Memaparkan catatan dengan label Layan Renung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Layan Renung. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 27, 2014

Pahit

bila dunia kata kita jelik,kita cuba nafikan pada diri sendiri.kita pujuk diri sendiri dengan ayat penyedap tentang betapa dunia ini suka menghakimi dan menghukum,menilai kita dengan pandangan yang salah.kita tidak seburuk yang mereka sangka.kita jauh lebih baik.kita tahu.kita kenal diri kita yang sebenar.tapi lama-kelamaan,kita mula terfikir.betul ke kita tak seburuk yang mereka sangka?betul ke kita jauh lebih baik?kita renung cermin dalam-dalam namun bayangan yang kita nampak dalam cermin menakutkan.siapakah dia?seseorang yang wajahnya cukup jelik sedang merenung kita dalam-dalam dari dalam cermin.

----

                            

Jumaat, November 09, 2012

Pinjam Petik

 :-

dari cara percakapan seseorang, kita boleh lihat tahap pemikiran mereka. sebijak mana, sedalam mana minda masing-masing. 

sy tonton video ucapan nurul izzah (berulang-ulang) untuk membuat penilaian yang adil, dan ia buat sy rasa lebih hormat kepada beliau. tanpa sentimen, tanpa kekangan persepsi, sy cuba mentakrif seterbuka mungkin dengan tanpa tujuan untuk menghukum sebaliknya mencari kebenaran. 

dari apa yang sy lihat, ia memerlukan keberanian yang tinggi untuk berucap semeja dengan mereka yang berbeza fahaman dan pegangan agama, cuba membawa idea tentang negara berpelembagaan islam. beliau cuba menerangkan tentang konsep negara islam dan memberi pencerahan kepada mereka yang bukan muslim, yang mana mempunyai tanggapan negatif terhadap islam. 

seperti yang semua sedia maklum, islam masakini disinonimkan dengan keganasan, pemaksaan. kalau ditimbang dengan akal wajar, selagi tiada pihak yang berdialog secara terbuka dengan golongan bukan muslim di malaysia, sampai bila salah tanggapan sebegini dapat diperbetulkan. jika anda diaju soalan oleh yang tidak faham islam dan bukan beragama islam, bagaimanakah cara berhikmah untuk menjawab tentang tiada paksaan dalam agama? adakah dengan bersikap emosi dan baran, memberi gambaran lebih buruk kepada yang bukan islam tentang imej sebenar islam? jadi sy rasa, menekankan bahawa islam bukan agama paksa adalah cara yang paling berhemah mengikut senario waktu beliau ditanya.

tiada paksaan dalam agama adakah boleh diaplikasi kepada melayu? dalam hal ni kita perlu faham terlebih apa itu melayu dan apa itu islam. mendengar dengan terperinci setiap bait jawapan beliau, sy tidak lihat di mana beliau bersetuju bahawa orang islam harus dibenarkan murtad. apa yang dinyatakan adalah, di dalam al-quran tak ada ayat yang menetapkan bahawa melayu itu mestilah islam, maka secara umumnya, menjadi melayu itu sahaja tidak cukup untuk mengislamkan seseorang. jadi ini sebenarnya berbalik kepada individu yang berbangsa melayu itu sendiri untuk berfikir, anda melayu atau anda islam? sebagai seorang yang berbangsa melayu, anda bebas memilih agama tapi sebagai seorang muslim, anda wajib kekal di dalam agama yang anda anuti. gunakan fikiran yang matang dan faham sendiri, anda SEORANG MELAYU atau anda SEORANG MUSLIM, dan anda akan faham anda tertakluk di bawah undang-undang yang mana. 

menurut pendengaran sy, nurul izzah menyebut bahawa sebagai seseorang yang beragama islam, beliau berpegang kepada ajaran islam di mana ada batas tertentu terhadap keterbukaan baik dari segi kebebasan beragama mahupun orientasi seksual. ini, kalau kita mahu mentafsir secara bijak pandai dan bukan singkat akal, bermaksud undang-undang agama datang dulu daripada undang-undang dunia yang mana jelas, sekiranya anda beragama islam, maka anda harus mengikut undang-undang islam. tidak ada unjuran untuk menyokong murtad seperti yang digembar-gemburkan di sini. melihat dari konteks yang lebih luas, ia boleh disimpulkan bahawa kebebasan beragama harus diberi sama rata kepada semua KAUM kecuali mereka yang beragama islam kerana orang islam adalah tertakluk kepada undang-undang islam yang mengharamkan murtad. jadi tak kisah anda melayu, cina, india, atau lain-lain, selama anda beragama islam, jelas dan nyata murtad itu haram.

kalau sy belum ada masalah pendengaran, jauh dari mencemuh sy malah lebih mengkagumi bila beliau ada menyebut bahawa iman itu harus lahir dari hati dan diterapkan di dalam kehidupan untuk memastikan kita tak goyah. mahu tafsir cara orang bijak atau orang bodoh? maknanya di sini jatuh tanggungjawab kepada pemimpin, ibu bapa dan masyarakat islam itu sendiri untuk menerapkan kefahaman dan mengukuhkan nilai islam di dalam kehidupan seharian supaya mereka tidak mudah terpesong. daripada situ, apa yang saya faham adalah nurul izzah maksudkan "mencegah itu lebih baik dari merawat" dan ini secara halus juga membayangkan beliau mendokong cara hidup islam, bukan merendah-rendahkan seperti yang diputar-belit pihak tak bertangungjawab.

sy hanya manusia biasa yang tak ada anugerah istimewa untuk buka hijab hati seseorang, tapi daripada pemahaman sy berlandaskan apa yang terlihat zahir, inilah yang sy dapat daripada ucapan nurul izzah dan sy rasa sungguh-sungguh, rugilah bagi mereka yang mempunyai akal tapi tidak pula menggunakannya, atau memilih untuk 'meminjam akal singkat' orang lain dan jadikan pendirian masing-masing. apapun, sy tak berani jamin apa yang sy faham adalah mutlak isi hati beliau kerana sy bukan TUHAN untuk menghukum nawaitu dalam jiwa manusia lain tapi kalau berlandaskan setiap perkataan yang dilafaz, nurul izzah tidak menyokong murtad tapi membantah undang-undang "melayu itu mestilah islam" kerana bangsa tidak seharusnya menentukan agama seseorang sebaliknya keimanan dalam diri.

pandangan peribadi sy sendiri pula, kalau kita fikir-fikirkan balik, ramai orang kita lebih hebat dalam soal melatah dan mengamuk bila berlaku sesuatu isu; sy ambil contoh murtad di sini, tapi rata-rata sekadar pejam mata dengan segala kepincangan yang berleluasa di sekeliling. kita berang kesucian agama dipersenda, tapi kita sendiri tak pernah memuliakan agama malah kalau nak diikutkan, lebih ramai kita hari ini (termasuk sy sendiri) mencemarkan agama daripada mengangkatnya. bukankah suatu kepura-puraan yang nyata, bila kita begitu gah mahu tegas dalam soal "menghukum" mereka yang terpesong dari ajaran islam tapi saban hari membenarkan perbuatan-perbuatan yang bercanggah dengan ajaran islam? ia sama macam sibuk mahu mencegah kebakaran, tapi tak kisah untuk bermain api. pandang sekeliling dan jawab jujur kepada diri sendiri, macam mana mahu mengelak generasi sekarang daripada membelakangkan agama dan nauzubillah murtad, kalau perkara-perkara yang membelakangkan agama macam tak menutup aurat, minum arak, main judi dll kita 'hormat' atas tiket "itu urusan mereka dengan allah".~kemusnahan yang besar selalunya bermula dari kerosakan-kerosakan kecil.

wallahualam.

Selasa, September 25, 2012

Hormat

bukan nak cakap gua tak kisah orang hina islam,cuma gua rasa macam kelakar.kita marah sangat bila orang tak hormat agama kita,macamlah kita selama ni hormat sangat dengan agama sendiri.rasanya orang islam yang hina islam lagi ramai berlambak-lambak daripada yang bukan islam.oops,lupa.kita kan tak boleh menghakimi.

~if you want people to respect you, first you have to respect yourself.
                                   

Isnin, September 24, 2012

Kehidupan

membaca tulisan bekas rakan sekolah buat gua sedar betapa kesedihan yang gua alami sebenarnya bukanlah apa-apa.
"tinggal lg sebulan kita nk sambut raya haji..hati jd sebak.arwah ankku pergi ketika umat islam meyambut ketibaannya.hampir setahun pemergian arwah.namun kurasa seperti baru semalam arwah pergi tinggalkn aku.kasih syg ku terhadap arwah tidakkn pudar smpai bila2.terlalu bnyk kenangan bersama arwah walaupun aku hanya diberi peluang utk membesarkan arwah selama 2thun 4bln 3hari shj.mama syg kakak. Al Fatihah utk cyg mama."                                   

Sabtu, April 21, 2012

Kemabukan Bukan Arak, Kekhayalan Bukan Dadah



I don't wanna be the girl who laughs the loudest
Or the girl who never wants to be alone
I don't wanna be that call at four o'clock in the morning
'Cause I'm the only one you know in the world that won't be home

Aahh, the sun is blinding
I stayed up again
Oohh, I am finding
That's not the way I want my story to end

I'm safe
Up high
Nothing can touch me
But why do I feel this party's over?
No pain
Inside
You're my protection
But how do I feel this good sober?

I don't wanna be the girl who has to fill the silence...
The quiet scares me 'cause it screams the truth
Please don't tell me that we had that conversation
When I won't remember, save your breath, 'cause what's the use?

Aahh, the night is calling
And it whispers to me softly, "come and play"
Aahh, I am falling
And if I let myself go, I'm the only one to blame

I'm safe
Up high
Nothing can touch me
But why do I feel this party's over?
No pain
Inside
You're like perfection
But how do I feel this good sober?

I'm comin' down
Comin' down
Comin' down
Spinnin' round
Spinnin' round
Spinnin' round
Looking for myself.. Sober

Comin' down
Comin' down
Comin' down
Spinnin' round
Spinnin' round
Spinnin' round
Looking for myself.. Sober

When it's good, then it's good, it's so good, 'till it goes bad
Till you're trying to find the you that you once had
I have heard myself cry
Never again
Broken down in agony
And just trying to find a friend

I'm safe
Up high
Nothing can touch me
But why do I feel this party's over?
No pain
Inside
You're like perfection
But how do I feel this good sober?

I'm safe
Up high
Nothing can touch me
But why do I feel this party's over?
No pain
Inside
You're like perfection
But how do I feel this good sober?

How do I feel this good sober? 


- -

 
jauh mana gua lari,jauh mana gua abai,jauh mana gua buat-buat lupa,gua masih tak lupa.entahlah.segala kegelapan yang gua lahap tetap tak mampu nak menggelapkan hati gua sepenuh-penuhnya.gua masih tak mampu menikmati tanpa ia dituruti dengan rasa bersalah.gua tahu,dah lama tahu,gua tak dilahirkan untuk menjadi manusia berhati hitam dan gua memang tak mampu nak hitamkan hati.tapi anehnya,kenapa gua terus-terusan mencuba?percanggahan dalam diri yang saling menidakkan sesama sendiri.gua tahu,gua dengar.suara tangisan dan rayuan dia yang berbaju putih suci itu meruntun di jiwa.dia tak pernah mati.masih wujud,masih bernyawa.tak pernah berjaya dibunuh oleh dajal dan syaitan kehidupan.tak pernah pergi dari jiwa gua walau cuba dicabut dan direntap oleh gelodak dunia.hanya gua yang membelakangi dia.hanya gua yang menidakkan rintihan dia.maka sesungguhnya memang benar dengan sebenar-benarnya,orang yang paling banyak menzalimi kita tak lain tak bukan adalah diri kita sendiri.

~kadang-kadang kita cuba berlindung dengan perisai 'manusia tak layak menghakimi' untuk mencari kelegaan palsu sedangkan jauh di dasar hati,kita lebih tahu.larilah sedaya-upaya,takkan mampu lari dari diri sendiri--hakim yang lebih dahsyat menyukat kejelikan diri.ya,kita lebih tahu.

....The quiet scares me 'cause it screams the truth....

