Ahad, Oktober 07, 2012

Twisted

dari dulu gua memang selalu tertarik pada lelaki yang 'jiwa menderita'.mungkin sebab ianya lebih mudah untuk saling mengerti dengan mereka.tapi saling mengerti itu juga yang buat gua mengerti,menutup pintu dan menafikan kewujudan gua bukanlah sesuatu yang begitu payah untuk mereka sebab seperti gua,mereka juga memiliki sesuatu yang selalunya dimiliki oleh golongan 'jiwa menderita' iaitu kemahiran membekukan perasaan.our heart comes with a 'shut down' button.tapi sebagaimana gua mengerti mereka mahir membekukan perasaan,gua juga mengerti membekukan perasaan bukanlah satu kelebihan seperti yang kebanyakan orang sangkakan.ia seperti menjadi lumpuh dan membiarkan tubuh kita disiat-siat,dikelar-kelar tanpa mencuba langsung untuk hentikan.jadi kalau kita masih mampu merasa sakit sehingga kita masih mahu kesakitan itu sembuh,bergembiralah.at least that means we can still feel our own feelings.
                                                                

Tiada ulasan: