Ahad, Februari 26, 2012

Persendirian

ada masa dalam hidup,kita boleh menjadi ragu dan hilang arah tuju-walau sekuat dan seyakin mana pun kita fikir tentang diri kita sendiri.sukar untuk dijelas dan diperincikan.tiba-tiba semuanya terasa salah dan mengelirukan.pilihan kita,pendirian kita,jalan hidup kita,sehingga ke senyata-nyata hal -kursus pengajian,kerjaya,malah jenama pencuci muka dan membawa ke seghaib-ghaib perkara tentang keimanan,dosa-pahala,agama.adakah kita siapa diri kita yang seharusnya atau kita masih lagi di peringkat 'percubaan' dan tak menyedari kalau-kalau hidup kita sebenarnya masih lagi belum bermula.adakah kita siapa kita fikir diri kita atau kita sedang hidup dalam kehidupan yang salah?

kita hidup dengan merasakan kita telah menemui diri yang sebenar untuk tiba-tiba bangun di suatu hari dengan pertanyaan,siapa orang yang melihat kita kembali di dalam cermin itu?kita melihat diri sendiri dengan rasa yang asing dan tiba-tiba segala yang kita kenal,kita pegang,terasa tak lagi membawa pengertian.kita tak lagi tahu dan tak lagi pasti.jiwa kacau.tiba-tiba kita adalah bayi yang harus belajar segala-galanya dari mula kembali.tsunami kehidupan.tsunami minda dan jiwa,juga perasaan.bila badai besar menghempas dan mengubah susun atur muka bumi yang telah lama sebati di hati,kita terkesima dan jadi bingung seketika.otak memerlukan masa untuk menghadam perubahan yang ketara.kita terkaku dalam kegoyahan,keraguan,kecelaruan,ketakutan.melihat sekeliling yang ranap dan bertanya-tanya,macam mana nak mula kembali.dari mana nak mula kembali.apa yang patut dimulakan kembali.adakah kita perlu bermula kembali.lemas dan karam dalam persoalan yang tak dapat dirungkai.berjalan hampir ke hujung perjalanan untuk sedar sebenarnya perjalanan sebenar belum lagi bermula.'false start'.menakutkan sebenarnya.macam membuka buku dan kita tiba-tiba dah tak boleh membaca huruf-huruf yang tertera.

gua,hanyalah manusia biasa.silapnya kerana selalu terlupa manusia tak boleh sepanjang masa bergerak dan bertindak.kadang-kadang,tak bertindak itu adalah tindakan yang terbaik.otak yang berkeladak,bila dipaksa untuk menghasilkan buah fikir yang tepat,maka akan lahirlah lebih banyak akal-akal sampah.mata yang sedang dikelabui habuk dipaksa buka untuk mengamati dan sesungguhnya,hanya menambah kekaburan.untuk sesetengah orang yang selalu mengambil masa terlalu panjang untuk bertindak,gua pula adalah mereka yang tidak tahu mengambil masa sebelum bertindak.keserabutan dan kekacauan yang terpantul pada gerak-geri gua itu,bukan secara langsung berkait kepada perkara yang gua tempiaskan berontak,sebaliknya hanyalah kekacauan dalaman.dan pengubatnya cuma satu.diam.diamlah.diamlah dan tenangkan amuk jiwa.diamlah dan muhasabah kembali segala-galanya.diam dan rehatlah kerana lu dan gua tak perlu selalu memikul beban dunia di bahu.tenang yang mencangkup kejiwaan bermula dari sekecil-kecil nikmat.duduk,tarik nafas,dan kebahagiaan boleh datang walaupun dari segelas kopi.

seperti kata dia.kenapa mahu gusar?dalam banyak-banyak kekecewaan yang kita alami,yang kerap kita lupakan adalah kesenangan lain yang diberi.lalu gua cuba mencari kepuasan dalam keseronokan yang kecil-kecil,yang semoga bila dikumpulkan mampu menenggelami kehampaan yang gua fikirkan begitu besar.ambil masa berehat.dan melangkah semula,bila gua betul-betul dah bersedia.bertatih di muka dunia dengan tangan yang luas terbuka.*senyum*

Tiada ulasan: