Jumaat, Ogos 29, 2008

Kopi Pagi

gua padam satu entri gua..nak ikutkan memang gua tak nak padam apa yang gua dah tulis tapi gua rasa entri tuh terlalu peribadi dan tak sepatutnya ditulis.after a while dok dalam draft,gua padam..sesuatu yang tak diperlukan nak buat apa simpan lama-lama?buangkan aje..buat semak..

hmm..apa yang gua nak tulis?juz merayau-rayau baca blog orang sana-sini..blog yang biasa gua baca,link dalam blog yang gua biasa baca,klik bukak page pengkomen di blog yang gua biasa baca..saje explore..mungkin jumpa blog yang best yang boleh melekat?gua suka nak menambahkan bilangan blog untuk jadi blog bacaan tetap gua supaya banyak sikit choice.takde la tertunggu-tunggu sangat satu-satu blog nak ada entri baru..tapi campur tolak,gua masih lebih melekat dengan blog personal yang ada jiwa yang somehow boleh relate dengan jiwa gua..walaupon gua suka berpikir,suka isu-isu serius dan berat,bukannya sepanjang masa otak manusia hanya berkisar tentang politik,isu sosial dan masyarakat etc..akhirnya ia tetap jugak tentang diri kita sendiri,jiwa kita,rasa kita,apa yang ada dalam hati dan kehidupan sebenar kita.lebih layan baca sesuatu yang ada sentuhan rasa dan jiwa..sebelom disalah tafsir,gua tak maksudkan rasa dan jiwa dalam erti kata jiwa-jiwa..juz sesuatu yang ikhlas,yang real,jujur..apasal gua kena explain?ada ke kanak-kanak yang baca blog nih tak paham maksud gua?

hmm..cuma layan berpikir dengan emosi yang di tahap paling minimal waktu nih.kalau betol-betol nak korek,banyak benda ada dalam otak gua sekarang tapi gua malas nak cerita panjang.kalau pasal isu semasa yang berlaku dalam negara,dah banyak suara sana-sini bercerita yang buat gua malas nak ambik bahagian..benda yang ramai sangat orang buat jadi membosankan..hahaha..sampai kadang-kadang gua rasa macam nak jadi golongan bukan pemikir yang radikal dan berfikiran tertutup menilai sesuatu isu sebab dah ramai sangat golongan pemikir yang liberal dan berfikiran terbuka wujud hari nih.bila rare jadi tipikal,tipikal berubah jadi rare..bosan bosan..biarkan luncai terjun dengan labu-labunya..gua pon ada urusan lain yang lebih ada kena-mengena dengan diri gua,urusan peribadi diri sendiri..cerita berjela keliling dunia,sudahnya kita makan tetap untuk isi perut sendiri..

lumrah la kan,kita selalunya bercakap apa yang kita rasa patut kita cakap,bukan apa yang kita rasa nak cakap..nak tergelak pon ada.kita nih mulia sangat ke?gua rasa semua orang ada ego,ada tamak,ada perasaan berkira..bezanya cuma kita tak berani nak mengaku.mana lagi kuat,KITA ke AKU?ya ya ya ya..bersatu teguh bla bla bla..cakap banyak..kalau gua lapar,lu lapar,lu kasi gua makan dulu ke lu makan dulu?rumah gua,tanah gua,harta gua,dah tentu gua nak diri gua dan anak beranak gua yang duduk dan guna.memang ya la ramai orang lain yang baik hati tak kisah orang luar nak datang duduk tapi sebagai seorang yang lebih jahat,dengan jujurnya hati gua yang jahat nih rasa rumah gua adalah milik gua,bukannya orang lain..bising-bising cakap jahat,selfish bla bla bla,macam la takde rumah lain selama nih.kalau rumah lain harga mahal gila,tak nampak ke salah sape?benda simple terang lagi bersuluh pon takleh nak nampak.tuh,penyangak cekik darah yang kenakan harga mahal untuk rumah-rumah lain..takleh nampak ke isu pokok kat situ?dok gaduh pasal ranting,pasal pucuk,padahal akar yang bermasalah..lepas renung dan pikir balik,gua cuma rasa nak cakap bodoh..bodoh bodoh bodoh..suka bertekak pasal pokok bunga kat laman rumah bila tiang tengah goyang,lantai roboh dan bumbung tunggu masa nak runtuh.

apasal buang masa gua nak bercerita pasal orang berebut rumah?seorang ayah kalau tak dapat jaga kebajikan isteri dan anak-anak sendiri in the first place,apa guna cerita banyak tentang nak jaga kebajikan isteri dan anak-anak orang lain?gua rasa,orang melayu nih adalah bangsa paling baik dan pemurah pernah wujud atas muka bumi nih..tengok la camane kita suka bagi muka kat orang lain terutamanya artis seberang masuk cari duit sampai sanggup berkorban tengok artis sendiri jadi penyelit yang melukut di tepi gantang macam takde nilai..tepuk tangan tepuk tangan..ptfffff.......apa yang salah dengan simpan pride sikit dalam diri?macam la pride secoet orang melayu yang agama dan maruah bangsa diperlekeh dan dipijak-pijak sesama sendiri pon tak dikisah sangat selama nih ada bawak kesan besar kat orang lain.menindas?buat lawak kat sape tuh?pandai nak menindas ke orang kita yang sekian lama cuma lebih pandai jadi pak turut dan pak angguk pada orang lain?kelakar je..sebelom bercerita pasal keadilan pasal pemangsa yang bermaharajalela menggunakan kekuatan yang ada,bukan ke paling tidak biar makhluk tuh layak dulu dipanggil pemangsa?ini takat anak burung cuma tahu nganga mulut duduk dalam sarang tak nak kongsi sarang pon nak kecoh..

heh..whatever la..lantak lu orang la labu..dah subuh..baik pegi semayang subuh..

2 ulasan:

eddie dewanaga berkata...

jujur itu ibarat sesudu gula dalam secawan kopi yg pahit, manisnya mungkin jauh sekali tapi ia bisa meredah rongga tekak tanpa reaksi muka yang kelat...

broken_nigina berkata...

ramai lagi suka taruk susu,lebih manis..walaupun lebih manis lebih merosakkan,tapi what the heck..janji sedap nak telan..