Ahad, Jun 30, 2013


Ini Cerita Tentang Kisah Cinta, Bukan Kisah Lain

gua tulis blog sejak 2005,dan entry gua dah dekat dua ribu dalam blog ni saja,tak termasuk blog gua yang lagi empat dan juga blog-blog gua yang lain.tapi kisahnya tak habis-habis kecewa,patah hati,terluka,putus,selamat tinggal.macam tak ada jalan cerita lain.bayangkanlah kalau orang baca pun naik penat dan jemu,apa lagi gua yang tukang tulis ni.tapi gua tulis tentang perkara yang berlaku dalam hidup gua,bukan cerita fiksyen.i write it as it is.

memang gua bosan.gila apa tak bosan?gua cemburu bila baca blog orang lain.lama tak jengah tengok-tengok dah berumah-tangga,dah bahagia.hatta blogger-blogger yang pernah berhubung dengan gua dan pernah cakap cinta itu bullshit pun dah melangkah ke depan,bertemu cinta hidup masing-masing,bina masjid.gua?masih juga sama saja macam tu.tak ada perubahan,tak ada perbezaan.serupa.statik.lama mana tak dengar cerita,bila ditanya jawapannya masih juga,"sama macam dulu".

ingat gua tak cemuh ke?gua kalau boleh bila orang tanya,gua nak bagi tahu berita baru,berita perubahan.gua nak juga bila kemas-kini blog,entry yang gua muat-naik adalah cerita happy ending,walimatul urus.gua teringin bila muat-naik gambar di facebook,ianya gambar majlis tunang gua,majlis nikah.bukan soal gua nak sangat kahwin,tapi gua mahu kesudahan yang baik.gua mahu kesudahan yang bahagia,yang berkat.bukannya timbunan kisah patah hati yang kalau gua fikirkan,boleh muntah.gua dah naik loya bertemu dengan lelaki yang hanya pandai sebut perkataan cinta tapi tak berani ada komitmen,tak berani ada tanggung-jawab untuk jadikan gua isteri yang sah.

ada orang kata gua tak cukup berusaha sebab tu gua tak bertemu bahagia.ada orang lain pula kata gua berusaha lebih sangat sebab tu bahagia terlucut.sekejap orang kata gua mudah sangat lepas.sekejap ada orang kata gua pegang terlalu kuat.macam-macam.sebelah sini cakap gua terlalu negatif suka anggap semuanya tipu dan takkan jadi kenyataan tapi sebelah sana pula cakap gua terlalu mudah percaya dan terlalu suka berharap.bila gua selesa bersendiri tanpa ada hubungan serius dengan sesiapa,orang kata gua patut cari cinta.bila gua cari cinta orang kata gua patut bersendiri tak payah susah-susah fikir soal cinta.dah lumrah,manusia memang suka menghakimi,suka bagi pendapat,hujah.bila mereka tak tahu apa-apapun,mereka berlagak macam merekalah yang paling tahu dalam dunia ni.sama je semua,tak payah nak nafi.gua sendiri pun 2x5.

apa sekalipun,ini kenyataannya.gua bukan kanak-kanak bawah umur yang tak tahu apa-apa pasal hidup tapi sibuk mengeluh soal cinta.gua bukan baru semalam kenal dunia,nak kecoh-kecoh benda kecil dan nak ada-adakan benda yang tak ada.umur gua 31,bukan 13.kalau gua bercerita pasal cinta dan mahukan cinta pun,ia normal.perkara yang munasabah,masuk akal.gua bukannya terlalu mengikut perasaan.hatta bila gua kata gua kerap kecewa pun,bukannya kerana gua nak buat sedih dan berlagak macam mangsa.benda yang memang kenyataan,nak sebut macam mana lagi?dah itu hakikat.fakta,bukan auta.kalau kira dari tempoh gua tulis blog sajapun,dah lapan tahun.sentiasa gagal dalam jarak tempoh lapan tahun,masih tak berjumpa pasangan di usia yang telah mencecah 30-an,bukannya berlebih-lebih pun nak cakap kurang bernasib baik dalam kehidupan cinta dan berat jodoh.ia bukan menggembar-gembur,tapi menyatakan kebenaran.how else would you say it?

rasa lapar,nak makan nasi.malas dah nak sambung.

Enam Titik

gua lupa....adakah gua pernah tandatangan perjanjian dengan kecewa?gua harap gua boleh cakap yang gua sangkakan panas sampai ke petang,tapi malangnya gua memang dah ramal hujan akan turun di siang hari.hanya tunggu masa.macam yang gua kata pagi tadi,sesuatu yang cantik di tangan gua selalunya hanya silap mata.nampaklah nyata macam mana sekalipun,mesti ianya cuma jelmaan semata-mata.jadi ceritanya,"sesuatu yang cantik" itu memilih untuk mengghaibkan diri dari tangan gua.siapa yang terkejut?ya,tak ada sesiapa.macam dah terpatri dalam suatu perjanjian,diketahui dan difahami,ada label yang tertulis:-hubungan yang gua bina pasti takkan kekal.

sebagaimana gua tak pernah berhenti mahu capai bahagia,begitu jugalah hidup tak pernah gagal untuk musnahkannya.walau gua jaga sebaik manapun,keadaan tetap menemui jalan untuk rosakkan.gua mencuba,demi tuhan gua mencuba.tapi,nasib dan takdir tidak menyebelahi gua,tidak pernah,masih belum.mungkin suatu hari nanti....dan bukan gua berputus asa dari rahmat tuhan,tapi gua keletihan.jalan yang panjang,yang sering dibayangi oleh tanda sampai yang bohong....sampai bila....

gua benar-benar mahu percaya sebenarnya.terlalu berharap,tanda sampai seterusnya adalah yang sebenar,bukan lagi gurauan.supaya semuanya akan jadi masuk akal.sakit,pedih,calar,luka.pasti akan jadi munasabah.bila akhirnya segala dugaan dan kesakitan yang gua alami dibalas dengan keindahan setimpal.gua benar-benar mahu percaya,terlalu mahu percaya barangkali,sehingga gua jadi terdesak cuba untuk percaya pada petunjuk yang samar sedangkan gua sedia tahu ia tak menjanjikan apa-apa.ada sepanduk mustahil yang tergantung di udara dan anehnya memang gua tak pernah percaya kesudahan yang indah itu wujud,jadi kenapa dan untuk apa sebenarnya gua bersedih bila sesuatu yang telahpun gua tahu dari awal pasti berlaku akhirnya berlaku?

seperti ahli nujum dengan ramalan buruk.tak ada apa yang menggembirakan bila ia tepat.cerita basi.bila gua cuba dirikan,ia runtuh.bila gua cuba genggam,ia terlucut.bila gua berharap,ia tak kesampaian.walau macam mana gua cuba dan usaha sekalipun,ia tetap kecundang.sampai gua tak mampu lari dari mempersoal kenapa.apa lagi yang patut gua buat.apa lagi yang salah.apa lagi yang tak cukup.gua dah ikut segala langkah yang ada dalam buku panduan,tapi kenapa masih gagal?apa yang tak kena.apa lagi yang silap.apa yang terkurang.apa yang terlebih.atau sebenarnya,ada sesuatu yang tak kena pada diri gua.tiap-tiap kali,pasti sesuatu yang dihulur ke tangan gua ditarik-balik.hasrat dan fikiran yang berubah tiba-tiba.niat dan kemahuan yang pudar tiba-tiba.malah sewaktu segalanya sedang berkobar-kobar.apa sebenarnya?terlalu kerap,sehingga ia seperti bukan lagi satu kebetulan,malah seolah-olah sumpahan.

buat ke sekian kalinya,gua perlu pulangkan semula cinta yang dipinjamkan pada gua yang pada awalnya dikatakan diberi terus kepada gua.gua masih lagi yang sementara.gua masih lagi hanya untuk jadi pengalaman dan kenangan.masih lagi bukan yang terpilih.masih lagi bukan yang ditakhtakan sebagai ratu dan menjadi hak milik kekal.apa yang gua sambut setelah dihulurkan dan gua balas dengan keikhlasan,berakhir di tong sampah.mungkin kerana hati gua buruk,hodoh,dah rosak teruk sebab selalu dikelar-kelar,dipijak-pijak,dihumban,orang tak mahu bila gua bagi.hati gua dicampak ke tepi.macam sampah........

kenapalah....kenapa meminta-minta kalau sekadar untuk dibuang.kenapa jadikan gua sebahagian dari hidup hanya untuk sedar hidup adalah lebih baik tanpa gua.kenapa letak gua di sisi kalau sebenarnya tak ada tempat untuk gua di situ.kenapa perlu undang gua semata-mata untuk beritahu tak ada ruang dan kemudiannya gua perlu pergi membawa diri.kenapa perlu semua itu.alangkah baik kalau segala-galanya difikir dan dipertimbangkan dahulu sebelum berjanji,bukan sesudahnya.supaya tak perlu ada jiwa yang terluka.tak perlu ada kecewa.tak perlu palit sejarah hidup dengan pengalaman yang menyakitkan hati.gua dah ada banyak.tak perlupun untuk sesiapa tolong tambah.

mengeluh panjang....gua sering hadir pada waktu yang salah.sepertinya,ada sesuatu yang mengatur untuk gua muncul ketika masanya tak sesuai.tapi gua fikir,ia sebenarnya bukan soal waktu yang tepat,tapi insan yang tepat.bila kita bertemu orangnya,maka segala-galanya akan jadi tepat.ia dipanggil jodoh.sebab itu,apa saja alasan dan penjelasan untuk mewajarkan tindakan adalah najis.bila sesuatu terhempas kerana kita sendiri memilih untuk lepaskan tangan,tak perlulah terkejut melihat ia pecah.tak perlu susun ayat berbunga-bunga menceritakan sebab-musabab atau cuba bersikap prihatin,bersimpati,buat ucapan takziah dan bagi semangat.satu-satunya orang yang kita cuba pujuk dari merasa teruk adalah diri sendiri.tapi tak ada kanak-kanak di sini.ini dunia dewasa,dunia fakta.sendiri ambil pisau,sendiri tikam orang kemudian nak pesan jangan lupa sapu ubat,jangan lupa hati-hati?tolonglah.tak perlu bergurau.tak ada orang akan termakan,termasuk tuan punya badan.

hukumnya mudah saja.apa yang kita pilih dan apa yang kita tak pilih.tapi dah tentulah,setiap pilihan ada harganya.janganlah harapkan segalanya akan baik-baik saja bila kita dah rosakkan.janji yang dimungkiri,impian yang dikhianati.beri gua harapan palsu,sia-siakan keikhlasan gua,bazirkan masa dan tenaga gua,buat gua berusaha untuk sesuatu yang kosong,takkan nak harap gua gembira?gua takkan merayu,takkan membantah,takkan jadikan ia satu masalah,tapi tak bermakna gua takkan terluka.pun begitu,gua terluka bukanlah benda yang perlu nak diperbesar-besarkan dalam erti kata nak rasa bersalah,bersimpati.

gua bukan budak-budak.dah sedia maklum undang-undangnya.semua adil di dalam cinta dan perang.kita ada hak untuk kecewa,tapi tak ada hak untuk marah.marah kerana orang tak mahu bersama kita?marah kerana orang tak perlukan kita?marah kerana orang tak rasa kita pilihan terbaik yang ingin dipertahankan,dikekalkan dalam hidup mereka?itu bodoh.gua pun tak mahu bersama dengan seseorang yang tak rasa gua adalah orangnya.

gua tak perlukan piala kejuaraan kalau gua bukan pemenang.tidak,terima kasih.seburuk sehodoh manapun hati gua yang koyak-rabak tu,gua tetap takkan mengemis pada yang tak sudi.gua juga tak sudi dengan orang yang tak sudi.mahu pergi kerana tak mahu terikat dengan gua?pergilah.takkan gua halang,takkan gua rayu,takkan gua pujuk.mungkin gua tak selalu berpewatakan dewasa,tapi percayalah,gua dah cukup dewasa untuk terima kekalahan.pastinya ia yang terbaik,bila sesuatu yang bukan dicipta untuk kita hilang.pahit itu mesti,tapi pahit yang menjadi ubat.tak kira sakit macam mana sekalipun,membebaskan diri dari hubungan yang salah tetap lebih melegakan dari berpanjangan membuang masa dan tenaga hidup terbelenggu.jadi gua bukan berpura-pura bila gua katakan mudah untuk lepas orang yang telah membuat pilihan untuk tidak memilih gua dan gua juga bukan berbasa-basi bila gua cakap gua rasa senang kalau sesuatu yang patut tamat boleh ditamatkan sungguh-sungguh.soal pedih tak pedih,itu cerita lain.merawat luka sendiri adalah urusan gua sendiri.pupuslah apa yang seharusnya pupus.pergi dan jangan kembali,jangan kesali.

sesuatu yang cantik di tangan gua selalunya hanya silap mata.gua harap gua salah,tapi malangnya gua sentiasa betul.cuma,hanya satu saja,mahu gua doakan pada tuhan.boleh tak lepas ni,temukan gua dengan seseorang yang bila gua bagi hati gua pada dia,dia takkan campak ke dalam tong sampah lagi?

........................

Jumaat, Jun 28, 2013

=0

kadang-kadang pelik,dah beratus kali hadapi benda yang sama tapi benda yang sama masih juga menakutkan.and i really should get ready for work now.
                   

Pagi

jujurnya gua ada sesuatu yang cantik di tangan gua sekarang,tapi gua takut ia hanya jelmaan.sesuatu yang cantik selalunya bertukar jadi silap mata.ia nampak nyata tapi sebenarnya tak.jadi,lari sebelum tamat atau nikmati saja persembahan?my my..kalau saja ada tanda yang mana benar yang mana khayalan.tapi malangnya,mimpi selalunya hakikat,sehinggalah kita bangun dari tidur dan sedar kita hanya bermimpi.
                                                                 

Senang Diri

walau macam mana kita cuba bersedia untuk bersedia sekalipun,kita tetap takkan mampu benar-benar bersedia menghadapi sesuatu yang menyakitkan.ia tetap menyakitkan.
  

Khamis, Jun 27, 2013

Usaha Tangga Kejayaan(kekecewaan)

cuba memahami,dan cuba untuk difahami.berbaloikah?
           

Ahad, Jun 23, 2013


Suatu Hari Nanti..

mungkin suatu hari nanti adalah hari yang takkan tiba....

gua mahu menangis,menangis puas-puas.kenapa hati gua rasa sakit?kerana kehilangan atau kerana kecewa lagi,dan lagi,dan lagi?gua dah tak dapat bezakan.gua tak mahu putus asa,tapi sungguh,nampak macam mustahil.macam mustahil ada kesudahan yang bahagia.macam mustahil gua akan jumpa seseorang yang benar-benar menghargai gua,menerima gua baik dan buruk,bersama gua hingga ke akhirnya.

cukuplah untuk yang kali ni.rasanya gua dah letih.macam berteka-teki dengan langit.akan cerah berpanjangan kah,atau akan hujan di pertengahan.kadang-kadang seolah-olah inilah yang terakhir,yang akan berakhir di tempat tuju yang diharapkan tapi kadang-kadang ia kabur.yang mana satu?

sudahlah,cukuplah.gua tak nak dipermainkan oleh harapan lagi.dah banyak kali.gua minta,gua harap,ia berakhir di sini.biar gua sakit seorang diri dari dipermainkan harapan.gua bukan peminta sedekah yang perlukan ihsan orang untuk menerima gua seadanya,mencintai gua.mungkin gua bukan wanita paling baik,paling mulia,tapi gua masih ada harga diri untuk tak mengemis kasih-sayang orang.gua boleh hidup dengan diri sendiri.gua boleh sayang dan jaga diri gua sendiri.

gua mahu berharap,mahu bermimpi,tapi gua rasa gua dipersendakan oleh impian yang tak berpijak di bumi yang nyata.mungkin ini satu hukuman untuk gua.dan kalau ia hukuman,gua rela terima.biar gua lepaskan segala-galanya,untuk kali yang entah ke berapa.

gua mahu bersendiri.sesuatu yang cantik jangan dipecahkan.bila dah pecah,ia tak mungkin kembali seperti asal.dah musnah,dah rosak.gua dah tak berharap.gua dah tak mahu.gua hanya mahu bersama diri sendiri ketika ni.kalau gua tak layak,gua juga takkan menyembah mengharapkan penerimaan.

adakalanya gua tertanya-tanya,sebodoh mana seorang manusia tu untuk ulang kesilapan yang sama walau dah berkali-kali terkena.apa dah jadi dengan "sesuatu yang baik takkan berlaku di daerah hitam".gua bermimpi lagi.bermimpi mengharapkan padang jarak padang tekukur boleh bertukar menjadi taman indah.inilah balasan bila terlalu kuat berangan.angan-angan mat jenin.

it's over..even if it's not,i want it to be over.i rather be alone.i'm better off alone.kenapa mesti tipu berjanji sesuatu yang kita tak sanggup tunaikan?kalau tak mampu beri,jangan tawarkan.kalau tak mampu tahan,jangan diuji.it's a lie.sudah lah.tutup buku.

Jumaat, Jun 21, 2013

Percaya?

choose faith over worry,so they say.tapi gua tak rasa gua sanggup untuk 'have faith' lagi.gua bukan cakap pasal iman atau agama,cuma pasal rasa percaya terhadap seseorang,rasa bersangka baik dan yakin tentang kesudahan yang indah menanti di sebalik dugaan yang datang.gua bukan berfikiran buruk sebenarnya,tapi berfikiran baik.perjuangan belum tamat selagi manusia masih punya harapan,namun soalnya,benarkah ia belum tamat?

kadang-kadang gua rasa manusia berselindung di sebalik watak tabah untuk melarikan diri dari kenyataan.kita gunakan harapan sebagai perisai dari menerima kegagalan.macam mesin penyambung hayat yang memberi nyawa palsu pada jasad yang dah mati.kita jadikan cekal bertahan sebagai alasan untuk terus berpaut sedangkan hakikatnya kita hanya berpaut kerana kita lemah,kita takut untuk lepaskan tangan.pejamkan mata dari melihat noktah penamat tapi ia tetap takkan halang penamat,sebaliknya hanya menghalang kita dari melangkah ke depan.kita guna 'faith' untuk menipu diri sendiri.meniti hidup dari hari ke hari dengan bersandarkan harapan terhadap esok,tanpa menyedari yang kita lebih banyak membuang masa menunggu bahagia daripada menikmati bahagia.bahagiakah?

mungkin garisnya terlalu tipis.di antara menjadi tabah dan percaya atau sekadar menipu diri sendiri dengan harapan kosong,bila-bila masa saja boleh berselisih.kemampuan untuk mengenal-pasti sempadannya adalah pembelajaran seumur hidup.entahlah.di kedudukan gua berada sekarang,gua hanya mahukan perjalanan sederhana yang mampu sampai ke tempat tujuan,bukan kisah pengembaraan gah yang sarat dengan macam-macam unsur 'fairytale',keajaiban,hikayat hebat tapi sekadar menjadi selingan sejarah.

i don't want another adventure.i just want real.
                                 

Rabu, Jun 12, 2013

Hati

irama yang hanya gua mampu dengar.sendu yang hanya gua mampu rasa.'blues' dalam hati,kalau ia masih layak dipanggil hati.menyedihkan?cahaya selalu diiringi bayang hitam.dan siang sentiasa diekori oleh malam.yang dan yin yang tak terpisah walau dunia sering menyaran untuk manusia hanya tertumpu pada kecerahan.hmm..mainan jiwa dan minda gua.mungkin sebenarnya,apa yang memilukan bila kehilangan seseorang bukanlah kerana kita tak mampu hidup tanpa dia,tapi hakikat sebaliknya,kita mampu....