Jumaat, Februari 05, 2010

Kisah 5 Februari

semalam gua tidur awal dalam pukul 10 kemudian terjaga balik pukul 12 lebih,sakit kepala..rasa macam nak guling-guling je sakit.tengah tidur nyenyak sampai boleh terjaga.sapu minyak angin,makan ubat sakit kepala yang gua ambik kat klinik masa kelentong mc itu hari,lepas tu tak larat nak tunggu effect ubat gua tambah telan penadol pulak.gua memang kurang penyabar malas nak tunggu lama-lama jadi gua belasah je la telan segala mak nenek asalkan cepat-cepat berkesan.gua cuba menyamar buat macam tak ada apa-apa lepak depan pc tapi lepas 10 minit gua terpaksa mengalah,memang sakit.terus padam lampu naik katil dan terbaring je tahan sakit.dekat sejam baru boleh lena dan lepas lena barulah  lega sakit.

haih..gua pun tak tahu terlena dalam kesakitan macam tu  gua boleh mimpikan 'dia'.mungkin sebab siang semalam beriya sangat bincangkan topik cinta dan bersatu dengan sis clina sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi.haih..zalimnya..what a dream..rasa ngilu dada bila terjaga selepas melihat satu masa depan yang indah dan sempurna dalam mimpi tapi hakikatnya tak macam tu dalam realiti.penderaan minda dan jiwa.kejam kan bila terbang asyik dibuai keindahan kemudian jatuh terhempas?kenapa semua tu.impian,harapan..untuk apa kalau memang takkan jadi kenyataan.tak perlulah tunjukkan pada gua sesuatu yang takkan gua dapat.nak buat apa?cuma menyeksa.macam tengok benda yang diidam-idamkan terletak elok depan mata tapi kena kurung dalam kandang dengan kaki dan tangan yang terikat mati.

masih terbayang-bayang mimpi malam tadi.mimpi gua selalunya sangat realistik dan jelas,tersusun  seolah-olah peristiwa sebenar dalam realiti.gambarannya,perasaannya,semua macam nyata.tapi itu la.mimpi cuma setakat mimpi.mimpi kosong.hari demi hari makin malap impian.makin lama makin jauh,makin gelap.ada harapan lagi ke?gua tak tahu kenapa gua tersenyum.rasa letih,rasa lemah..gua bukan putus asa tapi gua hopeless bila hari demi hari sesuatu yang mungkin dah jadi macam mustahil.masa berlalu tanpa apa-apa.haih.kalaulah gua boleh menukar takdir..kalaulah..tapi apa boleh buat..

hari ni 5 februari.mungkin juga sebab tarikh hari ni yang buat gua mimpikan 'dia'.apapun,selamat hari lahir untuk 'dia'.dah 30 tahun dah..gua rasa macam baru 5 minit lepas dia 15 sekarang dah 30 dan sebenarnya i dont see any point untuk gua terus tulis lagi entri ni..
 

2 ulasan:

:: Wiween :: berkata...

gina call la dia wish birthday :)

broken_nigina berkata...

kalaulah sesimple itu..:)