Dah berapa lama sejak kali terakhir gua menulis dari jiwa? Ah. Untuk sekian lama, gua dapat dengar kembali rayuan itu. Sayup di udara, memanggil naluri gua. Lantas, seperti pengembara yang telah hilang rasa di tengah ketandusan, tiba-tiba ia menjelma semula dan gua kembali dapat merasai segala-galanya. Merasakan sayu itu, sayu yang melata di kejauhan. Dan hati gua basah. Basah dengan emosi.
Gelap. Ia gelap di luar sana. Gua pengembara yang mengembara di dalam kembara sendiri. Seperti dihembus bayu dingin yang menusuk hingga ke tulang. Gua peluk kesejukan hingga ia membalut seluruh jasad dan semangat gua. Seketika mata terpejam dalam keasyikan menghayati sentuhan silam. Dah lama. Terlalu lama. Gua tak mampu melihat mereka. Melhat semangat waktu lampau, menghayati kehadirannya. Terduduk. Dongak membuka mata, menyaksikan segalanya yang kembali sekali lagi. Gua terpukau. Syahdu.
Gelap. Ia gelap di luar sana. Gua pengembara yang mengembara di dalam kembara sendiri. Seperti dihembus bayu dingin yang menusuk hingga ke tulang. Gua peluk kesejukan hingga ia membalut seluruh jasad dan semangat gua. Seketika mata terpejam dalam keasyikan menghayati sentuhan silam. Dah lama. Terlalu lama. Gua tak mampu melihat mereka. Melhat semangat waktu lampau, menghayati kehadirannya. Terduduk. Dongak membuka mata, menyaksikan segalanya yang kembali sekali lagi. Gua terpukau. Syahdu.
Hulur tangan mahu menggapai. Rasa sangat jauh. Gua bersendirian di tengah kekosongan. Sendiri bersama suara angin yang menderu. Gua tahu di sekeliling gua tak wujud apa-apa namun gua dapat dengar bunyi ombak itu. Sayup, dalam. Dan ada irama kenaifan bersamanya. Gua tarik nafas. Menyedut udara remaja dari pantai. Udara luhur. Udara kehidupan. Melangkah perlahan-perlahan ke dalam hangat laut. Kuat bayu yang berhembus melayangkan jiwa menjejak kenangan. Beralun bersama gelombang laut. Mengalir mengikut rentak ombak. Gua di tengah samudera, merenangi ingatan yang bertaburan ditelan air biru.
Gua pandang langit malam ketika melepaskan diri di tengah laut. Bulan dan bintang yang menjelma dari kegelapan lalu masuk ke dalam diri gua menggenggam hati gua. Sangat kuat, hingga menyentap rasa gua. Menarik gua melilau sasau mengintai cerita yang terpahat di sepanjang sejarah. Seribu kisah dalam sesaat. Seperti sesak nafas. Mengah dan keliru mengikuti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu padat. Ada hujan dalam awan hitam. Tapi hujan itu mencurah di jiwa gua. Kuyup. Hulur tangan mahu menggapai. Menggapai udara yang menyimpan sejuta jarak antara gua dan langit.
Berat. Dalam hati gua terasa amat berat. Jauhnya langit! Jauhnya bulan dan bintang! Gua terapung di laut, teroleng digodek gelora. Betapa jauhnya perjalanan menuju ke detik ini. Sekali lagi, lagi sekali dengan sehabis kudrat yang ada gua tarik nafas ini mahu menghirup kembali udara remaja itu. Udara mulus gua. Udara suci gua. Di saat dunia masih putih, dan air masih jernih. Dan rasa di awangan yang begitu indah, murni. Gua bisik dalam kebisuan. Dalam kesakitan. Kerana zarah-zarah bergerak mengusir hakikat. Kerana waktu tak mampu untuk dihentikan menjadi abadi, dan sejarah tak dapat dihalang dari terbentuk. Betapa debu-debu datang dengan masa mengotorkan permukaan. Sedarkah gua? Entah sejak bila apa yang berada di genggaman itu menghilang sedangkan gua hanya mengingati menggenggam dengan erat. Ia menyusup pergi dari celah jari jemari perlahan-lahan tanpa gua sedari. Ia pergi dan terus pergi. Pergi jauh hingga akhirnya hilang.
Takkan sampai ke mana. Jiwa gua hanya hanyut mencari jalan pulang yang dah tak punya pangkal. Hidup ini, takdir dan hakikat yang tertulis pada nyawa. Terlalu misteri. Terlalu tak tertafsir. Bagaimana? Ketika dari hari menuju ke hari, seperti berlangsung seribu tahun di antaranya. Gua terkedu. Betul terkedu. Sekian kalinya memeluk erat kenangan hingga hujan makin lebat di hati. Pada detik di mana gua rasa begitu takut dan gelisah bila gua tak dapat lagi mengaitkan semalam dengan hari ini, dan di sekeliling hanya tinggal kewarasan yang hambar. Sesungguh dan sebenar-benarnya, hanya itu. Mati. Khayalan mati. Laut dan pantai lenyap. Langit menggelap. Buka mata pada kenyataan. Dan hujan di hati berhenti begitu saja. Kembali kering dan kemarau.

5 ulasan:
tulisan melayu ko bagus eh..
aku tahu la ko tulis bahasa pasar, tapi aku tengok...very smooth walau panjang cam novel tapi tetap nak baca jugak
dah tu takde campur word omputeh...
Luahan perasaan yg sgt besh!
en.deaf-tengkiu..im flattered..:)
cikgu weween-tengkiu juga..:)
jgn terlalu bergantung, berpaut pada kenangan, ianya pasti reput dimamah usia, nanti ia roboh dan lu akan jatuh bersama memori lepas... dan sakitnya lebih bisa dari kena gigit musang pandan yg selalu curi2 makan buah rambutan rumah bos gua...
musang jahat!!
:)
en.edie-tiba-tiba rasa nak makan rambutan.
Catat Ulasan