Ahad, Februari 26, 2012

Persendirian

ada masa dalam hidup,kita boleh menjadi ragu dan hilang arah tuju-walau sekuat dan seyakin mana pun kita fikir tentang diri kita sendiri.sukar untuk dijelas dan diperincikan.tiba-tiba semuanya terasa salah dan mengelirukan.pilihan kita,pendirian kita,jalan hidup kita,sehingga ke senyata-nyata hal -kursus pengajian,kerjaya,malah jenama pencuci muka dan membawa ke seghaib-ghaib perkara tentang keimanan,dosa-pahala,agama.adakah kita siapa diri kita yang seharusnya atau kita masih lagi di peringkat 'percubaan' dan tak menyedari kalau-kalau hidup kita sebenarnya masih lagi belum bermula.adakah kita siapa kita fikir diri kita atau kita sedang hidup dalam kehidupan yang salah?

kita hidup dengan merasakan kita telah menemui diri yang sebenar untuk tiba-tiba bangun di suatu hari dengan pertanyaan,siapa orang yang melihat kita kembali di dalam cermin itu?kita melihat diri sendiri dengan rasa yang asing dan tiba-tiba segala yang kita kenal,kita pegang,terasa tak lagi membawa pengertian.kita tak lagi tahu dan tak lagi pasti.jiwa kacau.tiba-tiba kita adalah bayi yang harus belajar segala-galanya dari mula kembali.tsunami kehidupan.tsunami minda dan jiwa,juga perasaan.bila badai besar menghempas dan mengubah susun atur muka bumi yang telah lama sebati di hati,kita terkesima dan jadi bingung seketika.otak memerlukan masa untuk menghadam perubahan yang ketara.kita terkaku dalam kegoyahan,keraguan,kecelaruan,ketakutan.melihat sekeliling yang ranap dan bertanya-tanya,macam mana nak mula kembali.dari mana nak mula kembali.apa yang patut dimulakan kembali.adakah kita perlu bermula kembali.lemas dan karam dalam persoalan yang tak dapat dirungkai.berjalan hampir ke hujung perjalanan untuk sedar sebenarnya perjalanan sebenar belum lagi bermula.'false start'.menakutkan sebenarnya.macam membuka buku dan kita tiba-tiba dah tak boleh membaca huruf-huruf yang tertera.

gua,hanyalah manusia biasa.silapnya kerana selalu terlupa manusia tak boleh sepanjang masa bergerak dan bertindak.kadang-kadang,tak bertindak itu adalah tindakan yang terbaik.otak yang berkeladak,bila dipaksa untuk menghasilkan buah fikir yang tepat,maka akan lahirlah lebih banyak akal-akal sampah.mata yang sedang dikelabui habuk dipaksa buka untuk mengamati dan sesungguhnya,hanya menambah kekaburan.untuk sesetengah orang yang selalu mengambil masa terlalu panjang untuk bertindak,gua pula adalah mereka yang tidak tahu mengambil masa sebelum bertindak.keserabutan dan kekacauan yang terpantul pada gerak-geri gua itu,bukan secara langsung berkait kepada perkara yang gua tempiaskan berontak,sebaliknya hanyalah kekacauan dalaman.dan pengubatnya cuma satu.diam.diamlah.diamlah dan tenangkan amuk jiwa.diamlah dan muhasabah kembali segala-galanya.diam dan rehatlah kerana lu dan gua tak perlu selalu memikul beban dunia di bahu.tenang yang mencangkup kejiwaan bermula dari sekecil-kecil nikmat.duduk,tarik nafas,dan kebahagiaan boleh datang walaupun dari segelas kopi.

seperti kata dia.kenapa mahu gusar?dalam banyak-banyak kekecewaan yang kita alami,yang kerap kita lupakan adalah kesenangan lain yang diberi.lalu gua cuba mencari kepuasan dalam keseronokan yang kecil-kecil,yang semoga bila dikumpulkan mampu menenggelami kehampaan yang gua fikirkan begitu besar.ambil masa berehat.dan melangkah semula,bila gua betul-betul dah bersedia.bertatih di muka dunia dengan tangan yang luas terbuka.*senyum*

Ahad, Disember 04, 2011

A Wake Up Call

to those who have suffered so much just 'to be happy':-

"Happiness is something you shouldn't burden yourself with just to get it."

if you're suffering,how can you call it happiness?

























~break free-save yourself.
              

Selasa, November 01, 2011

Kerja Tuhan

kalau manusia tak patut menjalankan kerja tuhan,maka apa tujuan manusia dilantik sebagai khalifah di bumi?tolonglah.tak salah nak berfikiran terbuka tapi apa salahnya buka dulu minda tu sebelum nak berfikiran terbuka.kalau perdana menteri malaysia pun ada kuli batak yang dilantik menjadi wakil untuk menjalankan kerja di kalangan rakyat,ini nak cakap pasal tuhan.tak payah pergi jauhlah.benda paling asas,logik.apa makna hamba,apa makna khalifah?haih.kadang-kadang rasa nak sekeh kepala budak-budak yang tak habis-habis nak cakap pasal manusia tak layak nak buat kerja tuhan,tak layak nak menghakimi sesama manusia.habis tu?takkan nak tunggu tuhan sendiri kot turun atas bumi untuk tegur kita?tak rugi apa-apa kalau kita jadi cerdik sikit,cuba ambil point positif dalam teguran hatta cacian orang sekalipun terhadap kita.jangan lencongkan minda daripada melihat isu sebenar.bukan soal betul ke tak betul susunan ayat patah perkataan yang terhambur dari mulut orang terhadap kita,tapi apa kelemahan diri kita yang jadi punca asal sampai orang nak mencaci.kita tak boleh kawal mulut orang samaada mereka nak menegur secara berhikmah atau tidak tapi kita boleh tentukan cara penerimaan minda kita terhadap input yang dicampak.benda paling cabul paling negatif dalam dunia ni pun boleh ditelan dan dihadam jadi positif,with a positive attitude.work on that first.jadi cerdik sikit,ok?sepak kang.

//teringat masa umur 13,14 bila gua merungut pasal orang mengutuk dan mak gua cakap,"kalau kita tak nak kena kutuk,jangan bagi sebab untuk orang kutuk kita." 
                                            

Ahad, Oktober 09, 2011

Sekadar Renungan












                          

Jawab Pada Diri

gua tak rasa manusia punya hak untuk mencabut nyawa manusia lain.maksud gua,memutuskan samaada seseorang manusia itu harus hidup atau mati dan bertindak mengambil nyawa mereka.perundangan mungkin meletakkan sesetengah golongan berada di atas daripada golongan yang lain,memberi mereka kuasa tertentu tapi gua tertanya-tanya,adakah kuasa itu ke tahap maha kuasa sehingga mereka boleh menamatkan nyawa sesama manusia?adakah mereka tuhan,berkedudukan jauh maha tinggi daripada makhluk lain yang memberi mereka hak itu?boleh menghukum sesama manusia,boleh mengambil nyawa mereka mengikut budi bicara masing-masing?

gua tahu ramai yang ada pandangan masing-masing dalam soal ini tapi cuba renung dan fikirkan sejenak dari sudut yang gua letakkan di atas.gua hanya terfikir secara tiba-tiba,tepatkah apa yang kita selama ini persetujui secara luar sedar?ini tak ada kena-mengena dengan fahaman politik,tak ada kena-mengena dengan mana-mana individu tertentu.hanya sejujur-jujurnya,dari dalam naluri,adakah lu benar-benar sungguh-sungguh yakin bahawa sebagai manusia yang cuma hamba tuhan berhak menghukum sesama manusia berpandukan pandangan dan penilaian masing-masing?jujurkah lu benar-benar sungguh-sungguh percaya dan berani dengan lantang mengatakan ianya tepat dan halal?

seperti yang gua kata.gua tahu ramai yang ada pandangan masing-masing dalam soal ini dan kita tak bertanggungjawab ke atas pandangan peribadi orang lain,kan?jadi,gua cuma menyuarakan pendapat gua sendiri di sini.dengan minda yang objektif dan terbuka seluas-luasnya tanpa ada pengaruh sebarang sentimen lain,gua fikir dan gua percaya,sebagai makhluk yang beriman kepada Allah kalaupun tidak alim ulama,tak ada undang-undang yang lebih afdhal dan halal dari yang digariskan oleh Dia sendiri di dalam kitabullah.gua melihat dengan seringkas-ringkasnya.kalau diletak perbandingan di antara undang-undang berpandukan Al-Quran dan sunnah yang walaupun mungkin tidak sesempurna dan setepat yang dijalankan di zaman Rasulullah atau undang-undang yang dicipta british yang terang-terang bukanlah tuhan,gua lebih rela menerima undang-undang yang berasaskan Al-Quran.samaada mampu atau tidak ia dilaksanakan sepenuhnya tepat seperti yang dijalankan di zaman Rasulullah,jujurnya gua tak tahu tapi apa yang gua tahu,kalau adapun undang-undang yang harus dikiblati umat islam,ia bukanlah undang-undang ciptaan british.tapi itu pandangan gualah.pandangan orang lain,hak masing-masing.katakanlah,katakanlah saja kalau kita harus memikul saham untuk setiap nyawa yang sebenarnya tidak sah dicabut atas keputusan manusia sendiri,sanggupkah lu orang menanggung?gua tak sanggup,beb.

gua ni bukanlah orang kuat agama dan gua pun tak pandai menilai apa yang ada di sebalik hijab orang sebab setahu gua hanya tuhan yang boleh menyukat keimanan yang ada dalam jiwa manusia jadi dengan penuh sedar diri gua ambil jalan selamat menilai sekadar kemampuan iaitu melihat contoh yang dipaparkan secara zahiriah dan tak tahulah kalau mata gua ni rabun ke apa tapi sejuta kali gua tengok gambar di bawah pun,gua tetap nampak gambar pertama lebih menyedapkan mata dari gambar kedua.tapi itu mata gualah.kalau mata lu orang nampak lain,bukan masalah gua,kan?tak perlu menjawab pada sesiapa,cukup menjawab pada diri sendiri.






Isnin, September 05, 2011

If Today Was Your Last Day

My best friend gave me the best advice
He said each day's a gift and not a given right
Leave no stone unturned, leave your fears behind
And try to take the path less traveled by
That first step you take is the longest stride

If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had, if today was your last day?
What if, what if, if today was your last day?

Against the grain should be a way of life
What's worth the price is always worth the fight
Every second counts 'cause there's no second try
So live like you're never living twice
Don't take the free ride in your own life

If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last?
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had?

And would you call those friends you never see?
Reminisce old memories?
Would you forgive your enemies?
And would you find that one you're dreaming of?
Swear up and down to God above
That you'd finally fall in love if today was your last day?

If today was your last day
Would you make your mark by mending a broken heart?
You know it's never too late to shoot for the stars
Regardless of who you are

So do whatever it takes
'Cause you can't rewind a moment in this life
Let nothing stand in your way
'Cause the hands of time are never on your side

If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last?
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had?

And would you call those friends you never see?
Reminisce old memories?
Would you forgive your enemies?
And would you find that one you're dreaming of
Swear up and down to God above
That you'd finally fall in love if today was your last day?



Sabtu, Jun 11, 2011

Dramatik

mahu pergi berjuang di bukit jalil malam ni.heh.hail to all metallers and hail to all terengganuan out there.meh kita pakat hungga gi stadium malang ni weh!!peteh tranung peteh!!

 

Warriors Of the World
(Manowar)

Here our soldiers stand from all around the world,
waiting in a line to hear the battle cry.
all are gathered here, victory is near,
The Sound will fill the hall,
bringing Power to us all,
we alone are fighting for metal that is true,
we own the right to live the fight, we're here for all of you,
Now swear the blood upon your steel will never dry,
stand and fight together beneath the battle-sky !

Brothers everywhere
raise your hands into the air
we're warriors, warriors of the World

Like thunder from the sky
sworn to fight and die
we're warriors, warriors of the World

Many stand against us but they will never win,
We said we would return and here we are again,
to bring them all destruction, suffering, and pain,
We are the hammer of the gods, we are thunder, wind, and rain!
there you wait in fear with swords in feeble hands,
with dreams to be a King, first- one should be a man,
I call them out and charge them all with a life that is a lie,
and in their final hour they shall confess before they die!

Brothers everywhere
raise your hands into the air
we're warriors, warriors of the World

Like thunder from the sky
sworn to fight and die
we're warriors, warriors of the World

If I should fall in battle, my brothers who fight by my side,
gather my horse, and weapons; tell my family how I died,
Until then I will be strong I will fight for all that is real,
All who stand in my way will die by steel!

Brothers everywhere
raise your hands into the air
we're warriors, warriors of the World (2x)

Like thunder from the sky
sworn to fight and die
we're warriors, warriors of the World

Brothers everywhere
raise your hands into the air
we're warriors, warriors of the World (2x)

Like thunder from the sky
sworn to fight and die
we're warriors, warriors of the World

Brothers everywhere
raise your hands into the air
we're warriors, warriors of the World (2x)
 .
.
.
.

.
.
.
.



 
pejuang sebenar adalah mereka yang memburu kemenangan,tapi turut merai kekalahan kerana dari kekalahanlah kita belajar untuk bangun menjadi lebih kuat,seperti phoenix yang bangkit dari abu."berani mati demi kemenangan,berani hidup dengan kekalahan."

'If I should fall in battle, my brothers who fight by my side,
gather my horse, and weapons; tell my family how I died,
Until then I will be strong I will fight for all that is real....'

dah,nak pergi memasak pulak.berjuang tak semestinya kat medan perang.cuba jadi wanita,jadi isteri,jadi ibu yang mengandung dan melahirkan,menjaga suami dan anak-anak menguruskan rumah-tangga makan pakai segala-then you'll know what a true strength is.

Selasa, Mei 17, 2011

Sekali Sekala

gua rasa antara perkara yang paling mengecewakan dalam dunia ni ialah bila melihat orang melabel dan menolak sesuatu sebelum berusaha mendalami dan memahami terlebih dahulu dan kalau mahu mendalami pun,dengan merujuk kepada orang yang terang-terang bukanlah yang layak dijadikan sebagai guru.tak kisahlah tentang perkara apapun,kecenderungan untuk mempunyai pendapat tersendiri sebelum cuba mengenali dengan adil pada gua adalah sikap yang kurang bijak atau lebih senang dalam konteks gua gua sebut sebagai bodoh.sekali minda dah ditutup dari cuba menilai kebenaran,maka tak ada apa pun yang diperkatakan boleh meresap ke dalam fikiran.ilmu tak sampai sebesar biji kacang,tapi angkuh dan sombong,dengan muka tak malu mahu berlagak lebih tahu tega memperlekehkan golongan alim-ulama.belajarlah dulu.belajar menghormati,belajar sedar diri,belajar untuk belajar kerana mahu belajar,bukan untuk menjadi kurang ajar dan belajar mencintai ilmu kerana merasa diri bodoh,bukannya terlalu bijak.

apapun,ustaz azhar memang cool.salute!





Isnin, Mei 09, 2011

Atas Tangan

pilih bisu,lari laju ke dalam kegelapan untuk bersembunyi,biar beban melarat lalu menjadi salah-tafsiran,mengusir jiwa-jiwa yang peduli,memanjangkan kesakitan bersama diam yang mencengkam,lantas derita sendiri seorang diri dengan memercikkan tempias derita itu pada mereka yang terkesan yang terhiris dalam tanda-tanya tersisih tanpa alasan dan akhirnya menjadi penderitaan beramai-ramai yang terpaksa ditanggung secara sendiri-sendiri oleh hati yang terkorban dan apa yang turut sama termusnah adalah segala makna yang seharusnya manis dan berharga,dan semua terkubur,meratapkan 'mati'.

atau,

pilih suara,rungkaikan kebenaran agar nampak cahaya,lepaskan beban dari melarat lalu menghurai salah-tafsiran,menghargai jiwa-jiwa yang peduli,meringankan kesakitan dengan berkongsi dan berbicara,lantas membebaskan derita dengan sudi menerima keprihatinan dan kasih-sayang dari mereka yang seikhlasnya akan turut  merasa lega dan tenteram kerana mampu memberi pinjam kekuatan dan akhirnya menjadi satu pengertian mendalam yang membuat segala makna lebih manis dan berharga,dan semua tergenggam,menyemarakkan 'hidup'.

Khamis, April 14, 2011

Fakta Ringkas

ia tiruan.

sebab ia tak asli.

Isnin, April 11, 2011

Hijrahkanlah Diri Ini....yang sering terlupa

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini


Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari


Oh... nyamannya
Bila di pelukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa


Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
KepadaMu titianku
Hijrahkanlah diri ini



Ahad, April 10, 2011

Dengan Senyuman

duduk berehat di bilik dengan seorang budak perempuan comel yang sedang menconteng kertas di meja kecil.gua lukis princess untuk dia,kemudian dia pula yang melukis princess dia sendiri dan tunjuk pada gua.hahaha.ni kakak lukis princess ke babi?apapun,dia comel.macam ma sha dia.dan dia juga kidal,macam ma sha dia.dia adalah anak gua,yang dilahirkan oleh kakak gua.

"seburuk-buruk dunia,masih juga indah"

*senyum..

Khamis, April 07, 2011

Tahu VS Tindak

gua rasa yang payah dalam dunia ni bukan mencari jawapan,tapi melaksanakan jawapan.macam ilmu itu mudah tapi amal sangat payah.masalahnya bukan dalam membebaskan diri dari kejahilan,tapi menghentikan diri dari terus berlagak jahil.kita,tahu banyak benda,tapi mengetahui bukan bermakna menerima malah menerima juga bukan bermakna mahu akur.kita saja suka mencabar.sedar tapi enggan percaya.mahu terbang ke langit,mahu naik ke bulan,mahu menguji batas dan kemampuan dan mahu terus meneroka segala zat rahsia.apa yang gua fikir,berhenti cari jawapan di luar dan balik ke dalam diri.tapi itulah,lagi sekali.yang payah dalam dunia ni bukan mencari jawapan,tapi melaksanakan jawapan.bukan tak tahu,cuma tak bertindak.contohnya,gua sedar gua dah lewat untuk bersiap ke pejabat,tapi ada tak gua cuba buat apa-apa?tak.gua abaikan waktu di jam dan berpura-pura semuanya baik-baik saja.buta kerana sengaja memilih jadi buta.

Rabu, April 06, 2011

Demi Masa....

kebenaran yang menyedihkan gua rasa....tentang betapa kita manusia sangat asyik melayan luka sampai mengabaikan mereka yang kita hargai.kenapa,ya?kita lebih suka memberi ruang istimewa kepada kesakitan dan sisihkan mereka yang menyayangi,menjadikan seolah-olah kesakitan itu jauh lebih besar daripada teman yang setia.

memang sangat sedih.demi masa yang tak pernah mati..insafi hakikat,bahawa manusia pasti mati.jangan terlalu terjerat dalam kesakitan sendiri sampai ia membunuh kesempatan untuk bersama mereka yang seharusnya lebih kita hargai.kehidupan yang biasa-biasa yang seperti akan sentiasa biasa selalu buat kita terleka tentang realiti bahawa esok belum tentu masih seperti biasa.

haih..

mengerikan bila setiap detik boleh menjadi detik yang terakhir untuk kita dan gua cuma fikir,betapa sayang dan sedihya untuk mensia-siakan detik itu dengan sibuk melayan kesedihan dan kesakitan.it's just that..don't take things for granted.apa yang ada takkan selalu ada.

tapi itulah.kita tetap hanya diri kita.jadi gua menunggu dengan sabar,dengan pengertian..menyedari gua bukan sesiapa,sekadar duduk di hujung..menunggu makhluk bersayap hitam untuk bangkit dari tidur yang panjang.

 *take care and get well soon.

Khamis, Mac 31, 2011

Percayakan

gua duduk diam-diam,di satu sudut.tak menghampiri,tak menjauhi.hanya diam dan  bisu.mencari pengertian,mencari keikhlasan.walaupun hakikatnya mahu mewujudkan rasa yakin dan percaya di dalam diri bukan sesuatu yang mudah,tapi hanya itu satu-satunya cara.tak mampu meneka masa depan.tak mampu menyerkap ketentuan.tak mampu memastikan madu atau racun yang akan diberi sebagai santapan.jadi,sekadar berserah.menyerah percaya setulusnya,dan nilaikanlah dengan seluhurnya.mahu menghargai,atau mahu menghancurkan.ia bukan lagi dalam tangan gua.

milik kita adalah milik kita.janji takdir.jangan dipandang rendah.gua bertaruh pada takdir dan nanti lihat sendirilah apa kesudahannya.tapi,untuk kata kesudahan pada sebuah hidup,macam mana?kesudahan pada hidup hanyalah mati.gua lepas tangan sekali ini.gua cuba.pelajaran menjadi manusia sebenar-benar manusia untuk tidak cuba campur-tangan di dalam tugas qadak dan qadar.bukan mudah.untuk seorang yang sentiasa mahu mengawal segala-galanya macam gua.mungkin sekadar cukup,mengetahui batas dan had,sejauh mana perjalanan hidup ini boleh berada di dalam tangan kita sendiri.mahu lepas,atau mahu genggam.apa perlu?tunggu dan lihat.kalau ia tertulis,ia pasti berlaku.