bila gua renung kehidupan nih,tak pernah ada untung yang benar-benar untung dan malang yang benar-benar malang..setiap malang selalunya diikuti dengan sedikit untung,dan setiap untung selalunya diikuti dengan sedikit malang(sebenarnya lebih kerap banyak)..dan kalau untuk mentakrif samaada gua seorang yang beruntung atau malang,gua sendiri pon tak tau apa nak cakap..
kalau untung dikira dari segi kelebihan-kelebihan tertentu yang selalunya dimahukan manusia biasa,mungkin gua beruntung..kalau malang dikira dari segi nasib-nasib buruk yang selalunya ditakuti manusia biasa,mungkin gua malang..entah la..yang baik,belom tentu baik..hanya yang merasa lebih tahu kebenarannya..takde apa yang sempurna dalam dunia nih.yang melihat mungkin melihat sesuatu itu sebagai satu kelebihan sedangkan yang melalui mungkin menanggung harga yang perit atas apa yang orang luar anggap sebagai kelebihan..dan dalam setiap keburukan juga,belom tentu 100% buruk..yang mahal adalah pengalaman,dan apa yang kita belajar melalui pengalaman..suatu pelaburan yang hasilnya mungkin hanya kita nampak kemudian hari..
hidup dan kehidupan..lebih banyak yang kita miliki,lebih banyak kehilangan yang perlu kita hadapi..persoalan yang selalu bermain di fikiran gua..apa guna memiliki banyak benda,tapi semuanya tak dapat kita gunakan?seolah-olah memiliki berbilion duit,tapi matawang tak laku,atau memiliki mahligai indah,tapi disita pihak bank..'memliliki',tapi cuma di atas kertas..apa pointnya?orang cakap,lebih baik ada daripada takde langsung..tapi yang perit dalam hidup nih bukan hanya tak memiliki apa yang kita mahukan,memiliki apa yang tak kita mahukan juga adakalanya menyakitkan..mana salah-satu pon,meninggalkan kita dalam kedudukan tak punya pilihan..katakan saja manusia boleh buat pilihan,ada ke orang yang akan pilih kehidupan yang menyakitkan?
syurga dan neraka..ada orang yang mendakwa konon-konon akan jual 'syurga' demi hidup dalam 'neraka'..satu kekelentongan yang terang lagi nyata..kadang-kadang memandang dari luar,semuanya memang nampak mudah.apa yang kita ada,kita tak pernah sedar nilainya yang sebenar."the grass is always greener on the other side".ironi..betol ke istilah tu?gua pon tak pandai sangat guna istilah omputih yang dimelayukan camtu jadi gua bantai je la.ironi sebab manusia yang banyak berlagak mengenali 'neraka' selalunya adalah mereka-mereka yang hampir seumur hidup hidup dalam kehidupan 'syurga'..memang mudah kan,bercakap seolah-olah begitu cintakan kesakitan dan kegelapan bila kita tak begitu kenal kesakitan dan kegelapan.cakap memang murah..mempersoalkan itu ini tentang kehidupan dan dunia sedangkan yang banyak kita kecapi adalah kemanisan..merungut,memberontak,marah,tapi atas dasar apa bila kita tak pernah benar-benar menderita dalam kehidupan?mungkin ia adalah peribadi,tapi kenyataan tuh kadang-kadang buat gua marah..betapa manusia kuat melatah atas perkara yang kecil hingga berlagak seolah-olah seluruh dunia malah tuhan berhutang dengan mereka sedangkan keadaan mereka biasa sangat..hmm..memang peribadi pon..tahu tak menjengkelkan tengok orang yang setakat kena gigit semut tapi meraung berguling-guling separuh mati bila kita patah kaki dan tangan,cedera parah?rasa macam nak pergi patahkan kaki dan tangan diorang,biar padan muka..mengada-ngada sangat.
ok..sebenarnya,gua tak tau apa point entri nih.macam dah melalut-lalut pulak rasanya.gua cuma membebel tanpa ada fokus..pakai taip dan bebel spontan je(sebenarnya memang camtuh pon tiapkali posting kat blog)..sebelom bertambah melalut,baik gua stop..lagi pon,dah malas..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan