Jumaat, Jun 06, 2008

Sekali Dalam Sekala

seronok,excited..sebagai manusia yang cukup sifat (rasanya la),sekali-sekala untuk gua berseronok,tak salah,kan?semalam semangat gua terbakar..adrenalin memuncak laju..gua pegi ke stadium tengok final acara pecut sukma yang akhirnya dimenangi oleh,ehem,sape lagi kalo bukan tranung kite..dek kerana excited sangat tengok,dengan gua-gua sekali ikut terjerit sama..terjejas keayuan wanita melayu terakhir..heh..puas hati..gua memang suka tengok sukan dan acara pecut 100m sentiasa jadi acara fevret gua sejak kecik.best best best..sape-sape yang berlari pon gua boleh layan penuh khusyuk.kena pulak tengok wakil negeri yang berlari dan menang pulak tuh.semangat weh!gua kalo bab semangat perjuangan nih,jangan main-main.darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh nih,beb!berani mati punya..berjuang bermati-matian hingga ke titisan darah terakhir.berpantang kalah sebelom bertempur!heh..ikut hati rasa nak melompat dan bersorak kaw-kaw tapi imej mesti mahu jaga.buruk ah pakai baju kurung cantik-cantik dengan tudung,nak terkinja-kinja pulak.malas nak bebel panjang-panjang,dipendekkan cite,gua memang minat acara pecut 100m,tapi minat tengok je la.dulu masa sekolah,sampai hangus muka tercongok tengah panas kat padang asyik sangat tengok acara larian..semalam adalah satu kepuasan bagi gua dapat ikut serta kat stadium dengan penyokong-penyokong terengganu yang lain tengok final 100m lelaki dan menyaksikan kemenangan awok tranung kite..gua malas nak cakap pasal bahagia dalam skala besar dan mendalam,tapi benda kecil-kecilan luaran camtuh cukup untuk gua sifatkan sebagai bahagia..macam bahagia bila pekena neskefe panas kaw-kaw..dan yang best jugak,lepas balik stadium,gua sambung main ps2 pulak kat rumah..layan king of fighter..gua suka game lawan-lawan..lupa daratan sampai kol 4 pagi lebih layan menatang tuh..

well,hidup ini mudah,sometimes..maksud gua,cara menjalankan kehidupan la,bukan hidup tuh..walaupon gua tergolong dalam golongan manusia yang sering dilabel complicated,tapi kadang-kadang,gua sebenarnya sangat-sangat sempoi.memang takde cara lain lagi dah.kalo jatuh,bangun..kalo ada masalah,atasi..kalo sedih,menangis..kalo suka,ketawa..dan yang penting,semua keadaan pon cuma boleh dihadapi dengan satu cara je iaitu,hadapi je la..

tapi,err,ada satu masalah yang takleh nak dihadapi camtuh je..masalah duit..hanya duit yang boleh atasi masalah duit..so untuk hal yang camtuh baru la gua panggil masalah..hal yang takleh nak dihadapi dengan menghadapi dan tahan semata-mata tapi perlu diselesaikan secara fizikal.

cepat-cepat la pilihanraya..tukar kerajaan la weh..bengong semua benda nak naik harga..gila melampau..sape la yang bodoh sangat masih pangkah parti Barang Naik tuh..dan untuk manusia jahil yang bangkang kenyataan undi parti mana-mana boleh menentukan syurga atau neraka,ketahuilah,lu memang bodoh dan tak cukup ilmu di dada..kalo masuk jamban kaki kanan kiri pon boleh tentukan dosa pahala,nih kan pulak soal memilih pucuk pimpinan yang akan memerintah negara dan mengepalai urusan agama negara..

dah..lebih-lebih pulak gua membebel..

2 ulasan:

kaisu berkata...

maner menghilang 2 3 ari nie???
windu seh!!
huhuhu..
ceh!

broken_nigina berkata...

dalam proses memperlahankan kadar pengemaskinian blog..
huhu..