gua benci cerita nigina kat tv3 tu.bukan pasal jalan ceritanya ke apa sebab secara ikhlasnya gua kurang layan sangat drama melayu kat tv dan gua memang tak pernah tengok cerita nigina ni jadi gua tak ada komen tentang jalan cerita.apa yang buat gua benci bila lagu nigina-search dijadikan lagu tema cerita tu.gua tahu nama nigina memang cantik,memang bunyi glemer tapi kalau setakat guna sebab cantik dan glemer,tak payah la letak lagu nigina-search.lagu tu cantik,pure,suci.gua memang tak suka kalau seni tak diterjemah dengan selayaknya.gua tahu tak adil nak harapkan semua orang menghargai dan mentafsir sesuatu dengan cara gua dan gua juga sedar tak semua orang berjiwa dalam,berjiwa halus untuk faham seni malah seni tu sendiri subjektif dan gua pun tak layak nak cakap gua tahu seni tapi persetankan,gua tetap tak suka sesuatu yang ada nilai indah tersendiri diterjemahkan kepada sesuatu yang sangat plain dan biasa-biasa yang langsung tak menggambarkan isi sebenar.
secara peribadi gua rasa drama tu tak layak langsung nak gunakan lagu nigina-search.buat rosak lagu yang 'mahal'.jadi nampak murahan dengan drama yang terlalu biasa-biasa.apa lagi topik yang diketengahkan dalam drama bersiri melayu kat tv terumatanya tv3?orang berebut cinta,berebut harta.cakap kat kamera kerut-kerut kening buat muka ganas bajet dendam atau pun menangis sayu bajet malang sangat la tu teraniaya.semuanya biasa-biasa sampai terlalu biasa hingga jadi nak termuntah.yang penting pokok-pangkalnya gua benci dengar lagu nigina dimainkan sebagai latar belakang cerita tu.tak layak langsung!
memang,gua tahu semua orang bebas mentafsir apa-apa karya dengan terjemahan sendiri.memang kat situ letak indahnya seni tapi gua rasa sesuatu yang indah boleh hilang value kalau orang tak pandai nak tafsir.dari segi melodi,jujur cakap gua sendiri tak anggap lagu nigina sebagai salah satu dari lagu search yang gua gemar malah sebaliknya lagu yang paling jarang gua nak layan.tak ada apa yang begitu istimewa dengan melodinya tapi gua rasa lagu tu sendiri ada kekuatan yang 'lain macam'.gua pernah cakap pasal ni masa di awal-awal gua buka blog dariluardunia tapi itu dah few years back jadi untuk refresh gua cakap lagi sekali.orang baca ke tak baca ke faham tak faham lantaklah masing-masing.bagi gua,gua tersedar lagu nigina ni sangat cantik bila gua dengar betul-betul masa pagi tu.gua ingat hari tu gelap,sejuk,hujan turun kat luar.macammana gua boleh tak perasan selama ni?hanya hari tu bila gua hayati baru gua terasa ada sesuatu dalam lagu nigina.ada jiwa,ada rasa.gitar masa intro lagu is like suara tangisan,bisikan.bila masuk suara amy sebut nigina,is like satu luahan pengertian..almost like,melihat satu dunia dari bola kaca dan mentafsir dengan rasa kasih dan kasihan..nigina lahir dari situ.alunan yang ringkas,yang sangat-sangat simple setepatnya menggambarkan sebuah kenaifan.irama yang melambangkan kenaifan.mimpi luhur dari jiwa yang mengharapkan kebahagiaan,keindahan.semuanya naif,suci.
nigina bukan lagu cinta dalam konteks percintaan tapi lagu tentang cinta yang suci dan luhur dalam jiwa naif seseorang terhadap dunia yang pada hakikatnya sangat celaka.sebab tu ada kesedihan yang sangat menyentuh hati dalam lagu ni.ia tentang impian,tentang harapan,tentang doa.dunia murni dari kaca mata nigina.dan nigina bukannya seorang wanita atau seorang lelaki tapi bagi gua sebenarnya adalah simbolik kepada 'kanak-kanak' yang ada dalam diri setiap manusia.kenaifan,kejujuran,kesucian.samaada ia akan terus hidup atau akhirnya mati dibunuh oleh waktu dan kehidupan..how someone turn bitter,jaded,broken..nigina againts the world..this is how i see 'nigina'.cara gua hayati dan tafsir..kalau lu mampu faham maka lu akan faham kenapa gua amat tak suka cerita nigina gunakan lagu nigina sebagai lagu tema.dan bagi yang rasa tujuan gua guna nigina dalam nick gua ni sebab saja nakkan nama gelaran yang macam glemer atau sebab gua minat search dan lagu nigina,mereka memandang rendah pada gua..go deeper,even deeper..terima kasih..
5 ulasan:
stiap kali tgk iklan cter nigina tu..mesti teringat broken nigina..huhuh!
huhu..tak rock la camtu.benci tol cerita tu.
ya, aku balik msia aku perasan cerita nigina kat tv tu tapi aku tak mendangok depan tv la
aku suka skarang sabtu petang ada drama anak derhaka tu, adi putra or something hero dia..
best la..pandai dia berlakon campak duit kat mak dia smua...
betul ke ada anak macam tu erk dalam realiti?
aku mmg benci gak tgk citer nigina tu.. Kalo korg pasan la.. citer2 rosyam noor mesti lebih kurang cmtu jekk..ala2 cinta koporat keparatt sume..
pastu musti nk amik heroin yg cun2 and mude2..supaya leh balance dgn hero tua gamaknyer..
& lagu2 tema pn asik2 lagu2 rock kapak..
Dari insan yg dah bosan giler..
sudah2 la tu wahai Rosyam Hero Tua Malaya..kalo dia wat telemovie or drama yg really close dgn pn xpe.. mcm idup org2 yg tiggl kt setinggan kemudian idup berjaya atas usaha mereka sdiri..
ini xabis kisah idup datuk datin.. cinta keparat bagai.. wahai Rosyam bilalah nk wat citer yg inspiring ckit untuk golongan bawahan..
xkan dah berada di tempat sekarang ni..berjalan pn dh mendongak ke langit.. ada masanyer kita perlu melihat ke bawah utk menyedarkn diri kita yg xselalunye berada di atas..
Catat Ulasan