Jumaat, Disember 16, 2011

Bebas Prasangka

di sini adalah tempat pembebasan gua,tempat pelepasan gua untuk lari dari dunia yang lebih gemar melihat dan mendengar apa yang mereka mahu daripada memahami kebenaran.mereka ada cadangan bernas tentang apa yang harus dan apa yang tak harus dan apa-apa saja yang lari daripada itu dianggap salah.dan gua terpaksa bertolak-ansur dengan semua itu.menyimpan jiwa yang sebenar-benar kerana seringkali menjadi gua adalah salah.mereka tak mahu gua yang sebenar,mereka hanya mahu gua dalam bentuk lebih baik menurut apa yang baik pada mereka.asalkan mereka puas,mereka tak kisah untuk menerima kepura-puraan.tapi di sini,gua boleh membuka topeng dan menjadi gua sebenar-benar gua.ia adalah syurga pada mereka yang perlu hidup dalam almari kerana tidak mendapat 'kelulusan' masyarakat.malanglah kalau syurga itu juga sudah hilang nikmatnya.jadi pedulikan saja.gua mahu jadi gua,sejujurnya gua.
       
layankan lagu escape daripada metallica lagi dan lagi.
   

1 ulasan:

ghost berkata...

lu boleh faham apa yang dorang lihat dan dengar?