Sabtu, Julai 17, 2010

Bukan Tak Mengerti

gua 'enjoy the silence' dengan blog kereta mayat..syahdu pulak rasanya bila membaca.sebab gua dapat hayati,dapat fahami.cinta yang 'you say it best, when you say nothing at all'..sebab cinta tu bahasa jiwa,hati yang berkomunikasi dengan hati tanpa perlu bersandar pada kata-kata.hubungan batin,and by batin i dont mean sex..kita boleh mendengar mereka,walaupun tanpa bertemu muka..luhur..luhur dari dalam diri yang mampu memecah tembok jarak dan masa..hanya kenikmatan dan keindahan yang buat jiwa damai..when you dont need words,you dont need anything but each other..sekadar duduk diam di sisi masing-masing dan merasa setiap detik itu sangat bermakna..segala-gala yang terungkap hanya melalui bahasa tubuh,riak dalam anak mata..rasa tu akan memancar dan meresap ke dalam hati sampai kemanisannya mampu buat kita menangis..dan itu ikatan yang sebenar..

dan gua juga sangat mengerti betapa makhluk bernama lelaki itu pada fitrahnya bukanlah makhluk yang verbal dan bukan juga makhluk yang ekspresif..mereka jarang melafaz,jarang menzahirkan..sebab itu adalah mereka..seorang ayah yang garang dan ego,sebenarnya sangat kasihkan anak-anaknya..seperti yang selalu gua cakap dan akan gua cakap lagi,lelaki itu rumit..mereka ada cara tersendiri untuk menyayangi,yang lebih mendalam dan tersirat daripada sayangnya seorang wanita yang sangat mudah dan jelas.wanita mengandung,wanita melahirkan,wanita mengasuh-that's how they love..tapi lelaki tak dikurniakan kelebihan itu..bukan mudah sebenarnya kan bila kita tak ada ruang yang diiktiraf dengan setinggi-tingginya untuk 'berbakti' bagi menunjukkan kebaikan?lelaki itu anak,lelaki itu suami,lelaki itu ayah,lelaki itu pemimpin,lelaki itu yang perlu membayar dosa sekiranya ibunya menderita,yang perlu mendahului hukuman kalau isterinya mungkar,yang perlu menanggung salah kalau anaknya silap,yang perlu menggalas natijah kalau rakyatnya pincang..

ini,gua mengerti..gua mengerti tentang fitrah dan hati lelaki..bila cinta tak perlu lagi disebut dan ditunjuk..tapi..haih..bukannya cinta internet,cinta handphone,cinta mi segera yang hanya dengan chatting,main sms,beberapa kali berbual lepas tu betah mengisytihar keihklasan sebesar alam,kasih rindu yang tak bertepi..i'll be there when you need me,tapi baru lepas sebulan,sudah nak cakap tentang "sayang tak semestinya perlu selalu berhubung"..malas gua nak komen panjang..dah.habis.

Tiada ulasan: