Selasa, Oktober 09, 2012

Esok Milik Esok

mungkin suatu hari nanti gua akan jumpa pasangan sebenar gua.mungkin gua akan nikah,akan berkeluarga.mungkin gua akan jadi macam manusia normal lain yang melalui peringkat-peringkat hidup secara fitrah.mungkin gua akan ada anak-anak,ada tanggungan,ada pelbagai komitmen.mungkin.tapi,mungkin juga tidak.

hakikatnya gua tak tahu apa yang akan berlaku.percaturan hidup,takdir,masa depan.kita semua tahu ketentuan waktu sentiasa punya cara tersendiri untuk mengucar-kacirkan perancangan yang kita buat.kita mungkin sediakan payung sebelum hujan,tapi akhirnya yang datang mungkin ribut taufan.kita masih basah-kuyup,masih tak mampu menghalang apa-apa.jadi mungkin gua tak begitu percaya pada pegangan 'sediakan payung sebelum hujan','bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian',pun,tetap tak bermakna gua anggap hidup ni senang-lenang.segala-galanya terpulang pada pemikiran peribadi masing-masing.

mungkin gua rasa lebih puas menikmati cuaca cerah dengan sepenuh-penuhnya sambil depakan tangan daripada habiskan separuhnya memikirkan hujan yang belum turun,membataskan tangan dengan memegang payung.mungkin juga gua mahu bersenang-senang di kesempatan yang ada daripada bersusah-susah untuk sesuatu yang kabur.mungkin matlamat hidup gua adalah ketika ini,bukan esok.mungkin gua mahu kecapi setiap detik yang ada kerana gua tak tahu bila gua akan mati.mungkin gua tak buru esok kerana gua tak pasti esok itu untuk siapa.mungkin bahagia itu adalah menghabiskan masa tanpa perancangan,tanpa kerisauan.mungkin dan sejuta mungkin.soalnya,siapa yang boleh tentukan mana yang paling tepat?sedangkan bumi ini bulat dan manusia itu rawak.macam baju,lain orang lain saiz.macam makanan kegemaran,minuman kegemaran,wayang,buku.soal selera,soal selesa.apa yang kita rasa elok untuk kita,belum tentu elok untuk orang lain.

sasaran gua mungkin berubah-ubah,tapi hidup kan memang sentiasa berubah-ubah.apa sangat yang tetap dalam dunia ni?semalam mungkin sasaran gua mahu kumpul duit untuk bina rumah-tangga,tapi hari ni kumpul duit untuk bina rumah-tangga langsung tak ada dalam senarai.bukan kerana menjadi lalang,tapi pengubahsuaian pemikiran mengikut keadaan semasa.gua tak anggap hidup ni mudah,cuma gua permudahkan hidup.ikut arus.tapi ikut arus itu juga berbeza tafsiran pada setiap orang.gua ikut arus dari segi matlamat,cita-cita.hadapi apa yang datang bila ia datang dengan cara yang sesuai sewaktu ia datang.

cerita antara gua dan dunia nyata yang semasa.hidup yang luas dan banyak cabang.ada pengagihan,ada pembahagian,ada timbang dan ada taranya.gua turut arus semasa dengan keterbukaan dalam menetapkan arah tuju hidup.perihal-perihal kebendaan yang bersifat zahir.duit,kewangan,kerjaya."di mana anda 5 tahun akan datang?"gila,siapa tahu?daripada gua habiskan 5 tahun sebelum sampai 5 tahun,lebih baik gua nikmati 5 tahun sebelum habis 5 tahun.lagipun,katakan gua tahu,siapa kata gua perlu beritahu orang lain?

perkara-perkara kebendaan,hanyalah perkara ringan yang gua rasa boleh diubah-suai mengikut keadaan yang berlangsung.justeru punya cita-cita,pada diri gua adalah naif.tapi itu diri gua.apa yang gua mahu semalam,belum tentu masih sesuai untuk gua mahukan esok.pokok-pangkalnya,siapa tahu?apa tujuan gua umumkan pada dunia tentang cita-cita kalau gua sendiri maklum gua takkan tahu apa gua mahu di masa depan.sebab manusia berubah,begitu juga kemahuan.

