Rabu, Januari 06, 2010

Dari Jiwa Ke Jiwa

sekali gua kenal,gua kenal untuk selama-lamanya.lu boleh tipu semua orang,tapi lu tak boleh tipu gua.gua tetap boleh nampak walau di sebalik dinding tebal,di sebalik segala kemerepekan dan kedinginan,serta zahir yang kejam.lu lebih tahu.gua tak habiskan masa menghafal permukaan,tapi gua teroka diri lu,luar dan dalam,hingga ke dasar yang orang lain tak tahu tentang kewujudannya.sebab itu,lu tak boleh bohong gua.sebab itu,gua tak pernah benci lu.perkara yang gua miliki dan ia adalah kebal,keyakinan diri dan 'faith'.jadi,bila gua mengalah,lu harus tahu itu bukan kerana gua berhenti percaya,tapi kerana percaya,buat gua berhenti.gua kenal lu,dan lu kenal gua.kerana semua itu juga maka segalanya dinoktahkan dengan kebisuan.macam ini.

Tiada ulasan: