Memaparkan catatan dengan label Layan Kepala. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Layan Kepala. Papar semua catatan

Rabu, Februari 22, 2017

Bahagia Versi Gua

duduk dengar lagu,layan muzik dan irama sampai lalok kesedapan sambil otak berfikir,oh inilah bahagia! 

                       

Jumaat, Ogos 26, 2016

Once a writer..

kalau lu adalah seorang penulis,tak kisah buku,blog,atau apa,lu takkan boleh berhenti.jauh mana lu tinggalkan,sudahnya lu tetap akan mahu menulis lagi.walaupun 10 tahun sekali.


Ahad, November 01, 2015

Andai

hati manusia,adalah gila.gua yakin itu.mengingati masa silam lagi dan lagi.ia bukan rindu,bukan pilu,bukan mahu.cuma rasa-rasa yang terbuku yang bawa kesan syahdu di dalam.kesulitan yang kita sendiri cipta untuk buat hidup lebih menyentuh..ia rumit,tapi ia juga mudah dan ringkas.

soalan gua malam ini,adakah lu pada hari ini sama seperti apa yang lu pernah bayangkan 10-20 tahun lepas?ke mana hidup bawa lu..bagaimana takdir merubah haluan lu..ke mana lu pergi dengan waktu dan ketentuan..dan 'lu' itu adalah diri gua sendiri.maka jawapannya menjadi ya dan juga tidak.

keheningan dan kesyahduan yang sama,tapi dalam sinopsis yang jauh berbeza.beberapa destinasi yang gua sangkakan adalah destinasi sebenar,akhirnya terbukti sekadar persinggahan dalam perjalanan.pertemuan yang ternyata tak lebih dari episod pencarian.itu semua,hakikat yang hanya kita lihat di kemudian hari.esoknya.

bercerita tentang hidup,huh?sesuatu yang gua belajar,walau banyak manapun pengalaman hingga buat kita fikir tak ada apa lagi yang baru,hidup masih mampu bawa kejutan.apa yang kita sangka kekal,berkesudahan menjadi kesementaraan.apa yang kita sangka hanya sementara,terus bertahan lama.yang datang,yang hilang.dan kebenaran yang paling pahit,sesuatu yang kita fikir takkan hilang,akhirnya hilang juga dan apa yang kita fikir takkan sekali-kali kita lepaskan,akhirnya kita sendiri yang lepaskan.penangan hidup dan waktu.

jadi hakikatnya macam tu.waktu buat kita mampu bertindak seratus-peratus bertentangan dari apa yang pernah kita bayangkan.mungkin kalau gua 20 tahun lepas bertemu dengan gua yang hari ini pun,'dia' akan terkejut dan marah dengan sesetengah keputusan yang gua ambil.seratus-peratus bertentangan dengan apa yang 'dia' mahukan.kecewa,terkilan.ada harapan yang terbunuh dengan kejam.ada impian yang musnah ranap.sesuatu yang gua 20 tahun lepas pasti akan hancur-luluh untuk terima.tapi gua manusia..untuk kekal dengan kenaifan sama dan bermimpi sepenuh hati adalah payah bila kita perlu berperang dengan cacat-cela dunia.belayar di tengah laut ganas boleh hempas kita ke sudut lain yang akhirnya buat kita mendarat di pantai yang tidak kita hajatkan.

esok yang kita andaikan semalam,mudah tersasar.sekalipun bila tak ada apa-apa yang berubah,kita tetap dah berbeza.sebab dalam hidup,takkan ada tarikh yang sama berulang sepenuhnya.ulang tahun tapi tahun tak pernah berulang.tak akan.

.
.
.
.

manusia selalu kata,kalau dapat putar masa,mereka takkan ubah apa-apa.hidup tanpa kesalan,katanya.tapi gua tak percaya.sebab,kalau gua dapat putar masa,ada banyak benda yang mahu gua ubah. 

Ahad, Oktober 26, 2014

Malaikat Dan Syaitan

gua habiskan sepanjang hari cuba lawan desakan jiwa dan jujur cakap,gua bukan orang yang kuat melawan kemahuan diri.gua selalunya mengalah pada kehendak dan biarkan diri gua hanyut melayan apa saja yang dicampak oleh kepala gua.gua boleh pergi sampai ke gunung,ke angkasa lepas,malah ke dasar bumi sampai cecah lava.gua menjadi diri gua yang paling asli bila lepaskan kawalan dan bertindak mengikut perasaan.itu diri gua.walaupun ia bermakna kemalangan,letupan,kecederaan,tapi gua hidup dengan menikmati semua itu.lompat tinggi-tinggi untuk jatuh sekuat-kuatnya.ya,maksud gua,kalau gua jatuh dan gua tak sakit,itu bermakna gua tak terbang cukup tinggi dan asyik,dan kalau gua tak terbang cukup tinggi dan asyik,baik gua baring tidur saja tanpa perlu susah-payah buang masa bangun.macam tulah caranya.dan pernahkah gua serik?malang untuk gua,istilah serik itu hampir-hampir tak wujud dalam kamus hidup gua.jadi gua cuba untuk melawan desakan hati bukanlah atas faktor serik,tapi lebih kepada usaha menjinakkan diri sendiri.akal yang cuba menyaingi usia itu memberitahu bahawa gua perlu perlahankan rentak jiwa gua dan jangan terlalu 'heavy metal' sepanjang masa.

masalah dengan memiliki jiwa malaikat dan juga syaitan serentak ialah gua tak boleh nak jadi jahat sepenuhnya dan tak boleh juga nak jadi baik sepenuhnya.sentiasa ada rasa yang suci,rasa bersalah,bila gua buat sesuatu yang tak sepatutnya tapi bila gua jadi baik jiwa gua akan sentiasa memberontak mahu memecahkan kekangan.jadi merintih kesal dengan penuh luhur dan juga naik gila dengan khayal ialah lumrah dalam hidup gua.ia sentiasa macam tu.naluri yang liar dan buas dalam hati yang jujur dan naif.ianya seperti api panas yang merah membakar tapi dikelilingi bayu lembut yang penuh damai.tapi gua harus sedar tak semua orang akan nampak hati yang jujur dan naif,atau merasa kewujudan bayu lembut yang penuh damai.mereka hanya akan melihat naluri yang liar dan buas dengan api panas yang merah membakar,dan itu membawa kepada tafsiran yang menyimpang dari siapa diri gua yang sebenarnya.gua harus ingat dan harus waspada.ramai yang hanya akan melihat syaitan tanpa menyedari dan mengenali malaikat yang ada dalam diri kita.tak ramai yang akan melihat kedua-duanya,jauh lagi menghargai bahawa kegelapan yang menyelubungi itu hakikatnya diimbangi oleh garis-garis cahaya.itulah yang kebanyakan manusia buat.mereka akan pandang kejelikan kita malah tidak segan memperalatkannya untuk kepentingan masing-masing tanpa peduli untuk menilai kebaikan yang ada.

ya,gua banyak buat perkara yang tak membanggakan tapi itu tak bermakna gua harus ulang,kan?memang,gua tahu gua lemah tapi hei,gua mencuba apa?setidak-tidaknya untuk mahu mencubapun dah sedikit baik dari gua yang sedia-kala.gua cuba mencuba untuk jadi lebih terkawal,tenang,elak dari mengulangi kesilapan dan kesalahan,yang sangat-sangat memanggil naluri,dan,syaitan dalam diri gua juga baru saja ketawa berdekah-dekah dalam nada mengejek terhadap gua.tengok saja lama mana gua boleh bertahan sebelum kembali melutut di hujung petikan jarinya seperti penagih yang mabuk khayal,katanya.sombong lagi angkuh.malangnya,gua sendiri bersetuju dengan dia.yeah,shit!


Sabtu, Oktober 25, 2014

Apa Khabar?

gua merayau-rayau di ruang blog cuba untuk mencari penulis-penulis yang gua kenal.rata-ratanya sudah 'pupus',tak wujud lagi.ada satu perasaan yang timbul.melankoli.atau nostalgik.atau mungkin juga sepi?macam melawat sebuah perkampungan tinggal yang senyap-sunyi,yang suatu masa dulu riuh-rendah dan menjadi tempat permainan.mana pergi semua orang?hilang?tapi bila difikir semula,mungkin gua sebenarnya yang hilang terlebih-dahulu.ke mana gua pergi,ya?sehingga gua garu kepala sendiri bila tersedar.ada tulisan gua yang kali terakhir dikemas-kini ialah pada tahun 2011,iaitu tiga tahun lepas.wow!gila!

gua tak sedar.sungguh,memang gua tak sedar.kalau ketika kali terakhir gua kemas-kini tulisan di sana adalah tiga tahun lepas,maka itu turut bermakna mereka dan mereka itu juga telah lama muncul dan hilang dari hidup gua.macam tak percaya.jadi memang tak pelik kalau banyak benda yang dah berubah.buat gua tersenyum pada diri sendiri,sinis.manusia lain bukan seperti lu,broken nigina.mereka menjalani kehidupan,melalui perubahan.tiga tahun sudah cukup lama untuk membawa perbezaan besar.tak macam lu yang statik.dari awal menulis di sini sampai ke saat ini,tetap sama dan serupa tidak berubah apa-apa.kalau ditanya khabar terkinipun,masih boleh kitar-semula jawapan sama sepuluh tahun lepas.

dan kemudian sekali lagi kita akan balik kepada rumusan sama iaitu ayat bajet yang klise,"semua orang ada takdir sendiri dan ada tempo kehidupan sendiri yang tak perlu dirisaukan bla bla bla" dan orang lainpun akan berikan kata-kata memujuk yang sama yang kita dah dengar beratus kali,"jangan bimbang,suatu hari nanti kamu pasti akan bahagia."tapi jujurnya,gua sudah semakin menerima keadaan hidup yang sebegini.bersendiri tanpa pasangan dan perhubungan,dan hanya berharap gua kekal cantik dan muda untuk tempoh selama yang boleh.ya,poyo.tapi jujur.gua hanya mahukan kehidupan berjalan-lancar tanpa ada gangguan.atau dalam maksud yang lebih jahat,gua mahu bebas buat apa yang gua suka tanpa ditimpa masalah dan terkandas.biar saja begitu,sampai ada sesuatu,atau seseorang,yang mampu merubah fikiran dan hati gua.sehingga itu,cukup sekadar ini.
      
               

Jumaat, Oktober 24, 2014

Pakej?

kenapa bila gua masuk lebih dalam dalam diri sendiri dengan sendirinya juga gua jadi payah mengantuk dan payah nak tidur?adakah ia satu pakej,naluri untuk menulis dan merasa dengan sindrom susah tidur?

                          

Kegilaan

gua banyak buat benda yang tak membanggakan dalam hidup gua.semalam adalah salah-satu daripadanya.gua fikir gua boleh elak tapi gua salah.bila memandu sambil pejam-mata maka kemalangan adalah sesuatu yang telah dijangka.gua rasa benci pada diri sendiri.tapi dalam masa yang sama gua rasa suka.ibarat dalam cerita bila si putih bergelung kepala di sebelah kanan bertelagah dengan si merah berserampang tiga di kiri.gua turutkan si merah,tapi dia tolak gua lebih dari garis yang gua mahu langkah.kemudian si putih tersedar,dan gua berada dalam keadaan yang gua berada sekarang.rasa bodoh,kesal,dan juga,keliru.ok,gua sebenarnya tak tahu apa yang gua rasa.atau apa yang gua mahu fikir.atau apa yang gua mahu gua fikir gua mahu.mungkin gua patut tidur.biar masa berlalu dan apa yang berlaku berlalu.cepat-cepat dan jauh-jauh.


Isnin, Julai 22, 2013

4

gua tak sedar,rupanya gua telah menghilangkan diri dari sini tempoh hari.gua hanyut,leka dengan kehidupan di luar sana.malah gua telah terputus hubungan dengan ramai orang.banyak yang dah berubah sekarang.tapi gua masih sama.cerita sama,sinopsis sama.
                

Ahad, Jun 30, 2013

Ini Cerita Tentang Kisah Cinta, Bukan Kisah Lain

gua tulis blog sejak 2005,dan entry gua dah dekat dua ribu dalam blog ni saja,tak termasuk blog gua yang lagi empat dan juga blog-blog gua yang lain.tapi kisahnya tak habis-habis kecewa,patah hati,terluka,putus,selamat tinggal.macam tak ada jalan cerita lain.bayangkanlah kalau orang baca pun naik penat dan jemu,apa lagi gua yang tukang tulis ni.tapi gua tulis tentang perkara yang berlaku dalam hidup gua,bukan cerita fiksyen.i write it as it is.

memang gua bosan.gila apa tak bosan?gua cemburu bila baca blog orang lain.lama tak jengah tengok-tengok dah berumah-tangga,dah bahagia.hatta blogger-blogger yang pernah berhubung dengan gua dan pernah cakap cinta itu bullshit pun dah melangkah ke depan,bertemu cinta hidup masing-masing,bina masjid.gua?masih juga sama saja macam tu.tak ada perubahan,tak ada perbezaan.serupa.statik.lama mana tak dengar cerita,bila ditanya jawapannya masih juga,"sama macam dulu".

ingat gua tak cemuh ke?gua kalau boleh bila orang tanya,gua nak bagi tahu berita baru,berita perubahan.gua nak juga bila kemas-kini blog,entry yang gua muat-naik adalah cerita happy ending,walimatul urus.gua teringin bila muat-naik gambar di facebook,ianya gambar majlis tunang gua,majlis nikah.bukan soal gua nak sangat kahwin,tapi gua mahu kesudahan yang baik.gua mahu kesudahan yang bahagia,yang berkat.bukannya timbunan kisah patah hati yang kalau gua fikirkan,boleh muntah.gua dah naik loya bertemu dengan lelaki yang hanya pandai sebut perkataan cinta tapi tak berani ada komitmen,tak berani ada tanggung-jawab untuk jadikan gua isteri yang sah.

ada orang kata gua tak cukup berusaha sebab tu gua tak bertemu bahagia.ada orang lain pula kata gua berusaha lebih sangat sebab tu bahagia terlucut.sekejap orang kata gua mudah sangat lepas.sekejap ada orang kata gua pegang terlalu kuat.macam-macam.sebelah sini cakap gua terlalu negatif suka anggap semuanya tipu dan takkan jadi kenyataan tapi sebelah sana pula cakap gua terlalu mudah percaya dan terlalu suka berharap.bila gua selesa bersendiri tanpa ada hubungan serius dengan sesiapa,orang kata gua patut cari cinta.bila gua cari cinta orang kata gua patut bersendiri tak payah susah-susah fikir soal cinta.dah lumrah,manusia memang suka menghakimi,suka bagi pendapat,hujah.bila mereka tak tahu apa-apapun,mereka berlagak macam merekalah yang paling tahu dalam dunia ni.sama je semua,tak payah nak nafi.gua sendiri pun 2x5.

apa sekalipun,ini kenyataannya.gua bukan kanak-kanak bawah umur yang tak tahu apa-apa pasal hidup tapi sibuk mengeluh soal cinta.gua bukan baru semalam kenal dunia,nak kecoh-kecoh benda kecil dan nak ada-adakan benda yang tak ada.umur gua 31,bukan 13.kalau gua bercerita pasal cinta dan mahukan cinta pun,ia normal.perkara yang munasabah,masuk akal.gua bukannya terlalu mengikut perasaan.hatta bila gua kata gua kerap kecewa pun,bukannya kerana gua nak buat sedih dan berlagak macam mangsa.benda yang memang kenyataan,nak sebut macam mana lagi?dah itu hakikat.fakta,bukan auta.kalau kira dari tempoh gua tulis blog sajapun,dah lapan tahun.sentiasa gagal dalam jarak tempoh lapan tahun,masih tak berjumpa pasangan di usia yang telah mencecah 30-an,bukannya berlebih-lebih pun nak cakap kurang bernasib baik dalam kehidupan cinta dan berat jodoh.ia bukan menggembar-gembur,tapi menyatakan kebenaran.how else would you say it?

rasa lapar,nak makan nasi.malas dah nak sambung.

Jumaat, Jun 21, 2013

Percaya?

choose faith over worry,so they say.tapi gua tak rasa gua sanggup untuk 'have faith' lagi.gua bukan cakap pasal iman atau agama,cuma pasal rasa percaya terhadap seseorang,rasa bersangka baik dan yakin tentang kesudahan yang indah menanti di sebalik dugaan yang datang.gua bukan berfikiran buruk sebenarnya,tapi berfikiran baik.perjuangan belum tamat selagi manusia masih punya harapan,namun soalnya,benarkah ia belum tamat?

kadang-kadang gua rasa manusia berselindung di sebalik watak tabah untuk melarikan diri dari kenyataan.kita gunakan harapan sebagai perisai dari menerima kegagalan.macam mesin penyambung hayat yang memberi nyawa palsu pada jasad yang dah mati.kita jadikan cekal bertahan sebagai alasan untuk terus berpaut sedangkan hakikatnya kita hanya berpaut kerana kita lemah,kita takut untuk lepaskan tangan.pejamkan mata dari melihat noktah penamat tapi ia tetap takkan halang penamat,sebaliknya hanya menghalang kita dari melangkah ke depan.kita guna 'faith' untuk menipu diri sendiri.meniti hidup dari hari ke hari dengan bersandarkan harapan terhadap esok,tanpa menyedari yang kita lebih banyak membuang masa menunggu bahagia daripada menikmati bahagia.bahagiakah?

mungkin garisnya terlalu tipis.di antara menjadi tabah dan percaya atau sekadar menipu diri sendiri dengan harapan kosong,bila-bila masa saja boleh berselisih.kemampuan untuk mengenal-pasti sempadannya adalah pembelajaran seumur hidup.entahlah.di kedudukan gua berada sekarang,gua hanya mahukan perjalanan sederhana yang mampu sampai ke tempat tujuan,bukan kisah pengembaraan gah yang sarat dengan macam-macam unsur 'fairytale',keajaiban,hikayat hebat tapi sekadar menjadi selingan sejarah.

i don't want another adventure.i just want real.
                                 

Khamis, Mac 21, 2013

Keanehan

sungguh pelik rasanya melihat satu-persatu manusia yang kita kenal yang menghuni lingkaran sama,sudah tak ada lagi.agak tersentak.baru tersedar rupanya gua dah menghilang agak lama.banyak perubahan.banyak pembaharuan..aneh.tapi yang paling aneh mungkin hakikat bagaimana gua masih berada di tempat yang sama dan langsung tak ada sebarang perubahan setelah sekian lama.
                                         

Isnin, Februari 25, 2013

Sulit dan Persendirian

ini,tempat peribadi gua.ini,'safe place' gua.tempat di mana gua padamkan wajah zahir dan mengenakan raut jiwa.tempat di mana gua boleh menjadi siapa diri gua sebenar-benarnya tanpa perlu dinafi,ditidakkan.tidak ada tentang berkata-kata apa yang mahu didengari mereka.tidak ada tentang berbicara apa yang dirasakan tepat pada mereka.hanya yang benar,dan yang benar,jujur dari dalam naluri.maka gua tak fikirkan untuk dikenali.tak perlu pendedahan,tak perlu hebahan.malah biar rahsia.kalau kenal siapa gua,ya kenal lah.kerana yang membaca di sini adalah mereka yang samaada bertemu di alam penulisan,atau mereka yang berasal dari kehidupan luar yang gua undang sendiri untuk datang ke mari.maka tak perlu untuk gua akui,"ya,ini gua",atau perlu untuk gua nafi,"tidak,ini bukan gua."masuk ke sini dan jelajahi,dan cukuplah sekadar itu.mengenali tanpa perlu melafaz,"ya,saya kenal kamu siapa" dan membaca tanpa perlu memberitahu,"ya,saya membaca blog ini."
                     

Jumaat, Februari 15, 2013

Jerangkap Samar

bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang dah terlalu lama menjadi sebahagian daripada jiwa-raga kita.sekalipun ia tak wujud di dunia nyata,namun sesungguhnya melepaskan roh dan bayang-bayang  yang menghantui itu jauh lebih parah daripada melepaskan tubuh zahir.ia seperti sumpahan.menjadi hantu yang mengekori setiap langkah.buat kita hidup di perantaraan.buat kita hidup di tengah-tengah garisan.tidak di masa silam,tidak juga di masa sekarang.melamun dalam sedar dan hanyut dalam jaga.kita fikir kita berjalan ke depan,namun hakikatnya kita langsung tidak bergerak.masih di tempat yang sama di mana kita berada semalam.terperangkap.terjerat.tersekat.hidup di takuk lama tanpa sebarang perubahan,sedangkan insan-insan lain sudah jauh meninggalkan kita,menggenggam kebahagiaan yang benar sebenar-benarnya.

                           

Isnin, Disember 24, 2012

Lawak Antarabangsa

gua pernah mengalami blog crush terhadap PCKT,sebelum gua tahu beliau dah ada awek.
                  

Khamis, Disember 06, 2012

Blogku Syurgaku

kebelakangan ni gua sibuk melayan muka buku.yang buat gua teruja adalah politik-ABU,selain daripada hobi gedik gatal menambah 'kawan' yang muka kacak-kacak dan jambu.ya,gua memang rupalistik dan miang.tapi apapun,sehebat,semeriah dan secanggih mana pun laman buku muka,ia tak dapat memberi kepuasan sebagaimana menulis di blog.i have to restrict myself there.penat bila perlu jadi sopan-santun dan lemah-lembut seperti 'wanita ayu' dan terpaksa menapis-napis bila nak bercakap.ironi,tempat kita tunjukkan rupa sebenar adalah tempat di mana kita sebenarnya sedang bertopeng.

rasanya gua cukup bertuah sebab dapat mengenali dunia blog ni.my safe place.tempat yang gua boleh jadi gila,jadi mental,jadi bengong,boleh duduk luar kotak,atas kotak,tepi kotak,dan boleh jadi apa saja yang tak menepati kehendak umum sepertimana jiwa gua yang sebenar.dan apa yang lebih indah,bila mengetahui bahawa sesungguhnya ada ramai lagi orang 'gila' macam gua malah lebih gila dari gua bila duduk di dunia ni.people don't like being alone,even when they're being alone.

bersendirian bersama-sama.
                

Jumaat, November 09, 2012

Pinjam Petik

 :-

dari cara percakapan seseorang, kita boleh lihat tahap pemikiran mereka. sebijak mana, sedalam mana minda masing-masing. 

sy tonton video ucapan nurul izzah (berulang-ulang) untuk membuat penilaian yang adil, dan ia buat sy rasa lebih hormat kepada beliau. tanpa sentimen, tanpa kekangan persepsi, sy cuba mentakrif seterbuka mungkin dengan tanpa tujuan untuk menghukum sebaliknya mencari kebenaran. 

dari apa yang sy lihat, ia memerlukan keberanian yang tinggi untuk berucap semeja dengan mereka yang berbeza fahaman dan pegangan agama, cuba membawa idea tentang negara berpelembagaan islam. beliau cuba menerangkan tentang konsep negara islam dan memberi pencerahan kepada mereka yang bukan muslim, yang mana mempunyai tanggapan negatif terhadap islam. 

seperti yang semua sedia maklum, islam masakini disinonimkan dengan keganasan, pemaksaan. kalau ditimbang dengan akal wajar, selagi tiada pihak yang berdialog secara terbuka dengan golongan bukan muslim di malaysia, sampai bila salah tanggapan sebegini dapat diperbetulkan. jika anda diaju soalan oleh yang tidak faham islam dan bukan beragama islam, bagaimanakah cara berhikmah untuk menjawab tentang tiada paksaan dalam agama? adakah dengan bersikap emosi dan baran, memberi gambaran lebih buruk kepada yang bukan islam tentang imej sebenar islam? jadi sy rasa, menekankan bahawa islam bukan agama paksa adalah cara yang paling berhemah mengikut senario waktu beliau ditanya.

tiada paksaan dalam agama adakah boleh diaplikasi kepada melayu? dalam hal ni kita perlu faham terlebih apa itu melayu dan apa itu islam. mendengar dengan terperinci setiap bait jawapan beliau, sy tidak lihat di mana beliau bersetuju bahawa orang islam harus dibenarkan murtad. apa yang dinyatakan adalah, di dalam al-quran tak ada ayat yang menetapkan bahawa melayu itu mestilah islam, maka secara umumnya, menjadi melayu itu sahaja tidak cukup untuk mengislamkan seseorang. jadi ini sebenarnya berbalik kepada individu yang berbangsa melayu itu sendiri untuk berfikir, anda melayu atau anda islam? sebagai seorang yang berbangsa melayu, anda bebas memilih agama tapi sebagai seorang muslim, anda wajib kekal di dalam agama yang anda anuti. gunakan fikiran yang matang dan faham sendiri, anda SEORANG MELAYU atau anda SEORANG MUSLIM, dan anda akan faham anda tertakluk di bawah undang-undang yang mana. 

menurut pendengaran sy, nurul izzah menyebut bahawa sebagai seseorang yang beragama islam, beliau berpegang kepada ajaran islam di mana ada batas tertentu terhadap keterbukaan baik dari segi kebebasan beragama mahupun orientasi seksual. ini, kalau kita mahu mentafsir secara bijak pandai dan bukan singkat akal, bermaksud undang-undang agama datang dulu daripada undang-undang dunia yang mana jelas, sekiranya anda beragama islam, maka anda harus mengikut undang-undang islam. tidak ada unjuran untuk menyokong murtad seperti yang digembar-gemburkan di sini. melihat dari konteks yang lebih luas, ia boleh disimpulkan bahawa kebebasan beragama harus diberi sama rata kepada semua KAUM kecuali mereka yang beragama islam kerana orang islam adalah tertakluk kepada undang-undang islam yang mengharamkan murtad. jadi tak kisah anda melayu, cina, india, atau lain-lain, selama anda beragama islam, jelas dan nyata murtad itu haram.

kalau sy belum ada masalah pendengaran, jauh dari mencemuh sy malah lebih mengkagumi bila beliau ada menyebut bahawa iman itu harus lahir dari hati dan diterapkan di dalam kehidupan untuk memastikan kita tak goyah. mahu tafsir cara orang bijak atau orang bodoh? maknanya di sini jatuh tanggungjawab kepada pemimpin, ibu bapa dan masyarakat islam itu sendiri untuk menerapkan kefahaman dan mengukuhkan nilai islam di dalam kehidupan seharian supaya mereka tidak mudah terpesong. daripada situ, apa yang saya faham adalah nurul izzah maksudkan "mencegah itu lebih baik dari merawat" dan ini secara halus juga membayangkan beliau mendokong cara hidup islam, bukan merendah-rendahkan seperti yang diputar-belit pihak tak bertangungjawab.

sy hanya manusia biasa yang tak ada anugerah istimewa untuk buka hijab hati seseorang, tapi daripada pemahaman sy berlandaskan apa yang terlihat zahir, inilah yang sy dapat daripada ucapan nurul izzah dan sy rasa sungguh-sungguh, rugilah bagi mereka yang mempunyai akal tapi tidak pula menggunakannya, atau memilih untuk 'meminjam akal singkat' orang lain dan jadikan pendirian masing-masing. apapun, sy tak berani jamin apa yang sy faham adalah mutlak isi hati beliau kerana sy bukan TUHAN untuk menghukum nawaitu dalam jiwa manusia lain tapi kalau berlandaskan setiap perkataan yang dilafaz, nurul izzah tidak menyokong murtad tapi membantah undang-undang "melayu itu mestilah islam" kerana bangsa tidak seharusnya menentukan agama seseorang sebaliknya keimanan dalam diri.

pandangan peribadi sy sendiri pula, kalau kita fikir-fikirkan balik, ramai orang kita lebih hebat dalam soal melatah dan mengamuk bila berlaku sesuatu isu; sy ambil contoh murtad di sini, tapi rata-rata sekadar pejam mata dengan segala kepincangan yang berleluasa di sekeliling. kita berang kesucian agama dipersenda, tapi kita sendiri tak pernah memuliakan agama malah kalau nak diikutkan, lebih ramai kita hari ini (termasuk sy sendiri) mencemarkan agama daripada mengangkatnya. bukankah suatu kepura-puraan yang nyata, bila kita begitu gah mahu tegas dalam soal "menghukum" mereka yang terpesong dari ajaran islam tapi saban hari membenarkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan ajaran islam? ia sama macam sibuk mahu mencegah kebakaran, tapi tak kisah untuk bermain api. pandang sekeliling dan jawab jujur kepada diri sendiri, macam mana mahu mengelak generasi sekarang daripada membelakangkan agama dan nauzubillah murtad, kalau perkara-perkara yang membelakangkan agama macam tak menutup aurat, minum arak, main judi dll kita 'hormat' atas tiket "itu urusan mereka dengan allah".~kemusnahan yang besar selalunya bermula dari kerosakan-kerosakan kecil.

wallahualam.

Khamis, Oktober 25, 2012

Penghendap

menghabiskan sisa-sisa malam dengan menghendap para penulis blog di mukabuku.
                      

Jumaat, Oktober 19, 2012

Juta

satu tempat sampai,sejuta jalan tuju.kiri,kanan,atas,bawah.dunia dalam tempurung,tempurung dalam dunia.naik ke langit bawa hujan.yang luas yang sempit,minda punya cerita.mahu satu sudut atau seribu?hentak pintu akal,buka janji mungkin.tiada batas.
              

Isnin, Oktober 15, 2012

Pepatah

berani kerana salah,takut kerana benar.
           


I've got it all, but I feel so deprived
I go up, I come down and I'm emptier inside
Tell me what is this thing that I feel like I'm missing
And why can't I let it go

There's gotta be more to life...

Than chasing down every temporary high to satisfy me
Cause the more that I'm...
Tripping out thinking there must be more to life
Well it's life, but I'm sure... there's gotta be more
Than wanting more

I've got the time and I'm wasting it slowly

Here in this moment I'm half way out the door
Onto the next thing, I'm searching for something that's missing

i'm wanting more

I'm always waiting on something other than this
Why am I feelin' like there's something I missed.....

              

Kebenaran

gua sebenarnya malas mahu waras.malas mahu baik demam dan malas mahu pulih dari sasau.memang otak gua tak berapa nak berfungsi dengan baik kebelakangan ni.tapi gua saja biarkan.saja lepas biar hanyut sesat dalam alam fantasi.bermain dengan bayang-bayang dan rasa-rasa yang gua ada-adakan sendiri.betul ke rasa tu?jujur ke?benar ke?tak perlu ulas panjang-panjang.kalau segala keterujaan dan keghairahan itu adalah perasaan yang sebenar,gua takkan rasa kosong dan jemu bila gua duduk diam macam ni.keterujaan dan keghairahan tu hanya satu kesan ralat paralat yang gua cuba datangkan kepada diri sendiri dan gua sengaja tak mahu waras supaya gua tak perlu sedar semua tu hanya bohong.tapi kesudahannya tetap juga balik ke persoalan ini.siapa sebenarnya yang kita nak tipu?bila lampu padam,bila gelak ketawa pudar,bila semua orang hilang,yang tinggal hanyalah diri kita sendiri bertemankan kebenaran.waktu itu kita tak dapat lari dan tak dapat lagi menipu sesiapa.kita lebih tahu siapa diri kita dan apa sebenarnya yang ada di dalam diri kita.segala hilai tawa,segala hiruk pikuk,segala kegembiraan dan keasyikan yang kita salutkan di permukaan,sejauh manakah keasliannya?kita lebih mengerti.pasti.

masa untuk bangun sepenuhnya dan buang sisa-sisa mamai.apa sebenarnya yang gua mahukan?hakikatnya gua tak tahu kerana waktu ini gua belum bertemu apa yang gua mahu.gua memang tengah tak mahukan apa-apa.bosan kan bila rasa tak mahu apa-apa,tak ada keinginan untuk apa-apa,tak impikan apa-apa,tak perlukan apa-apa?tapi hakikatnya,itulah yang sebenar-benar gua rasa--tak ada apa-apa.gua sekadar isi masa dengan membuang masa.cuba mencari sesuatu untuk dicari dengan cuba mencari sesuatu tapi semakin dicari terasa semakin hilang..kerana kenyataannya ia adalah sebuah ketiadaan.gua bukan mengejar jawapan,sebaliknya lari dari persoalan.i know the truth.always have and always will.untuk itu,senyum saja.dan hujung minggu ni masa untuk gua kembali pergi ke segamat.back to basic.back to the life that might not be perfect but is mine.

*senyum