Sabtu, Mac 03, 2012

Garisan

tak ada istilah tepat untuk gambarkan apa yang gua rasa sekarang,selain daripada aneh dan bingung.nampaknya jauh lagi untuk kehidupan kembali rasa biasa.macam gua tercampak dari satu alam ke satu alam yang lain dan semuanya berlaku berturut-turut dalam jangkamasa pendek.i'm still struggling to digest what is going on either with my life or my body.

sepanjang kehidupan yang nak mencecah 30 tahun ni,gua sebagai manusia yang tak maksum dan amat lalai akui banyak lakukan perkara yang gua langsung tak bangga.kadang-kadang,gua meragui diri sendiri,rasa teruk,jahat,jijik dan gua rasa seperti telah menyakiti orang-orang yang meletakkan kepercayaan mereka terhadap gua walaupun tanpa mereka sedari dan sebenarnya menyakiti orang yang tak sedar dirinya disakiti itulah yang buat gua rasa lebih teruk.guilt if not the worst is among the worst feelings one could ever endure.pembohongan tak pernah menjadi kaedah terbaik untuk melindungi perasaan orang yang kita sayang,melainkan hanya memberi kegembiraan palsu kepada mereka dan melihat mereka menikmati kegembiraan palsu membunuh diri kita dalam diam.tapi,dalam sesetengah keadaan,kita tak ada pilihan.rasa bersalah yang kita pendam,itulah hukuman yang harus kita tanggung.hidup dalam 'almari' yang menyesakkan.bukan salah sesiapa.sebagai manusia dewasa yang tahu macam mana untuk berfikir,kita bertanggung-jawab ke atas setiap tindak-tanduk sendiri.baik atau buruk,adalah di atas bahu kita,bukan orang lain.tiada alasan dan hujah bela.kelemahan kita adalah kelemahan kita.just like the saying.berani buat,berani tanggung.

beberapa bulan kebelakangan ni,fikiran dan perasaan gua mengalami pergolakan yang besar.hormon tidak seimbang.heh.@##$%^&%*^&.gua selalu anggap diri gua sebagai seorang yang sihat walafiat,bebas dari segala bentuk gangguan kesihatan jadi gua agak celaru daripada merasa sihat dan terkawal kepada kecamuk jiwa yang yang bertali-arus dan akhirnya ia beralih kepada,menjadi seorang manusia yang 'sakit'.sakit?sakitkah gua?berlawanan kepada orang yang sering menganggap apa saja yang mengganggu perasaan itu menyakitkan,gua bermasalah untuk mengenalpasti kesakitan.gua sukar nak membezakan samaada gua sedang baik-baik saja atau sedang sakit.baik dari segi tubuh badan ataupun perasaan.untuk gua merasa yang gua memang sakit memerlukan kesakitan yang benar-benar sakit.memang gua lahir dengan deria tindak balas rasa yang kurang peka.kadang-kadang sedikit macam robot,kaku dan kosong.jadi memang gua rasa pelik.being hospitalized and went through a procedure under anesthetic and having the nurses giving me pain killers to kill the pain which was not there.it's just so weird.was i supposed to feel any pain?or was i in pain?i don't feel any pain.then why should i kill the pain if there's no pain?haih..perasaan yang sangat pelik dan bercakap tentang itu buat gua sangat tak selesa.

gua sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dan mahu pulihkan segala-galanya.mahu kembali 'seperti biasa'.i just want to move forward,bersihkan otak dari sampah-sarap yang menyumbat.hidup yang bebas dari penyesalan-bukan kerana mahu menidakkan kesilapan dan kelemahan yang wujud tapi sebab gua sedar gua tak boleh ubah setiap keputusan dan pilihan yang telahpun dibuat.bila kita di persimbangan,dan pertimbangan akal yang serba tak sempurna mendesak kita memilih jalan tertentu,maka mahu tak mahu kita terpaksa lupakan saja jalan lain yang tidak kita lalui.mungkinkah ia lebih baik dari jalan yang telah kita ambil?kita takkan tahu,sebab sesuatu yang tak berlaku itu adalah apa yang tersurat untuk tak berlaku.the road not taken.kita tak boleh undur masa.

there are few things here and there that i wish i could change.kata-kata,perbuatan,yang kalau boleh nak gua tarik balik tapi apa guna berkalau pada benda yang memang terang tak mungkin.ini bukan pertama kali gua lalui tempoh di mana gua rasa diri gua sangat terdedah dan rapuh,dan worthless.i've been through this before,even worse than this,tapi masih ia menguji kecekalan.gua benci perkataan 'telenovela' macam tu,cekal,tabah,bla bla bla tapi itulah kenyataannya.nak tak nak gua kena keraskan diri untuk teruskan langkah walaupun bukan senang nak tunjuk lagak wira bila di dalam kita rasa macam sampah busuk.gua perlu korek cari ego dari segenap ceruk untuk angkat kepala semula.to held my head high,kata orang putih.

jujur cakap,gua seboleh-bolehnya mahu teruskan hidup sebagai manusia bebas yang tak terikat pada apa-apa.memang gua macam tu selama ni.perasaan kebergantungan yang wujud terhadap apa-apapun buat gua jadi rimas dan sesak.gua tak boleh.gua lebih selesa dan perlu untuk rasa gua boleh bergerak ke mana-mana tanpa halangan.itu diri gua.gua tak mahu rasa terperangkap di mana gua tersekat dari melangkah ke mana-mana dan kerana gua sendiri tak selesa dengan keadaan tu maka gua juga tak mahu letakkan sesiapa dalam keadaan yang sama disebabkan gua.gua tak mahu menjadi tanggung-jawab sesiapa kerana gua adalah tanggungjawab diri gua sendiri.setiap gerak-geri gua adalah di antara gua dan diri gua jadi tak ada sesiapa perlu memikulnya untuk gua.

berada di dalam keadaan yang memaksa gua untuk 'bergantung' kepada orang lain,sebenarnya sesuatu yang sangat tidak menyenangkan.segala-galanya,kalau boleh gua nak hadapi sendiri dengan kudrat sendiri tapi adakalanya nak tak nak gua terpaksa merendahkan diri meminta bantuan orang.entah lah.gua benci bila terasa diri menyusahkan orang,menjadi beban pada orang.gua bukan jenis yang macam tu.gua tak pernah rasa gua ada hak ke atas sesiapa kerana setiap manusia itu bebas dan begitu juga sebaliknya.antara benda yang paling gua tak suka bila melihat riak muka orang yang berkerut-kerut mengeluh bila memberi pertolongan.sumpah,kalau ada pilihan gua lebih rela terkial-kial sendiri daripada menerima bantuan orang yang merasakan pertolongan yang diberi itu adalah suatu beban kepada mereka.sebab itu,daripada dulu gua ingatkan diri gua supaya 'berkebolehan' melakukan banyak benda sendiri supaya gua tak perlu banyak minta tolong dengan orang.tapi,macam gua cakap,kadang-kadang kita terpaksa rendahkan diri juga untuk minta tolong dengan orang sebab kita manusia takkan mampu buat segala-galanya sendiri setiap masa.

ada beberapa benda,atau lebih tepat manusia,yang perlu gua suai dirikan dalam kehidupan gua sekarang ni.gua dah lupa sebenarnya nak mendapatkan keserasian dengan seseorang tu memerlukan usaha dan tolak-ansur yang tinggi.mungkin sebab gua tak pernah perlu terlalu berusaha selama ni.terbawa-bawa dengan masa silam-seharusnya-bila masa silam itu merupakan hampir keseluruhan hidup kita.macam mana gua nak nafikan.sesuatu yang telah ada lama buat kita jadi sebati maka beralih ke sesuatu yang lain bukanlah semudah itu.mungkin gua malas.tak larat nak hadapi tempoh kacau-bilau dalam mencari kesesuaian.rasa leceh nak mengenali dan memahami dari awal semula.macam menyediakan masakan yang memerlukan setiap bahan mentah dikoyak dikupas diadun sebelum boleh dihidang.gua bayangkan segala-galanya harus siap terhidang dengan serta-merta.cuma tinggal untuk melantak.apa yang gua nak adalah cepat dan segera,dengan sekelip mata.maka bila sesuatu tak berjalan sepantas yang gua harapkan,gua mula kecewa dan cuak.gua lupa tentang 'sabar'.

apapun,segala-galanya adalah di luar kawalan kita.dalam bab perasaan dan perhubungan ni,tak boleh tidak bila hati kita 'ditangkap' jawabnya memang kita akan terperangkap.jadi kepada orang yang mementingkan kebebasan diri,terpaksa terima hakikat kita tak lagi bebas seperti sebelumnya walaupun kita cuba dan mahu percaya kita masih bebas.hatta kalau kita pilih untuk melawan rasa hati sekalipun,kebenaran tetap takkan ke mana-mana.kita lebih tahu apa yang kita rasa.bersikap tidak kisah pada luaran tidak menghapuskan rasa sayang yang ada di dalam,selama ia ada di dalam.langkah lebih mudah,terima saja hakikat bahawa diri kita telahpun 'diikat' nyata atau tidak.

apa yang akan berlaku seterusnya daripada sini?gua tak tahu.tak ada siapa tahu.pada 'masa silam' yang masih lagi berlegar-legar bebas di kehidupan nyata,berapa silamkah harus silam itu menjadi silam untuk ia benar-benar boleh dianggap sebagai masa silam?que sera sera.perjalanan belum sampai ke titik mutlak di mana hanya ada satu tali yang menyimpul mati maka,tunggu dan lihat sajalah.walaupun,gua tak rasa masa untuk satu tali menyimpul mati itu akan tiba di dalam hidup gua ini.


Tiada ulasan: