gua tak rasa keliru,malah gua rasa jelas sejelas-jelasnya.hati gua rasa lapang,rasa terang..tapi,betul ke?entah la.gua kira tak ada manusia dalam dunia ni yang mampu tentukan samaada pilihan yang dibuat adalah pilihan yang paling tepat untuk selama-lamanya.siapa kita angkuh sangat nak menjamin masa depan?semua tu terletak di tangan Tuhan.kita tak boleh nak cakap.kita tak tahu apa yang akan berlaku esok-lusa.cuma,naluri hati ni.bukan rasa yakin apa yang gua hajati akan tercapai,tapi rasa kuat untuk jujur pada perasaan sebenar gua.gua tak nak menafikan lagi,gua tak nak lari lagi dari kenyataan.
selama waktu ni,segala jalan yang gua ambil untuk melenyapkan harapan dalam hati hanya membawa gua kepada lebih banyak kesakitan.kalau betul itulah yang seharusnya membahagiakan gua,kenapa jauh dalam hati ada perasaan halus yang mengatakan ada sesuatu yang tak kena?kalau betul itulah yang akan bawa kegembiraan kepada gua,kenapa gua tak rasa gembira?kenapa hati gua rasa sesak,rasa tertekan,rasa tak rela?bahagia ke itu?tepat ke itu?macam kasut cinderella yang disarung oleh orang lain,tak nampak dan tak rasa tepat.hanya gabungan yang mendatangkan ketidakselesaan dan serba janggal.it's not right.salah.itu yang cuba gua beritahu,tapi tak ada yang nak terima.
tak ada siapa yang lebih tahu tentang rasa hati gua selain dari hati gua sendiri.banyak kali,orang lain memutuskan sesuatu seolah-olah mereka lebih tahu perasaan gua daripada gua sendiri.gua seperti terpaksa bahagia untuk memenuhi jangkaan mereka tapi,macammana nak bahagia dalam keadaan terpaksa?sebenar-benarnya gua tak pernah keliru langsung.dari awal-awal lagi gua tahu jawapannya,gua tahu apa yang hati gua inginkan.cuma,gua tak boleh nak ungkap.macam selalu daripada dulu,kebenaran gua selalu dinafikan.mereka mahu putuskan apa yang harus dan tak harus gua rasa sedangkan perasaan gua adalah milik gua,dan hanya gua yang tahu apa sebenar-benarnya perasaan gua.mereka cakap,buat itu buat ini adalah yang terbaik dan gua cuba turutkan,bukti yang gua bukan berdegil dan sengaja keraskan hati tapi,gua tak bahagia.malah,jauh dalam hati gua sebenarnya rasa lebih terhimpit,lemas..kadang-kadang gua rasa macam tak boleh bernafas.lebih banyak gua cuba,lebih banyak kesilapan yang berlaku..ia tak bawa kebaikan tapi sebaliknya menambahkan bebanan dalam jiwa gua.
apa yang dah berlaku lagi untuk ke sekian kalinya,buat gua tersedar.perasaan gelisah,tertekan,terdesak muncul bila gua cuba memaksa sesuatu.gua nekad mulakan hidup baru dan gua terlalu mencuba untuk jadikan itu kenyataan sampai gua seperti terkejar-kejar,hilang kawalan sedangkah itu semua bukan gua.gua jadi hanyut,hilang.gua cuba buktikan gua mampu berubah,mampu terima dunia baru sepenuhnya....tapi pada siapa sebenarnya gua cuba buktikan?atas dasar apa?untuk apa?sebelum gua tahu,lagi sekali semuanya dah berantakan.apa yang gua sangka akhirnya boleh menjadi rupa-rupanya makin cepat retak.sudahnya,gagal lagi.nekad gua tak bawa ke mana,malah makin memburukkan keadaan.hidup baru konon-konon yang gua cuba capai sebenarnya hanya cerita lama yang diulang-tayang,dalam versi baru.sudahnya yang gua dapat cuma sakit hati,kecewa,hampa.hanya satu lagi siri selingan yang bersilih-ganti dalam hidup gua.ringkas,pendek,tak ke mana.
akhirnya gua sampai pada keputusan untuk berhenti saja.bila gua tak sendiri,sebenarnya gua lebih tak gembira.kehadiran-kehadiran yang sebenarnya lebih banyak mendatangkan rasa negatif pada diri gua,sampai bila gua nak biar hati gua jadi bahan ujikaji untuk mencuba tiap-tiap 'cinta' yang datang?makin lama makin rosak hati gua.rasa sakit,rasa hampa yang berterusan,macam asid yang menghakis hati.bukan sesuatu yang baik kalau mendengar luahan perasaan boleh buat kita rasa macam nak muntah.kalau ada sebab kenapa gua rasa tak percaya,kerana setiapkali gua cuba bagi peluang,yang menerima tu hanya membuktikan lagi betapa tepatnya jangkaan gua.setiapkalinya,mesti ada yang buruk berlaku yang memusnahkan segala-galanya.berulang bersilih-ganti,semuanya sama.daripada setahun dua jadi sebulan dua..makin pendek dan makin pendek tempoh hubungan sampai yang paling pendek,hanya sehari.apa makna semua tu?apa yang Tuhan nak tunjukkan pada gua?kalau sehingga berpuluh-puluh kali malah kalau gua kira betul-betul daripada dulu tak mustahil dah mencecah ratusan kali tapi masih juga berkesudahan sama,adakah itu masih satu kebetulan?haih..sudahlah.cukup-cukuplah.
sekarang gua tak nak teruskan lagi semua tu.hakikatnya semua tu meletihkan gua.gua tahu apa yang sebenar.gua tahu isi hati gua.sampai bila gua nak buang tenaga terkejar-kejar sesuatu yang hanya bawa gua lari dari jiwa gua sendiri?sebab tu gua lemas.sebab tu gua tertekan.sebab tu gua asyik gagal.sebab,gua tak jujur.gua tak mengakui hakikat yang ada dalam hati gua.
ya allah,gua nak tamatkan segala permainan dan lakonan yang ada selama ni.yang mutlak,yang tepat dalam hati gua cuma satu.satu dari dulu,tanpa awal dan tanpa akhir,tanpa mula dan tanpa hujung.ia tak pernah berubah.ia tak pernah padam,tak pernah pudar.itu yang benar dan tiada yang lebih benar dari tu.gua tak mahu lari lagi.gua tak mahu nafi lagi.gua mahu nafaskan kebenaran,hanya kebenaran.sesungguh-sungguhnya,kau yang maha mengetahui,siapa pemilik hati ini..satukanlah kami kembali..
"biar bertahun ku ingin kau tahu..kekal harum cinta padamu.."
2 ulasan:
the message will self-destruct haha.. lawak tadi aku baca opening page tadi...
oi, hapi ah sikit!!
kurang mengerti..huhu..
Catat Ulasan