Ahad, Jun 08, 2008

Kenangan (Atau Mungkin Ingatan Yang Bodoh)

hidup dipenuhi kenangan..semakin cuba lari,semakin kita diingatkan pada segala-galanya..tapi,mungkin itu juga persoalannya..cuba lari ke gua?terasa macam gua sedang berlari,tapi menghampiri,bukan menjauhi..walau gua tau ia takkan memanfaatkan gua langsung,tapi gua masih terus mengingati..

apa yang lebih mahal pada diri manusia yang tak boleh dirampas orang lain melainkan tuhan?memori..teringat kata arwah mak gua..takde sape yang boleh rampas kenangan dari kita..tapi,masih jugak gua terfikir kadang-kadang,apa faedah kenangan?adakalanya kenangan takde beza dengan mimpi..hanya sesuatu yang tak nyata dan takleh dipegang..

renung langit..renung malam..bulan dan bintang yang cantik..tiba-tiba macam dunia berundur ke belakang dan gua dalam masa silam kembali..indah,tapi dalam masa yang sama melukakan..dan mungkin gua memang suka melukakan diri sendiri.langsung tak mengelak bila kenangan memekar dan cuba menguasai hati..gua senyum,dan sebak..

betapa kadang-kadang gua benci bagaimana kehidupan ini berjalan..gua hanya mahu berpatah ke belakang.gua hanya mahu kehidupan yang dulu..kehidupan bila segala-galanya masih jadi sebahagian dari diri gua..kehidupan bila segala-galanya masih gua kenal..gua benci kehilangan..gua benci ditinggalkan.terasa macam waktu-waktu gelap yang terlalu menghancurkan perasaan..sedaya-upaya cuba menggenggam dan mengejar..tapi apa yang cuba gua genggam dan kejari?genggaman yang kosong..berlari menurut angin..semakin gua turut,semakin gua sendiri..

rasanya gua sedang melutut mendongak langit,berbicara dengan alam bila seluruh isinya menentang gua..satu hari,akan tiba masanya bila gua perlu lepaskan kenangan dari hati gua..satu hari,akan tiba masanya bila gua perlu bunuh hati gua yang begitu..SAKIT..sesakit mana saat segalanya berlalu dari hidup gua,untuk melepaskan ia dari jiwa adalah lebih memeritkan..sesuatu yang paling gua sayangi..sesuatu yang paling gua hargai..satu-satunya..

berjalan di setiap langkah yang bagai mengulangi kembali setiap memori..di kiri,di kanan,di setiap ceruk pelusuk..sesungguh-sungguhnya,ia tak semudah yang cuba gua tunjukkan..kenangan yang terpahat di mana-mana..

gua rasa sangat pathetic....


Tiada ulasan: