Jumaat, Ogos 15, 2014

kembali?

macam mana nak kata kembali kalau kita memang tak pernah pergi mana-mana?tapi,dah lama gua tak jenguk ke sini.sibuk di alam maya yang lain,yang tak bertopeng.tapi sebenarnya bukan sebab itu.apa tak kena dengan komputer gua,payah benar nak buka blog.rasa macam balik zaman purba terpaksa guna internet explorer.cuma sini yang boleh masuk.itupun sekejap-sekejap keluar 'security error'.memang saja nak suruh gua jauh dari sini agaknya.

hmm..rindu rasa nak menulis di sini.tanpa ruang gelap,ruang terpencil,walaupun gua masih boleh berbicara tapi ia seakan-akan tak sempurna.terasa ada bahagian yang tak lengkap,berlubang.gua bukan diri gua sepenuhnya tanpa sisi yang ini.rindu untuk menunjukkan rupa tanpa mempamerkan wajah.rindu berkongsi jiwa tanpa merungkai cerita.macam mana untuk boleh terus hanya bernafas dan hidup di permukaan tanpa menyelam ke dalam ke alam yang penuh sulit dan rahsia?macam mana nak terus melangkah semata-mata atas jalan yang zahir tanpa gua menyusuri liku arus di dunia jiwa dan minda?dunia rasa?mungkin permasalahannya kerana gua punya watak lebih dari satu.maka gua perlu diam di satu tempat yang membenarkan setiap watak itu untuk hidup,bukan hanya salah-satu.bahasa gua,bait kata gua,sisa-sisa toksik sampah-sarah dari otak gua yang bukan sekadar semudah lahiriah.gua tak mampu hidup bersahaja berterusan tanpa membebaskan semua itu.ah,pendek kata gua rindu broken nigina--rindu menjadi broken nigina--rindu untuk boleh menjadi broken nigina--dan rindu kehadiran teman yang membuatkan gua boleh menjadi broken nigina.

gua tak menulis lama,walaupun dalam tempoh itu otak gua masih menulis di udara,secara halimunan.semuanya lepas ke awangan,kemudian hilang begitu tanpa ditangkap di mana-mana.lahir rindu untuk bacakan kata-kata dari jiwa pada telinga yang mendengar dengan rasa.sesekali terkenang waktu menghabiskan sisa-sisa malam menyelongkar jiwa seseorang dari tulisan.sepertinya jatuh cinta di setiap pembacaan.perkenalan tanpa mengenali yang melebihi dari pertemuan zahir.bercerita secara rawak yang kisahnya lebih jelas dari luahan nyata.hanyut jauh..hanyut dalam khayalan yang membawa kepada hakiki..segala rasa yang merangsang ke syuga.memabukkan,tapi,tiada sedar yang lebih sedar daripada berada di dalam kemabukan itu.gua rindu..sayup ombak..derap hujan..langkah dan dansa yang memberi rentak kepada tuntutan hati.bila berbicara seakan-akan berpuisi dan berpuisi seakan-akan berbicara..tenggelam dalam..dalam pengertian yang dalam.

gua cuba cari sebenarnya.tapi gua tak pandai.gua lemah dalam soal mencari,apalagi mencari sesuatu yang memang tidak mahu ditemui.mungkin pencarian gua itu hanya lebih kepada membayangkan,mengandaikan,bertanya-tanya dengan diri sendiri.walaupun jarak waktu tak lama tapi kadang-kadang terasa macam dah berzaman.dari satu abad masuk ke abad yang lain.jadi gua terfikir apa yang berlaku di dunia satu lagi yang merupakan abad yang telah lalu.ajaib hidup ni bila masa menjadikan yang asing akrab kemudian kembali asing.tapi gua bukan bercerita tentang jasad tubuh,walaupun ia adalah tentang jasad tubuh,tapi lebih kepada aura dan rasa,yang datang dari jasad dan tubuh.jadi,perasaan yang macam ni menjawab hakikat bahawa gua takkan mampu hidup di dunia di mana gua tak boleh menjadi siapa gua di sini.gua perlukan ini.gua perlukan kedalaman.gua perlukan rasa yang mampu menarik gua tenggelam,dan bawa gua terbang.bukan hanya berdiri pada nyata dikelilingi segala-gala yang mudah dan jelas yang hanya sekadar apa adanya.mana mungkin gua boleh aman macam tu.gua mahu duduk di kaki langit hitung bintang tanpa gua berada di kaki langit hitung bintang dan gua mahu mampu lakukan semua tu di dalam kehidupan sebenar.

hujung ceritanya,gua masih juga berada kat sini.sama,serupa,masih insan yang sama yang membuka dunia dari luar dunia ini sembilan tahun yang lepas.percuma sungguh..sembilan tahun.gila cepat masa.tapi bila difikir balik,teramat lama sebenarnya....


2 ulasan:

deaf-angel berkata...

wahhhhhhhhh baru balik dari angkasa lepas ke?
haha.

selamat hari raya.. banyak dapat collection?

cLinaku berkata...

hurm.. saya pon rindu broken nigina.. susah skrg ni nak luangkan diri dengan broken nigina.
masa yang sangat cemburu ke atau faktor lain yg menghalang.huhu