Rabu, Jun 18, 2008

Pape Je La

gua tak pernah menafikan kepentingan cinta dalam hidup nih dan gua tak pernah menafikan gua memerlukan lelaki..cuma,bezanya,gua tak begitu memerlukan..kalau ada,mungkin hidup gua lebih baik,tapi kalau takde pon,gua masih macam biasa.gua tak pernah meletakkan cinta dan lelaki sebagai satu keutamaan..tak pernah sampai rasa,gua kena cari cinta,gua kena ada boyfriend,kalau tak gua takleh hidup..cinta bagi gua bukan seperti makanan..wajib kena ada..

sesetengah orang mungkin cepat terus tafsir konon-konon gua menidakkan kepentingan cinta.gua sekadar ambik-mudah,tak begitu peduli dan pikirkan sangat soal cinta.gua tak kisah sebenarnya apa tanggapan orang.gua lebih kenal diri gua sendiri..gua pernah bercinta dan gua bercinta dari tingkatan satu sampai umur nak masuk 25,dengan lelaki yang sama.itu dah cukup nak menjawab macammana gua takrifkan cinta dalam hidup gua..tak perlu nak dihuraikan panjang-lebar,diceritakan.masa awal gua buka blog nih dulu hakikatnya gua masih terikat dengan seseorang tapi gua langsung tak pernah sebut tentang itu.kenapa?adakah itu bermakna gua tak betol-betol cinta,hanya kerana gua tak umumkan tentang rasa cinta gua?gua tak suka bercerita tentang itu sebab bagi gua ia terlalu peribadi dan ekslusif,hingga gua bimbang nilainya akan terjejas kalau gua keluarkan dari dalam hati gua walaupon sedikit..ia terlalu berharga dan sulit sampai gua tak rasa perlu untuk disebut-sebut lagi.memang gua tak suka ceritakan.orang mungkin nampak macam gua acuh tak acuh,selamba tak hiraukan sangat soal itu semua tapi hanya gua yang tahu hakikat sebenar.hakikat yang hanya gua sebut bila semua tuh dah berakhir..rasa rasional gua buat gua rasa perlu untuk lepas keluar..

gua biasa tengok orang bercinta,bertukar-ganti.takde apa yang salah..gagal sekali tak bermakna gagal selamanya.teruskan mencari,teruskan mencuba..gua tak menentang dan takde masalah dengan itu,tapi jangan samakan gua macam tuh..bukan gua serik,bukan gua takut..cuma,bercinta bukan perkara yang mudah bagi gua.maksud gua,jatuh cinta bukan benda yang selalu berlaku dalam kehidupan gua.bukan benda yang sangat natural yang senang-senang boleh terjadi.entah la..gua tak tahu macammana orang lain boleh buat tapi yang pasti,itu bukan diri gua..

lembap la laptop nih..malas nak naip lagi..sekian..

2 ulasan:

kaisu berkata...

bercinta mmg mudah..tp menyintai tu yg susah..
hurm!smp skang blum ada owg yg mampu tafsirkan maksud sebenar cinta tu..yg pasti ianya suatu yg indah..kalo kita pandai tuk mengindahkan nyer..

broken_nigina berkata...

:)
cinta memang indah..
tapi yang penting,kena cinta dulu..