Rabu, Januari 06, 2010

Karya

gua habiskan masa-masa dalam hari mc yang belum bermc ni dengan bercakap seorang diri kat dalam blog.gua yang cakap,gua yang dengar,gua yang respon.pukul berapa nak keluar cari mc?malas gila.serius,gua memang malas yang melampaui segala batas bila nak keluar rumah.sedang pujuk-pujuk diri,kawtim berkira-kira berharap gua akan termakan pujukan sendiri.mungkin pukul 5.harap-harap.gua terfikir,mudahnya hidup kalau boleh jujur.nak je gua cakap maaf gua bangun lewat,tak sedar dah pukul 10.daripada semua penipuan,lakonan,penat-penat mereka cerita dan mencari alasan semua.senang hidup kalau dapat berkata sesuatu macam yang sebenar.tapi malangnya,nak mampus?suka tak suka,dunia perlukan penipuan.semua orang menipu.masing-masing dengan tujuan masing-masing.


sambil-sambil berbual dengan diri sendiri di depan pc,melayan video di youtube.sekarang bertemankan lagu serati tak bisa jadi undan nyanyian amy search bersama wings.gua sangat suka lagu ni.muzik,melodi,vokal,lirik.cukup perencah orang cakap.antara sebab gua suka lagu-lagu band rock (kapak) adalah kerana mereka menyediakan perisa yang secukupnya untuk memuaskan selera gua.di sebalik kebingitan,kekerasan,bagi gua mereka mempersembahkan seni.kenapa gua cakap seni ialah kerana lagunya cantik.bukan setakat untuk hiburan tapi satu karya yang berjiwa.lihat siapa yang berdiri di belakangnya,mungkin.m.nasir,loloq,js kevin,usop,bob,s.amin shahab dan nama-nama mahal yang tak semuanya gua kenal.mereka adalah karyawan-karyawan yang bukan sebarangan.bagi gua yang sangat suka pada keindahan bahasa,gua melihat dari sudut gabungan senikata yang cantik dengan irama yang setepatnya.bukan sekadar lagu,tapi puisi yang boleh bawa pembaca/pendengar menerobos akal untuk mentafsir.susunan kata yang boleh membuat kita berfikir,sesuatu yang gua rasa pemuzik zaman sekarang cuba larikan dari peminat mereka.tapi bukan salah mereka.kehendak pasaran.kehendak semasa.kita semua mahu lari dari berfikir.sedaya-upaya.


haha..tiba-tiba gua rasa kelakar.cakap banyak lah lu,dah nak pukul 5 dah.tak makan saman punya orang.kalau lah gua ni seorang artis,rasanya hari-hari gua akan keluar kat ruang gosip,masalah disiplin.tengah selamba duduk bergoyang bergedik dengan lagu keris tak ada sarung nyanyian mus dengan wings.sekarang dengar lagu hakikat-amuk.ini lirik antara yang terbaik dari pandangan gua.it is so true that it is so sad..


"kau sekuntum bunga yang semakin layu..."


agak-agak kalau gua terus melepak layan kepala macam ni,sampai berapa entri gua akan update satu hari?lagi sekali....


Hakikat
(Amuk)

Kusambut tanganmu
Di lembayung senja
Lukisan sejarah
Mengukir kulitmu
Mungkinkah terlewat
Pertemuan kali ini
Setelah terpisah
Di pintu realiti

Kepulangan semula
membuka cerita
Hujan panas sepanjang jalan
Terketar jemarimu
Melukiskan rasa
Di sejarah yang berlalu

Cahaya di mata
Tak seindah dulu
Gagah semangatmu
Dikuburi rindu
Mencari yang hilang
Dan yang lepas masa lalu
Kau sekuntum bunga
Yang semakin layu

Kalaulah ku dapat
Menyeru waktu dulu
Kuhias semula ia untukmu
Kupimpin tanganmu
Ke zaman indah syahdu
Tidaklah kau seperti hari ini


(Lagu : Fauzan S Lirik : Bob Lokman)

Serati Tak Bisa Jadi Undan
(Wings)

Demi piala kasturi
Ku tukarkan keinsanan dengan kuda teksi
Ku turutkan syair semarak
Radin galoh
Menelanjang rahsia di jiwa

Menyeberang ke negeri khayal
Mendagangkan gurindam helang mabuk


Ku sarungkan bulu domea
Dan sembunyikan kilauan pakaian istana
Takut nanti kan disindir handai taulan
Impianku mengingkari takdir

 Ku bakari jambatan emas itu
Yang selalu melambai
Aku pulang 

Lupakan segala angan sedari zaman buaian
Serati tidak bisa jadi undan

(Lagu : Joe Wings Lirik : Loloq)

Keris Tak Ada Sarung
 (Wings)

Tunjukkanlah aku
Jiwa yang mulia
Dia yang bergelar Si Pari Purna
Akan ku tunjukkan wajah yang bersinar
Cermin yang menyuluh
Di rimba nestapa

Bagi yang dambakan cinta
Akan hilanglah resah-resah
Bagi yang dambakan makna
Akan terlerai rahsia

Seorang pun tak akan hampa
Yang suci ataupun yang durja

 Yang datang berbau tanah
Yang sampai dalam cahaya

Satu
Satupun tak tertinggal
 Atau diabaikan seperti keris tak bersarung

Barang yang tak berharga
Usang ditelan usia
Langsung tidak berguna
Kalau dulu hiasan
Ia ditayang-tayang
Kini hanya tersimpan


Dalam kain berlipat
Bukan lagi azimat
Tapi karatnya kian menebal

(Lagu : Akiro Lirik : Loloq)

gua sangat minat allahyarham loloq.syukur tercapai jugak hasrat nak jumpa dia.satu pengalaman yang mahal gua kira dapat berada di studio luncai emas bertemu dengan loloq dan m.nasir.dan,heh.dah pukul 5 lebih..



  

2 ulasan:

deaf-angel berkata...

hakikat is a very nice song
aku siap beli siak cd amuk yang hakikat tu haha

broken_nigina berkata...

tapi videoklip yang dibuat tu sayang la tak menyampaikan isi lagu.kalau tak,fuh..