mungkin penerimaan gua tentang dunia seperti kebudak-budakan dan terlalu acuh tak acuh.kalau dianggap tak bersungguh-sungguh,itu sudah kebiasaan.memang kenyataan berapa kali sangat dalam hidup ni gua pernah nampak bersungguh-sungguh?hatta waktu menceritakan benda serius,meluah rasa,gua masih bercerita secara main-main sambil tergelak.tapi itu terserah.kalau sesiapa mahu melihat terbatas pada yang tergambar secara zahir,terpulang.anggap saja gua seorang yang suka main-main,tak serius.gua malas sebenarnya.kerja membetulkan andaian orang yang sememangnya salah hanya akan nampak macam menegakkan benang yang basah.jadi lebih mudah bersetuju saja.ikutlah.tafsir semahunya,sepandainya.gua apa saja yang lu mahu fikirkan.kita lihat apa yang kita mahu lihat,kan?

apapun,takdir manusia berbeza-beza.maka keutamaan manusia juga berbeza-beza.tanggungjawab yang tak sama.bebanan yang tak sama.bukan gua yang pikul beban di bahu orang lain dan bukan orang lain juga yang pikul beban di bahu gua.lain berat,lain kekuatan.melainkan kalau betul-betul kita boleh bertukar peribadi dan kehidupan dengan orang lain,baru kita akan betul-betul faham dalam ertikata faham yang sebenar-benarnya tentang orang lain.orang cakap rumput kat seberang selalunya memang nampak lebih hijau.kita tengok orang banyak tanggungjawab,banyak bebanan,kita fikir dia malang tapi hakikatnya mungkin saja dialah orang yang cukup bahagia kerana amat diperlukan orang lain.kita tengok orang hidup bebas,tak ada tanggungjawab,tak ada bebanan,kita fikir dia bertuah tapi hakikatnya mungkin saja dialah orang yang sedih kerana hakikatnya tak diperlukan sesiapa.dan juga sebaliknya.orang kaya-raya yang tak perlu bersusah-payah cari harta,mungkin bergelut dalam membuktikan diri.sungguh-sungguh,kalau kita sarung kasut orang lain dengan betul-betul menyarung pakai,mungkin kita dapat memahami sedikit lebih.hidup dipandang remeh,diperlekeh,dianggap tak tahu apa-apa,benarkah seindah itu?atau hidup penuh susah-payah,penuh kesempitan,tapi dihormati atas pencapaian sendiri,benarkah sepahit itu?kita tak tahu.takkan pernah tahu.

perlu ke gua hurai panjang-lebar sebenarnya tentang apa impian gua,apa pengharapan gua?soal harta,soal nikah-kahwin,dan apa-apa saja.bukan benda misteri pun.jawapan yang memang sedia ada kalau mahu difahami.tak susahpun.secara wajarnya,siapa yang gila sangat tak mahu bahagia?tak ada orang kot saja-saja nak kecewa dan bercita-cita untuk gagal tiapkali buat apa-apa.kalau gua bercinta dengan diri sendiri,gua pun belum rosak akal saja-saja nak patahkan hati sendiri.orang yang bercakap kadang-kadang macam lupa yang kita hanya boleh bagi keikhlasan pada seseorang tapi tak mampu kawal kalau orang tu mahu campak dan sia-siakan keikhlasan kita.sibuk bercakap pasal qadak dan qadar,pasal takdir penentu segalanya tapi bila mempersoalkan seseorang,tiba-tiba macam lupa apa yang berlaku pada dia adalah suratan dari Dia.soal jodoh,soal pasangan.kalau kita dapat apa yang kita dapat dengan mudah,baguslah,bersyukurlah.belum tentu semua orang bertuah macam tu.tak semestinya bila tuah tak memihak,bermakna kita tak mahu,tak berusaha,sengaja lari dari fitrah.

mungkin penat agaknya bila diaju soalan-soalan yang memang gua tak ada jawapan.lainlah kalau gua ada pen dan boleh karang perjalanan hidup gua sendiri.guna akallah.kalau gua ada jawapan,tak perlu sampai orang tanya gua dah bereskan semuanya.apa yang patut gua buat?berguling-guling atas tanah meraung-raung kesalkan nasib sendiri?atau paksa diri tangkap muat apa saja yang boleh dikaut demi memenuhi kehendak masyarakat atas dasar 'itulah fitrah keperluan manusia'?mungkin gua bukan manusia yang terbaik dengan formula terbaik untuk meniti kehidupan yang terbaik,tapi sekurang-kurangnya gua mencuba untuk menghadapi hidup dengan sebaik mungkin.pusing-pusing ceritanya tetap satu.gua tak tahu.tiada siapa yang tahu.esok adalah sesuatu yang kita takkan jumpa hari ini.

~sehingga esok.
                   

Tiada ulasan: