Rabu, September 17, 2008

Gelapnya Langit

gua rasa letih..sangat-sangat letih..bukan letih fizikal,tapi lebih kepada mental dan jiwa,yang juga membawa kepada letih fizikal..apa yang jadi bila kita tinggal sesuatu dalam keadaan tak selesai?ia akan berkumpul dan sentiasa menjadi isu berbangkit..dan sebenarnya tiapkali gua letih macam nih,ia bukan tentang apa yang berlaku sekarang tapi lebih kepada apa yang terkumpul yang terpendam gua dok pikul selama nih..

macam biasa,gua tak mampu nak jadi kuat sepanjang masa..kadang-kadang gua lebur,lemau..masa-masa bila gua sedar tentang hakikat betapa letihnya diri gua yang sebenar.apa pon yang orang pikir,sejujurnya gua sendiri tak tau gua berjalan selama nih nak menuju ke mana..gua tak tau untuk apa dan kenapa..sekalipon gua kuat,entah untuk apa gua kuat..gua motivasikan diri untuk telan segala kepayahan yang datang,tapi entah untuk apa perlu gua buat macam tu..sebenarnya gua tak tau..apa tuh kuat,apa tuh lemah..selama nih gua tak pernah pikir pon gua nih tabah atau cekal atau apa.gua cuma takde pilihan..gua tak boleh nak jadi manusia yang mengalah,menangis,putus asa dengan nasib..tak boleh bukan sebab gua tak mahu,tapi gua memang tak boleh.katakan gua berputus asa,katakan gua ambik masa untuk berhenti kejap daripada kehidupan bagi melayan sakit-sakit yang ada dalam diri gua,apa yang akan gua dapat?akan ada ke sesiapa yang paham keadaan gua?akan ada ke orang yang akan bagi masa untuk gua?boleh ke gua mintak cuti dari sesiapa?kalau boleh,teramat-sangat gua nak diberikan cuti..cuti dari luka,cuti dari sakit,cuti dari cabaran.cuti dari dugaan..untuk sekali gua nak lalu jalan mudah,bukan jalan berliku berbukit-bukau untuk sampai ke destinasi yang walaupon gua tak tau untuk apa itu..

ya..lumrah la..orang cakap kita intan terpilih kalau ditakdirkan melalui banyak dugaan dalam hidup bla bla bla..bukan gua tak bersyukur,malah gua bersyukur..gua adalah siapa diri gua kerana pengalaman yang gua lalui dalam kehidupan tapi lagi sekali untuk kali yang ke berapa kali,gua manusia beb..manusia biasa yang kadang-kadang datang lemah dan rapuh..bahu gua rasa berat..hati gua,jiwa gua,otak gua,rasa terhimpit..bukan gua nih malang sangat..tak pernah anggap diri gua malang,cuma,sejak gua ada daya ingatan dalam kehidupan nih,gua tak ingat bila gua pernah hidup tanpa rasa berat dalam hati,dalam dada,dalam otak,dalam jiwa..kalau gua nak jelaskan,camane untuk gua jelaskan..dari mana datang semua bebanan tuh?dari mana datang segala sakit dan segala seksa?sekalipon gua ada sebab,gua masih tak punya alasan kerana sebab tak mampu mewajarkan sesuatu keadaan..bila gua tak pikir,bila gua abaikan saja,ya,gua rasa tak endah seolah-olah takde pape tapi bila berlaku sesuatu yang menggugat ketenangan gua,bahananya ialah segala yang tersimpan sebelom-sebelom nih akan datang bertimpa-timpa untuk buat gua rasa macam dihempap oleh beban yang berganda-ganda dari apa yang sedang berlaku..ia takkan habis..

gua tak tau apa lagi untuk gua cakap..desperately nak balik,tapi mana rumah gua?soklan yang gua terus-terusan tanya pada diri sendiri sejak azali..gua tak tau..jiwa gua melata,berkelana dengan mencari tempat untuk singgah tapi ada rasa dalam diri gua yang hanya gua sendiri dapat mengerti..gua pandang langit,langit gelap pekat dan gua hilang dalam kegelapan tuh jauh sendirian..rasa teramat-amat kosong sampai ada kalanya gua jadi ngeri..gua rasa sesat..gua tak tau..kadang-kadang gua tak tau camane gua boleh tercampak ke sini dan camane kehidupan boleh sampai ke sini..seolah-olah pada satu tahap terdahulu kehidupan gua dah terhenti dan gua hilang jejak dengan apa yang berlaku seterusnya..

sudah la..takde point lagi untuk gua terus menulis tentang ini..ini hanya kerana pengaruh emosi..esok gua akan kembali biasa,mendatar dan bersahaja biasa-biasa..

dingin..