forevermore still nevermore
I'll become your greatest fear
Take you down to me
To perish in hy heart of darkness
Until the end of time

Until the end of time
In this world of pain
Sorrow is all you'll gain
You get what you deserve!
Your daydreams end!
Inside this blackhole of my life
Nothing can exist no more
Forever engulfed,
Forever lost, within myself
Within hy tihe

Khamis, November 25, 2010

True Agony

mengimbau kembali perasaan bila hidup sangat mengecewakan dan hati merintih,menjerit,hilang punca dalam malam yang amat dingin dan menyeksakan..

Rabu, Disember 02, 2009

Rayuan

gua tak cuba nak buktikan apa-apa.gua tak cuba nak pegang prinsip nak berdegil tunjuk pendirian.ini adalah gua,jujur sejujur-jujurnya diri gua.gua tak pernah paksa dan tak pernah reka.gua tak pernah nak menunjuk-nunjuk pada orang nak orang tengok hebatnya perasaan gua.gua cuma rasa apa yang gua rasa dengan seikhlas-ikhlasnya dari dalam jiwa tanpa dibuat-buat dan ini adalah apa yang gua rasa.perlu ke madah pujangga pengumuman kata-kata kalau sepanjang 27 tahun yang hampir melangkah ke 28 tahun kehidupan gua hanya cintakan seorang manusia tanpa mampu ditukar-ganti?apa lagi yang perlu dicakap?

gua tak rasa gua mintak banyak dari kehidupan ni malah banyak yang gua hilang dan gua relakan.gua berhenti menangis,berhenti menyalahkan,berhenti bermimpi dan redha dengan takdir.apa nak cakap?ada orang bertuah dilahirkan dengan kehidupan yang ceria dan mudah dan ada orang yang tak dapat semua tu.dah nasib,gua antara manusia yang hidup terpaksa bertempur bergelut.gua tak suka orang banding-bandingkan sebab dugaan hidup lu sama ke dengan dugaan hidup gua?lu kat mana masa umur lu 7,8 tahun?mungkin mencabar berebut gula-gula dengan kawan-kawan tapi gua tengah menangis peluk tubuh sendiri sedih ditinggalkan.gua usap kepala sendiri pujuk diri sendiri.gua tahan,gua simpan,gua pendam sampai tahap gua mampu untuk buat-buat macam tak rasa apa bila gua sedang sakit.kalau tak gua tak jadi macam ni.manusia tak jadi kuat dan keras secara silap mata.ditampar,disepak,diherdik sampai boleh terkencing dalam seluar dan dipaksa diam jangan menangis dalam keadaan tersedu-sedan.apa yang adil tentang itu?atau tentang diterajang bertubi-tubi sampai rebah tergolek atas lantai?tapi gua kuat.dari kecik lagi gua dah belajar jadi kuat.gua tak menangis.paling tidak,bukan depan orang lain.

dari awal,gua tahu hidup gua terikat pada takdir.somehow,gua dapat rasa gua dah ditakdirkan untuk selalu sakit.gua boleh dapat apa yang gua nak,yang bukan apa gua perlu.ia dah takdir.bila gua perlu seseorang,tersurat waktu itu tak ada sesiapa yang mampu berada di sisi gua.jadi apa pilihan yang gua ada?dari azali,gua perlu mengerti,perlu rela,perlu memahami.sebab gua kuat maka gua yang akan selalu dipilih untuk tanggung sakit.sebab tak apa,gua pasti boleh hadapi.tak apa,gua mesti boleh faham.gua dah biasa berdikari,dah biasa ditinggalkan,dah biasa hadapi apa-apa seorang.maka ia jadi kelebihan.kelebihan untuk selalu dikorbankan.tuhan takkan turunkan ujian yang tak mampu dipikul hambaNya.dan itu anugerah bila gua punya daya tahan yang macam tak pernah habis.gua mampu jadi positif dalam keadaan yang paling negatif yang orang lain dah angkat bendera putih awal-awal.bukan gua mintak,tapi itu gua.the thing is,semua pun bukan gua pilih sendiri.dunia ni ada cara untuk pilih kita.'intan terpilih'.konon la.



tapi gua tak mahu pasrah.gua cuba lawan.perjuangan gua adalah untuk merubah takdir yang seolah-olah dapat gua baca dari awal.gua cuma mahu bahagia.gua tak suka bermimpi.tapi kalau mengharapkan sesuatu sangat-sangat sepenuh jiwa-raga sampai menangis-nangis adalah satu bentuk impian,maka gua ada impian.walaupun gua sedar gua bukannya baik sangat tapi gua ikhlas.ini perasaan yang datang dari sedalam-dalam hati.gua bukan pemuja cinta,bukan pujangga,tapi gua ada cinta yang tak ada sebarang keistimewaan selain daripada tulus.gua tak ada apa-apa yang lebih dari ketulusan tu.tulus yang buat hati gua teguh tak berubah.tulus yang buat perasaan gua tak pernah padam.tulus yang buat naluri gua tak pernah jemu walaupun masa berlalu dan berlalu.gua tak pernah tahu dan ambil tahu samaada cinta gua suci ke mulia ke hebat atau apa.gua tak pernah peduli.gua hanya tahu rasa apa yang gua rasa dan gua rasa dengan seikhlas-ikhlasnya.gua tak buat apa-apa pun.perasaan tu lahir dan kekal sendiri tanpa gua sedar masa yang berlalu.bukan gua rancang.bukan gua sengaja.sedar tak sedar macam tu je,dah 15 tahun.macam yang dia cakap,dia tak sedar dah lama bersama gua,rasa macam baru sekejap.


gua dah malas nak tulis.rasa lemah.kalau mudah sangat berubah hati tu satu masalah tapi terlalu payah nak berubah hati pun satu masalah jugak.entah la.gua tak ada ayat bunga-bunga berlapik berkias.nak mintak dengan ringkas dan jujur je.boleh tak bagi gua bahagia?boleh tak bagi peluang untuk gua pulak yang miliki kali ni?gua cuma mahu apa yang gua patut  dapat.gua dah tak berdaya dah tak terkata  apa lagi dah ni.cuma nak mintak kali ni tolonglah sebelahi gua.bagi can untuk gua pulak miliki apa yang  gua dok harap-harapkan dok doa selama ni.tolonglah.gua nak bahagia.tolonglah.tolonglah nasib,berpihaklah pada gua sekali ini.tolonglah................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
........


Sabtu, Oktober 03, 2009

Casa Impian

gua tak tahu memang benar atau cuma psikologi tapi gua terasa tuhan sedang memberi gua satu demi satu penutup untuk meleraikan benda-benda yang membelenggu diri gua.gua terasa macam orang yang sedang menghabiskan notis sebulan berhenti dan segala kerja yang ada dapat diselesaikan dengan teratur yang memudahkan proses perpindahan gua ke tempat baru.seolah-olah gua diberikan jalan,direstui untuk 'pergi' dan gua dapat lihat kehidupan baru di hadapan gua.satu lagi permulaan..satu lagi titik-tolak..mungkin Dia sedang memberitahu gua sudah sampai waktu untuk gua  mulakan hidup baru dan gua perlu tinggalkan segala cerita lama yang hanya membebankan langkah gua..


gua cuma gua..mungkin kerana takdir,kesilapan,kecuaian,atau sekadar kemalangan yang tak dapat dielakkan,sesuatu terjatuh dari tangan kita hingga ia retak.apa yang gua buat ialah gua kutip balik setiap benda yang jatuh lalu gua cuba untuk baiki terlebih dahulu tapi,bila ternyata ia tak dapat dibaiki lagi,tak ada gunanya gua terus simpan barang yang dah rosak dan tak berfungsi.masa pun dah membuktikan gua bukan seorang pengumpul barang kenangan.gua bukan orang yang menyimpan tanda ingatan dari sesuatu yang berlalu.walaupun untuk gua buang sesuatu yang berharga di hati gua adalah dengan sehabis nyawa bermati-matian menjaga untuk ia terus elok tapi sekali ia dah rosak,tak kira setinggi mana pun nilainya gua tetap akan buang.gua tak suka rasa seperti dirantai,diikat bila nilai sentimental menguasai gua sehingga gua terus menyimpan sesuatu demi untuk mengingati apa-apa.gua tak suka 'beg berlebihan'.kalau masih elok dan masih milik gua,gua pertahankan.kalau dah rosak dan tak lagi jadi milik gua,fahami maksud gua bila gua katakan "GUA TAK MAHU SESUATU YANG BUKAN MILIK GUA".



lagu usang rahim maarof menceritakan tentang hakikat kenangan yang terpahat dalam kehidupan manusia.mak gua pernah cakap kenangan adalah sesuatu yang orang lain tak boleh rampas dari kita.sangat sedih sebenarnya..hmm...syahdu..lebih tepat,syahdu..tapi,apa lagi yang boleh kita buat?tak ada apa yang mampu gua buat.kita diberi tempoh untuk lakukan segala yang seharusnya jadi kalau kita lepaskan kesempatan itu,kita takkan boleh dapatkannya balik.gua sendiri pernah katakan,'kalau tak sakit,manusia takkan belajar mengenal kesilapan'.itulah,dalam hidup ada masanya kita terpaksa telan balik kata-kata sendiri.tapi,gua rasa lega..ruang yang sarat boleh dibersihkan kerana gua mahu kosong.rumah yang kosong.ruang yang kosong.untuk cari perabot dan hiaskan kediaman,jadi kisah dalam bab baru.dan gua tamatkan entri ni dengan tersenyum tenang.(i wish you can see me smiling).



Isnin, Jun 15, 2009

Sudahlah

go to sleep already!

Ahad, April 19, 2009

Sekadar Ingatan

gua baru bukak emel tadi dan gua ada terima emel jemputan untuk facebook pada 13 april.gua memang jarang-jarang check emel.apa pon,emel yang gua terima tuh buat gua sedar lagi hakikat yang memang gua sentiasa tahu sejak dulu..bila kita teringatkan seseorang,selalunya sebab seseorang itu juga sedang teringatkan kita..soal facebook tuh sebesar zarah pon tak penting bagi gua tapi orang yang hantar jemputan tuh yang penting..memang gua teringatkan dia kebelakangan nih..ya,gua memang sentiasa ingat pon cuma kebelakangan nih ingatan tuh agak kuat..dah agak lama gua tak dengar berita dia dan dah agak lama gua tak sebut tentang dia..yie yie yie yie yie..my sweet yie..bagi mereka yang baca blog gua nih tentu familiar dengan nama tuh..

hmm..sejak insiden hari tuh,i kept my promise untuk tak muncul dan tak ganggu lagi life dia.tapi kalau gua cakap gua takkan sebut takkan kenang lagi,sejauh mana sangat gua nak lari?after all,dia tetap yie..ikatan yang wujud tuh gua takkan boleh jumpa satu pon perkataan tepat untuk gambarkan.mungkin malang bila kita ada hubungan rumit dengan sesiapa dalam hidup yang tak boleh diputuskan oleh apa-apa pon..ikatan mendalam yang bukan fizikal tapi jiwa..memang gua tak boleh jelaskan..ia tak perlu hadir secara zahir kerana ia dah jadi sesuatu yang spiritual.ia roh dan semangat yang datang ke dalam rasa tanpa perlu dibuat..bottom line,kalau gua kata gua boleh lupakan yie dan buang dia dari diri gua,memang itu adalah satu penipuan yang sangat besar.gua tak mungkin lupakan dia..hingga ke hari nih,detik nih,saat nih,gua masih rasa tak pernah ada lelaki sepanjang hidup gua pernah sayang gua macam yie..not even 'dia'..hakikat tuh yang buat gua takkan boleh terima dengan akur sepenuhnya apa yang berlaku sampai bila-bila..mungkin sampai mati,dan gua tak terkejut kalau itu benar..gua lebih kenal isi hati gua sendiri..

haih..camane manusia biarkan masa berlalu dalam hidup mereka macam tuh saje.kadang-kadang gua tak sedar tentang masa yang berlalu..dah berapa lama?hmm..9 tahun..itu adalah tempoh gua tak lagi ada yie dalam hidup gua..rasa tak percaya dah 9 tahun..kita melangkah ke alam dewasa,kita ikut haluan sendiri dan masa bawak kita jauh dan jauh..terpisah dari sesuatu yang amat kita kenal dan hargai..apa yang boleh gua cakap..perkara yang berlaku tetap dah berlaku..sebahagian dari diri gua masih lagi memberontak berfikir sepatutnya keadaan boleh jadi lebih baik..sebahagian dari diri gua tuh memang takkan boleh terima dan terus bergolak mengharapkan kesudahan yang lebih baik tapi kalau gua sendiri boleh mengawal takdir untuk tulis jalan cerita yang lain pon gua tak mampu cari kesudahan yang lain..sebab ia memang perlu jadi macam tu dan tak wujud pilihan lain maka gua lebih kesal dan kecewa..bukan kesal dengan takdir atau kecewa dengan apa yang berlaku cuma ia antara sesuatu yang paling pahit perlu gua telan dalam kehidupan gua..sedih..perkara yang indah dan manis yang buat kita bahagia juga adalah kesan luka dan kehilangan yang mendalam berbekas di hati..macam yang yie cakap,cinta dia abadi untuk gua dan gua adalah saat paling indah dalam hidup dia tapi dalam masa yang sama gua juga adalah luka yang paling mendalam dan kekecewaan yang menyaktkan..

saat gua tulis ini,benak gua tak berhenti mainkan kenangan-kenangan lama..hari tuh,saat tuh,bila ternyata yie memang sayang gua lebih dari dia cinta gua dan relakan gua bahagia walaupon dia terluka ..gua masih terngiang-ngiang suara yie.."sha sha jangan wat macam ni..biar yie panggil dia.."ntah la..berdiri di tiga penjuru dan gua berlari pergi bukan pada yie tapi yie sendiri pintas gua untuk dapatkan apa yang gua kejar serah ke tangan gua.gua menangis,menangis yang secara halus mintak maaf pada yie dan masa tuh gua tahu dia pon mengerti..gua tak pernah berniat nak lukakan hati dia..camane nak letakkan dengan kata-kata..tiga penjuru dan gua berdiri di penjuru yang satu lagi pandang ke arah yie dalam tangisan..moment bila yie tahu gua sayangkan dia dan gua sendiri terluka untuk melukakan hati dia dan dia decide itu sudah memadai..realitinya gua sedar bila yie melangkah waktu tuh dia melangkah keluar dari hidup gua dan itu adalah selamat tinggal..

haih..tak tahu apa lagi yang dapat gua cakap..apa khabar yie?sihat?selamat?gua harap semuanya baik-baik dalam hidup dia..mungkin dah kawin..gua tak boleh ada dalam hidup yie sebab kalau gua ada gua akan buat dia serba-salah dan berbelah-bahagi..karma,roda hidup..apa yang gua buat adalah perkara yang sama yie buat untuk gua dulu..berundur dan pergi supaya orang yang kita sayang boleh bina hidup bahagia tanpa rasa serba-salah..geli jer bunyi macam baik gila yang so not me tapi deep down inside,gua tahu he deserve all the happiness in this world..heh..yie,yie dengar tak orang panggil dan cakap-cakap pasal yie sekarang nih?somehow,i know u do..be good..dan jangan bimbang,sebagaimana janji,orang takkan muncul dalam hidup yie..tak selagi orang ada kudrat untuk halang..may ALLAH bless u..

Khamis, November 20, 2008

Blues Separuh Jalan

hari nih gua macam layan blues sket..banyak teringat kat 'kenalan-kenalan lama'..bukan teringat teringat tapi lebih tepatnyer terkenang.terkenang pada mereka yang pernah hadir dalam hidup gua dan pernah membawa makna tersendiri kepada gua di suatu masa..apa yang boleh dicakap?lumrah hidup manusia..bila ada pertemuan,takkan lari pasti ada perpisahan..sesetengah manusia yang kita jumpa ditakdirkan untuk sekadar jadi kenangan dan memori..

hmm..kalau ada pilihan,gua tak harap untuk hilang orang-orang yang pernah gua hargai..mungkin ada antara mereka 'hilang' berpunca dari silap gua sendiri yang telah menyakitkan dan mungkin ada yang sebaliknya tapi ikhlas dari dasar hati memang gua hargai kehadiran mereka..gua bukan bercakap pasal percintaan,kekasih sebab sepanjang waktu nih gua hanya pernah betol-betol bercinta,hmm,dengan seorang lelaki saje untuk tempoh yang lama.by lama,i mean memang lama.gua tak pernah bercinta,putus cinta,jumpa kekasih baru,bercinta lepas tuh putus lepas tuh ada pengganti lain dan seterusnya..yang ada hanyalah hampir nak bercinta,macam nak bercinta tapi akhirnya tak jadi.yang itu memang kerap berlaku..entah patut dikategorikan apa hubungan yang macam tuh..separa kekasih?teman tapi mesra?uh,gua benci betol istilah teman tapi mesra tuh..then,skandal?itu bunyi terlalu murahan..i wasnt fooling around suka-suka berseronok..gua ikhlas dan ambik berat dari hati..cuma,things tak selalu berlaku macam yang kita harapkan..kita tak boleh nak paksa hati terbuka.kita tak boleh nak terikat bila kita tak rasa nak terikat..semuanya di luar kawalan kita..

ada-ada masa gua tertanya-tanya macammana perkembangan terkini mereka..bagi yang boleh gua ikut melalui internet,ya,gua ikuti perkembangan mereka melalui internet..masih rasa ingin tahu apa yang berlaku dalam kehidupan mereka..mereka ok ke,tak ok ke..masih ingin tahu.

ok..gua malas nak tulis lagi..sekian..

Sabtu, Ogos 30, 2008

Semalam

gua faham tentang rencana kehidupan namun kadang-kadang gua tertanya-tanya apa erti sesuatu pertemuan yang akhirnya pupus begitu saja macam debu ditiup angin..mungkin hanya sekadar itu.kisah selingan yang datang bersilih-ganti menghiasi perjalanan hidup..cuma babak sementara yang tak dicipta untuk terus kekal.tertulis untuk menjadi kenangan..hmm..sebenarnya gua tak tau apa beza antara kenangan dengan mimpi..kadang-kadang memang macam takde beza..dua-dua hanya sesuatu yang tak nyata..sesuatu yang tersimpan dalam ingatan dan akan pudar sikit demi sedikit bersama masa..hingga tiba suatu hari suaranya tak lagi akan kedengaran di telinga..

hmm....
-
-

Khamis, Ogos 14, 2008

Hindustan Seraun!

gua bukan peminat cite hindustan,tapi gua layan mana-mana filem yang bagus dan ada jiwa tak kira dalam bahasa apa sekali pon..filem nih antara filem hindustan yang gua rasa bagus dan gua suka..scene kemuncak nih cukup-cukup sedih bagi gua..jiwang tak jiwang,gua memang nangis tiapkali tengok part nih..tak kira apa pon,cinta sejati yang tak kesampaian akan sentiasa menyedihkan bagi gua tambah pulak bila ia digarap dengan cukup halus dan cantik..


Ahad, Julai 06, 2008

Nostalgia

kadang-kadang gua terasa macam pathetic bila tak habis-habis mengenangkan nostalgia masa silam..gua macam orang-orang tua di hujung waktu yang kemaruk dengan kehidupan zaman muda..apa nak cakap erk?selain dari waktu sekolah menengah,lain-lain tempoh dalam kehidupan adalah fake.palsu,tiruan,lakonan..hanya sesuatu yang diprogramkan tanpa ada makna dan jiwa..entah la..makin lama makin tak pure..makin takde keindahan..terasa kian rindu dan terdesak untuk kembali ke zaman 'suci dan naif'..mungkin perjalanan kehidupan nih telah buat jiwa jadi tercemar dan kotor,merubah kenaifan menjadi sinis dan bitter.wujud rasa jengkel dan menyampah dalam segala-galanya.hidup yang makin lama makin kosong dan menjemukan..jarak yang semakin dekat,dunia yang semakin sempit,masa yang semakin pendek dan murah..terasa ke tahun demi tahun yang berlalu?24 jam sehari yang terbang percuma macam sesaat.sedar tak sedar cuma kemudiannya,'oh,dah masuk tahun baru?'dan ia macam tuh dari tahun ke tahun hingga menjadi bertahun-tahun.tak ada makna..

mungkin sedikit-sebanyak itu adalah disadvantage menjadi agak terkedepan dalam kehidupan..terlalu terburu-buru menjadi 'dewasa' bila orang lain masih budak-budak..minda yang terlalu cepat untuk 'tua'.well,gua dah pon rasa macam 40 sewaktu umur gua baru 18..it shouldn't be like dat tapi too bad,kita takleh rangka sendiri kehidupan dan pengalaman masing-masing.kita dihadapkan dengan permasalahan yang berbeza-beza dan mungkin sesetengah orang terpaksa menghadapi permasalahan yang lebih berat untuk usia mereka yang akhirnya menjadikan mereka dewasa sebelom masa berbanding budak-budak lain yang sebaya.hanya seketika hakikatnya,seketika dalam kehidupan bila segala-galanya terasa hidup dan bermaya dan sesungguh-sungguhnya gua rindukan saat-saat tuh..saat-saat yang takkan ada kali kedua kerana apa pon yang berlaku gua tak mungkin kembali menjadi budak 13 tahun yang masih mampu melihat 'masa depan' dalam kehidupan..heh..masa depan?where the hell is masa depan?depan ke belakang ke,atas atau bawah,honestly,gua takde sebarang rasa..

seorang teman pernah tanyakan pada gua mana satu yang akan gua pilih kalo gua boleh balik ke masa lepas atau pergi ke masa depan..jawapannya sangat mudah..untuk seribu malah sejuta kali,gua pilih balik ke masa lepas..
dan kalo dulu gua tahu bagaimana keadaan masa depan,sumpah gua tak nak akhiri alam persekolahan atau paling tidak gua takkan terburu-buru nak tinggalkan alam persekolahan macam yang gua buat dulu.why..waktu tuh gua cuma pikir untuk cepat ke depan..mahu cepat-cepat tinggalkan dunia yang terumbang-ambing mencari keseimbangan hanya untuk sedar akhirnya betapa gua tak mahu tinggalkan semua tuh.i guess memang sifat manusia..bila ada,apa yang kita mahu cuma ia hilang dan bila takde,kita mahu ia kembali dan kita mahu sangat-sangat..kebenaran tentang berhati-hati dengan apa yang dihajati..satu hari mungkin kita fikir kita nak sangat sesuatu itu hilang tapi kita mungkin berubah fikiran bila ia benar-benar hilang.walau kebencian dan dendam sekalipon punya harga dan makna yang tersendiri..

hmm..sekadar melayan nostalgia..lagu seribu impian nyanyian casey nih adalah lagu kenangan untuk zaman sekolah gua dulu..lagu kenangan dengan 'teman-teman' yang suatu masa pernah bersama mengharungi permulaan kehidupan nih..hanya sesuatu yang takkan ada kali kedua..life began at 13..and ended at,18?



Seribu Impian
(Casey)

Di senjakala begini
Teringat kembali
Teman-teman lama dahulu
Yang pernah sama mengharungi

Pahit dan manis dirasa
Sehati sejiwa
Tak mungkin ku lupakan segala
Saat suka dan duka

Susah dan senang kita bersama
Rentasi rintangan yang ada
Tiada sempadan yang memisahkan
Kasih sesama kita walau badai tiba

Seribu impian pernah pun kita bina
Demi masa depan...
Tenggelam jauh dalam khayalan
Dibuai alam mimpi

Kenangan lalu menjelma
Teringat kembali
Di ketika bergurau senda
Mesranya kita bersama

Seribu impian indah menghias jiwa
Bagaikan permata...
Setinggi langit biru, mimpi kita
Abadi selamanya...

Perbualan

telefon kawan baik gua sekejap tadi..berbual dan bercerita tentang kisah-kisah lama dengan dia..kenangan kitorang di zaman sekolah..dan sebenarnya,itu la yang selalu kitorang ulang-ulang bualkan bila dapat peluang habiskan masa bersama.dua orang 'manusia tua' yang rindukan kehidupan zaman remaja..haih..memang cepat masa berlalu..dah sampai kat sini sekarang..'sudah sampai sini',kata kumpulan bpr..

lega dan seronok bila bercerita dengan seseorang yang dah lama dikenali dan pernah bersama-sama melalui pasang-surut hidup kita.diorang lebih tahu kerana diorang pernah ada di sana menjadi saksi apa yang kita alami..memang tak sama dengan orang luar yang cuma tahu cerita dari jauh.hmm..imbau memori silam dan ia akhirnya bawak kitorang bercerita tentang kisah 'dia'..

syahdu,sayu,sedih dan,terkilan..macam-macam rasa yang ada..cerita tentang macammana berlaku adegan bertentang mata,penyakit angau untuk pertama kali,tentang reaksi cemas 'dia' bila gua suruh bespren gua call 'dia' bagitau gua sakit (walaupon sebenarnya tak teruk tapi saja mengadap-ngada) dan kemudian 'dia' dengan segera call henpon gua untuk pastikan keadaan gua..terlalu banyak sebenarnya..12 tahun bukan jangkamasa yang pendek..ah,those memories..macam bespren gua cakap,memang tak terkira banyak kalau nak cerita tentang kenangan gua dan 'dia'..sayang berjuta kali sayang hakikatnya ia berakhir macam nih.dalam nada berseloroh bespren gua cakap tak sangka kisah yang biasa tengok dalam wayang,dalam tv berlaku dalam kehidupan sebenar dan depan mata sendiri.sama-sama tergelak poyo..walaupon bukan topik kelakar tapi itu cara sempoi kitorang.bercakap hal serius dan berat dalam nada berlawak dan gila-gila..tapi,dia faham dan gua tahu dia faham.in fact,dia yang lebih marah dan emo daripada gua walaupon gua yang putus cinta.

memang things dah banyak berubah.apa yang ada hari nih yang orang lain nampak bukan macam keadaan waktu dulu.ia bukan setenang dan seaman sekarang.dalam tempoh hampir 14 tahun banyak benda dah berlaku.dunia gua dah menempuh pelbagai fasa sebelom ia macam apa yang ada sekarang.zaman marah,benci,dendam..zaman penuh pergolakan,penolakan,pemberontakan..orang-orang nih pernah bersama gua sewaktu gua melalui kehidupan zaman tuh.kelebihan mereka yang kenal gua dalam tempoh belasan tahun nih..

hmm..malas dah nak tulis lagi..nak tido..

Sabtu, Jun 21, 2008

Nak Muntah!

maksud gua,nak muntah betol-betol.kepala sakit+pening..mata senak denyut-denyut..rasa semacam macam nak muntah.dulu gua tak perasan sangat sindrom nih.gua bukannya ambik peduli sangat.dah tua-tua nih baru perasan rupanya gua jadi macam nih tiapkali period.sebelom dan semasa..gua pon tak tau apa kena mengena entah kepala dengan period..dah telan uphamol 650 dua bijik tapi macam belom berkesan sepenuhnya..nak kena telan lagi dua bijik..haih..teringat zaman sekolah dulu telan penadol sampai 8 bijik sekali makan.sebenarnya tak sabar..kalau boleh nak sebaik saja telan ubat,sakit terus hilang serta-merta.selalu nak hasil yang segera dan pastinya bukan manusia yang bagus dengan kerja jangka panjang..

sebut pasal zaman sekolah,terbayang pulak gua peristiwa-peristiwa yang pernah berlaku waktu tuh.ingatan jangka panjang gua boleh dikatakan agak baik..banyak benda yang masih gua ingat dengan jelas..gua masih ingat waktu datuk gua meninggal..malam raya tahun 85..masa tuh gua umur gua 3 tahun..gua tak menangis sikit pon.mungkin terlalu muda nak paham makna kehilangan?masih ingat jugak selalu naik kereta katak (volkswagen) datuk gua ronda-ronda kampung,pergi kedai beli gula-gula..gua pon tak pasti macammana gua boleh ingat tapi yang pasti gua ingat..to'ki haji khalid..orang perak,kawin dengan nenek gua orang terengganu..

masa gua tadika mungkin,tengah bermain tiba-tiba terpukau pandang langit..gua nampak to'ki melambai panggil gua sambil duduk atas kerusi hitam dia bawah bangsal mengaji tempat dia mengajar budak-budak mengaji masa hayat dia dulu.ada tangga turun ke bawah,tapi cuma sekerat..gua tak bermimpi..mungkin imaginasi budak-budak tapi hebat la imaginasi gua bayangkan terperinci macam tuh masa umur 5,6 tahun.gua cerita kat nenek gua..nenek gua cakap,tangga tu sekerat tak sampai ke bawah pada gua sebab belom sampai lagi masa gua untuk naik pergi dekat to'ki.

gua ingat pernah mintak kat nenek gua supaya jangan mati.biasa la permintaan naif budak-budak..kecik-kecik memang rapat ngan nenek sebab gua dibesarkan oleh nenek,bukan mak ayah..asalnya gua tak tinggal dengan mak ayah dan adik-beradik..hanya kemudian baru famili gua pindah duduk sekali..masa gua form 1,satu hari nenek beriya mintak buat kenduri arwah to'ki.untuk hari tuh,nenek gua memang sihat dan bersemangat.esoknya,mak ayah gua keluar pergi dekat kakak-kakak gua yang tinggal kat asrama.abang gua pon dok asrama jugak masa tuh.petang lebih kurang dekat nak maghrib,nenek gua ke bilik air.bila dia keluar,tiba-tiba sesak nafas.gua yang waktu tuh paling tua dalam rumah meluru pergi pimpin nenek gua bawak duduk kat katil.gua urut-urutkan belakang nenek gua..dalam keadaan tenang dan terkawal,gua ambikkan air untuk nenek gua tapi nenek gua tak nak minum.masih tenang,gua urut dan gosok-gosok lagi belakang nenek gua cuba untuk meredakan tapi makin lama keadaan nenek gua makin teruk.akhirnya baru gua panik laung nama adik suruh panggilkan jiran..lepas tuh keadaan mula sibuk dan kalut.jiran-jiran datang.bla bla,gua dengar jiran cakap nenek gua dah takde.mak ayah dalam perjalanan,belom sampai rumah.gua sibuk itu ini buat kerja ikut arahan orang-orang tua.sikit pon tak menangis.pergi kedai beli barang yang dimintak untuk uruskan jenazah.akhir sekali lepas dah selesai semua,mak ayah dah sampai,gua duduk lepas tuh baru gua sedar,nenek gua dah takde.baru datang rasa sedih dan sebak.gua berlari ke dapur jauh dari semua orang untuk menangis.hanya sekejap,cepat-cepat basuh muka cover tak nak orang nampak.

lepas nenek meninggal,gua memang tak pergi ke kubur nenek.orang cakap gua tak ingat kat nenek.cucu nenek,intan payung nenek senang je lupa lepas nenek dah takde..tapi itu orang cakap.gua hampir tiap-tiap malam menangis sorang-sorang diorang tak nampak.sebenarnya gua ada pergi,tapi sorang-sorang,senyap-senyap..biar orang tak tahu..tak penting pon orang tahu ke tak.yang penting,gua tahu.selama nih dari zaman baby gua tido dengan nenek.nenek dah takde mahu gua tak rasa.tido sorang-sorang,dah takde nenek kat sebelah.nak kena buat pengumuman ke bagitau macammana perasaan gua yang sebenar?kepala hotak!gasak lu orang nak tafsir apa pon.

hmm..japni gua dah taip lebih panjang tapi akhirnya gua padam balik..cerita yang tak perlu nak diceritakan..poyo je lebih..kalau main layan je ikut hati membebel,boleh keluar habis segala sampah-sarap yang tak sepatutnya.sempat berpikir sebelom publish post..dah la..gua pon dah malas nak membebel lagi..

Ahad, Jun 15, 2008

Muzium Kehidupan

macam separuh sedar,jaga dengan tido,gua bermimpi menerima panggilan dari seseorang..seseorang yang pernah rapat dengan gua sebelom nih..bila bangun,gua wonder,nape tiba-tiba gua mimpi pasal dia?mungkin dia ada 'bersuara' semalam jadi gua jenguk ke laman dia dan tepat,memang dia ada 'bersuara' dan ia memang lebih-kurang waktu gua terlena dan bermimpi..seperti yang selalu gua percaya selama nih yang mimpi gua adalah petunjuk,ternyata ia masih lagi berfungsi dan boleh diguna pakai.fungsi mimpi gua hanya sedikit terganggu bila fikiran gua terganggu.macam line telefon la,kena betol-betol clear baru dapat isyarat yang baik.

ini juz like the old days..macammana satu hari seseorang adalah manusia paling rapat dalam life harian kita,besoknya dia hanya orang asing yang takde kena-mengena..itu kisah gua yang biasa.so,hanya pengulangan cerita semata-mata..heh.itu la..hidup nih..satu hari seseorang itu cuma seseorang yang langsung tak dikenali yang baca kisah tentang pengalaman kita dengan orang lain,tanpa dijangka-jangka akhirnya dia pulak yang mengalami sendiri kisah tuh dengan kita.so,kita takleh nak cakap soal hidup dan pertemuan nih.kepada sesiapa yang membaca kat luar sana,tak mustahil esok-lusa nanti lu pulak yang akan mengalami kisah nih dengan gua..apa yang boleh jamin gua takkan hadir dalam hidup lu dan lu takkan jadi sebahagian dari kisah gua?heh..watak yang bersilih-ganti muncul dalam jalan cerita hidup gua dan hanya masa yang menentukan samaada ia watak kekal atau cuma watak selingan yang menyerikan episod tertentu.lumrahnya,mereka cuma watak selingan tapi satu jalan cerita takkan lengkap tanpa watak-watak selingan nih,kan?

muzium hidup.andai seseorang pernah bermakna dalam hidup gua maka gua akan sediakan satu ruang dalam muzium hidup nih untuk tempatkan kenangan dengan dia sebagai satu khazanah..tak semudah itu untuk seseorang punya makna dalam hati gua dan ada tempat dalam muzium hidup gua tapi sekali gua letak,nilai mereka adalah abadi.takde istilah 'pengganti' kerana gua anggap setiap seorang yang bermakna bagi gua adalah istimewa dan tersendiri.mereka ada tempat mereka sendiri dan hanya gua satu-satunya secara peribadi yang lebih mengerti.pengertiannya adalah milik gua,hak individu gua bilamana tak seorang pon berhak untuk campur tangan hatta insan yang bergelar kekasih gua sekalipon.gua adalah diri gua seorang individu sebelom gua adalah siapa-siapa kepada sesiapa..gua takkan lepas identiti peribadi gua hanya kerana gua serahkan hati gua pada seseorang.faham?gua adalah manusia yang tak boleh hilang identiti peribadi..

tapi..hanya kerana nilai seseorang yang pernah datang dan hilang dalam hidup gua adalah abadi,tak bermakna mereka masih ada kena-mengena dengan gua.sejarah adalah sejarah,hari ni adalah hari ni.gua tak boleh ubah sejarah.siapa seseorang pada gua pada suatu masa adalah siapa diri mereka pada masa itu untuk selama-lamanya.perkara berlaku dan perkara berlalu,tapi yang dah tercatat dalam sejarah tetap akan tercatat sepertimana keadaan asal sampai bila-bila.biarlah terus kat situ selama-lamanya.sekali dah tertulis,tetap dah tertulis lalu biarkan saja.alasan yang sama kenapa gua tak padam post-post lama yang dah tersimpan dalam arkib blog gua.sekali tercatat,ia menjadi sejarah,dan gua tak suka mengganggu-gugat sejarah.segala yang tertulis dalam nih hanya akan terhapus bila blog nih dihapuskan.segala sejarah gua hanya akan mati bila gua sendiri yang mati.tapi,sejarah tetap sejarah..ia boleh jadi sangat hebat,sangat gemilang,tapi sejarah tetap hanya sejarah.tempatnya dalam 'muzium',bukan dalam kehidupan harian.tengok tepi sebelah kiri,walaupon tak dipadam,post lama tetap duduk dalam arkib simpanan,bukannya di halaman utama.

segalanya abadi dan gua kenang dengan pengertian tersendiri.tapi kita semua ada cara masing-masing untuk melihat segala peristiwa hidup masing-masing..gua pilih untuk lihat ia sebagai pengalaman,dari semanis-manis peristiwa hingga ke sepahit-pahit peristiwa..semuanya adalah pengalaman yang mengajar gua sesuatu.lu pulak mungkin lihat ia sebagai ingatan yang sia-sia yang perlu untuk dilupakan.tepuk dada tanya selera la,beb..yang bergolak,yang kalut,itu cuma sewaktu kisah masih berlangsung.sekali dah tamat dan jadi sejarah,semuanya tinggal aman..

gua mendoakan yang terbaik..sakit-susah,gua masih peduli..tapi peduli dengan mengambil-peduli adalah perkara yang berbeza..pernah kenal dan pernah ambil-berat,gua tak sekejam dan selupa daratan itu untuk terus tak kisah langsung bila ada pape yang buruk berlaku pada mereka.dan batasnya setakat itu.tak adil pada insan yang ada dalam hidup gua hari ni?tapi adil ke mereka dan gua pada diri sendiri sekiranya harga untuk mendapatkan kebahagiaan hari ini adalah dengan memadam sebahagian dari kisah hidup gua?lagi sekali,itu adalah pendapat masing-masing tapi kenangan sebenarnya adalah harta yang sepatutnya menjadi milik istimewa kita jadi takde salahnya menghargai.lagipon,bukannya kita boleh buat pape dengan benda yang dah berlaku.daripada biar sia-sia,baik jadikan berbaloi.macam dah bayar harga tiket,alang-alang baik nikmati.

cuma itu je sebenarnya..tak lupa tak bermakna mengingati.mengingati tak bermakna merindui.merindui tak bermakna nak dapatkan kembali.nak dapatkan kembali tak bermakna akan cuba dapatkan.kerana kita manusia yang ada jiwa dan naluri..kita berhak punya rasa nostalgia..best apa layan blues,layan nostalgia kecuali kalau ia boleh menjejaskan diri kita tapi kalau masih boleh menjejaskan diri kita lagi camane nak cakap nostalgia?kalau dah masih boleh sakit hati,masih boleh marah,masih boleh mempengaruhi,itu namanya belom habis..sendiri mahu ingat la..hanya kita yang boleh pastikan kita benar-benar move on atau cuma lari dari realiti.

ayat last tuh ditujukan kepada diri gua sendiri..