Sabtu, Mei 28, 2011

Sindrom

lagi banyak gua bercakap,lagi kosong dan hilang gua rasa.daripada dulu,gua tak pernah lega lepas bercerita.malah sebaliknya gua rasa lebih lemas,lebih tak selesa.perasaan rimas semacam yang susah gua nak terangkan.ada masa-masa,bila gua sangat benci orang melihat gua.gua benci orang nampak gua.gua benci orang menyedari gua.gua benci kehadiran orang.gua benci kelibat manusia.gua benci didengari,mendengari dan gua rasa teramat tak selesa.apa yang gua mahu hanya lari.lari masuk dalam tempat gelap,sunyi,sorang-sorang.gua perlu udara gelap.gua perlu kesunyian untuk bernafas semula.

kadang-kadang,jarang-jarang,jauh dalam hati gua ada mengimpikan untuk diri gua dilihat.bukan diri gua yang itu,tapi diri gua yang satu lagi.diri gua yang lemah,yang rapuh,yang halus,yang takut.gua mengimpikan untuk satu saat bila gua boleh menangis bersungguh-sungguh dengan sepuas-puasnya.daripada dulu gua membayangkan satu tahap dalam hidup ni bila gua dah tak boleh lagi nak menanggung sakit lalu akan roboh dan saat itu tembok tebal yang ada dalam jiwa gua akan berkecai membebaskan segala beban emosi yang gua pendam selama ni.tapi,saat itu masih tak berlaku sampai ke hari ni malah sebaliknya makin lama gua jadi makin kebal dan makin kebal.tempoh sedih dan kecewa gua juga semakin singkat dan singkat yang buat gua sendiri kadang-kadang jadi keliru.perasaaan gua hilang,ghaib,macam tu saja.gua sepatutnya sedang sakit,tapi gua tak rasa sakit.gua bangun tidur,seperti tak ada apa-apa yang berlaku.seolah-olah,hari semalam dah terpadam.kerap-kali gua mulakan hari baru dengan berasa gua dah berada di kurun yang lain yang dah seribu tahun jaraknya daripada hari semalam.gua bangun setiap hari dengan berasa gua dah masuk ke zaman lain,era lain.

gua rasa,sepanjang hidup gua,hampir setiap masa gua selalu mengambil peranan sebagai pelindung dan penjaga.gua sentuh jiwa sunyi dan luka-luka mereka.gua hulurkan kehangatan untuk melegakan kesejukan mereka.gua jadi tangan yang memaut dan memberi kekuatan kepada mereka.i give them me-the endless faith and belief.sebab gua kasihkan jiwa,gua mahu pertahankan jiwa.dunia yang zalim ni,selalu mahu menghancurkan kebaikan dan kenaifan manusia dan bagi gua apa yang amat menyedihkan ialah bila terkorbannya kebaikan dan kenaifan dalam diri manusia yang menukar mereka menjadi pahit dan kejam.pembunuhan 'anak kecil'.itu adalah kejahatan yang paling zalim di dunia ini,pada gua.bahagian yang paling indah dan mahal pada seorang manusia adalah jiwa mereka maka bila jiwa itu 'dibunuh',ia sesuatu yang sangat memilukan.sayang..terlalu sayang..atas sebab itu,rasa itu,sentimen itu,gua seperti memeluk di dalam hati sepanjang masa,mahu menjaga,mempertahankan.apa yang datang,gua tepis dengan tubuh gua supaya ia tak mengapa-apakan jiwa mereka.entah datang dari mana,gua rasa gua perlu lindungi mereka.ia bukan soal cinta,soal suka.ia adalah ketulusan,rasa kasih.satu-satunya yang gua tahu,iaitu rasa yang luhur,yang bila dengan rasa itu,boleh jatuh air mata pilu untuk melihat andai jiwa mereka dicemari.kasih bila kasih itu duduk di ruang yang paling asli dan benar.

tapi,di luar daripada jasad yang memeluk jiwa mereka,ada roh yang tercabut dari jiwa gua sendiri sedang terawang memerhati gua yang hanya menunjukkan bahagian hadapan gua kepada mereka berkeadaan calar-balar berdarah di belakang.roh itu menggeleng kepala,berasa kasihan.bila mereka cakap gua hangat,gua manis,gua menyembuhkan,hakikatnya,tak.seperti mereka sendiri,gua berkeadaan luka dan sakit.apa yang membezakan cuma gua sembunyikan luka dan sakit gua itu dari mereka.gua senyum,gua ceria,gua riang,sampai mereka rasa gua ini 'pari-pari pelindung' yang bersayap putih bersih sedangkan sayap tu sebenarnya sekadar sarung yang gua pakai membalut kepak yang terkopak,yang sudah hitam dengan bekas darah yang kering memekat.satu-satunya sebab mereka tak nampak gua sakit,sebab gua tak zahirkan kesakitan gua.itu apa yang gua cakap,bila kasih itu duduk di ruang yang paling asli dan benar.selfless.

