Memaparkan catatan dengan label Layan Fantasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Layan Fantasi. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 25, 2014

"Just like Animals"

wap panas yang membara dalam badan buat gua jadi tak keruan.sialan!arghh!setan merah yang berpesta di dalam.you just can't deny the beast inside,huh?damn!

                           

Rabu, Oktober 16, 2013

Rona

berpijak di bumi yang nyata,huh?tapi mana bumi,mana nyata?kalau saja gua tahu rahsia hidup dan takdir.tak usah lari dari laluan yang telah dijanjikan....tapi gua cuma insan.tak berdaya mengukur tinggi langit tanpa cuba menggapai.dan kalau langit itu terlalu tinggi untuk gua capai walaupun telah gua cuba sehabis daya,tentu saja ada sakitnya.atau,untuk hari ni,perkataan yang lebih tepat mungkin adalah pilu.macam ada sesuatu yang halus menusuk jauh ke dalam,tembus jantung.macam tembakan laser.

melayan blues hati,malam ni.sebenarnya apa yang gua rasa ketika ini bukanlah sedih sepenuhnya tapi ia campuran antara sayu dengan sunyi.gua rasa macam sedang melewati masa silam.entah macam mana,gua tercampak ke dunia lalu.ada nada halus yang berbunyi.bunyi bisu.ya,nada halus yang membunyikan bisu.nada tu buat gua jadi sunyi.bukan sunyi kerana apa,cuma sunyi kerana waktu ni tak ada sesiapa yang mampu mendengar nada bisu itu bersama.gua jadi rindu.rindu untuk memiliki insan yang mampu mendengar nada yang gua dengar dan mampu melihat apa yang mata gua lihat,yang secara zahirnya tidak kedengaran dan tidak terlihat.

mungkin ia benda yang agak menempelak perasaan,garis antara hakikat dengan khayalan.kadang-kadang,dunia hakikat lebih banyak menyimpan khayalan dan dunia khayalan pula menyimpan lebih banyak hakikat.kisah nyata yang tersembunyi di dalam cerita rekaan.halimunan itu wajah kita yang paling jelas.tapi siapa yang mampu melihat sesuatu yang halimunan?hmm....

hanyut dalam hening malam.nada bisu yang berulang-ulang berlagu.di mana ya gua ketika ini?alam yang gelap,suram.jadi syahdu.dalam tak sedar seolah-olah gua sedang mengkitar-semula segala rasa yang pernah gua rasa.mungkin dah lama gua tak menikmati apa-apa yang betul-betul mendalam.apa yang mampu bawa gua tenggelam sampai ke dasar,menembusi dasar.mungkin dalam perjalanan sampai ke sini,gua ada gadai jiwa gua di mana-mana demi untuk meneruskan hidup.hilang bersamanya kenaifan dan ketulusan,atas nama kedewasaan.tapi,dewasakah?bolehkah kita mati,benar-benar mati,dan kemudian lahir semula untuk hidup seperti bayi yang suci-murni?

gua merayau sendiri bawa diri ke alam gelap gua.mungkin ada sedikit rasa rajuk.gua tahu berdosa merajuk pada hidup tapi ia sekadar rajuk-rajuk manja.rajuk yang setaraf rajuk budak-budak tak dapat gula-gula.berebut di celah-celah manusia ramai tapi seperti tak kelihatan.sebab suara gua dah serak cuba memanggil dan kaki gua serta badan gua dah lenguh-lenguh berhimpit mencelah.gua dah buntu perlu buat apa lagi.jadinya perlahan-lahan gua berhenti memanggil,berhenti mencelah,dan berundur ke belakang.jauh hati.hakikatnya gua tahu ketiadaan gua tidak akan memberi kesan yang besar,malah mungkin tiada kesan langsung.tapi gua berharap itu tak benar.melangkah sambil dalam hati menunggu kalau-kalau ada yang panggil balik.

mahu kata apa lagi?berjalan membelah malam sambil ditemani bayangan hidup silam.apa khabar dia?apa khabar mereka?apa khabar semua?tapi,siapa pula yang bertanya khabar gua?melayan blues hati..melankolia........
 

Ahad, Mac 10, 2013

Cat and Mouse

main kejar-kejar?catch me if you can..or should i say,run from me if you can?
                                    

Selasa, Mac 05, 2013

Infiniti

mahu cerita tentang berhenti di lampu merah,kita dah lama langgar lampu merah.soalnya kita berada di sebuah perjalanan,tanpa arah tuju.
                                                                                                 

Sabtu, Februari 16, 2013

Peterpan Dan Wendy

peterpan tak mungkin akan dewasa,sebab peterpan tak mahu dewasa.peterpan ada pilihan,dan pilihan peterpan adalah untuk kekal di alam khayalan-selamanya.hmm,ok.mungkin bukan untuk selama-lamanya,mungkin suatu hari nanti peterpan akan mahu dewasa,tapi yang pastinya ia bukan bersama-sama wendy.

the end.

    

Khamis, Februari 14, 2013

0

bermula dengan tiba-tiba dan berakhir dengan tiba-tiba..itu kita.hanya sebuah kisah yang berpaksikan khayalan dan sekadar mati dengan khayalan.sayangnya....
               

Jumaat, Januari 25, 2013

Siapa....

khalifah niz?
                         

Ahad, Disember 16, 2012

Angan

gua ada sebuah fantasi yang sangat kebudak-budakan dan gua mencuba untuk penuhi fantasi tersebut.
             

Isnin, Disember 03, 2012

Khayalan

gua mahu tulis sesuatu.sesuatu yang sangat kebudak-budakan dan poyo.sepanjang perjalanan balik,gua bermonolog dalam kepala mengarang ayat membebel menceceh segala-gala yang gua mahu muntahkan dalam blog tapi macam biasa,sebaik  saja gua sampai rumah dan duduk kat depan komputer,rasa nak menulis tu pun hilang.haih....
                  

Isnin, Disember 12, 2011

Mengharapkan Bukan

di sini di sana di sinun di mana-mana.gua ada di mana-mana.tapi di mana sebenarnya?

haih..

mungkin benar gua cuma khayalan yang duduk di setiap khayalan pengkhayal.

yang berbeza-beza.

bukan sebuah jiwa pada satu paksi-sebenar-benar.
         

Khayal

gua selalu berlegar di alam khayal.

selalu.
                                

Rabu, Disember 07, 2011

Puteri Istana Rimba

....tanpa istana rimbanya.melata sendiri,meninggalkan istana usang berhantu.hanya keseorangan tanpa tangan penyelamat yang menyambut,namun dunia luar menanti dengan berjuta kemungkinan.itu,yang lebih bermakna.mencari kembali jiwa dan hidup semula,menjadi manusia.setelah sekian lama mengghaib,menjadi bayang-bayang kepada diri.ke arah kelahiran semula..moga-moga..
     

Isnin, November 14, 2011

Rapunzel

diam di puncak istana di tengah-tengah rimba,memerhati dari birai jendela..tanpa sentuhan,tanpa bicara,tanpa ucap sapa.hanya sepi dan bisu.


Selasa, Jun 21, 2011

Makhluk Bersayap Hitam, Sebuah Cereka

~sketsa tasik ungu~
 
hening........
.
.
.
.

aku bukakan mata melihat keliling
ruang yang lengang sepi
....tertinggal kosong....
mengamati
tompok-tompok darah
cebisan pelepah hitam
sebilah belati bercalit merah
terdampar di tanah

....menarik nafas....
....aku merangkak lemah....
menghampiri tompok merah
....kian menghitam
aku sentuhi titik-titik kering itu
menarikan jemari
..merasai bekas-bekas darah
bekas darahmu
serentak berulang
detik kau berlalu pergi
terbang bersama sayap yang patah
dan aku belai kesan merah hitam itu
merasakan syahdu
seperti pisau merobek di hati

aku tunduk
berteleku
perlahan-lahan menggapai
menggenggam belati
lalu aku dakap rapat ke dada
seperti masih panas
darahmu yang terpalit
pada malam di saat aku torehkan namaku
mencacah lenganmu....
....aku teguk pilu....
menghadam suasana
menelannya dalam-dalam
kelibatmu telah tiada

terbenam segala bicara
kata-kata
suara
bersama kebisuan yang mencengkam
aku mengutip cebis-cebis
mengumpul pelepah hitam yang berguguran
menyusunnya di ribaan
menghirup rohmu dari helaian sayap yang jatuh
dan seketika
persis kau hadir semula
memenuhi rongga
menyenggama jiwa

.
.
.
.

