Jumaat, Disember 09, 2011

Tak Ada Tajuk

gua selalu ngeri kalau tiba-tiba jumlah pelawat blog gua lebih ramai dari biasa.mesti ada benda tak kena.mesti ada tulisan gua yang dihubungkan ke mana-mana.gua lemah betul.sebagai seorang penulis blog yang pemalu(kah kah),gua jadi segan bila mendapat perhatian.pada firasat gua,blog ni adalah 'kawasan terpencil' yang tidak terdedah kepada dunia luar,jadi orang yang datang berkunjung memang sedikit.pelik kalau ramai yang datang.pada gua gua tak rasa apa yang berlaku kat sini harus mencetuskan tindak-balas 'masyarakat umum'.lainlah kalau dengan blog-blog popular yang penulisan mereka memang menjadi perbincangan.pada gua,benda macam ni menjanggalkan.

setelah melihat dari mana punca datangnya pengunjung-pengunjung tersebut,gua fikir juga apa munasabah untuk hubungkan blog gua ke situ.kadang-kadang gua ni lurus saja jadi gua tak berapa faham sangat niat orang.nak bermesra-mesra dengan gua ke,nak usik-usik manja,atau nak tempelak gua?kurang jelaslah.itu,reaksi positif ke negatif?jadi,penulisan gua dilihat masuk akal,atau dianggap sempit?gua agak keliru kat situ.haha..macam-macam!en.dark ni,gua jentik hidung jugak karang baru tahu.

yang sebenar-benarnya,lepas encik/cik tanpanama komen berjela-jela dekat tulisan gua 'Bahasa Melayu' tu,gua ada juga niat nak menulis tentang hal itu dengan lebih terperinci.cuma,apa yang menjadi penghalangnya ialah gua malas.jadi sebab gua malas,maka gua pun tak buat.tak baik memaksa diri.kan orang cakap,buat sesuatu biarlah ikhlas.tapi gua kagum juga malah terharu.tak sangka tulisan tangkap muat bodoh-bodoh yang gua pakai hambur tanpa perlu menggunakan 0.000001% pun dari kemampuan IQ gua,boleh buat orang sampai rujuk wikipedia segala.jadi,kata-kata gua berpengaruh juga rupanya.gua rasa macam orang kenamaan sekejap.

gua kalau bab-bab buat kaji-selidik korek fakta selongkar butir perkara satu-satu ni,gua angkat tangan serah kalah.berkaitan dengan perwatakan psikologi yang biasa disebut,gua jenis manusia yang melihat gambaran besar,bukan jenis yang fikirkan butir-butir isi terperinci.apa ingat gua yang pemalas kaki redah pakai belasah lantak apa lah rajin sangat nak hendap benda-benda kecil dari butir ke butir?malas gua nak ambil-pusing.janji rock,kan?apa gua kisah.serah pada orang lain.kalau gua rajin macam tu,gua dah jadi wartawan,dah jadi penulis,dah terbitkan buku berjilid-jilid.pendek kata,gua malas dan tak kuasa.lagipun ikhlasnya,gua peduli apa sangat wikipedia atau apa-apa sajalah sumber rujukan nak cakap apa.sedangkan norma kehidupan dunia dan sistem kesejagatan yang fitrah pun gua tak ambil-pakai,inikan pula benda-benda macam tu.gua memang dari azali lagi dah hanya guna-pakai minda gua sendiri dengan berlandaskan kewajaran gua sendiri berpandukan penilaian gua sendiri.satu-satunya kanun yang gua tunduk iktiraf,adalah kanun yang berakarkan Dia.selain dari itu,peduli apa gua.

haih..perlu ke gua jelaskan?kalau disalah-tafsir,itu memang sangat biasa.gua disalah-tafsir sepanjang masa.mungkin lebih cerdik untuk kita dalam menerima sesuatu itu lihat dulu kiri-kanan atas-bawah luar-dalam sebelum terus dengan yakin isytiharkan kita dah 'baca'.apa yang nampak lurus dan singkat,kadang-kadang memerlukan penghayatan yang jauh lebih mendalam.ini ilmu paling asas.pastikan kita betul-betul faham dulu sebelum bertindak-balas atau kalau tidak,kita akan nampak bodoh.berapa ramai manusia yang berkesudahan menayang kebodohan masing-masing dalam usaha nak nampak pandai?pakai terjun tanpa tahu kedalaman air.

sebenarnya mudah je.jangan sombong.tengok dulu tinggi-rendah langit sebelum melulu mencabar.beri penghormatan sikit pada orang lain sebelum rasa diri pandai.seperti yang kerap-kali dijaja,jangan mudah menilai orang jadi sekali-sekala dalam hidup tak salah kalau betul-betul guna-pakai benda tu.sebelum nak melontar hujah bijaksana kepada seseorang,tak salah kalau kita tengok dulu betul-betul siapa orang yang kita nak hadapi itu.terlupa benda nilah yang buat ramai manusia sekarang sebarangan je boleh memperlekeh ulamak malah mempersoalkan Tuhan.ilmu secoet tapi rasa hebat,lebih hebat dari alim-ulama,lebih hebat dari Tuhan.mereka lebih arif daripada Allah tentang apa hukum yang sesuai dengan dunia semasa.sombong sangat.sedangkan,alangkah baiknya kalau ada rasa rendah diri,rasa penghormatan terhadap setiap manusia lain untuk fikir sikit je sebelum menyangkal,"apa mereka ni bodoh sangat ke untuk berfikir macam apa yang gua rasa mereka fikirkan?".kalau itu dipertimbangkan dulu mungkin kita akhirnya tak jadi nak mempersoalkan mereka pun sebab timbul kesedaran peribadi "mungkin gua yang sebenarnya bodoh salah tafsir tak faham maksud sebenar mereka."

macam ini.tahu tentang 'sederhana','pemboleh-ubah','kelenturan','hikmah' dan 'penyesuaian'?itu adalah kata kunci untuk segala perkara dalam kehidupan.kalau boleh faham benda tu,maka banyak benda yang sudah boleh terjawab.adakah tidak bermakna tidak untuk setiap keadaan dan ya bermakna ya untuk setiap persoalan?sebagai tanda hormat gua,fikirlah sendiri dengan bijaksana.gua tak perlu memperbudakkan sesiapa dengan menerangkan satu-persatu sebab gua percaya siapa saja yang membaca ini adalah orang yang bijak berfikir.

dah,pergi main jauh-jauh.gua nak makan.lapar.tapi sebelum tu,layan karaoke jap seraun.



Tiada ulasan: