Jumaat, Jun 20, 2008

"Bersyukur"

itu hari gua ada tinggal komen berjela kat satu blog,tentang isu minyak..kelakarnya dunia blog nih,wujud dua puak yang samaada terlalu lurus dan religious atau terlalu open dan liberal..yang mana salah-satu pon,cenderung untuk anggap gua menentang diorang..gua hanya menyuarakan pendapat sebenarnya,tanpa ada niat nak menjadi cool atau mencari pasal..seriously la,apa kena-mengena tahap keimanan dan kesyukuran seseorang dengan salah guna kuasa dan ketidakadilan pemerintah negara?hanya menggeleng kepala sendiri..perdebatan tak menjadikan gua hebat atau apa,tapi ia soal menyuarakan pendapat..jangan disalah gunakan pendekatan agama untuk membenarkan benda yang tak patut dan membebankan rakyat..bersyukur tuh pada tuhan.bukan pada pemimpin yang bodoh..kita bersyukur pada tuhan dikurniakan minyak,nikmat dll,bukan bersyukur pada pemimpin yang membebankan kita dengan menggunakan anugerah yang tuhan bagi..mungkin gua tak pandai sangat nak petik surah-surah,tapi setahu gua,soal menegakkan hak dan menyuarakan kebencian pada perkara yang salah juga satu kewajipan.memang la minyak kurniaan tuhan..kalo nak ikut semua benda pon milik tuhan..masalahnya membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang dikurniakan tuhan sampai rakyat 'tenat' sedangkan diorang bermewah-mewahan.isunya itu.apa kena-mengena dengan tak bersyukur pada tuhan?pemikiran yang macam tuh seolah-olah menggambarkan agama membenarkan kita untuk ditindas dan diperbodoh-bodohkan oleh orang yang tak bertanggung-jawab.jangan la sempit fikiran sangat..yang betol,kita sokong.yang salah,kita bangkang.yang dibangkang ialah kerajaan,bukannya tuhan.adakah cara mensyukuri nikmat tuhan ialah dengan berdiam diri dan patuh je pada semua tindakan manusia lain?adakah cara mensyukuri nikmat tuhan ialah dengan angguk-angguk dan geleng-geleng je walaupun tengok kesusahan dan beban yang ditanggung oleh orang lain?adakah mensyukuri nikmat tuhan bermakna terima je segala-gala yang berlaku tanpa bersuara walaupon ia adalah salah percaturan orang lain dan satu kesilapan yang sepatutnya diperbetolkan?lain la kalo ia berkaitan dengan hukum agama nak bising-bising nak bantah..haih..ini suarakan pendapat bantah tindakan kerajaan pon nak dikaitkan dengan surah dengan firman..kenapa la kecik sangat skop penilaian dan penerimaan tuh?tolong la,beb.konsep bersyukur tuh ialah bersyukur pada tuhan dengan beramal ibadat,bukan bersyukur pada kerajaan pakai ikut terima je segala dasar yang dibuat.kerajaan bukannya tuhan.bukan tuhan yang menaikkan harga minyak.bukan tuhan yang suruh kerajaan bermewah-mewahan dengan duit rakyat.bukan tuhan yang suruh kerajaan membazir hasil kekayaan daripada nikmat yang diberi di bumi malaysia nih.jangan la jadi kebudak-budakan.takde kena-mengena langsung berdebat menerangkan kesalahan pihak tertentu yang pastinya adalah manusia dan bukannya tuhan dengan tak menghargai rezeki yang ada.haih..salah gunakan konsep bersyukur untuk membutakan mata pada kesilapan manusia lain.penggunaan 'ada hikmah di sebaliknya' adalah bagi meredhai aturan takdir dari tuhan,bukan untuk membela dan menidakkan aturan perbuatan sesama manusia yang zalim.cakap banyak pon tak guna sebenarnya..akal untuk berfikir,telinga untuk mendengar,mata untuk melihat..mulut?untuk diam dan buat bodoh?gunakan mulut untuk menyuarakan pendapat dengan niat nak menegakkan keadilan..tengok benda yang salah,nak halang dengan anggota badan gua tak mampu..gila apa,mahu masuk isa kalo gua pegi serang kerajaan.nak bersuara nak menegur direct di luar gua bukan ahli politik yang ada kewibawaan untuk membangkang dan menjadi wakil kepada rakyat.the least i could do adalah membantah dalam hati dan menyuarakan pendapat gua melalui saluran kecil dalam nih..hanya itu..untuk nampak hebat dan bangga bila boleh berdebat?sungguh satu penghinaan.i'm not that shallow..bukan budak 12 tahun yang concern untuk nampak cool..gua ada akal fikiran,ada pendapat,ada penilaian,dan gua tak takut untuk suarakan keluar.tutup cerita.

broken_nigina
berkata...

pada zaman dahulu,ada seekor monyet yang memiliki kebun pisang.bila harga pasaran pisang naik,monyet yang menjual pisangnya dapat mengaut keuntungan yang lebih.oleh kerana pisang di kebun beliau adalah pisang yang berkualiti tinggi,maka beliau dan ahli keluarga tidak memakan pisang tersebut sebaliknya membeli pisang yang lebih rendah kualiti dan murah sebagai bahan makanan.apa yang menghairankan ialah,beliau merungut kepada ahli keluarga tentang harga pisang yang mahal sampai mengenakan bayaran yang tinggi kepada ahli keluarga sendiri.alasan beliau,duit banyak habis nak beli pisang,jadi terpaksa la jual mahal kat ahli keluarga sendiri.persoalannya di sini,pisang berkualiti tinggi di kebun yang dijual dengan harga mahal tu,tak mendatangkan pulangan ke?ke mana perginya duit hasil jualan tersebut?macammana ahli keluarga beliau tak marah bila dah tinggal dalam kebun pisang tapi hidup merempat semata-mata nak dapatkan pisang.

kalau kata pisang dalam kebun beliau turut diberi hak ke atas kancil-kancil lain,yang beliau bangang sangat pergi bagi tu apasal?beliau cuma ada hak 50% ke atas kebun pisang sendiri,kononnya.habis tu yang bodoh pergi bagi hak kat binatang lain tu apasal?takkan la monyet tu sungguh mulia nak bagi kancil ambik pisang kat kebun beliau tanpa dapat sebarang faedah.monyet pemilik kebun dan kancil-kancil hidup mewah kaya-raya.ahli keluarga monyet sebaliknya terpaksa menderita nak makan pisang.penyelesaiannya?monyet-monyet disaran ubah cara hidup,lepas ni makan rumput pulak.buat pembedahan tukar spisis jadi lembu,baru la tak payah makan pisang lagi.

they live happily ever after.

2008 Jun 14 22:59


Tiada ulasan: