Selasa, Jun 14, 2011

Cabut Tali Hidung

manusia takkan mampu untuk setiapkalinya memahami kehendak orang lain bila apa yang perlu difahami itu berkait-rapat dengan diri sendiri dan kalau mampu fahampun,masih kita ada naluri kita sendiri jadinya untuk mengelak diri dari memberat lebih ke satu arah bukannya senang.kalau lu ada pendapat,ada pendirian,ada perasaan,begitu juga dengan gua.hanya kerana gua tak bersetuju dengan pandangan lu,tak menjadikan gua jumud dan begitu juga sebaliknya.dunia ni menarik kerana kepelbagaian yang wujud.kalau semua orang ada otak dan pemikiran yang sama,hidup yang bosan akan menjadi bertambah-tambah bosan.

pada gua pendapat peribadi adalah sesuatu yang tak berbaloi untuk dibahaskan sebab namapun pendapat peribadi.kita hanya boleh berdebat tentang fakta,tentang kredibiliti apa-apa,tentang undang-undang dan segala-galanya yang bukan bertunjang kepada selera suka hati masing-masing.bila masuk bab selera,nak bahas apa?kita semua ada citarasa masing-masing,ada kegemaran tertentu,ada cara sendiri.takkan mampu untuk setiapkali nak berfikir,nak bertindak,nak bercakap mahu menepati 'kelulusan' dari semua pihak.the least we can do is to be ourselves.faham sepertimana orang tak boleh nak ikut kita sepanjang masa,kita juga tak boleh nak ikut orang sepanjang masa.paling akhir yang tinggal,"rai persamaan,hormat perbezaan".dah.