Khamis, Jun 16, 2011

Ignoring Him

gua bawa jiwa ke beberapa bulan yang lepas.segala-galanya sudah sangat indah,sempurna.bersama semula dengan 'dia',apa lagi yang lebih sempurna dari itu?hari-hari gua seperti berada di alam fantasi..hmm..tidak,hari-hari gua seperti kembali ke realiti yang benar sebenar-benarnya di mana gua boleh membuka segala naluri yang ada di sudut paling dalam tanpa perlu menahan dan membekukan apa-apa lagi.gua dibenarkan semula,untuk mencintai 'dia' dengan terbuka,'dia' yang berada di hati gua sejak gua baru mencecah usia 13 tahun.itu adalah pembebasan,pembebasan paling sejati yang terindah.tapi gua sering diletakkan dalam situasi yang sentiasa sekejap dingin sekejap hangat,buat gua terumbang-ambing dan jadi bingung.segala naluri paling dalam yang dah dibukakan semula akhirnya menjadi tersekat-sekat.sekejap segalanya penuh dengan harapan,sekejap segalanya macam dah tak ada harapan.rasanya macam ia mahu bergurau-senda dengan gua,bermain-main dengan gua.berharap dengan sepenuh jiwa kemudian bekukan jiwa kemudian diberikan harapan semula kemudian ditarik semula kemudian diberi semula.gua jadi bengong.gua jadi hilang dan sesat dalam harapan sendiri dan akhirnya gua tercampak balik ke kedudukan sebelumnya di mana gua gagal mengenalpasti jiwa gua sendiri dan gua tak dapat nak merasa apa perasaan gua yang sebenar.dan semua itu,buat gua jadi seperti sebelum 'dia' kembali.gua tak mahu fikir,tak mahu faham,tak mahu rasa,tak mahu tahu,tak mahu apa-apa.memang gua belajar dari kesilapan lepas untuk tidak melepaskan sesuatu yang paling berharga yang akhirnya buat gua menyesal tak sudah.gua ingat betapa perit untuk mendapatkan balik sesuatu yang gua percaya harus jadi milik gua.gua ingat macammana gua menangis bermohon berdoa merayu pada tuhan supaya dikembalikan pada gua.ya,gua masih tak lupa.tapi keadaan ini,kedudukan ini,gua benar-benar 'hilang' dan terputus hubungan dengan perasaan gua yang sebenar.yang gua mahu saat ini,hanya jauh dari semua tu.betul-betul gua tak mahu fikir,tak mahu faham,tak mahu rasa,tak mahu tahu,tak mahu apa-apa.and i wish he would understand....sepertimana gua memahami 'dia' dan segala permainan emosi 'dia' selama menghampiri 17 tahun ini.gua cuma tak mahu bercakap,tak mahu mendengar,tak mahu bertemu,tak mahu apa-apa.not now..dan tak tahu bila........................

10 ulasan:

PK berkata...

17 tahun itu cukup lama.

ghost writer berkata...

dia pasti faham reisha..PASTI.kerna dia mendahului kamu dalam hal itu.jangan ditambah lagi masa yang bengong itu.ENOUGH!

Dark Half berkata...

sudah mati rasa kah?

broken_nigina berkata...

pk-yup..lama dan mungkin terlalu lama.

ghost-hmm..dalam kedudukan malas faham apa-apa.

darkhalf-kalau saja rasa tu ada jantung yang boleh disahkan kematiannya.

Nveil berkata...

susah nak get over. tapi kamu perlu cuba.

broken_nigina berkata...

tak cuba nak get over apa-apa.

Nveil berkata...

moga satu hari kamu akan tahu tentang sesuatu. selamat malam.

broken_nigina berkata...

tentang apa?

:: Cikgu Wiween :: berkata...

i understand that feeling.

broken_nigina berkata...

belum bersedia untuk berdepan.