baru balik dari kampung.cuti khamis jumaat atas urusan keluarga.bahagi tanah-tanah harta pusaka benda alah.pejam-celik,gua dah masuk ke era 'perantau' yang bina kehidupan di luar dan hanya balik sekali-sekala ke kampung.sedar tak sedar,gua dah jadi sebahagian dari manusia-manusia tuh,tak kisah samaada sengaja atau tak..rumah gua dah tak layak dipanggil rumah untuk gua sebaliknya hanya kampung semata-mata..memang lari dari apa yang gua rancangkan sebab niat gua untuk balik bina life di tempat asal lepas habis belajar tapi takdirnya mak gua meninggal dan gua hilang motif nak stay di kampung.
rasa syahdu bila balik ke rumah asal.sekali-sekala,datang sedih bila tengok baju-baju mak gua dalam almari yang masih seperti sediakala.sepintas teringat peristiwa mak gua tiba-tiba sakit hanya lepas siangnya macam biasa sambut raya pertama.itu la kan,kita tak pernah tahu bila sesuatu perkara nak berlaku.kadang-kadang rasa macam dah faham segala selok-belok mainan realiti dan takdir tapi rupa-rupanya realiti dan takdir masih mampu nak bagi kejutan pada kita.tapi,apa pon,gua cepat-cepat hapuskan perasaan yang datang.dulu bila ayah gua meninggal gua masih layan perasaan,boleh imbas memori kenangkan apa yang berlaku tapi apa yang jadi pada mak gua,gua tolak untuk imbas pape.mungkin kejam bila cuba melupakan sesuatu,tapi memang sengaja gua nak lupakan.gua tak layan memori,tak nak kenang-kenangkan apa yang berlaku.gua tak terlalu terkesan dengan pemergian mak gua sebab,gua sengaja tak benarkan kesannya.
mungkin gua dah tua..dah tau bila untuk tolak ketepi emosi dan bila untuk matikan perasaan.tapi mungkin bukan soal usia dan masa.dari dulu pun gua memang macam ni.cuma tahap beku semakin tinggi.dalam sesaat gua boleh berubah daripada sesebak-sebak dada kepada kosong tak rasa apa.tapi,bukan semua rasa gua boleh tidakkan.sesetengahnya gua berhempas-pulas lawan supaya tak dikalahkan perasaan.sikit-sebanyak gua sedar gua masih tahan-tahan perasaan gua tak bagi keluar habis.by keluar maksud gua ke dalam hati,bukan ke luar pada zahir.dalam hati gua ada lagi lapisan-lapisan lain dan gua pendap sesetengah perkara mampat ke dasar sedalam-dalamnya.sekali-sekala,ada insiden atau keadaan tertentu yang merangsang keluar apa yang gua halang dari timbul.kembali ke tempat gua membesar,tempat bermain,tempat jatuh,tempat meningkat remaja,tempat gua bertatih mencari diri dan mengenal hidup..entah la..sekeras-keras dan setebal-tebal penutup yang gua letak untuk timbus perasaan masih boleh berganjak.pergelutan dalam diri emosi yang meronta mahu keluar.mengerikan..gua rasa sikit je kesan dia,mungkin dalam 10% dan itu dah cukup meresahkan jiwa gua..kalau 100%,entah la..tak mampu bayangkan dan gua memang tak sanggup untuk tahu macammana..
gua bukan jenis perahsia.gua bercakap terbuka hampir tentang segala-galanya sebab pada dasarnya gua seorang yang direct dan sentiasa luahkan pendapat tanpa dimintak-mintak..to the point of,terlalu berterus-terang kadang-kadang(selalu).tapi agaknya,pendapat dan perasaan bukan perkara yang sama.bila gua tutup,gua tutup habis.gua tak tau tentang orang lain.tapi bagi gua,ada sesetengah perkara pada diri kita tak mampu dikongsi dengan sesiapa walau seseorang yang paling rapat yang tahu segala-galanya tentang kita dari a-z.apa yang gua rasa,gua tak boleh luah keluar.separuh sedar,gua bermimpi.dalam mimpi gua resah cari sesuatu dan keresahan tu bersambung ke dalam jaga.bukan semua perkara boleh dicerita dan orang akan faham.maaf,bukan niat nak perlekeh pendirian kebanyakan manusia tentang 'luah perasaan,berkongsi masalah' cuma bagi gua,gua tak pernah rasa lebih lega bila gua buka diri gua pada orang lain malah gua rasa menyesal dan sangat-sangat tak selesa.dan rasanya kalau untuk faham,tak perlu butir maklumat satu-persatu tapi cukup kalau bercakap secara general dan hanya hayati situasi.
resah bila mencari sesuatu yang tak dapat dijejaki.resah bila tak tahu ke mana nak dituju dan dirujuk.resah tertanya-tanya tak ada punca.resah..

3 ulasan:
baca post ko,
teringat macam2 kat kepala hotak aku pasal macam2 dalam hidup aku sendiri huhu.
bila kita kehilangan orang yang tersayang...urghhh....wa pon speachless pasal ni..even wa ade kedua orang tua lagi...wa takmau dorang pegi...kalau boleh..wa nak pegi sebelum dorang..sigh~
lu tak perlu keseorangan dlm meniti hari2 yg mendatang... lu ada rakan2 yg terus menyokong.
Catat Ulasan