Khamis, September 04, 2008

Doa

terlalu banyak....
dalam ruang yang sempit
sedangkan langit kian rendah
dan aku terpaku di gering bumi

mahu mengadu pada awan....
kabut berselingkar merejam udara
mahu menangis pada sungai
gelodak hitam menghukum hijau
mengintai kiri dan kanan yang tersimpul mati....
luncur rantai zalim....
menyembam asa ke dasar pusara

terlalu besar
dalam kantung yang kecil
melutut di penghujung segala hujung
lalu ke mana lagi
memejam mata pada lahiriah
cuma setitis air jernih yang tersembunyi
dengan segaris cahaya yang menembusi
hanya DIA di dalam jiwa....
dan permohonan ini....
aku pohon dengan setiap cebis-cebisan zat
yang terkandung di dalam jasadku ini....

........................

kerana
sesudah terbenamnya mentari....
aku tahu hanya DIA yang mengerti....

(4/09/08 11:06 pm)

Tiada ulasan: