Rabu, November 19, 2008

Rahsia Alam

hmm..gua berlegar-legar bermain-main dalam minda gua cuba nak taip keluar apa yang gua fikirkan.camane keadaan gua hari ni?keadaan normal,mengikut normal kehidupan gua..semua berjalan macam biasa tapi dalam pada tuh sejak semlam gua terasa macam ada sesuatu..susah nak jelaskan tanpa buat diri gua kedengaran sewel dan merapu tapi gua terasa sedikit terganggu.rasa ada benda tak kena,tak langsai..gua dihantui..bila gua fikir,gua tak dapat cari secara precisely what it is.

gua tahu,memang kadang-kadang gua terlalu pergi ke dalam dengan fikiran gua.terlalu layan dan hayati.bukan nak membela diri sebab gua sedar kadang-kadang terlalu banyak berfikir boleh jadi satu keburukan jugak tapi gua cuma percaya ada banyak yang minda kita cuba nak bagitau kita dari masa ke semasa..bukan minda yang hanya merujuk pada logik,rasional,gua bercakap pasal otak yang melibatkan jiwa,perasaan,naluri..mungkin dah bercampur dengan kuasa ghaib,mistik..gua patut buat kajian kot?mesti ada penjelasan logik tentang perkara nih..well,gua bercakap pasal hubungan jiwa.not to say gua ada kuasa psikik atau benda-benda luar biasa gitu tapi gua memang percaya hubungan jiwa tuh wujud.macam,kita boleh hadir pada seseorang melalui jiwa atau dia boleh hadir pada kita melalui jiwa..

cakap macam nih gua tahu mesti ramai yang anggap gua tahyul kuat berkhayal berimaginasi etc..bila gua cakap pasal astrologi jer pon ramai yang anggap semua tuh karut-marut..gua tak nafi gua kurang senang dianggap macam tuh sebab hanya orang bodoh yang percaya pada benda tahyul tak masuk akal tanpa ada dasar yang kukuh dan mereka-mereka yang cetek akal yang percaya kepada benda kolot dan kebudak-budakan akan terpedaya dengan teori karut-marut jadi cakap pada gua tentang betapa karutnya astrologi sama macam menganggap gua bodoh.itu adalah satu penghinaan kepada pemikiran gua.gua tak rasa dunia nih harus dibataskan kepada logik dan rasional semata-mata sebab ia terlalu luas hanya untuk difahami dengan cara tuh.its more than that i believe..alam semesta,langit,bumi,sungai.laut,dan manusia itu sendiri..kalau ia hanya tentang awan sejat air turun hujan masuk sungai mengalir ke laut bersambung bla bla bla,takkan la seremeh dan selekeh itu hasil kerja pencipta alam nih.gua percaya ia lebih daripada yang nyata,fizik,sains..semua tuh seni..gua percaya ada lebih banyak lagi yang tersimpan di sebalik teori asas tentang apa yang ada di sekeliling kita.things yang tak cukup untuk kita faham hanya dengan menggunakan logik akal..kita perlu perasaan,naluri,kepercayaan,jiwa,imaginasi..berpijak pada asas rasional tapi buka minda untuk pergi lebih jauh daripada tuh..biar ia berkembang..

apa yang gua nak cakap nih..kalau gua teruskan mungkin gua akan membebel lagi panjang tentang itu.gua rasa,bila manusia menolak untuk berhubung dengan jiwa dalaman mereka,perasaan mereka,mereka akan hilang satu sense yang cukup kuat..bukan benda baru kalau gua ditegur jangan layan sangat jiwa layan kepala..memang kebelakangan nih dah berlarutan gua macam disconnected dengan jiwa gua..gua bukan seniman bukan sasterawan dan gua tahu tuh tapi walaupon hanya untuk suka-suka kepuasan sendiri,gua tetap menulis dan untuk menulis bagi gua yang paling penting adalah jiwa.memang ramai berlambak-lambak orang yang boleh menulis dengan baik di luar sana tapi bagi gua antara menulis dengan baik dan menulis dengan ikhlas dari hati adalah tak sama.kadang-kadang sesuatu penulisan boleh jadi hebat gila tahap dewa tapi kita baca tanpa rasa.ada penulisan yang cuma bodoh-bodoh,sempoi sangat tapi kita boleh rasa kejujuran dan keikhlasan yang ada dalam tuh.haih..lagi sekali,memang benda tuh pon gua tak boleh cakap bagi pihak umum.i guess,bila kita memang tak peduli tentang benda-benda tuh,kita pon takkan rasa beza pape.macam dengar muzik beza antara muzik yang hdup dan berjiwa dengan muzik yang sekadar sedap semata-mata untuk dijadikan muzik..semuanya atas individu..kalau tak peduli,memang tak penting dan takde beza..mungkin sebab gua peduli tentang benda tuh jadi ia penting bagi gua.gua perasan kenapa gua tak boleh menulis dan merasa macam biasa ialah sebab gua tak boleh berhubung dengan jiwa gua.gua macam hilang jiwa.bila hilang jiwa,gua hilang feel dan tanpa feel naluri gua jadi kaku.bukan kaku sampai tak rasa pape langsung tapi gua jadi biasa-biasa dan biasa-biasa adalah tak normal bagi gua.

mungkin dalam tak sedar gua sendiri yang block yang sekat diri gua daripada berhubung dengan jiwa gua.well,side effect kepada shut down emosi.kadang-kadang kita terpaksa shut down bila kita tak boleh affort nak ambik peduli emosi yang ada.letak bius bagi kebas supaya kita tak rasa.terlebih bius dia jadi numb dan numb itu buat gua rasa kemampuan gua untuk merasa terjejas.gua tersedar itu dan gua cuba dapatkan balik jiwa gua..gua cuba hidupkan balik naluri dan feel gua..mungkin bersendiri layan diri dengan neskefe dengan muzik buat naluri tuh datang balik slowly..dan bila ia datang,gua rasa ia lebih dari tuh..gua rasa diseru..

haih..untuk bercakap benda-benda macam nih yang melibatkan pemahaman lebih dari luaran,memang tak ramai yang boleh layan gua..semua nih hanya reaksi pada apa yang gua alami sekarang.gua tahu bila gua jalinkan hubungan dengan seseorang secara benar-benar mendalam,gua dah jalinkan hubungan jiwa dengan diorang..macam satu ikatan,kita berhubung secara batin..ikatan yang itu lebih kuat dari ikatan zahir.cara gua bercakap mungkin macam dalam sebuah filem bila beberapa orang manusia bersetuju untuk melibatkan diri dalam sesuatu dan mereka perlu menyerahkan jiwa mereka untuk digabung secara spiritual.hampir seolah-olah,mereka takkan dapat lari daripada satu sama lain.

ok..mungkin gua dah gila..baik gua diam..cukup merepek..

2 ulasan:

eddie dewanaga berkata...

disconnected...?

2-3 ari ni Streamyx memang biol..!!
(lari tajuk daa..)

broken_nigina berkata...

streamyx gua ok jerr..
hehe..