gua benci baca blog-blog 'melayu moden' ni.tapi gua hairan,kenapa ramai yang suka?payah bila manusia dah terlebih pandai.dah pandai sangat sampai jadi bodoh.bagi gua teorinya sangat mudah.kalau orang pandai agama,dia takkan hidup macam orang yang tak ada agama.apa yang susah nak nampak benda yang terang dan nyata macam tu?gua jadi marah.bukan gua emosi tak bersebab,tapi kalau agama pun bukan sesuatu yang munasabah untuk seseorang beremosi,maka sesungguhnya,apa lagi yang selayaknya untuk kita emosi?takkan tak ada satu benda pun dalam dunia ni yang berbaloi untuk kita emosi?kalau macam tu kita ni apa?sama taraf dengan lipas,hidup sekadar hidup tunggu sampai masa,mampus?
gua kalau boleh tak nak tulis macam ni kat sini.gua nak jawab berdepan dengan mereka-mereka.tapi gua tak kuasa.ceriteranya dunia akhir zaman ni,bila seseorang yang liberal bercakap tentang isu yang menyentuh soal agama walaupun terpesong,mereka akan diangkat,disanjung kerana dianggap berfikiran terbuka dan terkedepan tapi bila seseorang yang cintakan ISLAM bercakap tentang pemikiran liberal yang dah lari dari syariat,mereka diselar dan dipandang sinis kerana dianggap berfikiran jumud dan radikal.ini hakikat dunia sekarang.gua pernah disindir seorang ustaz kerana pakai celak mata dengan ayat-ayat "kita tak perlu lebih-lebih sampai nak meniru gaya orang arab,bercelak bla bla bla.."apa kes?kenapa gua yang pakai baju kurung,pakai tudung,pakai celak tak pasal-pasal kena perli sedangkan kat situ bersepah-sepah orang yang pakai pakaian sendat,orang yang tayang pusat,orang yang tayang lurah punggung?pokoknya itu mentaliti kebanyakan orang kita sekarang.kita tak nampak isu yang besar,tapi kita kecoh dengan masalah yang kecil-kecilan.kita soal pasal PAS ubahsuai hukum hudud yang diambil berpandukan al-quran,tapi kita lepak je amalkan undang-undang yang bulat-bulat dicedok dari orang putih.buta ke mata kita?haih....
kenapa gua tiba-tiba cuak macam ni,sebab kesilapan teknikal pergi klik buka blog teronoh apa benda ntah.memang gua mengelak dari baca blog-blog macam tu tapi padah gua cari sendiri gatal sangat tangan nak mengetik-ngetik.bercakap tentang isu kekeliruan agama,perkahwinan antara yang islam dengan bukan islam yang diamalkan di sabah.gua bukan apa.cakap pasal politik,tak apa,cakap pasal apa-apa pun tak apa.tapi agama,janganlah senang saja memandai-mandai.bukan ke lebih baik kalau kita tak komen tentang hal yang bukannya bidang kita?berfikiran terbuka,hidup berkeluarga berbilang agama,cinta tanpa mengenal perbezaan pegangan,dan ada yang komen,yang penting kita hidup secara harmoni dan jaga ikatan kekeluargaan.istighfar panjang gua.haih..memang tak mustahil satu hari nanti akan mansuh jugak undang-undang syariah di malaysia ni..tak mustahil nanti orang bukan islam boleh kahwin dan beranak-pinak dengan orang islam tanpa perlu masuk islam..kita akan terus berjuang menuntut hak asasi manusia..menuntut keterbukaan,kebebasan..sampai akhirnya agama akan jadi 'harta peribadi' yang hanya untuk diletak senyap-senyap dalam poket masing-masing.bukan tak boleh amalkan agama,tapi jangan secara terbuka,takut menyinggung perasaan orang yang pilih untuk hidup tanpa berpandukan agama.dan agama di sini gua maksudkan islam.
haih..inilah kot harga untuk kemodenan.kalaulah belajar betul-betul biar penuh ilmu di dada.perkahwinan antara islam dan kristian yang dibenarkan hanya jika kristian yang dianuti itu adalah ajaran asal,yang mana,bertuhankan allah,bukan jesus.ajaran yang dibawa asal daripada nabi isa sebelum ia dipinda-pinda.sama jugak dengan yahudi.kenapa perkahwinan tanpa masuk islam dibenarkan antara orang islam dengan kristian/yahudi ini adalah kerana ajaran asal kristian dan yahudi datangnya dari allah..nabi isa dan nabi musa itu adalah nabi allah.kitab taurat dan injil itu diturunkan allah.termaktub 4 kitab yang allah angkat-zabur,taurat,injil dan penghulu kitab untuk dipegang hingga akhir zaman,al-quran.teras dan tunjangnya adalah sama.tapi,soalnya,sekarang ni siapa yang amalkan kristian dan yahudi asal?kristian yang bukan menyembah nabi isa,yang bukan berteraskan konsep god trinity,tuhan 3 dalam 1 dan siapa yang amalkan yahudi asal,ajaran nabi musa yang sebenar sebelum mereka angkuh enggan terima nabi muhammad sebagai rasul terakhir hanya kerana nabi muhammad bukan dari bangsa mereka?gua sendiri pun tak layak nak cakap banyak sebab ini bukan bidang gua,tapi,bukanlah lebih bijak kalau mengaji dulu sebelum bercakap?
dah lah.gua harap tuhan lindungilah malaysia ni.beri hidayah untuk kita semua.lumrah manusia buat dosa,penuh dengan segala kelemahan dan keburukan tapi yang lebih bahaya kalau kita berdosa tapi kita anggap dosa tak ada makna apa-apa.boleh terpesong akidah,murtad.siapa kata kita tak boleh mengkafirkan orang lain?jawabnya orang yang jahil saja kata tak boleh.kita ada rukun islam,rukun iman ada panduan akidah islam.macam masuk pertandingan,bila tak memenuhi syarat, wajib yang ditetapkan maka penyertaan batal..tapi..haih..gua lupa..jangan diajar orang yang terlebih bijak,mereka tahu segala-galanya..orang yang tak masuk kursus perubatan pun boleh jadi doktor bagi perskripsi ubat kat pesakit..ya lah,kalau dah orang bukan ahli agama boleh bagi panduan agama kat masyarakat,sama je la.cuma,kalau manusia tu lebih percaya cakap orang bukan doktor daripada cakap doktor sendiri,orang akan cop dia bodoh,tak sekolah tapi kalau manusia tu lebih percaya cakap orang yang bukan ahli agama daripada alim ulamak tu sendiri,orang cop dia bijakpandai,berfikiran terbuka,berpandangan jauh..heh..sendiri mahu ingat.bak kata xpdc..oh mak oh bapak,dunia nak terbalik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan