Jumaat, Jun 13, 2008

Kerawakan Pemerepekan

dah lama tak join forum kat LRO..japni jenguk,selit sket bercakap sepatah dua.sebenarnya bukan gua lupa kat LRO ke apa..ada je jenguk-jenguk,cuma tak tau nak mencelah kot mana.dulu masa awal-awal dulu gua antara pembebel yang aktif kat sana tapi sekarang dah jedi pemerhati senyap-senyap jer..takpe la..yang penting gua tetap support LRO..gua respek bro dna yang bertungkus-lumus usaha untuk hidupkan LRO.tetap tabik spring..walau gua tak aktif pon,gua tetap sokong dari belakang.harap lro dan bro dna terus maju jaya..

hmm..nak bersiap ke johor..sebenarnya tak suka digesa tiba-tiba gini.tahu-tahu je cakap nak pergi dan-dan malam nih jugak.ada masanyer,cam malas nak ke sana ke mari buat macam ulang-ulang pegi umah sebelah tapi kakak gua kat johor tuh beriya dok ajak datang sana.pakai modal tak rindu kat budak kecik ke.haih..gua nih bab nak menghampakan orang,cam lemah sket.jahat-jahat gua,mulut bebel-bebel merungut pon,gua buat jugak.susah nak tolak kalo orang ajak..ntah..tak best bila orang lain excited tiba-tiba gua nak rosakkan dengan jadi tak sporting.selalunya gua la yang terlebih excited pulak.bab berjalan,meronda nih,memang gua yang beriya.

cara gua excited macam budak-budak.walaupon kadang-kadang ke'excited'an gua tuh hanya rangsangan yang dijana sendiri,tapi gua menghayati suasana dan peranan..gua kalo bidang menghayati mood dan feel nih memang pakar.memang suka menghayati..kadang-kadang siap terlebih penghayatan..gua memang pandai berlakon.bukan berlakon dalam konsep berpura-pura dan paksa diri,tapi berlakon menghayati mood dan serap semua tuh dalam jiwa gua sampai gua betol-betol feel.macam pelakon yang menghayati watak dalam lakonan tuh la.tuh pasal orang cakap gua kuat berkhayal.imaginasi macam tak hengat.fantasi macam real.so what?perlu penghayatan untuk sesuatu tuh jadi hidup.tengok hasil seni.ada beza seni yang datang dari hati dan jiwa daripada seni yang datang dari otak..antara menulis dengan rasa dan menulis dengan fikiran,memang tak sama..cakap banyak pon tak guna..yang tahu,tahu la..tak tahu,takleh dipaksa..bukan semua manusia dalam dunia nih jenis jiwa halus pandai nak feel nak menghayati.seni sama macam lawak.kalau perlu dijelaskan,hilanglah nilai dia..lu rasa atau tak rasa,itu je..

antara benda yang paling gua tak suka dan malas..keje menjelaskan..memang teruk sikit.gua assume semua orang tahu dan faham.gua assume semua orang boleh tengok sesuatu guna level pengamatan gua.kadang-kadang cuba nak menyampaikan sesuatu,tapi orang tak boleh sampai pada tahap yang gua expectkan..frust tau tak?kita nak share sesuatu,tapi orang tak dapat nak hayati.seolah-olah kita tunjuk permata dari bintang yang bersinar-sinar kat tangan kita,tapi orang lain takleh nampak langsung permata tuh.rasanya sangat hampeh.sebab tuh gua cukup hargai bila ada manusia yang boleh nampak apa yang gua nampak exactly dengan tahap penghayatan yang gua gunakan.gua kagumi orang yang bijak.salah ke?bukan bijak bijak akademik atau bijak "kanak-kanak" yang samakan diri diorang dengan almari atau berus gigi,hidup-mati takde tujuan,takde agama dan takde tuhan.kebodohan terang dan nyata camtuh pon ramai jugak yang sanjung.gua tertanya-tanya jugak,menyebelahi dan membela orang yang buat salah nih bukan ke meletakkan kita sama macam bersubahat,tumpang saham sekali?oopss..lupa..mana boleh pertikai.antara menyatakan kebencian bila hukum diperkotak-katikkan dengan menjadi masyarakat matang yang berfikiran terbuka tidak menghakimi perbuatan orang lain,mesti la lebih penting menjadi masyarakat matang yang berfikiran terbuka.takut kalau tegur ke kritik ke,nanti dicop kolot dan tak open minded pulak.imej mesti mahu jaga beb.

melalut pulak gua.pointnya,gua suka manusia bijak yang jiwa dia dalam,penuh falsafah dan penghayatan,punya minda dan naluri yang luas.macam satu pintu,di sebalik tuh membuka satu dunia yang misteri untuk diteroka,bukan pintu yang bukak-bukak dah jumpa dinding.dah habis.bukan gua bercakap untuk memandang rendah pada orang lain atau untuk cakap gua bagus,cuma gua kagum pada manusia-manusia yang macam nih.manusia-manusia yang punya 'sesuatu'.bersama diorang macam satu pembelajaran tak rasmi,membantu luaskan jiwa kita dan rasa pemahaman kita tentang kehidupan dan jiwa manusia..

ok la..kalo teruskan lagi lagi banyak yang gua repekkan..bersiap pulak..

8 ulasan:

kaisu berkata...

heh..aku sering menjadi pelakon..
aku harapkan aku menjadi pelakon yg popular..bukan pelakon terbaik..

broken_nigina berkata...

aww..
i tak suka glemer2 u..

kaisu berkata...

huhuh...
glamour la besh..
kesukaan rmai..
dr terbaik..tp x disukai..
hurm...

broken_nigina berkata...

gua suka low profile.
:)

kaisu berkata...

huhuhu...
yela2...
sy tau anda mmg low profile..
x gitu dear?
huhuh..

broken_nigina berkata...

yes dear..
;p

kaisu berkata...

haha..x kelakar pown...
nasib baik x nampak muke..
kalo x nampakla muke aku kemerahan..tanda malu2..
huhuhu...malunyer saya..

broken_nigina berkata...

olololo..
malu-malu..