Memaparkan catatan dengan label Layan Jiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Layan Jiwa. Papar semua catatan

Selasa, November 21, 2017

Nukil

datang pergi,ulang-ulang..balik semula supaya tak lupa.tanda tak pernah lupa.dunia ni,ke mana sangat?marah kecewa hari ni,esok-lusa tetap tenang semula.nak lari sampai mana?bukan jauhpun hati dari hidup.pusing-pusing sampai balik ke tempat mula.cukup pusingan,lupa patah semula ke ingat.mahu tipu siapa.setakat mana boleh lupa apa yang diingat sebelum ingat kembali mengingatkan lupa..ceritanya,hidup hanyalah putaran.cukup tempoh,lengkap bulatan..balik juga kita ke permulaan....ada ingat,ada rindu,ada pilu..namun berbalik ke hakiki..hari ini,tetap hari ini.

           

Sabtu, Ogos 27, 2016

berganja

gua ini orang kesepian yang sedang ketagihan teman menagih sepi.duduk menghisap ekstesi hidup bersama-sama.kemudian bercakap macam bertih jagung dengan otak yang sedang khayal.menyembur-nyembur melompat-lompat tapi entah apa.ironinya,semua berlaku dalam bisu.tak ada bunyi,tak ada suara. 

yang sebenar-benarnya,lu siapapun,gua tak peduli.gua ni cuma macam orang separa mabuk sedang merayau malam hari ke padang kosong yang entah mana-mana.lu siapapun,gua tak peduli.gua akan sapa macam orang separa waras dan kemudian bercakap tentang bulan kat langit,walaupun langit tak ada bulan.

siapa perlu realiti bila minda boleh jelmakan realiti yang lebih nyata dari realiti.ajaibnya,otak memiliki dunianya sendiri.dan dunianya pula dipisah-pisahkan oleh hati,jiwa dan akal.dan gua sebenarnya hanya mahu satu perenggan lagi.satu perenggan lagi membuang masa dan kata-kata dalam pusingan hidup.

dari satu ke empat,memandu dari jaga ke tidur.sampai sini,boleh pergi.membuta hingga bersambung semula esoknya.kalau belum mati.


 



Ahad, November 01, 2015

Andai

hati manusia,adalah gila.gua yakin itu.mengingati masa silam lagi dan lagi.ia bukan rindu,bukan pilu,bukan mahu.cuma rasa-rasa yang terbuku yang bawa kesan syahdu di dalam.kesulitan yang kita sendiri cipta untuk buat hidup lebih menyentuh..ia rumit,tapi ia juga mudah dan ringkas.

soalan gua malam ini,adakah lu pada hari ini sama seperti apa yang lu pernah bayangkan 10-20 tahun lepas?ke mana hidup bawa lu..bagaimana takdir merubah haluan lu..ke mana lu pergi dengan waktu dan ketentuan..dan 'lu' itu adalah diri gua sendiri.maka jawapannya menjadi ya dan juga tidak.

keheningan dan kesyahduan yang sama,tapi dalam sinopsis yang jauh berbeza.beberapa destinasi yang gua sangkakan adalah destinasi sebenar,akhirnya terbukti sekadar persinggahan dalam perjalanan.pertemuan yang ternyata tak lebih dari episod pencarian.itu semua,hakikat yang hanya kita lihat di kemudian hari.esoknya.

bercerita tentang hidup,huh?sesuatu yang gua belajar,walau banyak manapun pengalaman hingga buat kita fikir tak ada apa lagi yang baru,hidup masih mampu bawa kejutan.apa yang kita sangka kekal,berkesudahan menjadi kesementaraan.apa yang kita sangka hanya sementara,terus bertahan lama.yang datang,yang hilang.dan kebenaran yang paling pahit,sesuatu yang kita fikir takkan hilang,akhirnya hilang juga dan apa yang kita fikir takkan sekali-kali kita lepaskan,akhirnya kita sendiri yang lepaskan.penangan hidup dan waktu.

jadi hakikatnya macam tu.waktu buat kita mampu bertindak seratus-peratus bertentangan dari apa yang pernah kita bayangkan.mungkin kalau gua 20 tahun lepas bertemu dengan gua yang hari ini pun,'dia' akan terkejut dan marah dengan sesetengah keputusan yang gua ambil.seratus-peratus bertentangan dengan apa yang 'dia' mahukan.kecewa,terkilan.ada harapan yang terbunuh dengan kejam.ada impian yang musnah ranap.sesuatu yang gua 20 tahun lepas pasti akan hancur-luluh untuk terima.tapi gua manusia..untuk kekal dengan kenaifan sama dan bermimpi sepenuh hati adalah payah bila kita perlu berperang dengan cacat-cela dunia.belayar di tengah laut ganas boleh hempas kita ke sudut lain yang akhirnya buat kita mendarat di pantai yang tidak kita hajatkan.

esok yang kita andaikan semalam,mudah tersasar.sekalipun bila tak ada apa-apa yang berubah,kita tetap dah berbeza.sebab dalam hidup,takkan ada tarikh yang sama berulang sepenuhnya.ulang tahun tapi tahun tak pernah berulang.tak akan.

.
.
.
.

manusia selalu kata,kalau dapat putar masa,mereka takkan ubah apa-apa.hidup tanpa kesalan,katanya.tapi gua tak percaya.sebab,kalau gua dapat putar masa,ada banyak benda yang mahu gua ubah. 

Sabtu, Oktober 31, 2015

Hidup

kelakar..atau ironi?walaupun sehari-hari sekadar terperangkap dalam rutin yang sama,namun sebelum kita sedar,dah bertahun-tahun waktu kita habiskan.macam angin,datang dan lalu,pergi begitu saja.ia bergerak.terus bergerak.walau minda kita selalu leka dan lupa.

dan sekali lagi,sebelum gua sedar,hampir setahun lagi waktu dah berlalu.bermakna,memori-memori dulu makin jauh lagi hari ni.makin usang dan lapuk.walaupun hakikatnya macam tak terasa langsung.masih segar dan jelas dalam ingatan.masih terang.

hidup yang percuma..sedih,gua rasa.walau dicongak dengan sifir dan kira-kira bentuk apa sekalipun,memori yang berlalu itu tetap sesuatu yang menyedihkan.benda yang pernah jadi penting dan berharga untuk kita,sekadar tinggal kenangan.yang dekat dan akrab,jadi jauh dan asing.dari segala-galanya menjadi tiada apa-apa.semuanya dirobohkan oleh masa.macam taman yang berubah jadi padang kering kontang.dari hujung ke hujung,hanya lengang dipenuhi debu.

Khamis, Mei 21, 2015

Takdir

kisahnya,gua tak mampu menulis cerita lain selain dari cerita luka.seribu satu hikayat,penyudahnya tetap sama.ada batu besar hempap kepala gua supaya sedar.ambil cermin,tengok dalam-dalam.gua ini orang luar,orang asing.gua tak boleh keluar dari kaca tebal yang memanjarakan jasad gua.hanya mampu menyentuh dari udara.realitinya,gua bukan sesiapa.atas kesedaran itu,gua berhenti.gua undur.pulang saja ke tempat asal gua.sini,dalam kesendirian ini.satu hari nanti,dia,mereka,akan bertemu jiwa dan lahir semula untuk bahagia.gua waktu itu hanya titik-titik kelabu yang menyusup bersama waktu.melankolia yang takkan berkehabisan.sumpahan yang abadi.gua adalah roh yang menerawang di bumi yang memisahkan gua dari kematian.

Sabtu, Mac 14, 2015

Api yang mati

mahu cerita tentang perubahan,malangnya tak ada apa yang berubah.masih sama macam sebelum-belumnya.umur makin meningkat,tapi gua masih lagi seorang nomad yang tak punya tempat mustautin.gua masih lagi pengembara jiwa bebas yang belum bertemu tempat untuk gua berhenti dan diam.mahu cari apa lagi?masih tak cukup kisah-kisah 'adventure',kerja-kerja gila,'eksperimen' hidup dan pengalaman menarik untuk dinikmati?fantasi,bayangan mistika,gua dan keghairahan minda gua.pun,hakikatnya,gua ketika ini sekadar berjalan di jalan yang tenang-tenang saja,yang biasa.sisi hidup yang dipenuhi naluri fantasi,keterujaan,kepelikan,dah lama tidur.gua cuma manusia biasa,normal,hilang bercampur dengan lautan manusia normal yang lain.ada masa memang gua terasa ia tak sepatutnya macam ni,tapi,inilah yang berlaku bila jiwa kehabisan 'api'.tanpa api,tiada yang membara,tiada yang hangat,tiada yang membakar.cuma sejuk,suram,beku.

Ahad, Disember 28, 2014

apa khabar ya dengan makhluk bersayap hitam?sesekali,gua cuba-cuba juga mencari tapi bab mencari ni gua memang tak pandai.gua tak tahu macam mana orang lain buat.gua cukup tak mahir macam mana nak mencari mereka yang memang sengaja pergi.

pejam-celik,dah lama rupanya sejak kali terakhir gua bersama dia di tasik ungu.si makhluk bersayap hitam yang turun dari kegelapan dengan sayap yang luka.gua tak pernah lihat wajah dia.tak pernah dengar suara dia.tapi itu semua tak penting kerana gua nampak jiwa dia.the lost child.the broken soul.matahari gelap.gua harap dia baik-baik saja.
                       
