Isnin, Disember 19, 2011

Yang Mudah

hati rasa apa yang hati rasa dan apa yang munasabah hanyalah ia memang tak munasabah.bercakap panjang-panjang lagi,adalah buang masa.tak ada benda yang kekal,kan?agak-agak dah hilang nikmat,gua berhenti.tak ada siapapun cakap sekali buat kena buat sampai mati.kalau kerajaan yang gah pun boleh berakhir,setakat blog ni apalah sangat.gua datang gua pergi,ikut rentak gua sendiri.gua tak perlu memenuhi aturan sesiapa.hidup gua memang mudah pun.daripada dulu.kalau gua rasa nak hilang,gua hilang.kalau gua rasa nak menjelma,gua menjelma.gua hanya jiwa bebas yang tidak terikat di mana-mana.bukan soal apapun.cuma gua buat benda sebab gua suka buat benda dan gua berhenti buat benda sebab gua dah tak suka buat benda.mudah je pun percaturannya.orang yang rumitkan.tak faham buat faham.gua senyum-senyum.sebab hati lapang.ketawa lepas.
           

Tiada ulasan: