Jumaat, Disember 09, 2011

Urus Niaga Cinta

bila gua imbau balik,gua sedar kenapa kita selalunya sanggup terseksa untuk bersama dengan orang yang kita idam-idamkan.ringkas saja penyebabnya.soal hati dan kemahuan.kalau dia yang kita mahu,hati hanya akan rasa puas kalau dia yang kita dapat.sebab tu kita terus mengejar dan mengejar.semuanya demi memenuhi tuntutan hati dan memandangkan bahagia itu datangnya dari hati maka masuk akallah kalau kita mahu mengutamakan kemahuan hati:-untuk kebahagiaan diri sendiri.

gua tak rasa itu salah.berusaha mengejar impian adalah sebuah keberanian yang belum tentu ada pada setiap orang.untuk jujur pada hati dan berjuang mendapatkan apa yang kita mahu,sebenarnya melambangkan kekuatan diri.cuma,kita kerap lupa.cinta tak macam sebarang impian yang boleh kita capai hanya dengan berusaha bersungguh-sungguh.tak macam cita-cita untuk tingkatkan kerjaya,kumpul harta.cinta adalah paduan dua jiwa maka ia takkan menjadi dengan penglibatan sebelah pihak semata-mata.sehebat mana pun kita berjuang,tapi kalau hanya sendirian,ia takkan menjadi.seperti kerjasama yang memerlukan kerja dan sama,cinta memerlukan usaha secara dua hala.

kita cenderung untuk terleka sebenarnya.dalam memburu apa yang diimpi-impikan,kita hanya memandang ke arah sasaran.kita kejar dan kejar,dan dalam tempoh mengejar kita terlepas pandang pada sempadan yang memisahkan antara kejujuran hati dan kegilaan.sebelum kita sedar,kita dahpun menjadi gila dan ketagih sehingga apa yang konon-kononnya 'perjuangan' telah bertukar menjadi ketaksuban.macam dadah,macam judi.kita terus-terusan mahu dan tak boleh berhenti.bukan kerana ia keperluan,sebaliknya hanya ketagihan.tak susah malah terlalu mudah untuk manusia masuk ke dalam perangkap hati lalu keliru membezakan antara perasaan sejati dengan menurut tuntutan hati membuta-tuli.kita fikir kita bahagia dengan macam tu,tapi sebenarnya,adakah kita betul-betul bahagia?

ada waktu-waktu dalam hidup bila kita perlu pisahkan antara hati dan akal.di bawah pengaruh dadah,adalah sia-sia untuk berfikir secara waras tentang mudarat yang kita tempah.maka macam itu juga cinta.cuba pisahkan seketika perasaan peribadi yang ada dan renungkan kembali dengan pemikiran yang benar-benar wajar.apa sebab utama yang membuatkan kita kejar apa yang kita mahu?sebab kita nak bahagia,kan?jadi dalam tempoh menggapai bahagia tu,berapa banyak kegembiraan yang kita nikmati dan berapa banyak pula kedukaan yang terpaksa kita telan dari sehari ke sehari?kalau dinisbahkan,seimbangkah?

kita mahu cinta kerana ia melengkapkan jiwa tapi,adakah apa yang kita rasa di dalam hati adalah 'lengkap'?dalam menjadi lengkap,berapa kalikah keperluan kita benar-benar telah dilengkapi?berapa kalikah kemahuan kita dipenuhi?berapa kalikah kesunyian kita diubati?berapa kalikah keselesaan kita diambil-peduli?selam dalam-dalam dan tanya pada diri,berapa kalikah dalam waktu kita membuktikan cinta yang ada itu berbaloi,kita rasa diri kita benar-benar berbaloi?bila kali terakhir kita tersenyum luhur dan berlapang dada?bila kali terakhir kita rasa benar-benar dihargai?ukur dan timbang.kalau kita sendiri lupa bila kali terakhir kita benar-benar tenang dan bahagia atau ianya dah lama,maka jawab kembali pada diri,adakah itu bahagia?

jadi sebenarnya,apa yang kita buat selama ni?berjuang memperjuangkan bahagia tapi semakin lama semakin jauh dari bahagia.saat akal kita celik untuk melihat hakikat itu,kita akan sedar dengan jelas dan nyata kalau apa yang kita fikir membahagiakan itu sebenarnya hanya menjejaskan diri kita.kita perlu bangun dari khayalan dan pandang apa yang berlaku di sekeliling dalam kenyataan hidup selain hanya memakukan mata pada sasaran di depan.kalau tak,kita berterusan buta.habis segala sempadan dan kewajaran kita langgar dek terlalu asyik berlari mengejar.sampaikan tercungap-cungap kepenatan dan nyaris kehabisan udara pun kita tak sedar dan kita lupa menilai,atas segala usaha yang bermatian kita curahkan,apa pula pulangan yang kita dapat?atau,memang tujuan kita  nak jadi pengamal kebajikan yang saja-saja dengan percuma menderma perasaan dan pengorbanan dengan baik hati?macam tu ke?

gua ni bukanlah ahli mentafsir hikmah dan fitrah kerja Tuhan tapi setakat yang mampu akal gua faham,cinta antara manusia diciptakan untuk buat hidup jadi lebih indah dan mudah.itu tujuan pasangan diciptakan,meringankan beban hidup masing-masing bila sama-sama berkongsi memikul dan menghadapi.gua tak rasa kita diberikan cinta untuk hidup melara.kita sepatutnya rasa lebih baik,lebih aman,lebih berharga,bukannya lebih palat dan seolah-olah tunggul kayu yang sentiasa terpacak kat tempat sama sampai mati.

gua pernah kata,demi cinta ianya berbaloi untuk berkorban dan berusaha sehabis-daya malah sehingga ke hari ni,gua masih pegang dan tak pernah berubah pendirian.tapi,sehabis-daya merujuk kepada daya yang ada habisnya dan pengorbanan itu berpaksi pada garis yang ada hujungnya.pasti ada had untuk seseorang berusaha dan bila sudah sampai had,masa untuk berhenti.manusia tak kebal dan tak ada kuasa sakti.kita jalankan peranan kita sebaik yang termampu dan hanya itu saja yang perlu kita lakukan.selebihnya adalah peranan dia-orang yang kita anggap selayaknya memiliki kita jadi kita perlu waras untuk menilai adakah dia menjalankan peranan untuk memiliki kita dengan sebaik-baiknya ataupun tidak.adakah memiliki kita sesuatu yang diusahakan sehabis-daya atau cuma macam melepas batuk di tangga?bukan soal ego,tapi meletak harga kepada diri.adakah kita dinilai dengan selayaknya atau hanya ala kadar?siapa kita dan sejauh mana kewujudan kita menjadi kepentingan pada dia yang kita puja-puja?

cinta memang bermakna tapi tak cukup untuk memaafkan segala-galanya.kalau kita bersusah-payah demi tanggapan bahawa cinta itu berharga,jadi tak seharusnya kita biar cinta kita dibazir-bazirkan macam tu saja.gua tak rela.

gua tak jatuh cinta semata-mata untuk jadi serikandi yang perlu berperang bertumpah-darah berjuang mempertaruhkan nyawa sendirian hampir setiap masa.gua tak mahu sentiasa kena jadi tiang yang menongkat segala beban untuk mempertahankan cinta.gua tak mahu terus-terusan terpaksa menjalankan tugas untuk dua orang dalam nak menjayakan hubungan.bukan itu tujuan sebenar gua bercinta.bukan untuk rasa macam gua ni pengamal kebajikan yang menderma cinta suka-suka demi kebahagiaan orang sedangkan kebahagiaan gua tidak diambil-kira dan diperlekehkan.gua tak bercinta untuk bersendirian sepanjang masa sampai sukar membezakan samaada kekasih gua itu benar-benar wujud atau hanya khayalan semata-mata dan kalau gua perlu hidup sendirian sepanjang masa,maka,apa tujuan gua bersama dengan sesiapa?menjadi peneman setia yang sentiasa mahu ada bila diperlukan tapi bila memerlukan,tak punya sesiapa.gua tahu gua bukanlah mulia,tapi paling tidak,gua tak mahu menjadi penunggu dan tunggul kayu kepada sesiapa yang merasakan biar berapa ribu kali pun mereka datang dan pergi,muncul dan hilang,gua sentiasa akan ada juga kat situ tercegat menanti mereka selama-lamanya.gua sentiasa ada,selama gua masih ada,tapi tidak untuk selama-lamanya.

gua dah cukup meratapi kehilangan insan yang gua anggap terlalu berharga.waktu-waktu derita,waktu-waktu yang paling menyakitkan.segalanya demi kerana gua letak nilai kehadiran seseorang itu di tingkat yang begitu tinggi.tapi cinta dan perasaan yang gua bagi,bukannya percuma.gua bukan manusia yang mudah jatuh cinta dan cinta yang gua serahkan punya nilai yang tinggi,cukup untuk gua mati seribu kali demi orang yang gua cinta tapi hak istimewa itu bukan diberi untuk dinikmati sewenang-wenangnya sampai bila-bila.itu tak adil.tak pernah adil.apa yang adil bukanlah mendapatkan kebahagiaan masa depan yang diburu sekian lama dengan gua berterusan memberi hak istimewa kepada seseorang yang mengambil-mudah kehadiran gua tapi sebaliknya keadilan yang sebenar adalah untuk gua bebas dari semua itu.bebas dari mempertahankan masa depan yang saban waktu terus samar dan samar dikelabui luka terkumpul.

berada di sini hari ni,dengan pemikiran yang sebegini,buat gua lihat mereka yang masih lagi terperangkap dalam kegilaan hati sebagai menyedihkan.cinta saja tak memadai sebenarnya.dah cukup kita merendahkan diri menawar cinta dengan semurah-murah harga,sampai masa untuk buat penilaian semula.tak memadai,sungguh-sungguh tak memadai kalau hanya kita yang menghargai tapi kita tidak dihargai semula dengan taraf yang sama.berhenti lari dari kebenaran dan lihat semula baik-baik adakah dia-orang yang kita anggap kepentingan hidup menjadikan kita kepentingan dalam hidup mereka?gua dah puas menyesali kehilangan orang,jadi sekali ini,gua mahu kehilangan gua pula disesali dan kalau tak ada kesalpun seperti tak rugi apa-apa kehilangan gua,masih gua lega kerana paling tidak gua buat keputusan tepat melepaskan orang yang tak menganggap diri gua berbaloi.itu lebih baik dari terus memperbodohkan diri dan walaupun jujurnya gua tak tahu apa yang berhak gua dapat atau adakah gua berhak dapat apa-apa,paling kurang gua percaya gua tak perlu jadi pengemis kepada sesiapa.gua lebih rela hidup sendiri daripada diperlekehkan dan bila sampai masa untuk gua benar-benar memilih dengan mutlak,pilihan gua masih lagi pendirian diri.

ini bukan keegoan.ini hanya menegakkan hak diri,memerdekakan diri.tak ada siapa yang akan menyelamatkan kita melainkan diri kita sendiri jadi bebaskanlah diri dari terus menggenggam sesuatu yang rapuh yang lebih banyak menyakitkan dari membahagiakan.gua tak mahu lagi duduk di kedudukan itu.gua tak mahu lagi terikat dengan rantai halimunan yang membuat gua seperti bebas bergerak tapi tak pernah mampu untuk pergi jauh.memang tak mudah,tapi ia akan jadi mudah bila kita dah putuskan sepenuh hati bahawa keputusan itu tepat.sekadar mengakhiri sesuatu yang telahpun berakhir kerana kadang-kadang sesuatu perkara dah lama berakhir, tinggal kita saja yang menolak untuk akhiri.

3 ulasan:

theRandomcraps berkata...

"gua dah puas menyesali kehilangan orang,jadi sekali ini,gua mahu kehilangan gua pula disesali dan kalau tak ada kesalpun seperti tak rugi apa-apa kehilangan gua,masih gua lega kerana paling tidak gua buat keputusan tepat melepaskan orang yang tak menganggap diri gua berbaloi.itu lebih baik dari terus memperbodohkan diri dan walaupun jujurnya gua tak tahu apa yang berhak gua dapat atau adakah gua berhak dapat apa-apa,paling kurang gua percaya gua tak perlu jadi pengemis kepada sesiapa"

paling lgend.

:: Wiween :: berkata...

setuju 100%. the best post from u. gua rasa tenang baca post ni.

~* chirpy_chummy *~ berkata...

semua ni perlukan kekuatan. kecekalan.

perenggan terakhir tu sgt terkesan.