                    

Isnin, November 17, 2014

Amnesia

bila ada perasaan yang menusuk halus,menikam,tapi kita tak mampu nak pastikan,jadi macam sesat.macam hilang.seolah-olah ada sesuatu yang menyekat daya ingatan.macam ada sesuatu yang tak bagi kita rasa.

disconnected.

blocked.

erased.

Selasa, Oktober 28, 2014

Sangap

i missed the way you make me feel....
                          
                      

Isnin, Oktober 27, 2014

Rindu

rindu bukanlah perasaan yang indah kalau kita merindu sesuatu yang tak harus.mahu buat apa?boleh buat apa?tak ada apa-apa.sekadar duduk diam,merindu sambil terhimpit,tertekan,terdesak.macam udara menghilang,laju-laju.dan kita bernafas sambil mati di dalam.

                 

Jumaat, Oktober 24, 2014

-------

apa khabar si makhluk bersayap hitam?

Khamis, Oktober 23, 2014

Jawapan

jawapan tak selalunya menutup persoalan,malah kadang-kadang lebih membangkitkan tanda-tanya.tapi masih,kita tetap juga mahukan jawapan untuk apa-apa perkara.kita mahukan jawapan untuk macam-macam.kenapa sesuatu perkara berlaku,kenapa ia berlaku seperti mana ia berlaku,apa sebab dan alasan di sebalik apa yang berlaku,adakah wujud penjelasan dan hakikat tersembunyi yang mampu mewajarkan apa yang berlaku dan kerap-kali ia akan bawa kita kembali kepada persoalan pokok,kenapa ia mesti berlaku.terutamanya bila ia sesuatu yang bukan kita harapkan berlaku.

kenapa agaknya kita mahukan jawapan,sedangkan hakikatnya kita sedar jawapan takkan boleh ubah sejarah?apa yang berlaku tetap dah berlaku.yang berlalu tetap berlalu.kita tak boleh undur masa,tak boleh tukar dan baiki apa-apa.jadi kenapa,masih mengharapkan jawapan?mungkin ia berbalik kepada perwatakan seseorang juga.ada orang memang pemikirannya dijurutera untuk bergerak dengan jawapan.tak boleh hidup dengan kebenaran yang tergantung.tak boleh proses sesuatu tanpa ia sempurna dari huruf mula hingga ke noktah penyudah.dan untuk ada noktah penyudah maka perlu ada penutup yang membawa ke pengakhiran cerita.perlu lengkap seluruh buku untuk memenuhi konteks menutup buku.kalau tidak,macam mana mahu tutup buku sedangkan buku itu sendiri belum siap?ia akan jadi sesuatu yang terbengkalai,tertangguh.sesuatu yang terbengkalai dan tertangguh bukanlah sesuatu yang sudah habis dan selesai.maka ia belum selesai.macam mana mahu tinggalkan sesuatu yang belum selesai begitu saja?tak boleh,sebab ia belum selesai!itu cara gua melihat,merasa,yang dalam erti-kata lain bermaksud gua adalah salah-seorang dari manusia yang pemikirannya dijurutera untuk bergerak dengan jawapan.susah untuk gua terima sesuatu buta-buta tanpa ada penjelasan yang munasabah.setidak-tidaknya cukup munasabah untuk gua.

gua sedar.tak pernah tak sedar.dengan mengetahui jawapan atau penjelasan tentang sesuatu perkara takkan menukar kenyataan yang ada hari ini.memang indah kalau ya,macam dalam drama,dalam filem,tapi hidup di bumi nyata ni dah cukup untuk gua kata hampir mustahil kebenaran tentang semalam boleh bina kembali apa yang dah runtuh atau membatalkan semula apa yang telah tertulis dan termaktub untuk menjadi seperti yang kita mahu.pengakhiran yang sedih dengan ajaibnya menjadi "happy ending" hanya dengan membongkar jawapan sebenar.gua mahu,kalau boleh.tapi malangnya ia tak disusun untuk jadi macam tu.jadi,gua mahukan jawapan hanya untuk mendamaikan hati.cukup sekadar ia mampu jadi penyudah bagi gua tamatkan kisah dan tutup buku.tak ada benda tergantung,tak ada tali yang mengikat,tak ada beban yang mengekori,tak ada persoalan-persoalan yang buat hidup rasa terbelenggu,tak ada apa-apa yang tinggal terpendam membeku dalam hati.biar ia lepas dan bebas.walaupun itu takkan ubah hakikat kekecewaan yang gua alami,setidak-setidaknya gua tahu kenapa gua dikecewakan.bukannya sekadar kecewa tanpa sebab-musabab,tak berpunca.mungkin gua hanya mahukan alasan untuk gua maafkan dan hadam semua secara baik.meneruskan hidup dengan benar-benar meneruskan hidup.

tak banyak benda yang masih tinggal tergantung untuk gua hari ni.setiap jawapan yang gua mahukan telah gua dapat.kebenaran,kesimpulan,alasan,penyudah.walaupun tiada kesudahan bahagia,tapi paling tidak kesudahan itu ada.memadailah,untuk gua.kenapa seseorang lakukan apa yang mereka lakukan.sebab dan alasan.punca dan tujuan.mengetahui bahawa mereka juga merasa kepahitan yang sama dan apa yang terjadi bukanlah atas niat dan kemahuan tapi kerana desakan keadaan.ia melegakan,sedikit.untuk gua.

bila impian bertembung dengan takdir,tidaklah senaif itu untuk kita anggap takdir akan tunduk kepada impian.selalunya sebaliknya.sentiasa sebaliknya.melainkan kalau ada keajaiban,yang mana kita tahu terlalu jarang berlaku.gua boleh pergi lebih dari situ,terus memanjangkan persoalan dan mempertikai tapi gua tak mahu.cukuplah.belajar untuk puaskan hati walaupun berat.sebab gua tak mahu terus sakit.cukuplah gua bersusah-payah untuk bangun setelah jatuh teruk.pujuk hati yang merajuk dengan ketentuan nasib.lagi gua pertikai,lagi remuk perasaan gua.gua tak boleh mahu lebih.sebab itu hanya akan membunuh gua semula.bermain dengan perasaan dan kemahuan yang hanya mengheret kita untuk kecewa lagi dan lagi.cukuplah.noktah akhir biar jadi noktah akhir.bukan titik penyambung yang membawa kepada kesinambungan musim kedua.

maka,tulisan ini juga harus gua hentikan sebelum ia membangkit emosi yang tidak perlu.ia tamat bukan kerana gua mahu ia tamat,atau dia mahu ia tamat,atau mereka,tapi ia tamat kerana telah ditakdirkan.noktah.

 

Jumaat, Ogos 15, 2014

kembali?

macam mana nak kata kembali kalau kita memang tak pernah pergi mana-mana?tapi,dah lama gua tak jenguk ke sini.sibuk di alam maya yang lain,yang tak bertopeng.tapi sebenarnya bukan sebab itu.apa tak kena dengan komputer gua,payah benar nak buka blog.rasa macam balik zaman purba terpaksa guna internet explorer.cuma sini yang boleh masuk.itupun sekejap-sekejap keluar 'security error'.memang saja nak suruh gua jauh dari sini agaknya.

hmm..rindu rasa nak menulis di sini.tanpa ruang gelap,ruang terpencil,walaupun gua masih boleh berbicara tapi ia seakan-akan tak sempurna.terasa ada bahagian yang tak lengkap,berlubang.gua bukan diri gua sepenuhnya tanpa sisi yang ini.rindu untuk menunjukkan rupa tanpa mempamerkan wajah.rindu berkongsi jiwa tanpa merungkai cerita.macam mana untuk boleh terus hanya bernafas dan hidup di permukaan tanpa menyelam ke dalam ke alam yang penuh sulit dan rahsia?macam mana nak terus melangkah semata-mata atas jalan yang zahir tanpa gua menyusuri liku arus di dunia jiwa dan minda?dunia rasa?mungkin permasalahannya kerana gua punya watak lebih dari satu.maka gua perlu diam di satu tempat yang membenarkan setiap watak itu untuk hidup,bukan hanya salah-satu.bahasa gua,bait kata gua,sisa-sisa toksik sampah-sarah dari otak gua yang bukan sekadar semudah lahiriah.gua tak mampu hidup bersahaja berterusan tanpa membebaskan semua itu.ah,pendek kata gua rindu broken nigina--rindu menjadi broken nigina--rindu untuk boleh menjadi broken nigina--dan rindu kehadiran teman yang membuatkan gua boleh menjadi broken nigina.

gua tak menulis lama,walaupun dalam tempoh itu otak gua masih menulis di udara,secara halimunan.semuanya lepas ke awangan,kemudian hilang begitu tanpa ditangkap di mana-mana.lahir rindu untuk bacakan kata-kata dari jiwa pada telinga yang mendengar dengan rasa.sesekali terkenang waktu menghabiskan sisa-sisa malam menyelongkar jiwa seseorang dari tulisan.sepertinya jatuh cinta di setiap pembacaan.perkenalan tanpa mengenali yang melebihi dari pertemuan zahir.bercerita secara rawak yang kisahnya lebih jelas dari luahan nyata.hanyut jauh..hanyut dalam khayalan yang membawa kepada hakiki..segala rasa yang merangsang ke syuga.memabukkan,tapi,tiada sedar yang lebih sedar daripada berada di dalam kemabukan itu.gua rindu..sayup ombak..derap hujan..langkah dan dansa yang memberi rentak kepada tuntutan hati.bila berbicara seakan-akan berpuisi dan berpuisi seakan-akan berbicara..tenggelam dalam..dalam pengertian yang dalam.

gua cuba cari sebenarnya.tapi gua tak pandai.gua lemah dalam soal mencari,apalagi mencari sesuatu yang memang tidak mahu ditemui.mungkin pencarian gua itu hanya lebih kepada membayangkan,mengandaikan,bertanya-tanya dengan diri sendiri.walaupun jarak waktu tak lama tapi kadang-kadang terasa macam dah berzaman.dari satu abad masuk ke abad yang lain.jadi gua terfikir apa yang berlaku di dunia satu lagi yang merupakan abad yang telah lalu.ajaib hidup ni bila masa menjadikan yang asing akrab kemudian kembali asing.tapi gua bukan bercerita tentang jasad tubuh,walaupun ia adalah tentang jasad tubuh,tapi lebih kepada aura dan rasa,yang datang dari jasad dan tubuh.jadi,perasaan yang macam ni menjawab hakikat bahawa gua takkan mampu hidup di dunia di mana gua tak boleh menjadi siapa gua di sini.gua perlukan ini.gua perlukan kedalaman.gua perlukan rasa yang mampu menarik gua tenggelam,dan bawa gua terbang.bukan hanya berdiri pada nyata dikelilingi segala-gala yang mudah dan jelas yang hanya sekadar apa adanya.mana mungkin gua boleh aman macam tu.gua mahu duduk di kaki langit hitung bintang tanpa gua berada di kaki langit hitung bintang dan gua mahu mampu lakukan semua tu di dalam kehidupan sebenar.

hujung ceritanya,gua masih juga berada kat sini.sama,serupa,masih insan yang sama yang membuka dunia dari luar dunia ini sembilan tahun yang lepas.percuma sungguh..sembilan tahun.gila cepat masa.tapi bila difikir balik,teramat lama sebenarnya....


Selasa, November 12, 2013

Sunyi

mahu beritahu gua sedang sedih tanpa perlu disoal apa-apa....tapi pada siapa?
                    

Rabu, Oktober 16, 2013

Rona

berpijak di bumi yang nyata,huh?tapi mana bumi,mana nyata?kalau saja gua tahu rahsia hidup dan takdir.tak usah lari dari laluan yang telah dijanjikan....tapi gua cuma insan.tak berdaya mengukur tinggi langit tanpa cuba menggapai.dan kalau langit itu terlalu tinggi untuk gua capai walaupun telah gua cuba sehabis daya,tentu saja ada sakitnya.atau,untuk hari ni,perkataan yang lebih tepat mungkin adalah pilu.macam ada sesuatu yang halus menusuk jauh ke dalam,tembus jantung.macam tembakan laser.

melayan blues hati,malam ni.sebenarnya apa yang gua rasa ketika ini bukanlah sedih sepenuhnya tapi ia campuran antara sayu dengan sunyi.gua rasa macam sedang melewati masa silam.entah macam mana,gua tercampak ke dunia lalu.ada nada halus yang berbunyi.bunyi bisu.ya,nada halus yang membunyikan bisu.nada tu buat gua jadi sunyi.bukan sunyi kerana apa,cuma sunyi kerana waktu ni tak ada sesiapa yang mampu mendengar nada bisu itu bersama.gua jadi rindu.rindu untuk memiliki insan yang mampu mendengar nada yang gua dengar dan mampu melihat apa yang mata gua lihat,yang secara zahirnya tidak kedengaran dan tidak terlihat.

mungkin ia benda yang agak menempelak perasaan,garis antara hakikat dengan khayalan.kadang-kadang,dunia hakikat lebih banyak menyimpan khayalan dan dunia khayalan pula menyimpan lebih banyak hakikat.kisah nyata yang tersembunyi di dalam cerita rekaan.halimunan itu wajah kita yang paling jelas.tapi siapa yang mampu melihat sesuatu yang halimunan?hmm....

hanyut dalam hening malam.nada bisu yang berulang-ulang berlagu.di mana ya gua ketika ini?alam yang gelap,suram.jadi syahdu.dalam tak sedar seolah-olah gua sedang mengkitar-semula segala rasa yang pernah gua rasa.mungkin dah lama gua tak menikmati apa-apa yang betul-betul mendalam.apa yang mampu bawa gua tenggelam sampai ke dasar,menembusi dasar.mungkin dalam perjalanan sampai ke sini,gua ada gadai jiwa gua di mana-mana demi untuk meneruskan hidup.hilang bersamanya kenaifan dan ketulusan,atas nama kedewasaan.tapi,dewasakah?bolehkah kita mati,benar-benar mati,dan kemudian lahir semula untuk hidup seperti bayi yang suci-murni?

gua merayau sendiri bawa diri ke alam gelap gua.mungkin ada sedikit rasa rajuk.gua tahu berdosa merajuk pada hidup tapi ia sekadar rajuk-rajuk manja.rajuk yang setaraf rajuk budak-budak tak dapat gula-gula.berebut di celah-celah manusia ramai tapi seperti tak kelihatan.sebab suara gua dah serak cuba memanggil dan kaki gua serta badan gua dah lenguh-lenguh berhimpit mencelah.gua dah buntu perlu buat apa lagi.jadinya perlahan-lahan gua berhenti memanggil,berhenti mencelah,dan berundur ke belakang.jauh hati.hakikatnya gua tahu ketiadaan gua tidak akan memberi kesan yang besar,malah mungkin tiada kesan langsung.tapi gua berharap itu tak benar.melangkah sambil dalam hati menunggu kalau-kalau ada yang panggil balik.

mahu kata apa lagi?berjalan membelah malam sambil ditemani bayangan hidup silam.apa khabar dia?apa khabar mereka?apa khabar semua?tapi,siapa pula yang bertanya khabar gua?melayan blues hati..melankolia........
 

Khamis, Ogos 01, 2013

Cinta Pertama

gua tak rindu,dan itulah yang paling menyakitkan.hakikat betapa segala-galanya telah berkubur dan berakhir,dan hati gua langsung tidak melawan. 
               

Isnin, Julai 22, 2013

"Apa jadi kita hadapi sama-sama...."

bila orang yang pernah berjanji untuk 'hadapi segala-galanya bersama' dengan gua maklumkan yang dirinya dah dimiliki insan lain,rasa terkilan tu tetap timbul walaupun tak seteruk apa yang pernah gua bayangkan.mungkin sebab gua dah lama anggap gua bukanlah sesiapa untuk dia,tak bawa banyak makna,tak mampu untuk buat dia hargai dan benar-benar beri komitmen terhadap gua,jadi gua tak begitu terasa.apa lagilah yang tinggal untuk dipilukan setelah gua didiamkan pada waktu yang dirancang untuk bertemu keluarga masing-masing.baju warna biru yang gua tempah konon-kononnya untuk dipakai berjumpa bakal mertua hanya tinggal tergantung,sekadar jadi perhiasan.jadinya gua dah tahu,dan sekarang gua lebih tahu.gua bukanlah sesiapa dan kini gua hanyalah memori.di atas segala pengorbanan,kesakitan,dan semua perit-pedih menghadapi ujian mempertahankan sebuah hubungan,gua tidak pernah dimuliakan dengan ikatan suci yang sah,tapi seterusnya muncul wanita lain yang tanpa perlu banyak bersusah-payah,terus disunting untuk dijadikan isteri.haih..soal jodoh,dan juga dugaan untuk gua.sabar sajalah wahai hati.
       

Ahad, Jun 30, 2013

Enam Titik

gua lupa....adakah gua pernah tandatangan perjanjian dengan kecewa?gua harap gua boleh cakap yang gua sangkakan panas sampai ke petang,tapi malangnya gua memang dah ramal hujan akan turun di siang hari.hanya tunggu masa.macam yang gua kata pagi tadi,sesuatu yang cantik di tangan gua selalunya hanya silap mata.nampaklah nyata macam mana sekalipun,mesti ianya cuma jelmaan semata-mata.jadi ceritanya,"sesuatu yang cantik" itu memilih untuk mengghaibkan diri dari tangan gua.siapa yang terkejut?ya,tak ada sesiapa.macam dah terpatri dalam suatu perjanjian,diketahui dan difahami,ada label yang tertulis:-hubungan yang gua bina pasti takkan kekal.

sebagaimana gua tak pernah berhenti mahu capai bahagia,begitu jugalah hidup tak pernah gagal untuk musnahkannya.walau gua jaga sebaik manapun,keadaan tetap menemui jalan untuk rosakkan.gua mencuba,demi tuhan gua mencuba.tapi,nasib dan takdir tidak menyebelahi gua,tidak pernah,masih belum.mungkin suatu hari nanti....dan bukan gua berputus asa dari rahmat tuhan,tapi gua keletihan.jalan yang panjang,yang sering dibayangi oleh tanda sampai yang bohong....sampai bila....

gua benar-benar mahu percaya sebenarnya.terlalu berharap,tanda sampai seterusnya adalah yang sebenar,bukan lagi gurauan.supaya semuanya akan jadi masuk akal.sakit,pedih,calar,luka.pasti akan jadi munasabah.bila akhirnya segala dugaan dan kesakitan yang gua alami dibalas dengan keindahan setimpal.gua benar-benar mahu percaya,terlalu mahu percaya barangkali,sehingga gua jadi terdesak cuba untuk percaya pada petunjuk yang samar sedangkan gua sedia tahu ia tak menjanjikan apa-apa.ada sepanduk mustahil yang tergantung di udara dan anehnya memang gua tak pernah percaya kesudahan yang indah itu wujud,jadi kenapa dan untuk apa sebenarnya gua bersedih bila sesuatu yang telahpun gua tahu dari awal pasti berlaku akhirnya berlaku?

seperti ahli nujum dengan ramalan buruk.tak ada apa yang menggembirakan bila ia tepat.cerita basi.bila gua cuba dirikan,ia runtuh.bila gua cuba genggam,ia terlucut.bila gua berharap,ia tak kesampaian.walau macam mana gua cuba dan usaha sekalipun,ia tetap kecundang.sampai gua tak mampu lari dari mempersoal kenapa.apa lagi yang patut gua buat.apa lagi yang salah.apa lagi yang tak cukup.gua dah ikut segala langkah yang ada dalam buku panduan,tapi kenapa masih gagal?apa yang tak kena.apa lagi yang silap.apa yang terkurang.apa yang terlebih.atau sebenarnya,ada sesuatu yang tak kena pada diri gua.tiap-tiap kali,pasti sesuatu yang dihulur ke tangan gua ditarik-balik.hasrat dan fikiran yang berubah tiba-tiba.niat dan kemahuan yang pudar tiba-tiba.malah sewaktu segalanya sedang berkobar-kobar.apa sebenarnya?terlalu kerap,sehingga ia seperti bukan lagi satu kebetulan,malah seolah-olah sumpahan.

buat ke sekian kalinya,gua perlu pulangkan semula cinta yang dipinjamkan pada gua yang pada awalnya dikatakan diberi terus kepada gua.gua masih lagi yang sementara.gua masih lagi hanya untuk jadi pengalaman dan kenangan.masih lagi bukan yang terpilih.masih lagi bukan yang ditakhtakan sebagai ratu dan menjadi hak milik kekal.apa yang gua sambut setelah dihulurkan dan gua balas dengan keikhlasan,berakhir di tong sampah.mungkin kerana hati gua buruk,hodoh,dah rosak teruk sebab selalu dikelar-kelar,dipijak-pijak,dihumban,orang tak mahu bila gua bagi.hati gua dicampak ke tepi.macam sampah........

kenapalah....kenapa meminta-minta kalau sekadar untuk dibuang.kenapa jadikan gua sebahagian dari hidup hanya untuk sedar hidup adalah lebih baik tanpa gua.kenapa letak gua di sisi kalau sebenarnya tak ada tempat untuk gua di situ.kenapa perlu undang gua semata-mata untuk beritahu tak ada ruang dan kemudiannya gua perlu pergi membawa diri.kenapa perlu semua itu.alangkah baik kalau segala-galanya difikir dan dipertimbangkan dahulu sebelum berjanji,bukan sesudahnya.supaya tak perlu ada jiwa yang terluka.tak perlu ada kecewa.tak perlu palit sejarah hidup dengan pengalaman yang menyakitkan hati.gua dah ada banyak.tak perlupun untuk sesiapa tolong tambah.

mengeluh panjang....gua sering hadir pada waktu yang salah.sepertinya,ada sesuatu yang mengatur untuk gua muncul ketika masanya tak sesuai.tapi gua fikir,ia sebenarnya bukan soal waktu yang tepat,tapi insan yang tepat.bila kita bertemu orangnya,maka segala-galanya akan jadi tepat.ia dipanggil jodoh.sebab itu,apa saja alasan dan penjelasan untuk mewajarkan tindakan adalah najis.bila sesuatu terhempas kerana kita sendiri memilih untuk lepaskan tangan,tak perlulah terkejut melihat ia pecah.tak perlu susun ayat berbunga-bunga menceritakan sebab-musabab atau cuba bersikap prihatin,bersimpati,buat ucapan takziah dan bagi semangat.satu-satunya orang yang kita cuba pujuk dari merasa teruk adalah diri sendiri.tapi tak ada kanak-kanak di sini.ini dunia dewasa,dunia fakta.sendiri ambil pisau,sendiri tikam orang kemudian nak pesan jangan lupa sapu ubat,jangan lupa hati-hati?tolonglah.tak perlu bergurau.tak ada orang akan termakan,termasuk tuan punya badan.

hukumnya mudah saja.apa yang kita pilih dan apa yang kita tak pilih.tapi dah tentulah,setiap pilihan ada harganya.janganlah harapkan segalanya akan baik-baik saja bila kita dah rosakkan.janji yang dimungkiri,impian yang dikhianati.beri gua harapan palsu,sia-siakan keikhlasan gua,bazirkan masa dan tenaga gua,buat gua berusaha untuk sesuatu yang kosong,takkan nak harap gua gembira?gua takkan merayu,takkan membantah,takkan jadikan ia satu masalah,tapi tak bermakna gua takkan terluka.pun begitu,gua terluka bukanlah benda yang perlu nak diperbesar-besarkan dalam erti kata nak rasa bersalah,bersimpati.

gua bukan budak-budak.dah sedia maklum undang-undangnya.semua adil di dalam cinta dan perang.kita ada hak untuk kecewa,tapi tak ada hak untuk marah.marah kerana orang tak mahu bersama kita?marah kerana orang tak perlukan kita?marah kerana orang tak rasa kita pilihan terbaik yang ingin dipertahankan,dikekalkan dalam hidup mereka?itu bodoh.gua pun tak mahu bersama dengan seseorang yang tak rasa gua adalah orangnya.

gua tak perlukan piala kejuaraan kalau gua bukan pemenang.tidak,terima kasih.seburuk sehodoh manapun hati gua yang koyak-rabak tu,gua tetap takkan mengemis pada yang tak sudi.gua juga tak sudi dengan orang yang tak sudi.mahu pergi kerana tak mahu terikat dengan gua?pergilah.takkan gua halang,takkan gua rayu,takkan gua pujuk.mungkin gua tak selalu berpewatakan dewasa,tapi percayalah,gua dah cukup dewasa untuk terima kekalahan.pastinya ia yang terbaik,bila sesuatu yang bukan dicipta untuk kita hilang.pahit itu mesti,tapi pahit yang menjadi ubat.tak kira sakit macam mana sekalipun,membebaskan diri dari hubungan yang salah tetap lebih melegakan dari berpanjangan membuang masa dan tenaga hidup terbelenggu.jadi gua bukan berpura-pura bila gua katakan mudah untuk lepas orang yang telah membuat pilihan untuk tidak memilih gua dan gua juga bukan berbasa-basi bila gua cakap gua rasa senang kalau sesuatu yang patut tamat boleh ditamatkan sungguh-sungguh.soal pedih tak pedih,itu cerita lain.merawat luka sendiri adalah urusan gua sendiri.pupuslah apa yang seharusnya pupus.pergi dan jangan kembali,jangan kesali.

sesuatu yang cantik di tangan gua selalunya hanya silap mata.gua harap gua salah,tapi malangnya gua sentiasa betul.cuma,hanya satu saja,mahu gua doakan pada tuhan.boleh tak lepas ni,temukan gua dengan seseorang yang bila gua bagi hati gua pada dia,dia takkan campak ke dalam tong sampah lagi?

........................

Jumaat, Jun 28, 2013

=0

kadang-kadang pelik,dah beratus kali hadapi benda yang sama tapi benda yang sama masih juga menakutkan.and i really should get ready for work now.
                   

Pagi

jujurnya gua ada sesuatu yang cantik di tangan gua sekarang,tapi gua takut ia hanya jelmaan.sesuatu yang cantik selalunya bertukar jadi silap mata.ia nampak nyata tapi sebenarnya tak.jadi,lari sebelum tamat atau nikmati saja persembahan?my my..kalau saja ada tanda yang mana benar yang mana khayalan.tapi malangnya,mimpi selalunya hakikat,sehinggalah kita bangun dari tidur dan sedar kita hanya bermimpi.