Khamis, Jun 16, 2011

Sabar dan Maaf, dan kesimpulannya gua bodoh

diam,susun kata,berkira-kira mahu bicara tapi akhirnya tetap terus berdiam.apa yang patut gua cakap?pada kawan yang mengalami kematian keluarga hari ni,juga pada teman yang telah gua heret ke dalam situasi merumitkan dengan tanpa niat.entah lah.apa saja yang gua ucap rasanya akan bunyi plastik dan mengada-ngada.sudahnya gua kaku,sekadar duduk membisu sendiri.

kematian,kematian,kematian..gua tahu ia sesuatu yang tak boleh dielakkan tapi gua cukup benci dengan suasana kematian,lagi-lagi kalau ianya berlaku dalam keadaan yang menyayat hati.walaupun kalau ikut gua tak kenal dengan anak saudara kawan gua tu tapi somehow,ia buat gua turut terkedu.arwah masih muda.lelaki,baru berumur 24 tahun.sangat sedih,bagi gua.kematian adalah sesuatu yang menyedihkan.tapi untuk salahkan sesiapa pun,apa yang berlaku tetap dah berlaku.tak perlu untuk tambah menghukum mereka yang pasti dah rasa cukup terhukum.cuma,hmm..macam mana,ya?dalam zaman moden serba canggih ni,masih ada lagi yang nak percaya sepenuhnya dengan rawatan bomoh.si arwah dibawa berubat dengan seorang bomoh,yang akhirnya ternyata gila,menjalankan rawatan entah apa-apa.tekak si arwah dirodokkan dengan sejenis getah,kemudian dimasukkan sejenis cecair dengan banyak sampai menggelupur sementara ayah arwah yang ada di sisi seperti telah dipukau,tak boleh bergerak buat apa-apa,dan sadisnya,arwah meninggal dunia selepas itu.siang tadi belum dikebumi,jenazah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

hmm..serius,untuk kejadian yang macam itu,ucapan apa yang sesuai nak disebut?nak cakap apa?nak mengaku gua faham apa yang dia alami,faham ke gua?nak cakap suruh sabar,perlu ke?gua sendiri pernah menghadapi kematian-kematian datuk,kematian nenek,kematian kawan baik,kematian ayah,kematian anak saudara,kematian emak.bukan tak menghargai keprihatinan yang ditunjukkan,tapi ucapan 'bersabarlah' sudah terlalu klise.macam saja kalau tak diberitahu kita tak tahu yang kita memang tak ada pilihan lain selain bersabar.tak kisahlah sakit nak mampus pun,macamlah boleh buat apa-apa.malah dalam sesetengah keadaan,ucapan 'bersabarlah' seperti sinis.teringat pada mak masa ayah sedang sakit tenat pernah cakap,kita menanggung beban sakit-perih tuhan saja yang tahu tapi orang ramai senang-senang sedap-sedap saja main cakap suruh sabar.haih..i guess,bila tak tahu nak cakap apa,lebih baik jangan cakap apa-apa.paling tidak,tak cakap apa yang tak sepatutnya.

hmm..

haih..

sekarang,balik kepada si teman..damn!what the hell am i supposed to say?maaf?maaf,sabar,maaf,sabar.perkataan yang murah untuk dilonggokkan tapi kelat untuk ditelan.damn,lagi sekali.gua ni memang bodoh.tak reti-reti nak belajar jangan ulang kesilapan,jangan cari masalah.cukuplah kalau gua sorang-sorang yang bengong terjerat dalam ketidakpastian,tak perlu gua pergi heret jiwa lain untuk turut terjerat sama.tapi nak cakap banyak lepas benda dah jadi pun apa gunanya?susun kata maaf berjela-jela,tak bermakna apa-apa.gua keresahan,serba-salah dan tak ada sebarang kata-kata pun sekarang ni yang boleh membetulkan apa-apa.selayaknya memang ini yang patut gua terima menjadi manusia yang tak pernah belajar daripada kesilapan dan tak habis-habis menyusahkan orang.damn damn damn dan seribu kali damn!it's tiring,bila berada dalam kedudukan tak boleh membuat sebarang keputusan.damn,kali ke seribu satu!macammana untuk pilih antara 'mati' atau 'mati' atau tetap 'mati' walaupun tak memilih apa-apa?pergi ke kiri,pergi ke kanan,duduk tengah-tengah,tetap sama.

haih..

dan damn lagi kali ke seribu dua!kenapa boleh jadi macam ni pulak?how on earth,teman yang sepatutnya dipujuk sebaliknya telah memujuk gua?"kalau 'dia' call lagi,awak angkatlah.dengar apa 'dia' nak cakap,tanya apa masalah 'dia'.mana tahu kalau 'dia' dalam kesusahan.jangan ignore,okay?bercakap dengan 'dia'.ini permintaan saya."damn kali ke seribu tiga!beritahu gua macam mana itu,akan membuat gua rasa lebih baik?

2 ulasan:

In transit berkata...

kata Khalil Gibran

"But let there be spaces in your togetherness and let the winds of the heavens dance between you. Love one another but make not a bond of love: let it rather be a moving sea between the shores of your souls."

broken_nigina berkata...

hmm..