aku kucup nyawa-nyawa luka
hatimu yang hancur dikisar hidup
aku rentap hatiku dan aku gantikan hatimu
rangkul erat
membelai wajah yang samar
di sebalik topeng....
....aku bisikkan
di dalam sepi
....dengarkan, sayang
aku tetap kasih
walau wajah di sebalik topeng itu
sekeruh lumpur
biar aku cucikan
biar tangan calar dan balar
diceracak topeng kerasmu yang kejap
....ini hanya aku
yang mengasihi jiwamu luhur
biar aku bersihkan
parut noda itu

.
.
.
.

terduduk........
rebah.....
merenung ke dalam tasik ungu yang indah
...dan bayang-bayang yang terbias
hanya bayangku seorang

aku hulurkan sepasang tangan yang ghaib
memeluk erat dirimu dari udara
....di kejauhan ini
memejam mata....
hanya mampu berbisik ke dalam hati
....aku rindu....
titipkan doa ke langit dunia ini yang semakin kelam
berbahagialah, sayang
sesudah kau langkaui alam khayal ini
di sebalik kabus sana
menjelma sebagai matahari yang cerah bersinar
takkan padam lagi....

di sini
penjaga halimunanmu ini....
....menggenggam kemas belati....
mengelar nadi....
dan melangkah masuk ke dalam tasik ungu
lalu tenggelam
terus tenggelam
........bersemadi, mati

(21/06/11 12:20 am)

Isnin, Jun 20, 2011

Mabuk

percubaan untuk menidurkan diri,gagal.terbang-terbang sendiri di wilayah khayal dan kutip fantasi buat selimut malam di ranjang.memujuk rayu lena yang teramat degil dan keras hati.merajuk dengan gua?datanglah,pulanglah..wahai lena,mari ke mari,ke sini membaluti tubuh gua yang menanti..malam-malam otak dah karut,kepala ting tong.pemikiran menjadi biru dan merah.lalalala....kanak-kanak jangan baca ini,ok?nanti tercemar pemikiran.sudah,sudah.sebab gua malas nak menulis sampah-sarap baru,jadi gua copy paste kan saja sampah-sarap yang lama..terus jalan-jalan,terbang-terbang di wilayah khayal....


dari celah kegelapan
aku hadir
menarik guruh di langit
memanggil halilintar
bumi basah bertangis hujan

aku datang dari udara
dalam pelukan kurung hitam
mengirai rambut yang mengurai
syahdu menyelubung tubuh

di balik tabir kepiluan seribu
bisikkan namaku itu
bersaksi rantaian petir
dan cahaya lilin yang menari
seru aku
dan aku menjelma
meniti bayu


sambut kehadiran ini

mentera yang kau ratap

kepulanganku menyusur malam

sesudah seribu tahun

menjejak banglo usang


kau
yang membuka pusara lara
kau

yang memanggilku

dari persemadian

dan kini aku di sini

melayang menghampirimu


datang padaku, kekasih

melunas rindu ini

jalarkan jari-jemari itu

rasakan kedinginan di diriku

dan kedingian ini akan menusuk ke liangmu

menyebar hangat dambaanku

aku yang dahaga

menuntut jiwa


datang padaku, kekasih!

nafas yang berhembus di lehermu

dan berlari ke dada

berlari ke wajah

mengembaralah di tubuhku

dan bibir ini gemersik

merintih berahi


seru namaku, kekasih!

persembahkan untukku!

telanjangkan jiwamu

bongkar fantasi hitammu

persembahkan ia untukku

irama keras

biar malam terbelah

kencang!


di bawah purnama

benam cakarku

tertanam di kulitmu

mengalir darah

hangat dan merah

keindahan semulajadi

yang membasahi lidahku


lunaskan dahagaku, kekasih!

kucupan berdarah

gemalai bibir

menanam taring

meminum kemanisan yang merah

pejam matamu sayang

nikmati keasyikan ini


mengembaralah di tubuhku, kekasih

pergi ke bawah sana

hirup cintaku

tubuh yang melayang

membuka laluan

hirup sepuasnya

biar detik ini menjadi khayal


mengeranglah, kekasih!

jeritkan serakah itu

bersama darah dan luka

aku yang mencakar dan merobek kulitmu

panas dan dingin

menghidupkan kebencian di dalammu

menyemarakkan api amarahmu


puja aku!

maki aku!

cintakan aku....

dengan penuh kebencian

dan petir menyambar

aku turun ke bawah

untuk meluah kasih


buktikan cintamu, kekasih

apa yang ku mahu....

bila bibir ini menyapa kekejanganmu

sekali lagi taring terbenam

....aku mahukan jiwa....

mengoyak dan meratah

menghisap rakus

dan malam bermandi darah....


saat tubuh dinginku kembali hangat

tubuhmu beku

terkujur kaku

bangunlah, sayang

bangkit dari kematianmu

aku tersenyum menanti

malam ini kita bersatu

abadi selamanya....

(-zon gelap-20/02/08 2:08 pm)
 

Rabu, Jun 01, 2011

Malam Ini Masih Milik Kita

bawa aku hilang dalam pelukanmu
hilang dari dunia
hilang dari duka


kita belayar ke lembah jiwa
hanya ada kita
ghairah dan bergelora

(01/06/11 8:24 pm)


Let's Keep On Dancing, Baby



Bailamos

Esta Noche Bailamos
De Noite - da mi vida
Quedate conmigo

Tonight we dance
I leave my life in your hands
We take the floor
Nothing is forbidden anymore

Don't let the world in outside
Don't let a moment go by
Nothing can stop us tonight

Bailamos - let the rhythm take you over Bailamos
Te quiero amor mio - Bailamos
Wanna live this night forever - bailamos
Te quiero amor mio - Te quiero

Tonight I'm yours
We can make it happen I'm so sure
I won't let it go
There is something I think you should know

I won't be leaving your side
We're going to dance through the night
I want to reach for the stars.

Bailamos - let the rhythm take you over Bailamos
Te quiero amor mio - Bailamos
Wanna live this night forever - Bailamos
Te quiero amor mio - Te quiero

Tonight we dance
Like no tomorrow
If you will stay with me
Te quiero mi amor

Quidate conmigo
esta noche - bailamos

Bailamos - let the rhythm take you over Bailamos
Te quiero amor mio - Bailamos
Wanna live this night forever - Bailamos
Te quiero amor mio Bailamos
Como te quiero
Como te quiero
Como te quiero

Selasa, Mei 31, 2011

Berdansa Dalam Hujan

Jangan tanyakan aku, sayang
tentang cerita hari esok
malam ini kita berdansa
hujan jadi irama

Teruskan saja memeluk aku, sayang
malam ini kita bersama
melukis fantasia

Kucup bibir manisku, kasih
bawa aku melayang
hilang dalam khayalan

Biar saja hujan turun
biar saja detik berlalu
biar saja bintang cemburu
kita tetap akan terus berdansa
berdecak dan basah

.
.
.
.
.
.
.
.

Tak perlu tanyakan tentang esok, sayang
malam ini, ku kepunyaanmu
dan kamu, kepunyaanku

(31/05/11 8:26 pm)

Isnin, Mei 30, 2011

Red Blooded Woman



Count backwards, 5 4 3 2 1, before you get too heated and turned on, (This guy),
You should have learned your lessons all them times before, you've been bruised youve been broken,
Then there's my mind sayin think before you go, through that door it could lead you nowhere, (This guy)
Has got you all romantic, crazy in your head,
do you think i'd listen, no i dont care,
Cause I can't focus I can't stop,
You got me spinning round,
round, round, round (Like a record),
I can't focus it's too hot (Inside),
You'll never get to Heaven if you're scared of getting high,

Boy, boy, Let me keep freakin around,
I wanna get down,
I'm a red blooded woman, 
what's the point in hanging round,
Don't wanna keep turning it down, When this girl wants to rock with you.(x2)

My conscience saying, get down off this dream, it's too dangerous and deadly, (This guy)
Has got you talking round in circles can't you see
all for the sake of sexy (You're loving it),
Then there's my sense
saying stop before you fall, I don't wanna pick you up again, (This guy)
Has got you all romantic, crazier each day, Do you think I'd listen, There's no way.
Cause I can't focus I can't stop,
You got me spinning round,
round, round, round (Like a record),
I can't focus it's too hot (Inside),
You'll never get to Heaven if you're scared of getting high,

Let me keep freakin around,
Red blooded woman,
Its too hot inside,
You'll never get to Heaven if your scared of gettin high!

  
*malam ini....ku kepunyaanmu...

selamat malam.

Getar

yang sampai ke dalam.menusuk.biar bergolak dan meledak.buat jiwa panas membara,memuncak.ransangan yang memanggil,menyeru,memukau..

tapi sebenarnya,gua pun tak tahu apa sebab gua nak bangkitkan rasa tu.

bengong!