Sabtu, Ogos 16, 2008

Bila Monyet Bercermin Tapi Nampak Wajah Kancil

bila gua menulis,gua tak mencuba untuk jadi sesiapa.gua cuma nak menjadi diri gua sendiri dan bebelkan apa yang sebenar terperap dalam kepala dan jiwa gua.itu somehow agak terjejas bila kita terpaksa berhati-hati nak menulis untuk menjaga hati orang yang mungkin membaca atau terbaca..bukan maksudnya gua suka nak jadi biadap atau offensive,tapi sejujurnya bila cakap tujuan gua berblog hanya untuk lepaskan benda yang ada dalam otak gua dengan dipecah-pecahkan melalui jiwa,emosi dll(seperti label),dah tentu tak semuanya positif dan baik-baik..kita semua ada anger,ada ketidakpuasanhati,ada banyak perkara menyemak dalam otak yang terbatas untuk dilepaskan di luar..jadi ini saluran gua..satu tempat untuk gua campak apa saja yang gua rasa nak campak..

awal-awal dulu,gua tak pernah tahu wujudnya dunia blog yang besar dalam alam maya nih.gua pon bukan spisis yang peduli sangat dengan perkembangan terkini dunia hari ini.someone yang gua kenal bagi blog dia kat gua dan camtuh la gua tahu pasal blogging.macam menarik,boleh menulis sepuas hati secara terbuka jadi gua pon bukak blog gua sendiri.dulu mula-mula,blog pertama gua tak menjadi.rasa tak kena.lepas bukak dan biar bersawang tanpa update,akhirnya gua padam dan buat blog nih.sekali lagi bermula..hmm..maybe gua nih memang manusia yang selalu bermula kali kedua.tersilap percaturan untuk kali pertama,bangkit dan bermula balik dengan lebih baik kali kedua (lebih baik itu dinilai oleh diri gua sendiri).gua sendiri baru perasan benda tuh.hampir semua yang gua lalui berlaku dua kali dengan kali pertama adalah percubaan semata-mata yang of coz la masa gua buat tuh gua tak pikir ia cuma percubaan semata-mata dan kali kedua baru yang sebenar.macam exam besar masa sekolah kot.ada percubaan dulu sebelom the real thing.

bila berada dalam alam blog nih,gua tak cakap semua,tapi yang gua tengok kebanyakan bloggers adalah mereka yang menganggap diri sebagai lebih terbuka dan berfikiran moden.menariknya sesuatu benda bila berkembang pesat,akan mewujudkan pecahan-pecahan dan kelompok tertentu yang akan melahirkan pengikut tersendiri.duduk dari luar memerhatikan senario tu sangat menarik sebenarnya.menarik dan juga kelakar.bagi gua,ia membuktikan walau dengan saluran mana sekalipon,kita masih tak boleh lari dari identiti kita yang sebenar.bangsa yang suka berkelompok dan berpuak-puak malah tak pernah bebas dari menjadi 'pengikut setia' sesuatu fahaman dan pendirian..kecenderungan kita untuk menyibuk dalam perihal orang lain dan terus terjun dengan kesimpulan tanpa membuat penilaian yang lebih adil.dalam kata lain,bila suka sesuatu,kita akan bela dan sokong tanpa boleh orang lain cuit sikit walaupon apa yang dikatakan adalah benar.sejujurnya bila ada orang cakap mereka tak judgemental,bagi gua itu adalah statement yang sangat lawak.memang tak boleh tidak,mesti ada sentimen tertentu dalam diri kita yang buat kita agak memandang sipi pada orang yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang kita kurang gemar.

gua bangga menjadi melayu dan tak pernah pandang rendah pada bangsa gua sendiri.cuma,kalau ada satu perkara yang sangat gua tak berkenan ialah sikap orang kita yang suka 'memanjakan' dan memenangkan sesuatu pihak yang mereka suka dan akan mensensasikan benda yang gua rasa kecik kalau ia menyentuh pihak yang mereka suka.bullshit la tentang mereka yang konon lebih moden takde sifat suka memenangkan camtuh sebab serius,dua kali lima je semua.berhenti la bermimpi dan tengok cermin.bila 'idola' masing-masing dicuit sikit,kita yang lebih melatah daripada tuan punya badan dan terus bertindak menjadi pembela,konon-kononnya penyokong keadilan membantu mereka yang tertindas dan mula la keluar pujuk-pujukan 'jangan peduli cakap orang' 'ur great' bla bla bla..heh..kita suka jadi hero,kan?cuma part yang kelakarnya,ramai yang pakai terjun je nak jadi hero tanpa tahu hujung-pangkal cerita.mungkin mereka rasa mereka lebih adil bila macam tu.suka membela orang yang diselar..mana nak lari?memang orang kita jenis yang mudah bersimpati..letih!agak-agak bila boleh nak tegur dan perbaiki mana yang silap kalau cakap sikit hero-hero penegak keadilan nih akan tampil kedepan menjadi peguam bela tak bertauliah?keadaan tuh sama macam seorang emak yang akan terus pujuk dan puji anak sendiri untuk lindungi dia bila ditegur orang lain.bodoh.terus spoilkan budak tuh dan tak benarkan dia baiki kekurangan diri.ya,memang itu la istilahnya.takde lain.suka memanjakan.

gua rasa memang tak boleh lari.dua golongan nih akan sentiasa ada..satu,golongan pendek akal yang pakai kutuk suka hati je sesuatu yang tak memenuhi citarasa peribadi mereka dan golongan kedua mereka yang suka memanjakan yang akan bela membuta-tuli tanpa menilai lebih mendalam bila apa yang mereka suka dikritik oleh orang lain.kebodohan yang nyata.kita buka minda kita dalam satu perkara hanya untuk sempitkan minda kita dalam satu perkara yang lain.mudah menerima dan juga mudah menolak..perhatikan saja.ramai orang yang menolak sesuatu tanpa benar-benar memahami.ada banyak persoalan dan kemusykilan yang nak dipertikaikan tanpa kita sendiri selami terlebih-dahulu sepenuhnya..kita nak jawapan,tapi gua tak tahu mana rasionalnya mencari jawapan pada pihak yang terang dan nyata bukan ahli dalam sesuatu perkara tuh.macam kita nak tahu tentang kampung baru,tapi kita bertanya pada orang yang berasal dari sana tapi dah duduk di new york lebih 40 tahun tak pernah balik-balik.apa yang buat kita pikir orang tuh tahu banyak tentang apa yang mereka sendiri dah tinggalkan lama?mungkin itu la.sindrom suka pandang ke luar,mengagungkan apa yang ada di luar tanpa kenal apa yang hebat pada orang sendiri.cuma tukar situasi je tapi rangka coraknya tetap sama.dalam hampir segala hal,kita akan sanjung apa yang datang dari luar sambil sibuk dok laung pasal minda yang merdeka.hampeh..seni,muzik,ekonomi,falsafah,semua..maka kita pon akan mengangkat-angkat orang yang banyak pengetahuan tentang perkara luar sebab mentaliti yang masih jahil untuk melihat sesuatu yang bagus yang berada dalam skop lebih kecil.memang baik kalau dapat melihat dengan mata burung tapi sedihnya bila keadaan dalam tempurung pon kita belum khatam habis.sibuk nak belajar algebra sebelom kenal nombor 1,2,3..lagak lebih..ilmu yang akhirnya hanya memakan diri.

bila kita nak tadah sesuatu,pastikan bekasnya berpadanan.jangan pakai sumbat lepas tu tak muat,melimpah tumpah,jadi semak dan kotor.bila kita ikut,kita ikut bodoh-bodoh tanpa ada pemahaman yang mendalam.tanpa pemahaman yang mendalam jugak,akhirnya kita tolak,dan kita tolak bodoh-bodoh.bila sebut batas setakat mana yang boleh kita pergi dengan minda kita,bukan maknanya kita tak patut tahu dan tak patut bertanya,tapi batas itu merujuk pada setakat mana kekuatan mental dan jiwa kita..kalau tanpa persediaan yang lengkap,main terjun dalam laut dalam,risiko utamanya ialah hanyut lemas.kita marah bila orang tua tak benarkan kita nak pergi main dalam rimba tebal tapi kita tak sedar mereka marah sebab kita sebenarnya tak cukup persediaan dan mungkin akan dibaham riamu dalam sana.kita over protect sesuatu yang tak perlu diprotect,tapi kita rasa diri kita diover protect bila kita memang perlu diprotect.dipendekkan,kita masih duduk di zaman lampau bila kita hairan dan kagum sangat dengan barang luar walaupun kita sebenarnya ada barang sendiri yang lebih hebat.kat situ perlunya batas supaya kita tak hanyut mengagungkan benda lain sambil dalam masa yang sama tak pernah kenal betol-betol apa yang sedia ada kita miliki.

kalau nak terus bebel ada banyak lagi yang boleh gua bebel tapi gua nak bersiap pergi segamat pulak so sudah la tuh..