Ahad, Mei 27, 2012

Ulasan

gua suka baca ulasan.maksud gua,ulasan-ulasan orang tentang apa-apa perkara yang diutarakan.tak kisahlah di youtube ke,di blog ke atau mana-manalah tempat yang orang boleh bagi ulasan.paling menghiburkan,bila si pengulas saling berperang pendapat.yang menyokong dengan yang menentang.benda yang kelakar bagi gua,selalunya orang yang anggap seseorang yang lain itu ekstrim dan sempit adalah mereka yang lebih ketara ekstrim dan sempitnya,dan mereka langsung tak sedar.macam orang yang berang dengan kenyataan yoga tu haram,atau lelaki tak patut jadi suri rumah,dan yang lain-lain yang sewaktu dengannya.lawaknya adalah apabila seseorang sibuk nak membantah tapi persoalan pokok dalam pendapat yang nak dibantah itupun tak difahami dengan jelas.

rasanya,rasanyalah,ada dua benda kot yang mentakrif sesuatu persoalan.satunya,subjek itu sendiri dan keduanya adalah keadaan di mana duduknya subjek itu.sifirnya,sebagai contoh,melakukan kegiatan yang melibatkan amalan keagamaan agama lain adalah haram maka kalau senaman yoga melibatkan amalan keagamaan agama lain,ia haram.yang haram bukannya yoga,tapi amalan keagamaan lain yang diterapkan bersama:-KALAU ia diterapkan bersama.perkataan kalau itu adalah pemboleh ubah utama,yang mana bermaksud,ia tak maktub dan bila tak maktub,bermaksud ianya terbuka.jadi,nak berang untuk apa sebenarnya?melainkan yang berang itu tak faham dan hanya tahu berang tanpa sebab.nampak kat situ siapa sebenarnya yang sempit fikiran.

apapun,ia menghiburkan.hakikatnya,kita semua manusia.kalau dah nama manusia,tak boleh tidak mesti sikit-sebanyak ada sifat berat-sebelah,ada sifat sentimen.hatta hakim dan pengadil yang dibayar khas untuk menjadi adil pun tak mampu nak betul-betul adil.bukan kerja mudah malah boleh dikatakan mustahil untuk pisahkan akal dari perasaan seratus-peratus.secerdik dan seterbuka manapun seseorang,dalam keadaan tertentu mereka tetap saja boleh jadi bodoh dan sempit.contohnya,kita cukup berfikiran luas dan matang bila membicarakan tajuk yang tak melibatkan diri masing-masing tapi bila persoalan itu terkena batang hidung sendiri,kita bertindak-balas dengan cara yang sama macam yang ditunjukkan oleh orang kebanyakan-by being defensive.dan gua sebut "kita" kerana gua merujuk kepada semua orang,termasuk diri gua sendiri.apa yang penting sebenarnya bukan untuk jadi hakim sempurna,tapi keterbukaan untuk belajar dan memperbaiki diri.sebodoh-bodoh manusiapun masih boleh mengajar kita sesuatu,kalau saja kita mahu.dan itu sebenarnya,peringatan untuk diri gua sendiri.

Sabtu, Mei 26, 2012

Sembang Kosong

gua selalu teruja,selalu beriya-iya mahu buat sesuatu,bayangkan sesuatu.ceria,bersemangat.macam budak-budak.sifat naif dan keanak-anakan yang masih tak mati dalam diri gua walaupun dengan segala pengalaman hidup yang gua hadam.ini,termasuk bab hari raya.ya,gua masih teruja dan bersemangat mahu beli baju raya,kasut raya,kuih raya,mahu balik raya.apa lagi dengan anak buah gua yang tiga orang,rasa terujanya semakin melonjak-lonjak.tengok mereka seronok,gembira,buat gua rasa kembang berbunga-bunga.macam mereka anak-anak gua dan kejayaan menceriakan mereka buat gua rasa macam gua adalah seorang ibu yang tip-top.yeah,kadang-kadang gua naik syeh terlupa mereka bukan anak-anak gua tapi anak-anak kakak gua.selingan:-menjadi ibu adalah nikmat kemuncak untuk seorang wanita.kan,sis clina?;)

apapun,gua bukan nak cakap pasal ibu.tentang sifat keanak-anakan,kenaifan.sesiapa yang kenal gua secara peribadi,yang pernah bercakap dengan gua,tahu gua selalunya bersikap macam budak-budak dan lebih menggelikan untuk disebut adalah,manja.nothing like what people would normally expect from my blog.kalau dilihat dari segi sikap yang macam naif,sesetengah orang akan anggap seolah-olah gua tak pernah terusik dek kecelaruan hidup,kekecewaan,permasalahan.tapi,terlalu banyak yang ada di sebalik apa yang kita lihat pada zahir,yang orang selalu terlupa.

gua rasa,setiap orang punya sisi gelap,ruang hitam dalam jiwa mereka.bezanya cuma besar kecil ruang itu,dan bagaimana mereka mengawalnya.gua tak merujuk kepada kejahatan,walaupun ia adalah sebahagian daripada isi ruang hitam,tapi  lebih khusus kepada sifat-sifat gelap lain yang sentiasa wujud dalam diri manusia.kemurungan,kemarahan,kebencian,kekosongan,rasa putus asa.gua tak terkecuali malah kalau mahu jujur sepenuhnya,ruang hitam dalam jiwa gua itu adalah sangat besar.

sesuatu tentang hidup,bila kita tak mampu mengawal apa-apa apatah lagi pada saat-saat di mana kita begitu terdesak mahu mengawal..ia menyakitkan,menghancurkan,dan meninggalkan parut yang dalam pada diri kita.bila kita menjerit dan meraung minta tolong,tapi tiada orang yang mendengar kerana hakikatnya kita hanya mampu minta tolong dalam hati.bila kita merayu,menyembah untuk seseorang berhenti menyakiti dan mengharu-birukan dunia kita tapi tiada yang peduli kerana hakikatnya kita langsung tak mampu bersuara.bila kita terpaksa menerima kenyataan yang paling tak sanggup kita terima tapi terpaksa terima kerana kita tak terdaya untuk buat apa-apa....all the pain,the agony..ia mengoyak hati,melapah segenap isi tulang dan gua tak maksudkan luka dek kecewa bercinta,tapi jauh lebih dalam dan lebih besar dari itu,hidup.

kesakitan-kesakitan yang merobek di bahagian paling dalam ini,ia takkan pergi ke mana-mana sebenarnya.ia kekal,sebagaimana kekalnya sesebuah ingatan dan kenangan sepanjang kehidupan.kesannya,lebih dari rasa kesakitan itu sendiri,ia mencacatkan.macam kertas putih yang selepas diconteng dan dikoyak,jadi rosak walaupun kita boleh kutip dan tampal semula.pengalaman akan menghantui lebih dari luka yang pastinya akan kering lepas seketika.untuk waktu-waktu seterusnya,ia mengekori.ia membayangi setiap kegembiraan dan kebahagiaan yang datang kemudiannya.ia meracun jiwa sehingga menimbulkan satu bentuk pemikiran yang sukar dibuang-kepercayaan secara halus yang kita tak layak bahagia,tak akan bahagia.sesuatu yang buat kita sendiri bertindak membunuh kebahagiaan yang datang,di luar sedar.self-destructive,a pain addict.ia tak membunuh kebahagiaan secara langsung,tapi membunuh kemampuan untuk bahagia,yang akhirnya akan membunuh kebahagiaan.

hakikatnya,bila gua bersikap riang dan teruja dengan sesuatu,rata-rata ia hanya di permukaan atas.manusia punya banyak lapisan,kan?berapa banyak,mungkin itulah yang mentakrif antara manusia dangkal dengan manusia yang berjiwa dalam.ruang hitam itu,ia terletak di lapisan yang paling dasar pada jiwa gua.dahulunya,hanya sesuatu yang cukup-cukup terkesan saja yang dapat tekan gua sampai ke lapisan paling dasar sehingga mampu mengeluarkan 'kegelapan' ke permukaan.dan benda ni,bila gua lihat,gua sedar yang ianya makin jarang berlaku.masa seperti tanah yang menambak lapisan menjadi permukaan lebih tebal untuk memendap ruang hitam lebih jauh ke dalam.ia bukan hilang,cuma tak mampu digali orang.

malas dah nak sambung.

Jumaat, Mei 25, 2012

Pheonix

"Kamu boleh singkirkan seseorang dari hidup dan putuskan hubungan dengan mereka, tapi kamu tak dapat halang mereka dari terus menyayangi kamu."

"Kasih-sayang tiada tarikh luput."

yang atas tu,kata-kata gua.tapi ada satu ayat klise yang orang lain kata yang gua rasa sangat hikmah walaupun bunyinya cheesy, "Cintai dirimu sebelum kamu mencintai orang lain.".the fact is,you can never love until you learn to love yourself.

//gua menulis ini dengan ingatan terhadap seseorang....
                                         

Khamis, Mei 24, 2012

Dari Hati

bila bab menyelar,menyuarakan pendapat,itu memang 'kemahiran' gua.tapi gua lemah gila dalam bab menunjuk simpati atau mengambil-berat,memberi kata-kata semangat.jujur gua tak tahu nak bertindak-balas macam mana,nak cakap apa.di pejabat bila buat panggilan dan yang bercakap beritahu 'my husband just passed away' atau 'i'm hospitalized',gua hanya akan diam sekejap mendengar kemudian 'ok' dan sambung perbualan macam tak ada apa-apa.tak ada 'i'm so sorry to hear that' atau 'hope you get well soon' etc.gua sedikit keras dalam benda-benda macam ni,mungkin.gua kaku.tak ada bakat dalam menzahirkan rasa peduli dan bersimpati pada orang.bukan tak ada perasaan,tapi,kalau dipaksa-paksa nak tunjuk,ia dah jadi tak jujur.jadi,biarlah.let people think what they want to think.kadang-kadang,di sebalik sikap yang nampak acuh tak acuh dan tak peduli,seseorang itu boleh merasa sesuatu jauh lebih dalam dari mereka yang menampakkan emosi sepenuh hati. 
                                 
*sentiasa dalam ingatan dan doa,semuanya.yang terbaik~