gua kurang daya kawalan,atau memang gua yang pilih untuk tak mengawal diri?gua dalam proses bersiap untuk pergi kerja tapi tiba-tiba gua terasa malas lalu sekelip mata gua putuskan untuk EL.bengong betul.sebenarnya ini tanda gua unpredictable atau predictable?gua rasa macam predictable kot sebab memang sangat menepati jangkaan untuk gua bertindak spontan sesedap rasa ikut kehendak hati macam ni.secara peribadi gua percaya memang gua dah berubah berbanding dulu tapi takkan nak cakap seratus peratus kot?bukannya gua lahir lagi sekali dan jadi orang lain.after all,gua masih diri gua berusaha mengatasi kelemahan yang ada tapi dalam nak mengatasi,kadang-kadang terbabas jugak sebab macam yang gua cakap,after all gua masih diri gua.walaupun kalau nak diikutkan gua rasa tak berapa sedap jugak sekarang ni tapi tak ada maknanya sebab sedap ke tak sedap,gua masih buat jugak apa yang gua nak buat.jadi,tak perlulah nak tunjuk baik.
365
-
....
....antara khayal dan sedar
sekian kali
tiga ratus enam puluh lima
satu kembali
(03/01/2018 11:12 pm)
7 tahun yang lalu
2 ulasan:
gua ada baca 'forum' dlm comment box clinaku tadi... wah, betul2 gina ambik 'el' ye....
kata itu kota.;p
Catat Ulasan