lagi sekali,cisnyer gua dah terbabas lagi bila gua konon-konon nak tido paling lewat pon pukul 12..gua tak tahu la..masa gua nak buat sesuatu,takde apa yang akan jadi lebih penting daripada apa yang gua nak buat..gua boleh merancang macam-macam perancangan untuk tempoh yang lama,tapi gua boleh ubah bila-bila masa sesuka hati gua bila gua suka..hanya spontan,sekelip mata..sebenarnya untuk manusia macam gua,takde maknanya gua nak menjadualkan apa-apa tentang perjalanan harian sebab gua takkan ikut tapi mungkin fitrah manusia suka buat perkara yang kita dah tahu tak menjadi dengan harapan kali ni ia akan menjadi walaupun kita dah tahu,tak..boleh dikatakan macam menipu diri sendiri..tapi dari sudut yang lain bila difikirkan,memang hidup ni tentang menipu diri sendiri..kita cuba percaya sesuatu dalam rasa tidak percaya sebab itu je yang buat kita terus nak ke depan..bukan sebab mahu tapi terpaksa..percaya esok akan berbeza walaupon tak sebab hanya itu yang boleh pujuk diri untuk kita sambut esok..u see..kita takde pilihan sebenarnya..jalan untuk keluar daripada hari ni hanya esok..sesuatu yang boleh jadi berbeza daripada sekarang hanya akan datang..dan satu-satunya cara untuk mengatasi kegagalan adalah dengan buat lagi dan lagi sampai berjaya..dan sesungguh-sungguhnya,gua tak tahu kenapa instead of tido,gua pergi tulis benda alah ni semua..haih..memang susah bila badan dan otak tak bergerak seiring..
365
-
....
....antara khayal dan sedar
sekian kali
tiga ratus enam puluh lima
satu kembali
(03/01/2018 11:12 pm)
8 tahun yang lalu

3 ulasan:
gua pun slalu mcm nih. kdg2 gua ingat mau tido lambat tp awl giler gua da terbabas ke alam mimpi. ape yg dirancang slalu x menjadik.
*silent reader yg da x silent da! he :D
tak tidur or susah tidur?
kurangkan sikit nes O tu beb, gua dah kena sound dgn my doc a few days back, to cut my caffeine dosage..
cikgu weween-kita hanya merancang,takdir yang menentukan.hehe..
en.edie-gua tak minum neskefe o bila gua plan nak tidur awal.itu tak tidur awal tanpa sebarang kesan daripada kefin..gua nih jenis yang bila time nak tidur jer rasa ada banyak benda nak buat pastuh tangguh-tangguh tidur sibuk buat benda lain sampai tahu-tahu dah lewat.
Catat Ulasan