Sabtu, September 06, 2008

Cuak

kadang-kadang gua pikir berbaik-baik dengan orang lain adalah perbuatan yang bodoh dan tak berguna terumatanya bila ia melibatkan lelaki dan perempuan,dan perasaan.bukan gua saja-saja nak jadi negatif tapi gua tengok dalam jangkamasa panjang..ia seolah-olah sama je macam main api dan melabur risiko.untuk apa sebenarnya?katakan hari ni,sekarang ni,bila gua mampu penuhi keinginan dan impian lelaki yang ada harapan tertentu pada gua,ya gua akan disayang,dipuja-puji,disanjung,tapi kemudian hari bila gua tak lagi membahagiakan diorang,terus gua dibenci dan dimaki-maki..entah la..lu datang pada gua meminta,menaruh harapan,cuba dapatkan hati gua sedangkan gua tak pernah suruh dan tak pernah paksa tapi kenapa bila satu hari semuanya tak berkesudahan macam yang lu jangkakan,tiba-tiba gua yang jahat dan buruk dan semuanya adalah salah gua?

benda-benda macam nih yang buat gua cuak dalam soal perhubungan..jodoh,perasaan hati,semuanya bukan dalam kawalan kita.apa yang boleh gua jamin untuk sesiapa yang semuanya akan berkesudahan dengan bahagia dan baik-baik belaka?masih ada takdir,masih ada keadaan,masih ada masa dan perubahan yang bukan terletak penuh dalam kawalan gua malah kawalan sesiapa pon.hidup nih satu risiko yang paling besar.kita patut tahu.takde sape boleh ramal apa yang akan berlaku hatta tukang tilik paling power sekali pon.even kalau kata boleh ramal,still kita takleh kontrol..camane nak escape takdir?memang sepanjang masa dalam hidup akan sentiasa penuh dengan segala risiko dan kemungkinan yang tak boleh kita nak atur sendiri.so bercinta,sama jugak macam berniaga,lu redah risiko tanpa sebarang jaminan..takde sape yang nak melabur kalau awal-awal dah tahu akan rugi kecuali orang gila dan dah takde keje sangat.pendek kata,kalau dah tahu awal-awal kesudahannya hampeh,gua pon takkan buang masa nak mengada-ngada berbaik-baik dengan sesaper.bukannya gua lapang sangat saja-saja nak bazirkan masa dan tenaga layan seseorang bila dah tahu things akan jadi buruk kemudian hari.baik gua makan nasik.koman-koman gua kenyang perut.

memang gua selalu wonder sebenarnya apa motif kita nak buat sesuatu yang kita tahu kalau tak menjadi kita akan mengamuk-ngamuk memaki hamun?memang dah tahu kita takkan boleh terima kegagalan so buat apa sebenarnya kita pergi ambik risiko?jadi gua tak nampak apa faedahnya gua bagi peluang kat seseorang cuba nasib dengan gua dalam hal cintan-cintun nih bila gua tahu dia takkan boleh terima kegagalan dan akan maki hamun gua pulak sedangkan gua takleh jamin benda buruk takkan berlaku sampai bila-bila.seolah-olah gua tengah duduk berehat-rehat tiba-tiba ada someone datang pujuk-rayu ajak gua masuk peraduan dengan tawaran hadiah gempak kalau gua menang tapi kalau kalah,gua akan dimaki hamun dicerca dan dipanggil dengan nama-nama yang hina.nak buat apa?baik gua duduk rehat-rehat je.tak untung,tak rugi.orang expect kita untuk jadi baik-baik dan buat semua benda yang terbaik,tak nak yang buruk,tak nak yang salah.kenapa mesti gua tempah penyakit?nanti gua buat salah gua kena caci teruk-teruk.baik tak payah.

secara logiknya,memang semua orang akan marah kalau rasa tertipu.gua sendiri pon marah..lagi pulak bila tengah emosi,tak dapat kawal hati tengah menggelegak.time terbakar lumrah la tak dapat kawal nak maki-maki tapi sampai bila?ambik bawak bertenang.dah tenang,dah sejuk,dah boleh berpikir waras,slowly cuba terima dengan cara baik.camane kita nak harap semua yang kita nak tuh gerenti dapat?camane nak harap orang akan sentiasa baik dengan kita takkan sakitkan kita?bukannya kita duduk dalam dunia fairytale semua watak best baik-baik kita disayangi semua orang.umur berapa kita nih kalau percaya hidup adalah camtuh?berhenti jadi budak-budak dan tengok realiti.hepi ending bukan semudah pegi beli telur kat kedai.ya orang sakitkan kita,tapi kita ni tak pernah sakitkan orang ke?nak marah orang,kita ni perfect sangat ke?kita tak pernah buat salah?kita takde kekurangan?semua orang rasa bahagia dengan kita?best sangat kita nih nak marah-marah orang?gerenti kita memang takde kelemahan takde cacat-cela langsung tak pernah langsung buat silap ada kelayakan penuh untuk kita nak marah-marah?ya,hati terluka,tapi kita sorang je yang pernah terluka dalam dunia nih?sudah la..grow up..suka-duka lumrah hidup..ingat-ingat sama,orang yang sakitkan kita tuh pon penah jugak buat baik pada kita,sebab tuh awalnya kita sayangkan dia.dan ingat jugak,kita pon penah sakitkan dia,kita tak sempurna.jangan la macam budak-budak nak ngamuk-ngamuk nak marah-marah.macam dah dahsyat sangat melampau-lampau jahatnya orang kat kita.

haih..agak-agak kalau pengecut takut kecewa dan perangai kebudak-budakan takleh nak terima kegagalan dengan cara matang,sila blah awal-awal jangan nak mengada-ngada nak cintan-cintun dengan gua.gua tak nak satu hari gua disayang luhur suci murni esok hari gua dibenci dihina dimaki.nak mulakan hubungan patutnya awal-awal dah tahu macam-macam boleh berlaku.takde jaminan kesudahannya bahagia.dua-dua sepatutnya faham dan bersedia,dua-dua sedang bertaruh ambik risiko.kalau gua tak lukakan lu,mungkin lu yang akan lukakan gua.bukan lu sorang yang hadapi risiko,gua pon sama.dah cantik pepatah melayu,kalau takut dilambung ombak takyah buat rumah tepi pantai.takut kecewa jangan bercinta.malah baik mati je terus.macam la hidup nih boleh elak kecewa macam elak langgar tiang.tiang tuh pon kadang-kadang kita boleh terlanggar jugak.pendek kata set dalam mind bercinta tuh adalah risiko yang takde sesaper boleh jamin pape so park at your own risk la.jangan salahkan sesiapa kalau berlaku apa yang tak diingini.thats how it work.life memang camtuh.kita ikhlas,kita buat yang terbaik.orang balas buruk,tuh masalah diorang.orang kalau memang ikhlas dari hati,orang lain buat buruk camane pon kat dia takde hati tuh nak berubah jadi hitam penuh benci.

dipendekkan cerita,kalau gua akan dimaki-maki andaikata satu hari nanti gua mengecewakan orang yang gua terima dalam hidup gua,lebih baik gua tak payah terima dari awal sebelom jadi camtuh..bukannya gua boleh jamin gua takkan buat salah satu hari nanti.walaupon takde niat,tapi kita tak tahu esok lusa.hari nih baik,esok belom tentu baik..sape tau?pak imam ketua keluarga cemerlang pon boleh berubah jadi perogol,nih kan pulak kita-kita yang bercinta kecewakan kapel...cuak..

dah malas nak taip lagi..

5 ulasan:

Ahmad berkata...

blog lu ganaz..keep fucking wit da text! chaos!

broken_nigina berkata...

blog sopan la.
lol.

eddie dewanaga berkata...

..........

:(

deaf-angel berkata...

prektis bersangka baik..
bedek ah kalo ada orang cakap nak bersangka baik tu benda mudah tapi no choice..
and doa ler semoga ko dikelilingi orang yang tak aniaya ko satu hari nanti..

broken_nigina berkata...

teraniaya,terkecewa sebab orang lain,lumrah.
tamat sesi sakit hati,tutup buku.
tak kuasa nak benci-benci nak dendam-dendam marah tak sudah.
yang cuak bila terkecewakan orang lain,orang lain takleh maaf pastuh benci,dendam dan marah tak sudah kat kita macam kita nih manusia paling zalim atas muka bumi yang langsung tak pernah buat baik kat diorang.
tak tau la,gua cuma rasa takde yang salah dengan buang ingatan yang buruk,maafkan,dan simpan yang baik-baik untuk jadi kenangan daripada dok dendam salah orang kat kita.

terpanjang la plak komen kat blog sendiri.