gua hidup dan gua belajar.kata-kata hanyalah kata-kata dan kata-kata semata.kalaupun gua beritahu,gua sakit,apa yang akan berubah?katakan gua sedang disakiti,kemudian gua bersuara memberitahu gua sedang disakiti,adakah mereka akan berhenti menyakiti gua?katakan gua sedang tenggelam,dan gua perlukan tangan,kalau gua meminta pun,adakah permintaan gua akan dilayan?ia memalukan,menyedihkan,bila meminta,tapi ditolak.walaupun semuanya mungkin kebetulan bila waktu-waktu paling pedih yang mana gua paling memerlukan seseorang,waktu-waktu itulah tak ada sesiapa yang dapat temankan gua tapi yang penting,dengan meminta tak membawa apa-apa makna.jadi,gua berhenti meminta.sampai lama-lama gua terus lupa macam mana nak meminta.gua peluk diri gua sendiri.gua usap kepala gua sendiri.gua pujuk dan gua kesat airmata gua sendiri.gua semat dalam hati,gua cuma ada diri gua sendiri.hidup dengan berasa diri gua hanya sendirian di atas dunia ini,bukan sesuatu yang disengajakan.ia adalah rasa yang dipupuk.bukan gua nafi kewujudan insan-insan yang peduli,bukan gua tak hargai,cuma rasa itu disuburkan terlebih dahulu,dan ia jadi pekat sebati di dalam diri.

dan balik pada kata-kata tadi.kadang-kadang,jarang-jarang,jauh dalam hati gua ada mengimpikan untuk diri gua dilihat.dilihat seperti gua melihat mereka.diri gua yang lemah,yang rapuh,yang halus,yang takut.sampai bila gua yang harus jadi penjaga dan pelindung.gua ini perempuan,mereka itu lelaki.selama gua dengan rela menggendong sakit mereka,gua juga menggendong sakit gua sendiri.kalau mereka tahu,gigil dalam tubuh gua,ketar dalam kaki gua.bila mereka melihat ketabahan itu sebagai anugerah,gua yang hidup berhempas-pulas,bermati-matian selama ini tak pernah berhenti berjuang mewaraskan kepincangan emosi daripada detik awal gua lahir ke dunia,tapi untuk menzahirkan sakit pun gua tak mampu,anugerah?gua cemburu sebenarnya.cemburu pada mereka yang boleh jadi lemah.cemburu pada mereka yang boleh jatuh,yang boleh terlantar.sebab itu antara mimpi gua yang berulang-ulang ialah menangis sepuas-puas hati sepenuh rasa tanpa mempedulikan sesiapa dan gua berangan mahu terlantar,hilang semangat,mahu rehat dari berjuang.tapi itu,tak akan berlaku.sebab walau gua 'mati',hancur,lunyai,gua masih akan berdiri dan berjalan seperti tak ada apa-apa yang berlaku.

tapi,segala-galanya akan patah balik juga kepada ayat di perenggan pertama gua..lagi banyak gua bercakap,lagi kosong dan hilang gua rasa.daripada dulu,gua tak pernah lega lepas bercerita.malah sebaliknya gua rasa lebih lemas,lebih tak selesa.perasaan rimas semacam yang susah gua nak terangkan.ada masa-masa,bila gua sangat benci orang melihat gua.gua benci orang nampak gua.gua benci orang menyedari gua.gua benci kehadiran orang.gua benci kelibat manusia.gua benci didengari,mendengari dan gua rasa teramat tak selesa.apa yang gua mahu hanya lari.lari masuk dalam tempat gelap,sunyi,sorang-sorang.gua perlu udara gelap.gua perlu kesunyian untuk bernafas semula.

bila apa yang paling kita mahu adalah apa yang paling kita tak mahu..maka gua akan terus hidup dalam konflik diri.gua yang membuka segala-galanya pada sesiapa saja tapi tetap terus menyimpan diri gua untuk gua sendiri.memang gua bukan untuk dimiliki.rasa itu,rasa gua,sebenar-benar rasa,adalah kepunyaan peribadi gua yang tak rela gua kongsi dengan sesiapa walaupun gua mahu dan kerana gua simpan ia terlalu dalam,sampai gua dah tak mampu nak cari kat mana.wujud dalam hilang.dan sebenarnya gua lupa,lupa bagaimana untuk berfungsi seperti manusia yang mempunyai perasaan sebenar.satu-satunya sebab mereka tak nampak gua 'mati',sebab gua tak zahirkan 'kematian' gua.gua akan kekal hidup,kekal naif,kekal luhur,kekal menjadi anak kecil,kerana ia wajah ilusi yang terlukis dari detik gua faham yang  hakikat dunia ni takkan berubah walau kita menangis,meraung,menjerit sekuat hati sampai tekak meletup berkecai.

entri ni buat gua rasa mual.mungkin nanti-nanti,gua akan padam balik.

4 ulasan:

ghost berkata...

bila nig monolog macam nih..rasa lebih faham.

sahidzan berkata...

lebih baik diri ini untuk tidak dilihat. walau sedar akan kewujudan.

Unknown berkata...

gua nampak gua dalam lu. Amacam?

broken_nigina berkata...

untuk kalian yang budiman dan macho bertiga,balas komen dengan senyum saja.

:)