Khamis, Oktober 23, 2014

Jawapan

jawapan tak selalunya menutup persoalan,malah kadang-kadang lebih membangkitkan tanda-tanya.tapi masih,kita tetap juga mahukan jawapan untuk apa-apa perkara.kita mahukan jawapan untuk macam-macam.kenapa sesuatu perkara berlaku,kenapa ia berlaku seperti mana ia berlaku,apa sebab dan alasan di sebalik apa yang berlaku,adakah wujud penjelasan dan hakikat tersembunyi yang mampu mewajarkan apa yang berlaku dan kerap-kali ia akan bawa kita kembali kepada persoalan pokok,kenapa ia mesti berlaku.terutamanya bila ia sesuatu yang bukan kita harapkan berlaku.

kenapa agaknya kita mahukan jawapan,sedangkan hakikatnya kita sedar jawapan takkan boleh ubah sejarah?apa yang berlaku tetap dah berlaku.yang berlalu tetap berlalu.kita tak boleh undur masa,tak boleh tukar dan baiki apa-apa.jadi kenapa,masih mengharapkan jawapan?mungkin ia berbalik kepada perwatakan seseorang juga.ada orang memang pemikirannya dijurutera untuk bergerak dengan jawapan.tak boleh hidup dengan kebenaran yang tergantung.tak boleh proses sesuatu tanpa ia sempurna dari huruf mula hingga ke noktah penyudah.dan untuk ada noktah penyudah maka perlu ada penutup yang membawa ke pengakhiran cerita.perlu lengkap seluruh buku untuk memenuhi konteks menutup buku.kalau tidak,macam mana mahu tutup buku sedangkan buku itu sendiri belum siap?ia akan jadi sesuatu yang terbengkalai,tertangguh.sesuatu yang terbengkalai dan tertangguh bukanlah sesuatu yang sudah habis dan selesai.maka ia belum selesai.macam mana mahu tinggalkan sesuatu yang belum selesai begitu saja?tak boleh,sebab ia belum selesai!itu cara gua melihat,merasa,yang dalam erti-kata lain bermaksud gua adalah salah-seorang dari manusia yang pemikirannya dijurutera untuk bergerak dengan jawapan.susah untuk gua terima sesuatu buta-buta tanpa ada penjelasan yang munasabah.setidak-tidaknya cukup munasabah untuk gua.

gua sedar.tak pernah tak sedar.dengan mengetahui jawapan atau penjelasan tentang sesuatu perkara takkan menukar kenyataan yang ada hari ini.memang indah kalau ya,macam dalam drama,dalam filem,tapi hidup di bumi nyata ni dah cukup untuk gua kata hampir mustahil kebenaran tentang semalam boleh bina kembali apa yang dah runtuh atau membatalkan semula apa yang telah tertulis dan termaktub untuk menjadi seperti yang kita mahu.pengakhiran yang sedih dengan ajaibnya menjadi "happy ending" hanya dengan membongkar jawapan sebenar.gua mahu,kalau boleh.tapi malangnya ia tak disusun untuk jadi macam tu.jadi,gua mahukan jawapan hanya untuk mendamaikan hati.cukup sekadar ia mampu jadi penyudah bagi gua tamatkan kisah dan tutup buku.tak ada benda tergantung,tak ada tali yang mengikat,tak ada beban yang mengekori,tak ada persoalan-persoalan yang buat hidup rasa terbelenggu,tak ada apa-apa yang tinggal terpendam membeku dalam hati.biar ia lepas dan bebas.walaupun itu takkan ubah hakikat kekecewaan yang gua alami,setidak-setidaknya gua tahu kenapa gua dikecewakan.bukannya sekadar kecewa tanpa sebab-musabab,tak berpunca.mungkin gua hanya mahukan alasan untuk gua maafkan dan hadam semua secara baik.meneruskan hidup dengan benar-benar meneruskan hidup.

tak banyak benda yang masih tinggal tergantung untuk gua hari ni.setiap jawapan yang gua mahukan telah gua dapat.kebenaran,kesimpulan,alasan,penyudah.walaupun tiada kesudahan bahagia,tapi paling tidak kesudahan itu ada.memadailah,untuk gua.kenapa seseorang lakukan apa yang mereka lakukan.sebab dan alasan.punca dan tujuan.mengetahui bahawa mereka juga merasa kepahitan yang sama dan apa yang terjadi bukanlah atas niat dan kemahuan tapi kerana desakan keadaan.ia melegakan,sedikit.untuk gua.

bila impian bertembung dengan takdir,tidaklah senaif itu untuk kita anggap takdir akan tunduk kepada impian.selalunya sebaliknya.sentiasa sebaliknya.melainkan kalau ada keajaiban,yang mana kita tahu terlalu jarang berlaku.gua boleh pergi lebih dari situ,terus memanjangkan persoalan dan mempertikai tapi gua tak mahu.cukuplah.belajar untuk puaskan hati walaupun berat.sebab gua tak mahu terus sakit.cukuplah gua bersusah-payah untuk bangun setelah jatuh teruk.pujuk hati yang merajuk dengan ketentuan nasib.lagi gua pertikai,lagi remuk perasaan gua.gua tak boleh mahu lebih.sebab itu hanya akan membunuh gua semula.bermain dengan perasaan dan kemahuan yang hanya mengheret kita untuk kecewa lagi dan lagi.cukuplah.noktah akhir biar jadi noktah akhir.bukan titik penyambung yang membawa kepada kesinambungan musim kedua.

maka,tulisan ini juga harus gua hentikan sebelum ia membangkit emosi yang tidak perlu.ia tamat bukan kerana gua mahu ia tamat,atau dia mahu ia tamat,atau mereka,tapi ia tamat kerana telah ditakdirkan.noktah.

 

Tiada ulasan: