Sabtu, Mei 28, 2011

Biarkan

kadang-kadang gua rasa kelakar dengan kata-kata motivasi hidup tu macam ni macam tu luka itu ini luka ini itu.memang kelakar.kelakar yang boleh buat gua gelak dengan ikhlas.percubaan manusia untuk mewajarkan emosi dan memujuk diri.tak,bukan gua sinis atau pesimis,cuma macam gua cakaplah,ianya kelakar.hujan tu rahmat pemberi rezeki memakmurkan bumi,tapi kalau hujan lebat masa kita tak bawa payung dan tengah berjalan di ruang yang tak ada tempat berteduh,hujan tu hujanlah,air yang mencurah yang buat kita basah lencun dan jadikan perjalanan kita tak selesa dan merimaskan,dan gua tahu ayat gua tu kalau dibaca melulu tanpa faham,memang cepat boleh ditafsir secara negatif.

jadinya,kenapa gua nak cakap ayat yang bunyi macam tak percaya pada hikmah di sebalik kepayahan yang tuhan bagi dan kenapa nak cakap ianya kelakar?bukan hikmah tu yang kelakar sebenarnya,cuma percubaan manusia nak menidakkan kesakitan tu yang gua rasa kelakar.ayat macam bersabarlah,pasti ada hikmah di sebaliknya dan bla bla bla bla bla.ini bagi gualah,lucu.nak salahkan orang cakap macam tu pun,tak boleh.ya lah.kalau tak,nak cakap apa lagi?takkan orang tengah bersedih kita nak cakap padan muka.suruh bersabar dan pujuk pasti ada hikmah tulah yang bunyi paling munasabah dan sesuai.gua tak kata salah pun cuma pada gua saja,gua rasa kelakar.sebab tu gua tak boleh nak cakap macam tu.memang sungguh-sungguh,bahagian yang ni gua gagal,total.gua rasa bila suruh sabar dan pujuk pasti ada hikmah di sebaliknya dan yang sewaktu dengannya,macam menganjing.

dari pandangan gua,macam nilah.warna hitam,gua nak pusing-pusing cerita nak suruh orang nampak putih,macamlah gua sendiri tak tahu hitam tu tetap hitam.nak meyakinkan orang,diri kita sendiri ni dulu,yakin sangat ke?bukan kita yang di luaran tu,maksud gua kita yang di dalam,yang ada kat dasar yang tengah duduk dalam emosi tu.cakap banyak pun tak guna.contoh paling mudah,bila putus cinta dengan kekasih yang disayangi sepenuh hati.kencinglah berkarung cinta tak mesti bersatu cinta memerlukan pengorbanan dan segala mak nenek ayat memujuk,hakikatnya tetap sakit macam tu jugak.dah hati tu patah kecewa,macam mana tak sakit.hati bukan reti nak dengar kata.makin kita larang jangan sakit,makin degil pulak dia nak sakit.jadi gua nampak,ayat pujuk segala,umpama beritahu budak kecil jangan berlari dalam rumah.lu panggil budak umur 2,3 tahun tu,lu tarbiah,lu bentang carta,statistik,terangkan tentang keburukan berlari dalam rumah dan segalanya,macamlah dia akan dengar.sebabnya,patah pada asal,itu adalah fitrah azali mereka.benar yang benar.jujur yang jujur.

kalau masih tak faham kenapa gua rasa kelakar,bukan kerja gua nak memahamkan orang.sebab tu gua tak jadi cikgu dan tak pernah mengajar orang.bercerita pada gua,luahkan pada gua,gua cuma akan diam dan paling-paling pun gua cuma akan "hmm.." sebab gua tahu,sakit itu menyakitkan.malah sebenarnya,tak perlu sebut pada gua pun,gua terlebih dahulu dah serap segala rasa masuk ke dalam diri gua dan saat itu gua hanya memahami tanpa ungkapan kata-kata.mengerti dalam bisu.tapi untuk tak menampakkan gua terlebih baik dari yang sebenar,pengertian gua tu gua cuma bagi pada mereka yang gua anggap layak untuk dimengerti.setakat yang cikai-cikai,yang bagi gua remeh,maaf,itu gua tak pandang.rasa kasihan dan pengertian gua cuma untuk mereka yang terpilih.

dasarnya,gua cuma rasa mengakui sifat sesuatu seadanya secara kasar dan mentah bukanlah pesimis dan bukan menidakkan hikmah malah sebaliknya secara halus,ia boleh juga menjadi reverse psikologi.lu tahu,bila mereka bercermin,biarkan mereka lihat imej yang sebenar kerana melihat imej yang sebenar yang akan buat kita cepat lebih sedar.tapi bukan semua lah.sebab memang malang,ada orang dilahirkan memang lemah mentaliti dan self esteem mereka.mereka yang bila dipatahkan,akan patah.yang bila dijatuhkan,akan jatuh dan kemudian kekal patah dan jatuh,untuk selama-lamanya.kerana gua hanya lebih faham mentaliti gua daripada mentaliti orang lain,gua tahu bila gua ditunjukkan gambaran sebenar diri gua,gua akan melatah,melatah dalam erti kata mahu membantah dan merubah.katakan bila gua sedang marah,kemudian orang melayan mengakui memang gua patut marah,maka waktu itulah gua perlahan-lahan akan melihat kembali kedudukan sebenar dan saat itu pertimbangan waras akan muncul dan gua kembali tenang,berbanding bila gua sedang marah dan orang membangkang menafikan hak gua untuk rasa marah,gua hanya akan rasa lebih marah.tapi itulah,itu hanya gua,dengan cara otak gua berfungsi dan pertimbangan gua berjalan.ada orang,bila disuruh,mereka berkecenderungan untuk terpengaruh dan ada orang,macam gua,bila disuruh,kecenderungan mereka adalah untuk melawan.

.

kepada mereka yang sedang sakit,yang mungkin membaca apa yang gua repekkan berjela-jela ini,gua mahu ucap,selamat sakit.jangan risau,lu memang akan sakit.gua takkan tipu cakap esok akan lebih baik,esok akan lebih cerah,dan semuanya akan baik-baik saja.biasanya,esok akan lebih celaka dan semuanya akan rasa lebih jahanam.angin pergolakan itu membawa perubahan yang takkan buat apa-apa kembali semula ke asal melainkan terus berubah dan berubah.realiti memang kejam,kan?lu mungkin dengar gua seperti sedang menjatuhkan moral tapi sebenarnya gua sedang memujuk.memujuk dengan memberi lu kebenaran yang berhak lu dapat daripada terus-terusan disogok dengan penafian dan cerita tempayan emas di hujung pelangi dengan orang kerdil sakti.lu tak boleh buat apa-apa sebenarnya.lu tak boleh lari dari kesakitan dan lu akan kekal sakit,selama sakit itu masih mampu menyakitkan.memang tak ada jalan keluar,jalan pintas,jalan melencong,jalan kebebasan.TAK ADA.yang ada cuma satu,hujan pasti berhenti.itu saja.ia akan berhenti sendiri,bila tiba masanya.sehingga tiba masanya,selamat menderita.


4 ulasan:

Nveil berkata...

suka tengok orang menderita?

broken_nigina berkata...

"ayat gua tu kalau dibaca melulu tanpa faham,memang cepat boleh ditafsir secara negatif."

itu,sayang.

:)

Nveil berkata...

"selamat menderita."

#turnon sayang.

broken_nigina berkata...

#turnon sayang<-tak faham.huhu.