Khamis, Disember 08, 2011

Hentikan

macam mana menipu diri sendiri,lari dari kebenaran,memaksa diri terhadap orang yang layak menerima lebih,terseksa kerana kepura-puraan mengambil sesuatu yang diberi sepenuhnya tanpa mampu membalas dengan sepenuhnya,dan melakonkan kerelaan,dianggap sebagai pengorbanan?macam mana sesuatu yang sangat tidak adil dianggap sebagai pengorbanan?itu namanya pembohongan dan mementingkan diri sendiri.lagi sekali gua ulang kenyataan yang sama-bebaskan diri.berhenti menyeksa diri,dan berhenti menyeksa orang di sekeliling.kalau tak mampu pegang,lepaskan dia yang layak merdeka dan bahagia.kalau tak mampu lepas,pegang erat-erat dia yang memberi merdeka dan bahagia.untuk sekali,hentikan segala drama kasihani diri.bukan salah takdir,bukan salah perasaan,kadang-kadang cuma kita yang merumitkan keadaan.sudah-sudahlah.bahagia takkan wujud selama kita menjadi pengecut.pelarian yang melarikan diri daripada diri sendiri.
                 

4 ulasan:

~* chirpy_chummy *~ berkata...

semoga org yg masih di pegangnya itu, sedar akan hakikat yg menyakitkan ini.

cLina BeLedZa berkata...

rumitnya hidup ni.

ghost berkata...

ketahanan diri tidak diukur sejauh mana kita melarikan diri,tapi sekuat mana kita berdiri untuk bertahan.

broken_nigina berkata...

c_c-sedar dan lepaskan saja,jangan sesekali datang balik.

sis clina-manusia yang selalunya suka merumitkan.

ghost-face the music.