Rabu, Januari 06, 2010

Sekarang Itu Dulu

apa kejadah,gua pergi banging-banging pulak.bukan nak pergi bersiap keluar tapi gua rilek je layan lagu terhangguk-hangguk.gua rasa gua nak berhenti berpura-pura dan menipu.tak guna gua terus tetapkan masa nak atur apa-apa untuk gua sebab,gua nak bohong siapa?gua hanya akan buat sesuatu bila gua rasa nak buat.jadi,bila gua rasa nak keluar nanti,gua akan keluar.gua sayang diri gua.hanya gua yang faham diri gua jadi tak apa lah gua manjakan diri sendiri.take it easy,sayang.kalau tak nak buat,tak payah paksa diri buat.

rasa seronok duduk berehat-rehat melabur masa pada udara.gua bersantai,layan kepala sendiri.sekarang gua layan lagu cakap memang murah-search.gua rasa gua boleh hidup macam ni,sampai bila-bila.keadaan ini buat gua teringat kehidupan gua dulu-dulu.sebenarnya kalau dibandingkan,gua tak banyak berubah pun.tinggalkan gua bertahun-tahun dan datang balik,gua masih orang yang sama macam yang kali terakhir bertemu.zaman sekolah pun,hidup gua,macam ni jugak.gua dengan muzik kegemaran gua.dalam bilik,memekak,mengganggu ketenteraman awam.ayah gua cakap,orang perempuan dengar apa lagu-lagu macam tu.mak gua  pula selalu mengetuk di pintu,marah,suruh turunkan volume.mak cakap,habis satu kampung dengar,sakit telinga.heh.

dulu,gua rebel,tahap nak mampus.lagi-lagi bila gua melangkah ke hujung-hujung tingkatan satu sampai dekat hujung-hujung tingkatan lima.biasa lah,orang cakap,jiwa remaja.gua macam tak boleh nak kawal emosi sampai gua rasa hampir sepanjang masa gua berada dalam keadaan hati terbakar,jiwa marah.tapi gua bukan dalam golongan remaja bermasalah yang suka buat kacau cari hiburan.gua rasa gua cool.sampai sekarang pun,gua masih cool.gua ingat masa sekolah rendah budak perempuan lain terjerit-jerit kena usik dengan lipas tapi gua diam,tak endah buat hal sendiri di meja.kemudian budak lelaki tu,rizuan nama dia,datang nak usik gua.dia letak lipas atas meja gua.gua tak tengok dia,gua cuma tengok lipas dan tanpa sebarang reaksi,gua ambil lipas tu lalu buang keluar tingkap.habis cerita.gua tak pandai nak jadi gedik terjerit-jerit terlompat-lompat atau ketawa mengilai macam setan di tengah khalayak konon-konon sempoi.

dalam banyak-banyak konflik yang biasa dialami oleh budak meningkat remaja,gua tak pernah hadapi isu identiti dan personaliti.sebab gua rasa gua memang bijak dan matang dari kecil,jadi gua tak pernah berdepan dengan dilema mahu fit in,mahu diterima,mahu ikut trend semasa.heh,gila berlagak gua punya statement,kan?gua memang ada banyak isu,cuma tak bermasalah dari segi itu.dicipta sebagai ignorant dan selalu asyik dalam dunia sendiri dengan semulajadi,buat gua secara azali hidup dengan ikut gua punya suka.
.
.
.
.
kalau orang cakap sesuatu perkara itu hanya berlaku sekali,gua setuju.tak ada ulangan.tak ada 'tamat,kemudian bersambung'.kalau berlalu,maka berlalulah.sebab itu kita perlu hargai apa yang ada sekarang,sebab sekarang hanya sekarang,bukan dahulu,bukan kemudian.yang buat gua merepek semua ni ialah sebab perenggan kat atas sebelum titik-titik tu adalah sekarang beberapa jam yang lepas.gua berhenti  menaip untuk ke klinik dan perenggan selepas titik-titik ini adalah yang gua tulis selepas balik.gua fikir mahu sambung,tapi akhirnya gua terpaksa akur dan telan juga kenyataan sendiri.hidup ni,walaupun keadaan masih sama selepas kita tinggalkan untuk beberapa ketika,hakikatnya ia dah tak sama.peristiwa berlaku dalam kiraan saat.setiap saat yang kita terlepas,boleh membawa beza yang sangat besar.contoh,terlambat tak sampai seminit,terpaksa hilang setengah jam untuk menunggu bas seterusnya.pokok-pangkalnya,gua tak boleh berhenti,kemudian sambung buat seolah-olah ini adalah sekarang yang sudah jadi dahulu.senang cerita,gua dah tak rasa nak tulis lagi benda yang gua nak tulis sebelum titik-titik kat atas.

Tiada ulasan: