Memaparkan catatan dengan label Layan Emo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Layan Emo. Papar semua catatan

Jumaat, Januari 31, 2014

Takut

gua takut kecewa lagi.sunguh-sungguh gua teramat takut.rasa macam dah tak sanggup nak hadapi benda yang sama.berapa kali nak kena cuba kemudian gagal lagi?pendekatan macam mana lagi yang gua patut guna?kaedah apa,petua apa supaya gua tak putus cinta di tengah jalan lagi?i'm with someone now but i have this feelings i might be single again,soon.hopefully i'm wrong.
              
           

Khamis, Oktober 17, 2013

Third time, a charm?

bila tengok entri,tarikh 29 september tertulis "life is good",hari ni 17 oktober,life is not so good anymore.tarik nafas,hembus nafas.kerap-kali berada dalam kedudukan bila tali gantung melilit di leher dan kita tahu kita bakal mati tapi kesudahan itu boleh berubah sekiranya si pemegang tali bertindak menyelamatkan kita,bukan membunuh kita.perlukah menunggu untuk melihat jalan cerita berputar dan kesudahannya adalah hidup,atau segera bertindak untuk lari menyelamatkan diri sebelum hilang nyawa?bukan pertama kali gua tandatangan persetujuan menjadi watak selingan sementara tapi untuk melibatkan diri sebagai watak utama--perjanjian kekal--,ini yang ketiga.

tahukah betapa gua tak mahu satu lagi penamat yang sama,serupa,sebuji,sebulat-bulatnya?bila langkah terpijak dan terperangkap pada pasir jerlus,berdiam dan pasrah mungkin akan bantu kita untuk mati dengan damai.tapi,jauh dalam hati gua masih mahu hidup maka gua bergelut,meronta berharap gua boleh selamat.gua tak mahu penutup yang sama untuk sekian kali.gua tak mahu perlu tulis,perlu rangka,perlu mulakan kembali perjanjian untuk memegang watak kekal--kali ke-empat!
                               

Isnin, Julai 01, 2013

bagi masa kepada masa, tapi masa, tolong cepat sikit, OK?

mengharapkan perasaan yang terluka terus sembuh dalam masa tiga hari adalah cita-cita yang terlalu besar,tak agak-agak.sebagaimana tak ada jalan pintas untuk kejayaan,juga tak ada jalan pintas untuk sembuh.kita perlu melalui proses yang sepatutnya,iaitu melalui hari-hari yang akan terasa macam babi sebegini.
     

Ahad, Jun 23, 2013

Suatu Hari Nanti..

mungkin suatu hari nanti adalah hari yang takkan tiba....

gua mahu menangis,menangis puas-puas.kenapa hati gua rasa sakit?kerana kehilangan atau kerana kecewa lagi,dan lagi,dan lagi?gua dah tak dapat bezakan.gua tak mahu putus asa,tapi sungguh,nampak macam mustahil.macam mustahil ada kesudahan yang bahagia.macam mustahil gua akan jumpa seseorang yang benar-benar menghargai gua,menerima gua baik dan buruk,bersama gua hingga ke akhirnya.

cukuplah untuk yang kali ni.rasanya gua dah letih.macam berteka-teki dengan langit.akan cerah berpanjangan kah,atau akan hujan di pertengahan.kadang-kadang seolah-olah inilah yang terakhir,yang akan berakhir di tempat tuju yang diharapkan tapi kadang-kadang ia kabur.yang mana satu?

sudahlah,cukuplah.gua tak nak dipermainkan oleh harapan lagi.dah banyak kali.gua minta,gua harap,ia berakhir di sini.biar gua sakit seorang diri dari dipermainkan harapan.gua bukan peminta sedekah yang perlukan ihsan orang untuk menerima gua seadanya,mencintai gua.mungkin gua bukan wanita paling baik,paling mulia,tapi gua masih ada harga diri untuk tak mengemis kasih-sayang orang.gua boleh hidup dengan diri sendiri.gua boleh sayang dan jaga diri gua sendiri.

gua mahu berharap,mahu bermimpi,tapi gua rasa gua dipersendakan oleh impian yang tak berpijak di bumi yang nyata.mungkin ini satu hukuman untuk gua.dan kalau ia hukuman,gua rela terima.biar gua lepaskan segala-galanya,untuk kali yang entah ke berapa.

gua mahu bersendiri.sesuatu yang cantik jangan dipecahkan.bila dah pecah,ia tak mungkin kembali seperti asal.dah musnah,dah rosak.gua dah tak berharap.gua dah tak mahu.gua hanya mahu bersama diri sendiri ketika ni.kalau gua tak layak,gua juga takkan menyembah mengharapkan penerimaan.

adakalanya gua tertanya-tanya,sebodoh mana seorang manusia tu untuk ulang kesilapan yang sama walau dah berkali-kali terkena.apa dah jadi dengan "sesuatu yang baik takkan berlaku di daerah hitam".gua bermimpi lagi.bermimpi mengharapkan padang jarak padang tekukur boleh bertukar menjadi taman indah.inilah balasan bila terlalu kuat berangan.angan-angan mat jenin.

it's over..even if it's not,i want it to be over.i rather be alone.i'm better off alone.kenapa mesti tipu berjanji sesuatu yang kita tak sanggup tunaikan?kalau tak mampu beri,jangan tawarkan.kalau tak mampu tahan,jangan diuji.it's a lie.sudah lah.tutup buku.

Selasa, April 30, 2013

Misteri Nusantara

kenapa gua asyik jumpa lelaki yang belum bersedia nak nikah?ingatkan dah 'ini kali lah'.haih..harapan.
                
                                         

Selasa, Mac 05, 2013

T

gua tak perlu ulang-ulang benda yang dah jelas.gua tak perlu sebut perasaan yang dah terungkap.tak ada misteri apa-apa.gua sedaya-upaya cuba menempatkan diri ke dalam hidup dia dan dia pula sedaya-upaya cuba menyingkirkan gua daripada hidup dia.ini sama saja macam kisah gua dengan insan yang sebelumnya.percintaan yang hanya hebat dengan mainan drama,mainan perasaan,tapi kecundang bila berdepan dengan kenyataan.ia memang macam tu.perjalanan yang penuh dengan cabaran tapi tak kira banyak manapun cabaran yang berjaya ditawan,kita tetap takkan sampai ke tempat tuju.ia cuma perangkap.gua dah pujuk hati gua,tak ada kesudahan indah yang menunggu.tak payah nak bermimpi,tak payah nak berharap,tak payah nak berangan.biar sedar diri.biar tahu diuntung.dan gua tak salahkan sesiapa pun.ia memang takdir gua.memang takdir gua.
                      

Isnin, Februari 25, 2013

A Shoulder to Cry On

....dalam mimpi....
                               

Rabu, Oktober 24, 2012

Bintang Siang

mungkin gua terlalu mendesak diri sendiri untuk rasa seronok dan teruja.terlalu memaksa-maksa.memang takkan seronok dan takkan teruja.macam mana nak seronok dan teruja,kalau terpaksa?haih.apa-apalah.lebih baik gua pergi tidur.
         

Ahad, Oktober 14, 2012

Jalan Mudah

sebenarnya lebih baik untuk gua jauhkan diri dari orang.it's too easy for me to annoy people.my mood swing,my harsh words,my brutal honesty.don't know what's gotten into me.i went from fire to ice,from flirty to cold,in just a second.entahlah.salah masa dan salah cara,tapi bukan salah sesiapa.tak apalah.mungkin lebih baik macam ni.tamatkan sebelum bermula.suits me better.
                       

Selasa, Oktober 09, 2012

Ponteng

just need a day off.
         

Esok Milik Esok

mungkin suatu hari nanti gua akan jumpa pasangan sebenar gua.mungkin gua akan nikah,akan berkeluarga.mungkin gua akan jadi macam manusia normal lain yang melalui peringkat-peringkat hidup secara fitrah.mungkin gua akan ada anak-anak,ada tanggungan,ada pelbagai komitmen.mungkin.tapi,mungkin juga tidak.

hakikatnya gua tak tahu apa yang akan berlaku.percaturan hidup,takdir,masa depan.kita semua tahu ketentuan waktu sentiasa punya cara tersendiri untuk mengucar-kacirkan perancangan yang kita buat.kita mungkin sediakan payung sebelum hujan,tapi akhirnya yang datang mungkin ribut taufan.kita masih basah-kuyup,masih tak mampu menghalang apa-apa.jadi mungkin gua tak begitu percaya pada pegangan 'sediakan payung sebelum hujan','bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian',pun,tetap tak bermakna gua anggap hidup ni senang-lenang.segala-galanya terpulang pada pemikiran peribadi masing-masing.

mungkin gua rasa lebih puas menikmati cuaca cerah dengan sepenuh-penuhnya sambil depakan tangan daripada habiskan separuhnya memikirkan hujan yang belum turun,membataskan tangan dengan memegang payung.mungkin juga gua mahu bersenang-senang di kesempatan yang ada daripada bersusah-susah untuk sesuatu yang kabur.mungkin matlamat hidup gua adalah ketika ini,bukan esok.mungkin gua mahu kecapi setiap detik yang ada kerana gua tak tahu bila gua akan mati.mungkin gua tak buru esok kerana gua tak pasti esok itu untuk siapa.mungkin bahagia itu adalah menghabiskan masa tanpa perancangan,tanpa kerisauan.mungkin dan sejuta mungkin.soalnya,siapa yang boleh tentukan mana yang paling tepat?sedangkan bumi ini bulat dan manusia itu rawak.macam baju,lain orang lain saiz.macam makanan kegemaran,minuman kegemaran,wayang,buku.soal selera,soal selesa.apa yang kita rasa elok untuk kita,belum tentu elok untuk orang lain.

sasaran gua mungkin berubah-ubah,tapi hidup kan memang sentiasa berubah-ubah.apa sangat yang tetap dalam dunia ni?semalam mungkin sasaran gua mahu kumpul duit untuk bina rumah-tangga,tapi hari ni kumpul duit untuk bina rumah-tangga langsung tak ada dalam senarai.bukan kerana menjadi lalang,tapi pengubahsuaian pemikiran mengikut keadaan semasa.gua tak anggap hidup ni mudah,cuma gua permudahkan hidup.ikut arus.tapi ikut arus itu juga berbeza tafsiran pada setiap orang.gua ikut arus dari segi matlamat,cita-cita.hadapi apa yang datang bila ia datang dengan cara yang sesuai sewaktu ia datang.

cerita antara gua dan dunia nyata yang semasa.hidup yang luas dan banyak cabang.ada pengagihan,ada pembahagian,ada timbang dan ada taranya.gua turut arus semasa dengan keterbukaan dalam menetapkan arah tuju hidup.perihal-perihal kebendaan yang bersifat zahir.duit,kewangan,kerjaya."di mana anda 5 tahun akan datang?"gila,siapa tahu?daripada gua habiskan 5 tahun sebelum sampai 5 tahun,lebih baik gua nikmati 5 tahun sebelum habis 5 tahun.lagipun,katakan gua tahu,siapa kata gua perlu beritahu orang lain?

perkara-perkara kebendaan,hanyalah perkara ringan yang gua rasa boleh diubah-suai mengikut keadaan yang berlangsung.justeru punya cita-cita,pada diri gua adalah naif.tapi itu diri gua.apa yang gua mahu semalam,belum tentu masih sesuai untuk gua mahukan esok.pokok-pangkalnya,siapa tahu?apa tujuan gua umumkan pada dunia tentang cita-cita kalau gua sendiri maklum gua takkan tahu apa gua mahu di masa depan.sebab manusia berubah,begitu juga kemahuan.

mungkin penerimaan gua tentang dunia seperti kebudak-budakan dan terlalu acuh tak acuh.kalau dianggap tak bersungguh-sungguh,itu sudah kebiasaan.memang kenyataan berapa kali sangat dalam hidup ni gua pernah nampak bersungguh-sungguh?hatta waktu menceritakan benda serius,meluah rasa,gua masih bercerita secara main-main sambil tergelak.tapi itu terserah.kalau sesiapa mahu melihat terbatas pada yang tergambar secara zahir,terpulang.anggap saja gua seorang yang suka main-main,tak serius.gua malas sebenarnya.kerja membetulkan andaian orang yang sememangnya salah hanya akan nampak macam menegakkan benang yang basah.jadi lebih mudah bersetuju saja.ikutlah.tafsir semahunya,sepandainya.gua apa saja yang lu mahu fikirkan.kita lihat apa yang kita mahu lihat,kan?

apapun,takdir manusia berbeza-beza.maka keutamaan manusia juga berbeza-beza.tanggungjawab yang tak sama.bebanan yang tak sama.bukan gua yang pikul beban di bahu orang lain dan bukan orang lain juga yang pikul beban di bahu gua.lain berat,lain kekuatan.melainkan kalau betul-betul kita boleh bertukar peribadi dan kehidupan dengan orang lain,baru kita akan betul-betul faham dalam ertikata faham yang sebenar-benarnya tentang orang lain.orang cakap rumput kat seberang selalunya memang nampak lebih hijau.kita tengok orang banyak tanggungjawab,banyak bebanan,kita fikir dia malang tapi hakikatnya mungkin saja dialah orang yang cukup bahagia kerana amat diperlukan orang lain.kita tengok orang hidup bebas,tak ada tanggungjawab,tak ada bebanan,kita fikir dia bertuah tapi hakikatnya mungkin saja dialah orang yang sedih kerana hakikatnya tak diperlukan sesiapa.dan juga sebaliknya.orang kaya-raya yang tak perlu bersusah-payah cari harta,mungkin bergelut dalam membuktikan diri.sungguh-sungguh,kalau kita sarung kasut orang lain dengan betul-betul menyarung pakai,mungkin kita dapat memahami sedikit lebih.hidup dipandang remeh,diperlekeh,dianggap tak tahu apa-apa,benarkah seindah itu?atau hidup penuh susah-payah,penuh kesempitan,tapi dihormati atas pencapaian sendiri,benarkah sepahit itu?kita tak tahu.takkan pernah tahu.

perlu ke gua hurai panjang-lebar sebenarnya tentang apa impian gua,apa pengharapan gua?soal harta,soal nikah-kahwin,dan apa-apa saja.bukan benda misteri pun.jawapan yang memang sedia ada kalau mahu difahami.tak susahpun.secara wajarnya,siapa yang gila sangat tak mahu bahagia?tak ada orang kot saja-saja nak kecewa dan bercita-cita untuk gagal tiapkali buat apa-apa.kalau gua bercinta dengan diri sendiri,gua pun belum rosak akal saja-saja nak patahkan hati sendiri.orang yang bercakap kadang-kadang macam lupa yang kita hanya boleh bagi keikhlasan pada seseorang tapi tak mampu kawal kalau orang tu mahu campak dan sia-siakan keikhlasan kita.sibuk bercakap pasal qadak dan qadar,pasal takdir penentu segalanya tapi bila mempersoalkan seseorang,tiba-tiba macam lupa apa yang berlaku pada dia adalah suratan dari Dia.soal jodoh,soal pasangan.kalau kita dapat apa yang kita dapat dengan mudah,baguslah,bersyukurlah.belum tentu semua orang bertuah macam tu.tak semestinya bila tuah tak memihak,bermakna kita tak mahu,tak berusaha,sengaja lari dari fitrah.

mungkin penat agaknya bila diaju soalan-soalan yang memang gua tak ada jawapan.lainlah kalau gua ada pen dan boleh karang perjalanan hidup gua sendiri.guna akallah.kalau gua ada jawapan,tak perlu sampai orang tanya gua dah bereskan semuanya.apa yang patut gua buat?berguling-guling atas tanah meraung-raung kesalkan nasib sendiri?atau paksa diri tangkap muat apa saja yang boleh dikaut demi memenuhi kehendak masyarakat atas dasar 'itulah fitrah keperluan manusia'?mungkin gua bukan manusia yang terbaik dengan formula terbaik untuk meniti kehidupan yang terbaik,tapi sekurang-kurangnya gua mencuba untuk menghadapi hidup dengan sebaik mungkin.pusing-pusing ceritanya tetap satu.gua tak tahu.tiada siapa yang tahu.esok adalah sesuatu yang kita takkan jumpa hari ini.

~sehingga esok.
                   

Isnin, September 17, 2012

-

mungkin apa yang gua fikir bukan seperti apa yang gua fikir.siapa gua,di mana kedudukan gua,apa peranan gua.gua cuba sedaya-upaya untuk lari jauh-jauh dari apa yang menyakitkan tapi entah kenapa gua tetap kembali ke tempat yang sama.keadaan yang sama,suasana yang sama,perasaan yang sama.gua ni apa?sejenis benda macam tunggul yang boleh dibiar dan ditinggal kemudian dicari semula mengikut kesesuaian perasaan dan jadual?gua diperlukan sewaktu semuanya baik dan bila tak,tak mendatangkan beza kalau gua ada atau tak ada?ianya tak apa untuk abaikan gua,buat gua macam tak wujud,tinggalkan gua tertunggu-tunggu tertanya-tanya macam orang bodoh?

tak apa.tak apalah.suatu hari nanti,mungkin masa untuk gua pula hilang dan pergi.tapi gua tahu,kalau gua hilang dan pergi pun,takkan ada sesiapa yang rugi apa-apa.gua cuma harap,gua jumpa rumah untuk gua singgah dan menetap selama-lamanya suatu hari nanti dan sehingga ianya berlaku,gua harap gua mampu hadapi kesakitannya.tapi,bila fikir semula,gua tak larat mahu harap apa-apa lagi.mungkin hati gua memang dicipta untuk disakiti.
            

Khamis, Disember 15, 2011

Tak Berbaloi

bila lu tanya,lu betul-betul mahu tahu kebenaran atau lu cuma mahu dengar apa yang lu mahu dengar?jangkakan itu,jangkakan ini.tapi mata dibutakan,telinga dipekakkan.putuskan hukum tanpa mengetahui letak duduk keadaan.bukannya mempeduli,jauh lagi merasai,sebaliknya hanya duduk dalam ruang keselesaan peribadi yang penuh dengan rasa kepentingan diri.mahu melihat apa yang mahu dilihat semata-mata.lu memang tak pernah peduli.harga yang lu pegang,cuma harga nilaian lu bila semuanya berpihak ke arah lu.harga yang tak berharga.hanya perlu satu titik hitam untuk rosakkan seluruh kertas putih.sangat murah.gua langsung tak rugi tak punya pemberian itu.bila bumi terbelah dan gua jatuh ke dasar lumpur berlumur kotor,pastinya bukan lu yang sanggup melihat wajah sebenar gua di sebalik kekotoran itu.percaya yang tidak pernah wujud.takkan hilang apa yang tak pernah ada.
              
                            

Khamis, November 17, 2011

Teruja Tak Jadi

ok..batal..back to mallow mode.just another boring night in stock i guess.cuba lagi di esok hari.
             

Khamis, November 10, 2011

Bebel Kosong

kalau boleh gua mahu gembira tapi jujurnya,gua rasa diri gua tak sesuai untuk gembira.mungkin itu konflik dalaman gua.menjadi seorang yang sangat positif dan sangat negatif dalam satu masa yang sama kadang-kadang merumitkan.kadang-kadang yang lebih memberat kepada selalu.entahlah.macam mana gua nak cakap?kegembiraan buat gua jadi lebih resah.ada sesuatu yang memprogram minda gua untuk membayangkan kewujudan mala-petaka di sebalik kebahagiaan yang datang.mungkin sebab ia selalu macam tu.susah untuk percaya yang hidup boleh saja jadi bahagia tanpa sebarang muslihat lain kalau memang terlalu dibiasakan oleh kecewa.gua sedar sebenarnya.mentaliti gua yang sentiasa membayangkan kesudahan buruk mendorong diri gua untuk memburukkan sendiri setiap kesudahan.duduk diam menunggu bencana datang terlalu memberi tekanan yang akhirnya buat kita cipta bencana sendiri.melukakan diri sendiri untuk mengelak dari terluka?bodoh betul teorinya tapi hakikatnya memang benar.kita lebih takut bahagia daripada kecewa yang menyebabkan kita sanggup kecewa lebih awal.

haih..dah lah.malas nak tulis lagi.
        

Tamatkan

dalam keadaan sekarang,gua tak larat nak bermain teka-teki dan menunggu.jadi gua putuskan untuk kekal saja dengan pilihan asal yang gua dah tetapkan dalam minda sebelum ni.segala cerita yang tergantung,terbengkalai,gua mahu semuanya tamat jadi gua sendiri yang akan tamatkan daripada menunggu semuanya berakhir sendiri.gua tak boleh terus berada dalam ketidakpastian.masa pun tak banyak.gua ada janji yang perlu ditepati.janji pada diri sendiri.tahun ini adalah tahun untuk gua selesaikan segala yang tak selesai untuk satu permulaan yang betul-betul kemas di 2012,kalau masih panjang umur.kisah yie,rizal,dah cukup menyesakkan untuk gua jadi gua tak bercadang untuk menambah satu lagi episod hubungan tergantung yang meleret-leret.gua cuba buat orang mengerti kedudukan gua tapi gua terpaksa akur ianya sukar.gua tak sanggup nak terima benda yang kabur dan kelabu lagi sebab dah banyak sangat yang ada dan gua tanggung selama ni.gua nak tamatkan semuanya.gua fikir,mahu akhiri dengan pertemuan sebagai selamat tinggal tapi sekarang ni gua dah tak kisah.gua tak boleh bersabar dan duduk diam,hanya menunggu dan menunggu.gua rimas,gua sesak,gua serabut.gua nak mula baru.pedulikan kalau hati gua koyak-rabak pun.bukan sekali dua gua pernah sakit.tak apa.sakit macam mana pun lama-lama nanti sembuh juga.masa adalah penawar segala-galanya.lepas ni,lepas berlalu semua-semua ni,gua cuma harap gua akan bertemu dia yang sebenar,milik gua sejati.tolonglah.cukuplah hubungan haru-biru yang tak boleh diberi gelaran tepat pun.i had enough.just go away and don't ever come back.please..just go away.leave me alone-forever.please....
              

Ahad, Oktober 16, 2011

'takut sakit baik pergi mati'

tak bosan ke tahan-tahan perasaan?kawal segala-galanya supaya sentiasa selamat.duduk dalam kepompong,dalam zon selesa.takut itu takut ini takut segala-galanya.takut pada benda yang belum berlaku.tak penat ke?hidup asyik mengelak kekecewaan,mengelak segala risiko segala bahaya.aduh..tak pernah terfikir ke?memang lah lu takkan kecewa teruk macam tu,sebab lu pun tak menikmati bahagia sepenuhnya.tak faham betul gua.gua pun bukan tak pernah kecewa,tak pernah putus cinta.kekasih yang gua cinta daripada umur 13,membesar bersama dewasa bersama siap gua menabung dalam tin biskut simpanan untuk kahwin,akhirnya bodoh-bodoh je kahwin dengan orang lain.haha..serius lah.hati lu orang,dibuat daripada apa?sekali kena patah,patah terus sampai bila-bila.come on lah.kalau tak nak kecewa,baik lu pergi mati.kehidupan ni bukan untuk manusia yang takut kecewa,takut sakit.dah dah dah.menambahkan bosan gua je.pergi tidur lagi baik.
          

Isnin, Oktober 10, 2011

Boiling Point

kebosanan boleh membakar kesabaran kadang-kadang.ataupun selalunya.
      

Ahad, Oktober 09, 2011

Penat

gua sebenarnya sedaya-upaya cuba jadi sopan dan mesra alam tapi betul lah penat nak jawab soalan-soalan "tak keluar dengan kawan-kawan ke?","kerja mana?","kerja apa?","kenapa belum kahwin lagi?".haih..tak kuasa betul.tidur lagi baik.
                                      

Ahad, Jun 26, 2011

Hantu

entah kenapa gua rasa dunia macam sesak semacam sejak kebelakangan ni.terasa macam gua tak cukup ruang,tak cukup udara.mungkin gua patut balik rumah cuma masalahnya gua tak tahu mana rumah gua.rumah itu bukan bangunan,bukan sekadar ruang untuk tinggal tapi rumah adalah tempat untuk pulang.ya,pulang.tempat yang bila kita jejak kaki dalam tu kita rasa kita dah pulang,dah sampai.bukannya seperti sedang dalam transit dalam perjalanan dalam persinggahan dalam proses perlu ke destinasi lain yang malangnya,tak sampai-sampai.dibelenggu perasaan seperti tak siap,tak sudah,tak habis,tak sampai,tak cukup,tak selesai,tak beres.melangkah dengan perasaan yang bagaikan terawang-awangan,melayang,hanyut,hilang.macam,roh sesat.roh yang sesat mencari tubuh yang dah hilang.

hantu.

//and great!nosebleed,again.